Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Majlis jamuan tahunan syarikat yang bahagian ku kendalikan berjalan dengan lancar.Segala persiapan sudah di atur dengan bantu bahagian lain.Memang kami berkerjasama dalam persiapan ini tetapi setiap aturcara dan arahan adalah datang dari bahagian ku.Wati, Hamdan dan Kamal sibuk ke sana kemari dan Shikin sentiasa berada di samping aku untuk menolong aku menyiapkan cenderahati untuk para tetamu yang hadir.Setelah selesai bahagian depan aku masuk ke bahagian belakang pentas.Aku melihat Shikin sibuk menerangkan sesuatu dengan DJ yang bertugas.
"Cik Miera ini bunga yang hendak di sematkan di baju Tuan Megat, Encik Safuan dan Tuan Hanif tetamu kita"Wati menunjukkan bunga yang di pesan oleh ku untuk tetamu terhormat.
"Awak sematkanlah di baju mereka"arahku.
"Kalau Encik Safuan dan Tuan Hanif tu saya boleh lakukan tetapi kalau Tuan Megat saya tidak mahulah"terang Wati sambil membelek-belek bunga tersebut.
"Lahhh…kenapa pula macam tu?"pelik pula bila Wati berkata demikian.
"Saya takut dengan Tuan Megat"jawapan dari Wati mengelikan hati ku.
"Apa yang awak takutkan dengan Tuan Megat tu bukannya dia makan orang"pujuk ku lagi.
"Cik Miera saja lah yang buat"rayu Wati lagi.
"Baiklah nanti saya suruh Shikin, tinggalkan di situ" Wati berlalu dengan senang hati.
"Hai sayang…."tidak perlu berpaling aku tahu siapa gerangannya.
"Tuan Megat buat apa di sini?"pertanyaan ku di jawab dengan senyuman.Lelaki ini masih seperti dulu tetap membuai perasaan ku bila dia ada kesempatan.
"Shah nak bunga"pintanya tidak sabar.
"Ada ke lelaki minta bunga pada perempuan"sengaja aku mengusiknya dan dia tetap merenung ku tanpa jemu.
"Iya lah Shah nak bagi bunga pada orang tu dia tak mahu jadi sekarang Shah pula yang minta"merah muka ku bila ayat itu terkena batang hidung ku sendiri.
"Nak ambil bunga ni dan suruh Shikin sematkan di baju Tuan Megat"aku menghulurkan bunga yang sudah siap di gubah.
"Tak nak"geram betul dengan karenahnya yang mengada-gada.Ku perhatikan Shikin dan dia tersenyum penuh makna.
"Tak nak sudah"jawab ku selamba.
"Sayang tolonglah Shah sematkan di baju Shah"dia menyuakan bunga itu pula kepada ku.Malas hendak bertengkar aku mengambil bunga itu dan berhati-hati menyematkan di bajunya.
"Mieerrraaa…."lembut dia berbisik.Aku buat tidak tahu saja bila lelaki itu menyebut namaku.
"Mieerrraaa….."ulangnya lagi.
"Kenapa?"sepatah aku bertanya sambil tangan ku menyentuh dadanya yang beralas dengan baju kotnya tanpa memperdulikan renungannya.Aku cuba mengawal perasaan dan hati ku yang berdebar-debar bila berada begitu hampir dengannya.Haruman minyak wanginya bertambah terbuai-buai jiwa ku bila diri ini berada di sisinya.Jambangnya yang baru di cukur kemas menambah ketampanannya di malam ini.
"Miera cantik malam ni"aku menjeling melihat senyuman nakalnya bila dia berkata demikian.Sengaja dia mengambil kesempatan ini untuk berada hampir dengan ku.
"Gatal"jawab ku geram.
"Rasa nak gigit-gigit saja"terkejut dengan sambungan ayatnya.
"Shahhhh……aduhhh"aku tidak dapat mengawal perasan geram dan rasa sakit di tangan ku akibat tercucuk jarum yang ada pada bunga tersebut.
"Sayang kenapa?" dia segera mencapai tanganku dan melihat darah mengalir dari luka yang tercucuk tadi.Bagi diri ku itu tidak menjadi hal kerana hanya tercucuk jarum.Tergamam dengan tindakan sepontannya bila dia segera menghisap darah dari jari ku.
"Shah buat apa ni"aku segera menarik tangan ku dari genggamannya.Ku perhatikan sekeliling nasib baiklah tiada orang di sana.Lelaki ini memang selalu tidak memikirkan akibat dari tindakannya.Dia seolah-olah mahu memberitahu dunia tentang hubungan kami.
