Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hanya tinggal dua hari saja Tuan Megat akan pulang.Selang dua hari lelaki itu akan menelefon ku tidak kira dia berada.Di pejabat apabila aku pergi berjumpa dengan Encik Safuan terasa kosong jiwa ini bila melihat biliknya.Benarlah kata orang bila seseorang itu tiada depan mata barulah kita tercari-cari di mana dirinya.Semuanya terasa lambat bagi ku dan kalau boleh ingin ku putar bumi yang berpusing ini.Shah kenapa hati ku jadi tidak menentu bila tidak mendengar suara mu.Mungkin sekarang ini sinchan,ifah,nor_za,dik alisya,cma dan teman-teman yang lain sedang ketawakan diri ku yang sedang di landa angin rindu.Biarlah mereka gelakkan tiap tutur ku kerana mereka tidak tahu apa yang aku rasainya sekarang ini.
"Cik Miera ada panggilan"tersentak bila Wati memanggil namaku.
"Siapa?"tanya ku sepatah.Tidak mungkin lelaki itu yang menelefon kerana setiap panggilan hanya akan di buat melalu telefon rumah atau telefon bimbit ku.Wati mengangkat bahu memberi isyarat menyatakan dia juga tidak mengetahui.
"Baiklah sambungkan pada saya"aku menuju ke tempat duduk ku dan mencapai telefon di tepi meja.
"Hello"bersahaja aku menjawab.
"Miera"aku terkejut kerana siapa orang ini yang memanggil nama ku demikian kerana setiap panggilan yang masuk akan di mulakan dengan perkataan CIK cuma Shah dan keluarga ku yang memanggil demikian.
"Siapa ni?"tanya ku sambil fikiran ku cuba mencari jawapan siapa pemanggilnya.
"Miera dah tidak kenal Haikal ke?"telefon di tangan nyaris tidak terlepas bila dengupan jantung ku bagaikan terhenti bila mendengar nama itu.Nama yang aku cuba kikis dalam memori hidup ku. Hampir aku terlupa yang ada lagi seorang insan dalam hidup ku yang memanggil aku demikian.Dia yang selalu menyebut nama ku dalam setiap tutur bicaranya.Dia yang pernah menjulang nama ku dalam hatinya.
"Miera kenal lagi dengan Haikal?"ada nada sayu di situ.Mungkin dia tidak sangka aku tidak mengingatinya lagi.Mana boleh ku lupa nama itu kerana nama itulah aku memberi syarat PPS pada Shah.
"Haikal ! betul ke ini Haikal?"tanya ku kembali.Adakah aku bermimpi sekarang ini.? Ku cubit pipit ku dan terasa kesakitanya.Aku tidak bermimpi sinchan, aku tidak bermimpi ifah, aku tidak bermimpi dik alisya, aku tidak bermimpi teman-teman.Haikal yang ku tunggu sekian lama berada di hujung talian sekarang ini.
"Iya Miera ini Haikal, boleh Haikal berjumpa dengan Miera?"aku seakan ingin berlari mendapatkannya dan bertanya mengapa aku di tinggalkan tanpa berita.Apa salah ku sehingga tiap dengusan nafas ku hanya namanya di bibir. Kenapa setelah aku berpunya baru Haikal muncul semula.Setelah ada insan yang sudi mengambil alih tanggungjawabnya kenapa dia perlu hadir.
"Baiklah di mana kita harus berjumpa?"aku harus mendapatkan jawapannya.Kalau aku masih menagih pengertian dalam diam sampai mati pun persoalan di minda ku tiada nota.
"Kita jumpa di Coffie Bean di Bintang Walk pukul lapan malam ni, Haikal betul-betul rindu dengan Miera "iya aku tahu setiap pertemuan kami Haikal lebih suka di sana.
"Baiklah Miera akan ke sana"janji ku tanpa mengendahkan kerinduannya.Aku lebih mementingkan persoalan yang bermain di minda ku.Perlahan ku letakkan telefon sambil berfikir betulkah tindakan yang ku ambil ini.Kenapa lancang sangat mulut ku menerima perlawaan dari Haikal tanpa berfikir yang aku sudah berpunya.Aku harus buat sesuatu untuk keluar dari kemelut ini.Siapa yang harus ku cari untuk meleraikan kekusutan ini.
"Hello"aku bersuara bila panggilan disambungkan.Iya aku harus mencari insan ini bagi menolong aku memberi sebuah jawapan.
