Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Are you okay?," Soalan Sharifah secara tiba-tiba membuat aku tersentak. Pen di tangan terpelanting ke lantai. Rupa-rupanya cukup lama aku mengelamun. File yang ku ambil, rupa-rupanya masih terletak elok di atas meja. Belum berusik. Sharifah tersengih sumbang melihat aku terperanjat besar menanggapi sapaannya. Mungkin sudah bersedia untuk dimarahi. Perkara wajib yang akan aku lakukan setiap kali dia membuat aku terperanjat. Namun, tiada kata-kata marah yang keluar dari mulutku. Tiada keinginan untuk memarahi sesiapa. Apa yang bersarang di hati lebih membuat aku susah hati. Membuat aku gundah gulana. Sharifah menongkat dagu di mejanya sambil matanya bulat memandangku. "Any problem?,"soalnya padaku dengan wajah yang cukup bersimpati. Aku menjeling. Sudah tahu lagi mahu tanya ke? Padahal tiap-tiap malam sejak kebelakangan ini, dia melihat muncung aku yang sikit punya panjang setiap kali telefonku berdering. "Abang Kamal?,"tekanya bersama senyum kecil yang menguntum di bibir. Aku mengeluh perlahan sambil bersandar ke kerusi. "Siapa lagi?,"ujarku pendek. Jeritan telefon bimbitku, memendekkan lagi bicara. Aku menjengah. Abang Kamal. Aku mengeluh berat. Kenapalah lelaki ini tidak pernah mahu mengerti yang aku tidak sukakan dia? Telefon kubiarkan menjerit sendirian. Sharifah sekadar memandang. Tidak lagi bertanya. Pasti dia juga sudah tahu siapa gerangan pemanggil yang berjaya membuat mukaku berkerut seribu. Yang Berjaya membuat mukaku menjadi cuak semacam. Setelah lama menjerit, akhirnya telefonku diam. Tetapi, Cuma seketika. Jeritan yang lain pula menyentap kalbu. Sistem pesanan ringkasku menerima pesanan. Dengan malas aku mencapai juga telefon yang minta dipegang itu. Membuka pesanan yang dihantar. ‘Abang kat luar. Keluar cepat. Kita lunch sama. Abang tunggu ni.' Aku ternganga. Gila! Betul –betul gila. "Kenapa Diya? Macam nampak hantu je aku tengok," tegur Sharifah pelik. Aku pandang wajah Sharifah tanpa berkelip. Telefonku aku hulurkan padanya. Sharifah mencapai kemudian membaca pesanan dari Abang Kamal. Sekarang matanya pula membulat memandangku. Sekarang baru kau tahu kenapa muka aku macam nampak hantu. Sebab memang hantu pun yang sedang menungguku di luar. "So, macam mana?," Aku cuma menjungkit bahu. Mana aku tahu. "Takkan kau nak biarkan dia tunggu kau kat luar tu," Aku jegilkan mata pada Sharifah. "Takkan kau nak aku keluar dengan dia? Gila apa kau ni," soalku geram. Kalau dengan lelaki yang aku sayangi, Si Charming pun, aku tak nak jumpa, apatah lagi dengan makhluk Tuhan yang paling aku benci ini. "Bukanlah keluar dengan dia. Tapi, pergilah jumpa dia kejap. Cakaplah kau dah makan ke, tak boleh keluar ke. Sekurang-kurangnya tak adalah dia duduk je kat luar tu," "Tak naklah aku," "Tak bolehlah macam ni. Pergi je lah sekejap," Telefonku bordering sekali lagi. Sharifah menatap screen telefon yang masih berada di tangannya. "Abang Kamal lagi. Better you pergi jumpa dia kejap. Suruh dia pergi," "Masalahnya, aku takut. Aku takut nak jumpa dia," "Kalau kau takut, dia akan ambil kesempatan atas kau. Percayalah cakap aku. Kau mesti berani. Berani melindungi diri kau sendiri. Cubalah. Aku tahu kau boleh buat," Aku menjeling marah. Senanglah kau cakap, Sharifah oi. Kau tak lalui apa yang aku lalui. Syarifah senyum. Tapi, kali ini senyumannya seperti membakar semangatku. Senyuman pendorong untuk aku jadi lebih berani. Aku terdiam sejenak. Mungkin Sharifah betul. Sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih berani. Aku mesti lawan ketakutan yang membaluti jiwaku sekian lama. Ketakutan yang menjarakkan aku dengan kaum Adam. Aku mesti kuat. Tapi, cukup kuatkah aku untuk melakukan perubahan itu? "Apa lagi? Pergilah. Dah tiga kali dia call kau ni," "Kalau dia paksa aku macam mana? Dia suka paksa orang,"aku bersuara lemah. Tiba-tiba sahaja semangatku yang berkobar-kobar tadi hilang