"Mak Shah selalu buat macam tu"geramnya aku bila dia selamba menjawab.
"Itu mak Shah bukannya Shah, dah nak jadi Dracula ke?"aku mengambil tisu yang di hulurkan Shikin yang sememang dari tadi asyik tersenyum dengan gelagat kami.
"Jadi Dracula untuk Miera Shah tak kisah"apalah harus ku buat dengan lelaki ni.
"Dah jangan nak melalut, Shah pergi ke depan tetamu dah nak sampai, jangan nak mengada-gada di sini."aku segera mencapai kotak yang berisi bunga untuk di beri pada Wati.
"Bunga ni hendak di bawa kemana?"ajunya bila melihat aku bersama-sama berjalan dengannya.
"Nak sematkan di baju Encik Safuan dan Tuan Hanif"terang ku.
"Tak perlu biar Wati saja yang buat Miera hanya boleh sematkan hati Miera di dalam dada Shah saja"belum aku bersuara dia melambai Wati supaya datang kepada kami.Dia ni memang ada masa tidak betul bila ayat-ayatnya terlebih canggihnya di luahkan dari jiwanya.Aku memberi kotak tersebut dan segera berlalu ke meja-meja yang lain bila melihat tetamu-tetamu terhormat sudah sampai.
Encik Safuan mendahului dengan memberi ucapan pengaluan dan mempersilakan Tuan Megat naik ke pentas untuk memberi penghargaan kepada para perkerja yang terbaik dalam memberi perkhimatan kepada syarikat ini.Suara garaunya saja sudah membuat perempuan-perempuan di situ tergoda padanya apatah melihat wajahnya yang asyik tersenyum pada malam itu.Sesekali tangannya memegang bunga yang ku sematkan didadanya tadi seakan memberi isyarat pada ku.Mata nakalnya sering kali mencari kelibat ku bila tidak melihat aku berada di tempat yang seharusnya berdiri.
Aku rasa tidak rugi bila memanggil para perkerja membuat persembahan.Berbagai-bagai ragam boleh di lihat dan ada yang melucukan.Aku pun dalam keadaan berdebar-debar ni kerana giliran kami akan sampai sebentar lagi.Shikin dan Hamdan memanggil ku supaya pergi ke belakang pentas untuk membuat persiapan.Ku lihat Wati, Shikin, Hamdan dan Kamal sudah menyalin pakaian Cuma tinggal aku sahaja yang belum siap apa-apa lagi.
"Cepatlah Cik Miera lepas giliran bahagian akaun dan operasi giliran kita pula"Hamdan bagaikan tidak sabar untuk beraksi.Shikin dan Wati membantu ku membetulkan apa yang patut ku pakai.Macam gadis desa pula bila mengenakan pakaian ini di tambah dengan rambut ku yang di tocang dua.Dengan baju dan skirt yang kembang dan labuh sehingga atas buku lali dan selendang di letakan diatas kepala ku menjadikan seperti orang dulu-dulu.Sekuntum bunga di selitkan di celah telingaku.Rasa nak tergelak bila melihat wajah ku di cermin.Perkerja yang mengendalikan audio segera berjumpa dengan ku untuk bertanya dari mana aku hendak bermula.Ku terangkan langkah-langkah kami dan dia segera memberitahu dengan kawannya agar bersedia.Bahagian operasi selesai membuat persembahan dan sampailah giliran kami.
"Sekarang di persilakan bahagian pentadbiran yang di ketuai oleh Cik Miera Elainie yang akan mempersembahkan lagu dan tarian.Terimalah…….."rasa kecut jantung ku bila DJ yang bertugas mengumunkan giliran kami dan di sambut dengan tepukan gemuruh yang dapat di dengar dari belakang pentas. Wati, Shikin,Hamdan dan Kamal mengambil tempat masing-masing sementara aku berdiri di tepi tangga.Bila perkerja audio mengangkat tangan dan suara ku pun bergema tanpa wajah.
Di ciptakan seorang insan Lembut hati bak redup pandangan Pabila berkata seluruh alam Menyaksikan kesyahduan Bagai tersentuh rasa percaya Tika terdengar kan……aduhaiiiii…..
Aku melangkah ke atas pentas dan melihat teman-teman ku sedang menyusun lenggok tarian mereka.Tepukan gemuruh mengamatkan suasana takkala kemunculan kelibat ku.Aku mengikut rentak yang ditarikan oleh teman-teman ku tanpa memperdulikan siapa yang ada di bawah pentas.Mungkin Tuan Megat terperanjat melihat aku yang tidak pernah menari tiba-tiba berada di atas pentas dengan gaya yang tersendiri.