-----------------------------
Aku mengatur langkah masuk ke bahagian ketibaan di KLIA.Sungguh kagum dengan kecantikan ini.Aku mengambil tempat di sebuah bangku dibahagian hujung dan menyelak helaian majalah yang ku beli tadi.Ku lihat jam di tangan menunjukkan waktu sembilan pagi.Pagi semalam Lin menelefon aku dan menyatakan abangnya mahu aku menunggu kepulangannya dan Lin cuba menawarkan diri untuk mengambilnya tetapi dia tidak mahu.Mengada betul lelaki ini.Masakan tidak dia mahu aku saja yang mengambilnya sendirian. Pengumuman ketibaan pesawatnya sudah di buat.Aku tahu dia akan keluar dalam masa setengah jam lagi.Kerinduan di hati ini bagai melonjak-lonjak untuk di leraikan.Baru dua minggu berpisah sudah tidak keruan diri ini. Aku tercari-cari kelibatnya di dalam deretan manusia yang keluar dari pintu itu.Resah bertandang bila wajahnya masih tidak kelihatan.Akhirnya aku menarik nafas lega bila dari jauh senyumannya sudah terukir bila dia dulu menangkap kehadiran ku.Satu persatu ku kira langkah yang di aturnya untuk mendapatkan ku.Matanya tidak lepas merenungku bersama senyumannya.
"Hai sayang Miera sihat?"terharu dengan ayat pertamanya.Dia tidak pernah lupa bertanya tentang diri ku.
"Saya sihat, bagaimana dengan Shah sihat ke?"aku merenungnya untuk melepaskan rasa rindu ini.
"Sekarang ni Shah betul-betul sihat sebab ubat Shah sudah berada di depan mata"bicaranya sambil tersenyum.Pada mulanya aku pelik juga bila dia berkata ubatnya tetapi bila ku fikirkan rupanya dia kenakan aku.
"Shahhhh….."tanpa aku sedar tangan ku sudah memulakan langkah ketam batu dan lelaki ini terus menangkap dan mengenggamnya.Terkaku seketika bila tangan ku di bawa ke bibirnya lantas dikucupnya sambil matanya merenung ku.
"Shah betul-betul rindu dengan Miera"aku melemparkan pandangan ke arah lain bila renungannya masih tidak dapat ku tangkis.
"Miera rindu dengan Shah tak?" bisiknya dan haruskah aku luahkan apa yang terpendam dalam hati ini.
"Marilah Shah kita pulang dulu"aku cuba mengubah topik.
"Mieerraa.."lembut suaranya.
"Nanti kita cerita okey"aku harap dia tidak perasan dengan perubahan wajah ku.Terasa malu untuk ku lontarkan isi hati ini.Aku menarik tangannya tetapi lelaki ini masih tidak bergerak dari kedudukannya.
"Kenapa hendak sorokkan rasa rindu itu"aku tahu dia dapat membaca hatiku melalui gerak langkah ku.
"Perasan"usik ku.
"Iyalah kita saja yang perasan dekat dia"aku tahu lelaki ini sengaja hendak mendera hatiku untuk melihat apa isinya.
"Okey saya minta maaf"aku memohon pengertiannya agar tidak bertanya lagi.
"Cakap dulu rindu tak dengan Shah?" haruskah aku nyatakan.
"Sedikit"akhirnya aku mengalah.
"Tidak mengapa belajar rindu sedikit-sedikit dulu bak kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitkan"bicaranya sambil mencubit pipi ku.
"Sakitlah"aku tahu dia sengaja hendak mengusik ku tetapi cubitannya meninggalkan kesan merah agaknya.
"Maaf sayang Shah tak sengaja, itulah Miera tidak mahu jawab soalan Shah"lelaki itu segera mengusap pipi ku untuk menghilangkan kesan merah itu.
"Shahhh…."aku cuba menepis tangannya kerana malu dengan keadaan sekeliling dan terus melangkah ke hadapan tetapi lelaki iti dia tetap kaku disitu.Aku mengangkat kening untuk memberi isyarat kenapa dan bagaikan orang bisu bercakap lelaki itu menghulurkan tangannya bagai meminta sesuatu.Aku pandang wajahnya dan dia tetap begitu.
"Kenapa?"akhirnya aku luahkan.
"Kunci kereta"sepatah jawabnya.
