Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gelas yang berisi air kosong itu sudah hampir separuh namun insan yang dinanti masih belum tiba. Aku merenung jam ditangan. Perasaanku bercampur baur ketika ini. Harap harap dia datang, kerana selama ini sudah banyak kali aku cuba hubunginya tetapi tiada jawapan. Nasiblah akhirnya dapat juga aku buat temujanji dengan dia. " Itu pun sebab aku call pejabat .. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahu. Tapi pelik juga sebab sebelum ni, Atie pernah cakap waktu aku cuti dulu dia sibuk cari aku.
'Bosan pula menunggu si Azlan ni, kalau tak mahu datang cakaplah awal.' Aku membebel sendiri. Aku mencapai kentang goreng dihadapannya lalu disusun satu per satu menjadi satu perkataan. W.I.T.C.H. " ish apasal ahli sihir pula.. Aku mengubah pula dengan menyusun secara bertinggkat tinggkat.
" Opocot mak zah jatuh terguling terlentang!" fuh terkejut aku. Nasib baik tak melatah betul betul..imaginasi je lebih.
" Hah. Hai..duduk lah" ujarku sambil mengurut dadaku. Terkejut aku..dah la lambat, lepas tu muncul mengejut. Nasib baik hidup lagi aku ni.Kalau kena heart attack nanti ramai pula yang makan hati. Aku kan ramai peminat..wa.. perasan betul aku ni.
" Ya, Fatin nak cakap apa? Maaflah, Azlan tak ada banyak masa ni" ujar Azlan sebaik sahaja duduk.Hatiku sedikit tersentuh bila dia kata begitu. Selama ini Azlan tak pernah pun begini, dia juga pernah kata yang bila bersama dengan aku, masa bagai terhenti dan tidak kisah kalau melayan kerenahku seharian pun.
" Hmm..Atie dah beritahu semuanya kan.. jadi fatin ingin pulangkan ini" ujarku perlahan lantas menghulurkan kotak yang dari tadi aku letak diatas meja. Dia menyambut kotak itu dan aku lihat dia tersenyum.
" Anything else?.." soal azlan yang kelihatan tenang. Soalannya membuatkan aku serbasalah. Seolah olah pertemuan ini tidak mempunyai makna dan reaksinya ketika memulangkan cincin lamarannya langsung tidak aku duga.
"Aa..err..tak ada apa dah..ok lah..fatin pergi dulu" aku terus bangun dan berlalu.
" Tahan la aku Azlan.. kenapa tak tahan, aku nak pergi ni..isk, apa kesudahan ni tak macam dalam drama yang aku selalu layan tu. Bukankah waktu waktu macam ni hero seharusnya tahan heroin dari pergi atau sekurang kurangnya minta aku berikan penjelasan. Takkan aku nak patah balik.. oh, tak mungkin..
Azlan menoleh kearah fatin yang baru sahaja melangkah keluar dari restoran itu. Hatinya terasa bagai dicarik carik. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya bila cuba menahan kesedihan berhadapan dengan insan yang disayangi. Senyuman yang dilemparkan pada fatin sebentar tadi bagaikan suatu virus yang kini memakan dirinya. Kotak cincin yang sejak dari tadi berada ditangan digenggam erat.
------------------------
Aku melangkah masuk ke dalam butik. Sudah hampir setengah hari aku tinggalkan butik. Semua kerana suatu pertemuan yang sia sia.
"Kenapa semuanya berakhir begini.. Aku tidak pernah menjanggka Azlan akan menunjukkan reaksi sebegitu. Apa aku ni tidak langsung bermakna pada pandanganya. Kenapa dia setenang itu, palsukah kata katanya suatu ketika dulu. Memanglah aku yang bersalah.. aku yang mengkhianatinya.. Tapi sekurang kurangnya izinkanlah aku memberi penjelasan..paling tidak pun, marahlah aku..atau kata saja kau bencikan aku. Jika begitu..sekurang kurangnya aku tahu macam mana perasaan kau. "Wah..aku macam tak percaya.. ini tak boleh jadi. Ingat aku hadap sangat ke dengan dia..huh. boleh jalan lah..
" Alo sis! Hidup lagi ke ni?" ujar atie sambil tangannya melambai lambai dihadapan muka aku. Terkejut juga aku bila melihat wajah atie dan jojie yang begitu hampir dengan aku.
" Apa..?" soalku agak malas.
" Tak ada la.. kita orang tengok sejak dari masuk tadi, kak atien asyik duduk kat sini. Muka macam orang tak berperasaan jer.. udah macam zombie tapi mulut asyik terkumat kamit macam baca mentera.." ujar atie.
" Apa zombie.. kau orang ni tak ada kerja ke? Baik pergi sambung kerja sekarang sebelum kak atien jadi zombie betul" ujarku pada mereka berdua. Tahu pun kelam kabut bila aku cakap macam tu.
" Uish.. semenjak dah jadi isteri orang ni..makin garang pula" rungut jojie.
" Apa dia kau kata jojie? Aku macam terdengar ada orang mintak turun gaji je.." sengaja aku ingin menyakat.
" tak adalah bos.. ini ha.. cerita kat atie, isteri wak leman tu bela kucing siam..bukan main garang lagi.." jerit jojie yang sedang berjalan menuju ke arah stor.
"Oh..macam tu ye..setahu kak atien la kan..isteri wak leman tu dah lama meninggal" balasku sebelum melangkah masuk kedalam bilik.
----------------------
Isteri ?
"Kenapa kadang kadang aku boleh lupa yang aku ini sudahpun menjadi isteri orang.
Aku mengalihkan tubuhku supaya mengiring. Bantal yang berada di sebelah aku dakap erat. Setelah sebulan aku sah menjadi isteri orang, sebentar tadi aku menerima panggilan dari hafez. Katanya kami perlu pulang ke rumah mama hujung minggu ni juga, dalam erti kata lain…esok la tu! Mama ni pun satu..ada sahaja arahan yang nak diberi, sudah tu bukan nak beritahu awal. Apa pula rancangan mama kali ini.
----------------------
Aku tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 2 petang tadi dan pada ketika itu hafez belum pun sampai. Puas aku dengar bebelan dari mama kerana tidak pulang sekali dengan hafez. " kalau Hafez duduk di KL tak apalah..ini di Terengganu.
Sedang aku leka menonton televisyen, terdengar bunyi enjin kereta diluar. Hafez sudah sampai la tu.
" Fatin !" kedengaran suara mama memanggil aku dari luar. Alah.. nak apa lagi, tahu la menantu kesayangan dia dah pulang. Sampai sahaja di pintu aku hanya memandang ke arah mama dan pada ketika itu hafez sedang mengangkat beg keluar dari kereta. Mama menjegilkan mata padaku seperti memberi isyarat. Aku hanya memandang mama sekali lagi.
" Ha..kenapa yang tercegat macam patung dekat situ" ujar mama bila menyedari aku tidak memahami isyaratnya.
" Oo…banyak songeh betul la mama ni.
" Oh suamiku yang tersayang sudah tiba rupanya.. bagaimana dengan perjalanan kanda? Tahukah bahawa dinda sudah lama menanti.." ujarku pada hafez lantas menghulur tangan padanya dan tangannya kucium. "wah..ada macam isteri mithali tak? huhu. Dia kelihatan sedikit terkejut dengan kelakuan aku yang secara tiba tiba itu.
Ketika ingin melangkah masuk kedalam rumah, mama berbisik pada aku.
"tak payah la over sangat.." ujar mama. Aku hanya tersenyum, memang aku sengaja nak mengusik mama.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat la sambung....
dh xsabar dh neyh......
heheh.....