Telah jauh berkelana entah dimana Ada rasa hanya kuntum kasihnya Khabar itu merelakan perjalanannya Ada jiwa untuk kasihnya
Biar panas membakar biar ranjau mencabar Telah mekar hati seindah purnama Dipujuk segala rajuk Sepi rindu adakala meracun imannya
Biar panas membakar biar ranjau mencabar Hati mekar seindah purnama
Siapa menyapa bagai pelita Arah yang menghilang tika gelita
Tatap tidak di tatap Kotakan di dada Yang terdetik t emukan sang cinta
Kasih tidak berbahasa Getir fikir mengharap suara…..
Tangis bagai gerimis hati bak tasik pedih Cuba cari hakikat temukan azimat Kasih gundah gerhana dia tak berirama Gusar tambah gementar tak tertanggung rasa
Nun dari sana Telah turun berbicara Sang kesuma bidadari Syurgawi
Sesungguh berkasihlah diantara manusia Perindah segala kata-kata Bahagia itu janjinya Mengapa cipta sengketa Rentaslah jalan tanpa dusta
Tanpa ku sangka ketika aku menyanyi dan menari entah dari mana seorang lelaki muncul sambil membawa bunga untuk ku.Bagi memeriahkan suasana dan menunjukkan sikap yang sporting aku mengambilnya dan bertambah gamatlah dengan tepukan hadirin.Sempat ku jeling wajah itu dan ada sedikit tegang.Selesai persembahan kami melangkah ke belakang pentas.Sedang aku bercerita dengan Wati dan Shikin tentang pengalaman kami Ida datang menghampiri ku dan mnyatakan Tuan Megat ingin berjumpa dengan ku.Dengan pakaian yang tidak berganti aku menuju ke mejanya.
"Tuan Megat hendak apa Ida?"tanya ku tidak sabar kerana takut ada sebarang komplain dari mereka.
"Miera kenalkan ini Tuan Hanif"Tuan Megat segera menyambut ku dan memperkenalkan aku dengan tetamu terhormat kami.
"Miera Elianie"aku bersalam dengan Tuan Hanif yang baru pertama kali aku berjumpa.
"Wahhhh…pandai Cik Miera menyanyi dan menari"rasa kembang sekejap hati ku tetapi tidak lama bila melihat wajah Tuan Megat yang merenung ku.
"Taklah Tuan Hanif saja-saja untuk majlis ini"dengan rasa rendah diri aku bersuara.
"Ini kad saya"tanpa segan silu Tuan Hanif menghulurkan kad namanya.Untuk menjaga air muka Tuan Megat dan Tuan Hanif aku menyambutnya walau aku tidak memerlukannya.
"Hai..bertuah Tuan Megat punya perkerja yang cantik dan pandai menyanyi….dah berpunya ke?"sempat juga Tuan Hanif ini merisik diri ku.Dia tidak tahu yang orang yang dia bertanya itu adalah tunang ku sendiri.Mungkin sinchan,ifah,cma80,dik alisya hezkh terperanjat dengan kenyataan ku ini.Nantilah bila aku ada masa aku akan ceritakan bagaimana lelaki ini sanggup memenuhi permintaan ku agar aku menerima lamarannya.
"Dah berpunya pun"tidak sabar Tuan Megat memberi jawapanya.
"Iye ke Cik Miera dah berpunya? Saya sendiri pun tidak tahu"sampuk Encik Safuan yang dari tadi hanya memerhati.
"Hal peribadi tak elok di hebohkan"jawab ku sambil memberi senyuman pada Tuan Megat.Aku seboleh-bolehnya tidak mahu sesiapa tahu pertunangan kami dan hanya Shikin saja perkerja di syarikat yang menyimpan rahsia ini.Sambil itu aku bersama-sama Tuan Megat dan Encik Safuan berjalan ke arah pintu besar untuk menghantar Tuan Hanif yang ingin pulang.
"Sayang Cik Miera ni dah berpunya kalau tidak boleh juga saya mencuba"aduh gatal sungguh Tuan Hanif ini.Aku cuba mengawal perasaan yang berombak-ombak untuk meghempaskan kemarahan ku.Kalau bukan tertamu terhormat dah lama kena tendangan padu ku.