"Tidak mengapa biar saya yang memandu Shah tentu penat"aku tahu berada didalam sepuluh jam dalam kapalterbang tentu memenatkan.
"Shah masih boleh memandu lagi"aku tahu dia adalah insan yang bertanggungjawab.
"Kenapa takut saya bawa laju ke? Kalau hendak test boleh juga Sepang dah dekat ni"usik ku.
"No my dear, biar Shah yang memandu Miera hanya duduk saja sebelah Shah"tegas bunyinya.
"Janganlah macam ni Shahhh…..bagilah peluang saya yang bawa"aku tidak mahu dia rasa terbeban dengan tanggungjawabnya pada ku.Kalau di lihat dari wajahnya terpamir rasa keletihan tetapi lelaki ini cuba bertahan hanya kerana aku.
"Okey…okey…lain kali jangan buat begini"apa yang aku sudah buat pada lelaki ini.
"Saya buat apa pada Shah?"aku pula bertanya.
"Jangan goda Shah dengan renggekan itu membuatkan Shah bertambah geram dengan Miera"bisiknya perlahan di telinga ku dan aku tidak sempat hendak mengelak bila tangannya sudah menarik hidung ku.Melihat aku hanya terkaku lelaki itu meraih bahu ku dan membawa aku ke sisinya.
"Kita pergi minum ya, Shah tidak mahu balik dulu"tangannya masih diatas bahu ku menjadikan aku rasa tidak selesa.
"Kenapa pula Shah tidak mahu balik terus" lelaki ini sering mengambil keputusan tanpa bertanya ku.
"Shah nak qadar masa dua minggu tu dengan Miera.Shah betul-betul rindu dengan Miera"aku rasa wajah aku sudah beberapa kali merah kerana lelaki ini.
"Shah ni kan"aku cuba mengelak bila sekali lagi di sentuh hal ini.
"Betul Shah tidak tipu"tersenyum dengan kata-katanya.
"Tetapikan rahsia di hati orang itu tak siapa yang tahu"sambungnya sambil berbisik perlahan.
"Shhhaahhhh….."aku tahu dia sengaja mengenakan ku lagi dan kedengaran tawanya.Aku menunjukkan wajah yang tidak puas hati dan tawanya masih bersisa ketika tangan ku berada di genggamannya.
---------------------------------
Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Tuan Megat.Kali terakhir aku terserempak lelaki itu ketika dia hendak keluar dengan Tuan Hanif.Lelaki itu dengan wajah tenang memberi senyuman dan Tuan Hanif menyapa ku seperti biasa.Sejak itu kelibatnya susah hendak di lihat di depan mataku.Kalau ternampak diri ku lelaki itu seakan cuba melarikan diri.Tiada senyuman untuk ku sebaliknya di ganti dengan satu wajah yang tegang.Tak mungkin aku membalas sapaan Tuan Hanif membuatkan lelaki itu marah.Aku bukannya curang kerana aku lakukannya di depannya. Sesekali aku cuba menelefonnya tetapi lelaki itu akan menjawab bahawa dia sibuk dan perbagai lagi alasan.Adakah dia seperti Haikal yang meninggalkan aku ketika kasih ku sudah mekar dan namanya sudah ku pahat dalam hati ini. Haikal satu nama yang akan cuba ku kikis dari memori ku.Sejak pertemuan hari itu aku tidak mendengar lagi suaranya.
"Hai Miera sila duduk"Haikal menarik kerusi untuk ku.Haikal memang lelaki yang berdisplin dan bertanggungjawab kerana setiap pertemuaan dia yang akan datang dulu.
"Lama Haikal tunggu?"terasa bersalah kerana membiarkan dia menunggu ku tetapi sesekali biarlah dia rasa bagaimana perasaan seseorang yang menunggu.
"Taklah baru sepuluh minit"dia tidak lepas dari memandang ku membuat aku pula tidak selesa.
"Janganlah pandang Miera macam itu"akhirnya aku bersuara bila matanya masih tidak beranjak.
"Haikal rindu sangat dengan Miera"aku terpegun dengan luahannya.Ku pegang cincin pertunangan ku beberapa kali untuk mendapatkan kekuatan.
"Rindu???"sinis aku bersuara.Kalau dia rindu kenapa tinggalkan aku sendirian.Baru sekarang dia menjelma setelah aku meniti kebahagiaan bersama insan yang sanggup menerima permintaan ku.Teringat aku dengan Shah apa agaknya di buat disana.Rindu ini hanya untuk Shah seorang sahaja.Aku tidak akan memberi kerinduan ini pada sesiapa.