entah ke mana. Yang tinggal cuma rasa gerun untuk berdepan dengan Abang Kamal. Sharifah mengeluh panjang. Tajam matanya merenung wajahku. "Kau bukan budak kecik lagi. Kau dah cukup dewasa untuk melawan dia. Kau berhak membuat keputusan kau sendiri. Lagipun, dia tu siapa nak paksa-paksa kau?," Aku mengagguk perlahan. Dalam situasi tertentu, pendapat Sharifah boleh juga dipakai. Perlahan aku mengangkat punggung. "Aku pergi ni. Kau doakan aku jadi orang berani ya?," Sharifah tergelak. "Selama ini, orang yang takut nak jumpa kau. Hari ni, terbalik pula ya?," Aku mencebik sambil mula mengatur langkah dengan perasaan yang bercampur- baur. Ada rasa takut. Ada rasa marah. Ada rasa geram. Ada rasa benci. Yang banyaknya, rasa takut. Aku cukup gerun mahu berhadapaan dengan Abang Kamal. Tapi, kalau dibiarkan, mungkin telefonku akan terus menjerit hari ini. "Kuatkan semangat. Aku yakin, Malaysia boleh. Kau…aku tak tahulah," ujar Sharifah bersama gelak kecil. Loyar buruk pula Minah ni. Aku cuma tersenyum kelat. Dengan langkah yang berbelah bagi, ku pergi juga. Melihat dari jauh seorang lelaki yang segak berdiri di sebelah sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Semakin hampir, terasa degupan jantungku semakin kencang. Sebuah senyuman yang cukup lebar menghias seulas bibir merah jambu yang di temani sedikit kumis nipis. Entah kenapa senyuman itu tidak nampak manis di mataku. Abang Kamal sudah agak berbeza penampilannya. Sudah sedikit kemas berbanding enam tahun dulu. Juga sudah agak berisi berbanding dengan tubuhnya yang kurus melidi satu masa dulu. "Lama abang tunggu. Sibuk ke?,"itulah ayat pertama yang menyentuh gegendang telingaku. Aku cuma memandang wajah itu tanpa perasaan. Abang Kamal nampak begitu gembira. Dia menghulurkan helmet padaku. Aku tidak bereaksi. "Abang buat apa kat sini?," "Kan abang dah cakap. Abang nak ajak Tiha keluar lunch," "Saya tak nak," Wajah Abang Kamal sedikit berubah. "Tiha… kenapa ni?," "Saya sibuk. Banyak kerja nak buat. Lagipun saya dah makan dengan kawan saya," "Lain macam bunyinya. Macam tak suka saja abang datang..," Aku pandang wajah Abang Kamal yang kelihatan sedikit tegang. Memang itulah Abang Kamal. Suka membuat keputusan sendiri dan tidak suka dilawan. "Memang saya tak suka abang datang sini. Saya tak suka abang ganggu hidup saya," Bulat mata Abang Kamal menikam mataku. Dan aku? Aku rasa macam tidak percaya dengan diri sendiri. Akukah yang baru menuturkan kata-kata itu? Tiba-tiba aku berasa bangga pada diriku sendiri. Tak sangka aku punya keberanian untuk melawan Abang Kamal. Betul kata Sharifah. Aku sepatutnya mencuba sebelum menyerah kalah. "Tiha dah jadi kurang ajar sekarang ya?," Aku menentang renungannya. Aku kurang ajar? Bukankah dia lebih kurang ajar dariku? Berani dia bercakap tentang kurang ajar. Aku menarik muka masam. Abang Kamal pula, tersandar pada motor besarnya. "Kenapa Tiha jadi macam ni?,"soalnya dengan suara yang sangat serius. Juga dengan pendangan yang sangat serius. Aku membuang pandang. Dia ingat dia seorang saja yang boleh buat serius? Aku pun boleh. "Abang yang buat saya jadi macam ni. Dan jangan sesekali nak cakap saya kurang ajar. Kalau pun ada yang kurang ajar. Orangnya ialah abang. Bukan saya,"ujarku tajam. Beraninya aku. Dalam diam hatiku melonjak riang. Wajah Abang Kamal yang serius, perlahan-lahan mengendur. Mungkin dia tahu apa yang aku maksudkan. Dia mengeluh perlahan sambil melurut rambutnya yang disikat rapi. "Tiha masih tak dapat lupakan apa yang pernah berlaku dulu ya?,"soalnya lembut. "Abang ingat, saya ni apa? Boleh lupakan semua tu macam tu saja? Tak mungkin bang. Saya tak akan lupakan perbuatan abang tu. Kesannya pada saya terlalu pahit, bang," "Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang tak pernah berniat nak buat semua tu. Lagipun itu semua dah lama berlalu. Masa tu, abang terlalu muda Tiha," "Itu bukan alasan. Saya pun tak ada masa