"Dah tua pun tak sedar diri"Luah Tuan Megat bila Encik Safuan meninggalkan kami.
"Biarlah dia"pujuk ku.
"Nanti balik dengan Shah"lelaki ini bersuara tegas.
"Tapi"belum habis aku berkata….
"Jangan degil, Shah tidak mahu dengar sebarang alasan.Selesai semuanya Shah hantar balik faham"aku rasa nak menjerit geram bila dia berlalu tanpa mendengar alasan dari ku.
…………………………………………………………………………………………………………….
Kasihan aku melihat Tuan Megat duduk di sofa hotel sambil menunggu aku mengemas apa yang patut.Sesekali Hamdan datang bertanya dengan ku kenapa Tuan Megat masih tidak pulang lagi.Aku hanya menjawab mungkin dia ingin memastikan kami menyiapkan kerja sebelum pulang.
"Cik Miera pulanglah dulu biar saya yang buat kasihan dengan cik abang awak yang penat menanti"bisik Shikin sambil memerhati sekeliling takut kalau ada yang mendengar apa yang kami bualkan.
"Tak mengapalah Shikin sikit saja lagi awak beritahu dengan yang lain-lain supaya pulang dulu.Esok saya akan datang sini dan berjumpa dengan pengurus di sini untuk menyerahkan segala-galanya."arahan ku di patuti oleh Shikin.Setelah semuanya pulang aku menuju ke tempat Tuan Megat berehat.
"Tuan kerja saya dah siap, tuan nak tidur sini ke?"usik ku bila melihat matanya yang kuyu menahan mengantuk.
"Boleh asalkan dengan cik adik manis ni"balasnya.
"Pantang di ketuk menjadi saja"geram dengan kenakalannya seperti budak kecil.Wajah itu kembali segar dengan tawanya.
"Dah siap?"tanya lelaki itu sambil bangun.
"Dah tapi esok saya harus datang semula untuk berjumpa dengan pengurus hotel ini."terang ku.
"Esokkan cuti tunggulah hari Isnin"senang saja dia berkata begitu sedangkan setiap waktu adalah wang bagi hotel ini.Sambil berjalan menuju ke pintu besar Tuan Megat menolong aku membawakan barang-barang yang hendak ku bawa ke pejabat semula.Aku dan Shikin datang pun tadi di hantar oleh abang.Entah angin apa abang mempelawa untuk menghantar kami. Bila keluar dari hotel itu kereta Toyota Harriernya setia menunggu.Itulah kelebihan orang kaya semuanya pakai joki.
"Penat?"suara garaunya lembut berbisik ketika aku membetulkan tali pinggang keselamatan.
"Penat juga"aku memejamkan mata untuk merasa kelegaan bila semuanya selesai.Terasa tangan ku di genggam lembut dan aku membiarkan saja kerana dalam keletihan ini aku lebih suka memanjakan diri.Mungkin lelaki ini mengerti yang aku keletihan dia membiarkan aku sendiri tanpa bicara tetapi tangannya tidak pernah lepas dari mengenggam tangan ku.
"Boleh tahan juga orang tu tadikan"suasana bisu itu di pecahkan dengan bicaranya yang bersahaja tetapi aku tahu dia sengaja menyindir ku.Memang aku sendiri tidak memberitahu apa yang aku buat.Kalau dia tahu mesti akan menjadi persoalan nanti.
"Alahhh untuk main-main saja"keluh ku resah kerana dari nadanya ada rentak semacam yang aku tidak suka.
"Sampai ada orang terpikat dengan gadis manis tu"sindirnya lagi.
"Kenapa Asraf naik pentas beri bunga pada Miera dia tak nampak ke siapa yang ada sebelah Miera sekarang ni"aku tahu dia tidak dapat menahan hatinya dari meluahkan segalanya.
"Cik abang sayang mana dia tahu siapa yang duduk sebelah saya sekarang ni kerana dia pun dah balik.Kenapa nak cemburu ni itukan biasa dalam sesuatu majlis bila ada orang menyanyi mesti ada bagi bunga.Shah tak ingat ke apa yang saya minta dari Shah sebelum pertunangan kita"hilang sudah letih ku bila lelaki ini masih mempertikaikan persoalan ini dan itulah pertama kali mulutku mengeluarkan perkataan sayang untuknya.
"Shah ingat PPS yang Miera minta itu."tenang saja dia bersuara dan pemanduannya cukup cermat walau hatinya bergelora.Aku kembali memejamkan mata bagi meredakan fikiran ku yang semakin kacau dengan karenahnya pada malam ini.