"Kenapa Miera tidak percaya ke?"dari airmuka Haikal aku tahu dia semacam keliru dengan sikap aku.
"Kalau rindu kenapa Haikal pergi tanpa khabar berita dan tiada satu pun harapan yang Haikal tinggalkan untuk Miera"aku menuntut satu jawapan walaupun dah terlewat.
"Miera jangan cakap begitu, Miera tidak tahu bertapa seksanya jiwa Haikal berjauhan dari Miera.Haikal menghitung waktu untuk pulang semula ke Malaysia"terkejut dengan kenyataan dari lelaki yang duduk di hadapan ku ini.
"Pulang ke Malaysia! Apa maksud Haikal?"tidak sabar untuk aku menghuraikan kenyataan dia tadi.
"Setelah bertukar ke syarikat baru, Haikal di hantar ke Sudan untuk menganalisi tentang perihal kajibumi berkenaan minyak."aku tahu sebelum ini Haikal sering keluar negeri bagi menjalankan penyelidikan tetapi dia akan memberi tahu aku di mana dan berapa lama.
"Jadi kenapa Haikal tidak menghantar berita pada Miera"jawab ku sedih.
"Itulah kesilapan yang telah buat.Haikal ingat jika sudah sampai di sana barulah Haikal beritahu Miera lagipun Haikal pergi dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengantikan jurutera di sana tetapi bila sampai di sana Haikal terpaksa pergi bahagian pendalaman yang tiada sebarang rangkai perhubungan dengan dunia luar."aku cuba menahan airmata dari mengalir.Bagi ku penerangan darinya sudah terlambat.
"Kenapa sekarang Haikal baru hendak terangkan pada Miera.Selama ini Miera menanti panggilan atau pun email dari Haikal.Hati Miera jadi hancur bila menghadapi keadaan ini.Miera kehilangan insan yang Miera sayangi secara tiba-tiba"luahku.Haikal cuba menarik tangan ku tetapi segera ku tolak.Mungkin tersinggung dengan tingkah ku Haikal menyandarkan diri sambil matanya tidak lepas merenungku.
"Haikal tahu Miera yang Haikal kenal adalah seorang gadis yang setia, berdikari dan tabah sebab itulah Haikal tidak risau meninggalkan Miera untuk sementara."airmata tidak dapat ku tahan bila mendengar luahannya.Begitu tinggi pandangannya pada ku.
"Tetapi semua itu sudah terlambat Haikal….sudah terlambat"luah ku perlahan.
"Apa maksud Miera?"dari nadanya aku tahu Haikal terperanjat dengan apa yang ku sampaikan duduknya.Matanya tidak lepas meneliti wajahku dan pandangannya jatuh pada jari jemari yang ku genggam.
"Dengan siapa?"ada sayu di situ.Aku tidak boleh hendak mengulang nadanya kerana aku tidak sanggup dengan kekecewaan yang dia hadapi kini.Kami menjadi mangsa masa dan keadaan.Mengapa semuanya terjadi keatas diri kami.
"Anak kawan mama"jawab ku lemah.Terbayang wajah Shah yang tersenyum di ruang mataku.Kini aku tidak boleh menongkah arus untuk meneruskan kehidupan ini.Aku harus menerima hakikat bahawa tiada jodoh diantara kami.
"Kenapa Miera tidak menunggu Haikal, kenapa mesti menerima anak kawan mama Miera? Tak kan Mukhriz tidak memberitahu pada mama Miera"Haikal cuba mempersoalkan peranan abang ku dalam perkara ini.
"Hendak beritahu apa Haikal?, hendak beritahu yang Miera sedang menunggu kepastian dari insan yang Miera sendiri tidak tahu dimana dia berada?"ku berikan soalan ini untuk dia pula mencari jawapan dari kedua-dua pertanyaan.
"Sudahlah Haikal, Meira sudah letih dengan semua ini.Kita terimalah apa yang tersurat dan tersirat untuk jodoh kita ini"aku tahu Haikal masih tidak dapat menerima kenyataan ini.
"Betul ke dengan apa yang Haikal dengar ini?"perlukan aku membuktikan dengan kehadiran Tuan Megat di sisi ku.
"Haikal kita kena terima kenyataan ini dan bolehkan kita teruskan perhubungan ini dengan pertalian sahabat"aku cuba memujuknya walaupun hati ku didera sayu.