nak dengar alasan abang. Saya ada kerja. Baik abang pergi sekarang. Dan jangan datang lagi ke sini. Jangan jumpa saya lagi. Saya tak nak jumpa abang," "Tiha..please. Jangan buat abang macam ni. Dari dulu Tiha tahu sayang abang kat Tiha macam mana kan?,"Abang Kamal bersuara sambil mencapai jemariku. Dengan pantas aku merentap tanganku. Sentuhannya mengingatkan aku pada perbuatannya suatu masa dulu. Dan aku tidak mahu mengingati itu semua. "Dari dulu juga abang tahu perasaan saya pada abang macam mana. Tapi, abang tetap memaksa hingga abang sanggup nak nodai saya. Saya tak akan lupakan semua tu. Kerana perbuatan abang, sampai sekarang perasaan takut tu menyiksa hidup saya," "Abang tak sengaja. Dan abang menyesal. Abang lakukan semua tu, sebab abang tak mahu kehilangan Tiha. Abang terlalu sayangkan Tiha," Aku membuang pandang. Alasan. Tidak kuasa aku mendengar sebarang penjelasan daripada lelaki ini. "Oklah. Saya banyak kerja ni. Baik abang pergi," Abang Kamal tidak berkata apa-apa. Cuma renungannya menikam mataku. "Saya pergi dulu," ujarku sambil mengatur langkah memasuki kawasan kilang tempat aku bekerja. "Abang pergi. Tapi, tak bermakna abang mengalah. Abang tahu abang pernah melakukan kesalahan pada Tiha. Abang akan cuba tebus kesalahan itu," Kata-kata itu aku biarkan hilang bersama debu yang ditiup angin tengahari itu. Aku terus berlalu meninggalkan Abang Kamal. "Ayyoo adik Diya. Dating ke?," Suara sumbang itu menarik perhatianku. Aku berpaling. Seorang mamat Nepal tersengih memandangku sambil memegang plastik hitam berisi sampah. Mamat ni memang nak kena. Aku tengah angin, nak buat ramah pulak. "Banyak hensem aaa itu abang," Aku kerutkan kening. Geram pula melihat mukanya yang tersengih-sengih. "You datang sini mahu bikin apa ha?,"soalku dengan wajah mencuka. Dia tersengih sambil mengangkat plastik sampahnya. "Buang sampah juga… adik," "You buang sampah pakai tangan ke pakai mulut?,"ujarku geram. Dia gelak lagi. "Pakai tangan la adik Diya. Mulut untuk makan juga,"balasnya masih bersama senyuman meleret. Hai, mamat ni, memang menyakitkan hati betullah. Aku berpaling. Meneruskan langkah menuju ke arah pejabat. Malas hendak melayan mamat Nepal yamg tidak faham bahasa itu. "Itu aaaa…lain tada. Mesti gaduhlah tu. Jangan risau adik Diya, sikit jam dia mesti pujuk punya…," Hai! Mamat ni, sudah lebih. Memang nak kena basuh mamat Nepal ni. Aku berhenti mengejut dan berpaling. Buk! "Adoiiiiii!,"jeritku sambil tunduk menekan dahi. Sakitnya! "Sedap ke?," Satu suara bertanya. Dan, pertanyaannya betul-betul menambahkan rasa geram di hati. Ada ke tanya sedap ke? "Sakit siot!,"ujarku geram sambil menngosok dahiku. Sakitnya. Aku mendongak sambil menggosok dahiku. Betul-betul sakit. Dan, melihat siapa gerangan berada betul-betul di hadapanku membuat aku ternganga. Sakitku hilang serta merta. Yang tinggal kini, hanya rasa takut kerana mulut celuparku dengan mudahnya memaki bos sendiri.Tidak! Encik Firdaus! Maafkan saya Encik Firdaus. Jangan marah saya yang kerdil ini… Habislah aku kali ni. Encik Firdaus tersenyum. "Marah nampak,"ujarnya bersama senyum manis yang menguntum. Rupa-rupanya aku terlanggar Encik Firdaus. Macam mana dalam sekelip mata, dia boleh berada di belakangku? Sebaik aku berpaling, dahiku selamat bertembung dengan dagunya. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Tapi, itu semua salah aku. "Maaf Encik. Saya tak sengaja. Sakit ke?," dalam kelam kabut dan malu yang amat sangat aku bertanya sambil secara spontan jemariku menggosok dagunya. Tindakan refleks yang amat bodoh. Dan, aku cuma menyedari tindakan bodoh itu tatkala aku terasa jemariku berada di dalam genggaman Encik Firdaus. Membuat aku kaku seketika. Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus turut sama merenungku. Membuat wajahku membahang tiba-tiba. Membuat jantungku berdegup kencang juga secara tiba-tiba. Baru aku sedar betapa dekatnya jarak antara kami. Begitu hampir sehingga haruman minyak wangi yang dia pakai bagai melekat di hidungku. Aku bagai terpana. Kenapa perasaanku cukup berbeza? Sentuhan Encik Firdaus membuat aku rasa indah. Kenapa perasaannya tidak sama dengan sentuhan Abang Kamal? "Ek hem..Encik Firdaus memang suka kalau accident macam ni, Adiya," suara itu tiba-tiba mencelah. Mengganggu detik-detik indah luar biasa yang baru aku alami. Juga menyedarkan aku, bahawa bukan hanya aku dan Encik Firdaus sahaja berada di situ. Bagaimana aku boleh tidak perasan dengan Lisa yang tercegat di sebelah Encik Firdaus. Malunya! Encik Firdaus turut berdehem, sambil cuba mengukir senyum. Kali ini aku dapati, amat payah untuk Encik Firdaus mengukir senyum padaku. "Are you okay?,"soal Encik Firdaus sambil menyentuh dahiku yang masih terasa sakit. Aku sengih sambil bergerak ke belakang. Jemariku di dalam genggamannya kutarik perlahan. Segan pada Lisa, setiausaha Encik Firdaus yang dari tadi tersenyum meleret melihat drama antara aku dan Encik Firdaus. Juga malu apabila mendengar gelak kuat Mamat Nepal yang menjadi punca amarahku. Menjadi punca kemalangan ini. Encik Firdaus berpaling ke arah tawa sumbang itu. Namun, pegangan tangannya tidak dilepaskan. "Yes? Anything funny, Damodar?," soalnya serius. "Nothing, Sir. Sorry," balas lelaki itu sambil terus berlalu. Padan muka. Namun, aku perasan masih ada sisa tawa yang di bawa bersama. Dan, Encik Firdaus… bila nak lepaskan tangan saya ni? Aku bertanya sendiri. "Merah dahi awak. Ni, kena tuam ni," Encik Firdaus bersuara sambil mengelus perlahan dahiku. Alahai. Janganlah macam ni Encik Firdaus. Ini dah macam drama romantik rupanya ni. Encik Firdaus mengelus perlahan dahiku sambil menggenggam erat jemariku. Aku tak tahu apa yang dia rasa saat ini. Tapi, yang aku pasti, perbuatannya itu membuat jantungku seperti mahu meledak. Janganlah buat saya jadi perasan, Encik Firdaus. "It's ok Encik Firdaus. Salah saya. Saya minta maaf. Saya tak hati-hati," ujarku sambil menarik tanganku dari genggamannya. Dengan perlahan dia leraikan pegangannya, sambil matanya masih menikam mataku. Macam tak nak lepas je. Hatiku berbisik sendiri. Menyedari renungan mata Encik Firdaus masih juga jatuh ke wajahku, aku tunduk. Kenapa lain benar pandangan Encik Firdaus kali ni? Silap haribulan boleh pengsan aku di situ. "Jangan lupa tuam dahi tu. Nanti benjol, nak bersanding tak cantik," Aku tersengih. Aduhai Encik Firdaus. Sempat kau buat lawak denganku? Tidakkah kamu tahu perasanku saat ini? Bergelora bagai taufan menyapa lautan. "Saya pergi dulu. Kak Lisa, saya pergi dulu," Lisa tersenyum panjang dan Encik Firdaus pula merenung panjang. Merenung siapa? Merenung aku lah! Itu yang buat aku nak cabut cepat-cepat. Sebelum aku perasan lebih-lebih, baik aku pergi dari situ. Dalam pada melayan debar dek layanan Encik Firdaus, tiba-tiba aku teringatkan Charming. Maafkan saya Charming. Saya cuma suka sikit saja kat bos saya ni. Itupun sebab semua orang suka kat dia, saya pun rasa macam nak suka juga la. Tapi, hati saya tetap kat awak… Walaupun saya tak kenal awak…Teringatkan Charming aku jadi lupa pada Abang Kamal. Jadi lupa pada Encik Firdaus. Senyum manis tiba-tiba terukir di bibir.
well done! i really like dis novel..funny n romantic..keep ur effort.Actly im x interest in reading novel before but after reading your writing..I really fall in luv to it.Hope u can continue da story as soon as possible.I'm waiting 4 it!=)
sy belum bc spai part last lg tp best la cite nie. rasanya ada persamaan dgn 1 cite lain tp apa pun sy mmg suka dgn cite mcm nie.cute la c dhiya 2..pak lawak..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
well done! i really like dis novel..funny n romantic..keep ur effort.Actly im x interest in reading novel before but after reading your writing..I really fall in luv to it.Hope u can continue da story as soon as possible.I'm waiting 4 it!=)