"Kad nama Hanif tu Miera simpan di mana"pandai sungguh dia menyorok rasa cemburu dan ingin tahu sekali.
"Saya pun tak tahu di mana saya simpan"jawab ku lemah.Aku memang tidak ingat di mana aku letakkan kad nama tersebut kerana setelah Tuan Hanif berlalu aku segera ke belakang pentas untuk mengemas apa yang patut.
"Betul ke atau dah simpan dalam beg tapi malu nak beritahu Shah"dia memang sengaja hendak menduga perasaan ku.
"Shah kenapa dengan awak malam ni, apa yang membuat awak berfikir macam itu.?" Aku rasa kesabaran aku seakan hendak terbang.
"Lahhh kenapa nak marah ni Shah tanya sajalah tapi kata orang kalau marah ada sesuatu dalam hatinya"usikannya sebaliknya menaikkan api kemarahan ku.
"Itu terpulang pada Shah hendak fikir apa, saya minta pada Shah sekali lagi renungkanlah apa yang saya cakapkan tentang PPS tadi"aku segera membuka tali pinggang keselamatan ku dan membuka pintu sebelum Shah sempat berkata apa-apa.Nasib baik sudah sampai di rumah ku kalau tidak aku takut bahasa ku akan bertambah kasar dan melukakan hatinya sekali lagi.Shah memanggil aku berulang kali tetapi aku tidak menoleh lagi.
………………………………………………………………………………………………………………..
Pukul sembilan pagi aku sudah keluar dari rumah menuju ke hotel untuk bertemu dengan pengurusnya seperti yang di janjikan.Terperanjat Encik Roslan dengan penampilan ku kerana menurutnya semalam dan hari ini aku bagaikan orang yang berlainan.Tergelak dengan kenyataan darinya kerana memang aku jarang bersolek kerana tidak selesa rasanya.Selesai urusan ku aku berhenti seketika untuk mengisi minyak.Fikiran aku terusik dengan kejadian semalam.Kenapa Shah tidak mengerti dan cuba memahami diri ku.Sudah ku terangkan sebelum aku menerima lamarannya dia harus membuka minda dan hati menerima permintaan ku.Aku susuri jalan raya dan tanpa ku sedari aku sudah menuju ke selatan.Ahhhh biarlah semoga aku dapat ketenangan sepanjang perjalananku.Sudah lama aku tidak menunggang dengan perjalanan yang jauh.Terasa sakit juga belakang ku bila asyik membongkok tetapi kenikmatannya terasa.Apabila ternampak papan tanda Seremban / Port Dickson aku masuk ke simpang itu dan aku sampai di pantai Port Dickson tepat jam 2 petang.Bila perut terasa lapar aku singgah di gerai yang terdapat di situ.Aku mencari tempat yang baik untuk melepak dan mencari ketenangan bagi memikirkan masalah ini.Betul ke jalan yang ku pilih YA ALLAH.? Shah kenapa aku yang menjadi pilihan hati mu sedangkan kau masih boleh memilih ramai lagi wanita-wanita yang ada di sekeliling mu? Haikal kenapa kau tinggalkan aku sendirian tanpa khabar berita? Kau tidak dengarkah rintihan hatiku ini? Shah dan Haikal siapa di hatiku sebenarnya?
P untuk PELUANG – aku memohon agar Shah memberi aku peluang untuk cuba melupakan Haikal dan menyayanginya tanpa berbelah bagi.Ku ceritakan kepada Shah segala-galanya tanpa meninggalkan walau secebis rahsia hati agar dia mengerti.
P untuk PERCAYA – aku meminta Shah saling mempercayai perhubungan ini agar ia berlandaskan dengan hati yang bersih tanpa rasa cemburu di hati masing-masing.
S untuk SETIA – kesetiaan yang ku dambakan dari seorang lelaki agar aku tidak di tinggalkan lagi dan Shah sendiri berikar untuk setia sehingga ke akhir hayatnya.
Itulah maksud PPS yang sering teman-teman ku persoalkan.Aku bukan minta harta mengunung Cuma nilai-nilai kasih sayang dan kesefahaman di antara kami dalam membina perhubungan ini.Boleh atau tidak Shah melakukannya semua itu terletak di tangannya.