"Miera, bagi Haikal tiada nama lain di dalam hati ini dan kalau Miera tidak bahagia dengan kehidupan Miera bolehkan Miera cari Haikal"tersayat hati ini lagi mendengar luahannya.
"Insyallah Haikal tapi Miera rasa keputusan yang Miera ambil ini adalah tepat."aku tidak mahu hati ku goyah dengan apa yang akan ku lalui nanti.
"Miera minta diri dulu"aku segera bangun dan bersalaman dengan Haikal.Aku rasa cukuplah dengan pertemuan ini dan segala persoalan sudah terjawab.
"Miera jaga diri baik-baik"sayu dia hendak melepaskan ku pergi.
"Haikal pun jaga diri bila berada di rantau orang kerana Haikal seorang disana."aku rasa itulah pesanan ku yang terakhir untuknya.
"Miera boleh ke kalau sebelum Haikal berangkat ke Sudan semula Haikal hendak berjumpa Miera dan tunang Miera?."apa jawapan yang hendak ku berikan aku sendiri tidak tahu.
"Insyallah"Haikal memghulurkan kad nama pada ku dan ku sambut dengan keikhlasan.Perlahan-lahan aku meninggalkan tempat pertemuan itu dan dua pasang mata menyambutku dengan senyuman.
-------------------------
"Cik Miera"terperanjat aku bila bahu ku ditepuk.Jauh sudah aku mengelamun dan mengingati pertemuan ku dengan Haikal.
"Cik Miera sihat ke?"sekali lagi Shikin bertanya.
"Saya sihatlah"jawabku lemah.
"Betul ke ni saya lihat macam ada sesuatu saja, Tuan Megat sihat?"aku tahu Shikin mengambil berat tentang diri ku kerana dia pun akan menjadi keluarga kami tidak lama lagi.Baru aku tahu abang dan Shikin ada perhubungan yang akan mama dan ayah khabarkan pada semua.Tak sangka sama sekali tetapi aku merestuinya kerana Shikin adalah anak yang baik dan tidak mustahil akan menjadi isteri yang baik pada abang ku.
"Termenung lagi"tersipu malu bila aku masih mamai lagi.
"Tuan Megat sihat"aku sendiri tidak tahu samaada jawapan itu untuk menyedapkan hati ku pada kedinginan lelaki itu.
"Okeylah Shikin mari kita turun makan nanti lambat pula."aku mengajak Shikin dan berharap persoalan ini tidak ditanya lagi.
Bila lif terbuka kelihatan Tuan Megat, Tuan Hanif dan seorang wanita yang agak seksi berada didalamnya.Terkaku aku seketika melihat wajah Tuan Megat masih tegang memandangku.Pada mulanya aku tidak mahu masuk tetapi Shikin lebih dulu menarik ku.
"Hai Cik Miera apa khabar?"tersenyum Tuan Hanif menyapa ku.
"Alhamdullilah sihat"aku cuba tersenyum walaupun senyuman ku adalah terpaksa.
"Siapa ni Megat, U tak mahu kenalkan I dengannya ke?"dengan nada selamba wanita itu menyampuk perbualan aku dan Tuan Hanif.Keliru dengan keadaan ini dan kenapa wanita itu tidak ajukan soalan itu pada Tuan Hanif.
"Ohh…maaf ini adalah salah seorang kakitangan I dan ini semua kawan-kawan pejabat yang satu tingkat dengannya."aku cuba memandang wajah lelaki itu tetapi matanya bukan kearah ku.Kenapa lelaki ini jadi begini?.
"Cik Miera ni pandai bernyanyi tau Sherly"sampuk Tuan Hanif.
"Iya ke kalau begitu Megat U harus bawa dia boleh berkaraoke dengan I, I pun suka menyanyi tetapi tiada kawan nak temankan"nak berkaraoke dengan wanita ini mintamaaflah tak sanggup aku.
"Tengoklah nanti"dari jawapannya aku sudah tahu lelaki ini tidak ikhlas.Tanpa membuang masa terbuka saja pintu lif aku keluar tanpa pamitan.Biarlah mereka kata aku kurang ajar tetapi dari jawapan lelaki itu aku telah di malukan tanpa sedar.
laaa nape lak ny...gdoh plak ke dieorng ni ha,,,,,
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Cepat rr sambg citer nih dah xsbr ni.....