Aku leka memerhati orang ramai bersuka ria bersama orang-orang yang mereka sayangi.Kelihatan satu pasangan sedang melayan anak kecilnya bermain bola sambil bergelak ketawa.Mungkinkah aku akan merasa kegembiraan itu nanti.Teringat pada lelaki itu sejak semalam dia cuba menghubungi ku tetapi setiap panggilan tidak ku jawap.Nada telefon aku letak dalam keadaan yang senyap Cuma getarannya saja yang ada.Bagaimana agaknya dirinya sekarang ini kan.Mungkin dia rasa bersalah bertambah bila setiap panggilannya tidak mendapat jawapan.Aku sebenarnya mahu dia memikirkan sedalam-dalam perhubungan ini.Terkejut bila terasa poket aku bergegar mungkin lelaki itu lagi.Ku lihat di skrin telefon dan no rumah terpamir.Alamak aku tidak memberitahu mama ke mana arahku mesti mama marah.
"Asalamualaikum ma"aku bersuara lemah dan berdoa semoga aku tidak di marahi mama.
"Walaikumsalam, Miera di mana ni lambat sangat balik?"aku tahu aku sudah bersalah membuat mama risau.
"Miera di Port Dickson"aku terdengar mama menjerit di hujung talian.
"Miera buat apa di sana? Kenapa pergi tidak beritahu mama dan ayah?"suara mama keras menjadikan aku bertambah takut.
"Miera saja-saja berjalan dan tak sangka termasuk ke lebuhraya dan Miera pecut sajalah lagipun dah lama Miera tak ke sini"aku cuba berlagak selamba tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
"Miera tak beritahu pada Shah ke?"ehh mama ni kenapa nak beritahu lelaki itu pula.
"Tak kenapa pula mama?"tanya ku pula.
"Takde lah ni keluarga Shah datang rumah kita untuk menjemput kita sekeluarga ke rumahnya minggu depan ada kenduri kesyukuran dan mereka bertanyakan Miera."terang mama.
"Iya ke mama kirim salam sajalah pada mereka minggu depan Miera datang"janjiku.
"Miera tak nak cakap dengan Shah ke?"mama aku ni memang sporting habislah itu yang membuat aku sayang dengannya.
"Tak mengapalah ma nanti Miera cal dia"aku cuba membuat alasan agar tidak berbicara dengan lelaki itu.
"Alahhh cakap sekejap Miera tunggu mama panggil Shah"mama ni tadi dia yang bertanya dengan ku sekarang dia yang memaksa pula.
"Mieerrra….."lembut lelaki itu menyebut nama ku.
"Saya….bila Shah sampai"aku cuba menceriakan suasana walau dalam hati ku masih sakit lagi.
"Kenapa Miera kesana tidak beritahu Shah?"ini yang aku malas nak bersoal jawab.
"Saya saja jalan-jalan"alasan yang sama aku beri.
"Miera marah pada Shah kan"dia meneka.
"Takdelah"walau tekaannya betul tapi aku cuba menafikan.
"Miera jangan buat Shah macam ni sayang"rayunya.
"Betul tiada apa-apa pun"aku cuba berdalih.
"Mieerrraa….pls sayang, Shah tahu Miera tersinggung dengan Shah tempohari"lekas benar dia mengalah.
"OK lah Shah, saya nah berangkat pulang nanti kita sambung"dalihku.Hati ku akan cair bila mendengar pujukannya.
"Baiklah balik nanti Miera cal Shah"dia mengalah dengan kedegilanku.
"Ok"sepatah kata ku.
"Bawa motor tu baik-baik sayang, jangan bawa laju sangat"pesannya.Begitu sikap ambil beratnya tidak pernah pudar walau dalam keadaan apa sekali pun.
"Iyalah saya ingat"aku cuba meredakan kedinginan yang ku cipta.
"Bye sayang, I love so much"ehhhh mamat ni dia cakap sedap mulut je mama dan yang lain tidak dengar ke apa yang dia kata.Aku segera memutuskan talian tanpa memberi kata balasan.
cite nie mmg best koz follow dr awal lg tp author die smbg lmbt sgggggtttttttttttt laaaaaaaaaaa..... honestly ianya telah mnyebbkan aku sdkt krg minat jadinya krn outcome smbgn nye x la booommmm sgt... to pelangi, plz sbg cpt koz u dh wat ur readers hlg minat n i thnk it's not good at al... at least if u update once a week pon ok rather than bmggu2... thanks...
alahai... lambatnyer nak smbg.. da baper ari asik tgu smbgn cite ni je tau... jgn la lmbt sgt... -pijot-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la..ingatkan x jadik nak tunang..tapi..mujur gak..wak suspen jerk..shah tu kuat sangat cemburu..huhu..sambong r agi..