Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hampir sebulan perhubungan ku dan Tuan Megat menjadi hampar.Aku tidak tahu kenapa dia sanggup melakukan kepada ku.Aku cuba mencuri masanya untuk diri ku dan mencari sebuah penjelasan dalam hal ini tetapi lelaki ini sering mengelak.Tuan Megat ke luar negeri selama seminggu pun tidak di nyatakan pada ku dan permergiannya hanya ku tahu daripada Ida setiausahanya.
"Hello Shah"aku cuba mencarinya pada petang itu.Sengaja aku balik lewat sedikit kerana tidak mahu sesiapa menghidu tentang masalah ini lebih-lebih lagi Shikin.Kalau Shikin tahu takut dia akan sampaikan pada abang.
"Ermm…"hanya itu saja ayatnya pabila menyambut panggilan dari ku.
"Shah, saya nak minta tolong sikit boleh tak?"aku tidak tahu sama ada lelaki ini setuju atau pun tidak.
"Apa dia?"haruskah ku teruskan perbualan ini memandangkan cara lelaki ini melayan ku bagai endah tak endah.
"Boleh tak saya tumpang Shah hari ini sebab motor saya masuk bengkel"ku luahkan juga permintaan ku.
"Kenapa cari Shah pula?"betulkah insan yang selama ini ku sayang berkata demikian.Apakah maksud lelaki ini berkata begitu.
"Habis nak cari siapa?, abang dan ayah outstation" terasa ada sesuatu tersembunyi di sebalik pertanyaan tadi tetapi aku cuba tidak menghiraukan.
"Kenapa tak cari Haikal?"berderau darah ku bila mendengar apa yang lelaki ini katakan.Adakah dia tahu pertemuan itu tetapi aku bukan pergi sendirian.
"Shahhh….."aku cuba memujuknya.
"Kenapa terperanjat tembelang dah pecah ke?"sedih bila mendengar jawapanya.Selalu bila aku berkata demikian pasti sayang yang di ucapkan.
"Bukan begitu, Shah dah salah faham ni biar saya jelaskan"aku cuba menerangkan.
"Salah faham konon, dahlah Shah tiada masa hendak melayan orang curang dengan Shah"terkejut aku bila mendengar telefon di hempas.Air mata bagaikan mengerti penderitaan ku dan perlahan-lahan turun di pipi ini.Sampai hati Shah buat aku begini sudah lupakah dia tentang PPS yang ku minta darinya.Kenapa dia yang ku sanjung sarat dengan kasih sayang tetapi mudah melatah tanpa mendengar alasan ku.Inikah lelaki yang ku dambakan selama ini wahai teman-teman.
Sedang aku melayan kesedihan telefon bimbit ku berbunyi.Segera ku kesat airmata yang mengalir dan menekan butang hijau bila sudah mengetahui siapa pemanggilnya.
"Hello Miera sayang"rasa terhibur dengan panggilan itu.
"Kau ni Shana tak boleh ke beri salam dulu"marahku pada kawan yang sama beryoga dengan ku.
"Okey…asalamualaikum cikgu"aku tahu teman ku ini memang suka mengusik seperti sinchan.
"Walaikumsalam murid, sila kan masuk ada apa-apa yang boleh cikgu bantu"aku membalas usikan Shana walaupun jiwa ku dalam kesedihan.
"Banyaklah songgeh kau punya masuk, hei perempuan kau nak pergi tak?"tergelak aku bila mendengar Shana bersuara.
"Pergi mana?"aku rasa aku tidak ada janji dengan Shana.
"Tengok itu aku dah cakap jangan berkasih tetapi kau degil sekarang aku juga yang susah bila kau lupa ingatan"Shana tidak habis-habis mengusik ku.
"Sory Shana aku betul-betul lupa"mungkin masalah aku dan Tuan Megat membuatkan fikiran ku kosong.
"Jungle tracking kat Gunung Jerai"jawab Shana tidak sabar.
"Oh ya aku terlupa, okeylah kalau begitu masukkan nama aku"aku harus menjauhkan diri dari lelaki ini buat sementara waktu.Biar masa yang menentukan sampai bila kedinginan ini.Tidak perlu aku memohon kebenarannya kerana aku rasa ketidakhadiran ku disisinya sedikit sebanyak boleh mengurangkan ketegangannya.
"Aku dah masukkan pun cuma nak kepastian saja dari kau"terkekek Shana tertawa.
"Kau ni kalau aku tak jadi pergi macam mana?"soal ku pada perempuan yang ceria bagaikan tiada masalah baginya.
"Kalau kau tak mahu pergi aku bawa abang kau sekali barulah kau tahu nanti"Shana tahu pertunangan aku dengan Tuan Megat setelah melihat lelaki itu mengambil aku pulang dari kelas yoga.
"Okeylah aku hendak telefon teman yang lain jangan lupa minggu depan, kau mintalah cuti lebih sikit kalau keadaan sana seronok mungkin kita akan lama di sana"aku tahu kalau masuk hutan menang seronok kerana banyak yang kita boleh pelajari.
"Yes madam, jumpa disana"aku sengaja mengusik Shana.Aku menamatkan perbualan dan terasa ada sedikit ketenangan bila berbicara dengan Shana.
"Shah kalau itu yang Shah mahukan saya akan turuti"bisik ku sendiri.
Pulang kerumah aku terus masuk ke bilik ku.Ku selongkar almari baju dan mencari beg untuk digunakan nanti.Mama masuk ketika aku sibuk membersihkan kasut dan beg tersebut.
"Miera nak kemana ni?"mama mengambil tempat di birai katil.
"Miera hendak mendaki Gunung Jerai"jawab ku sambil tangan ku sibuk mengelap kasut ku.
"Miera tahu tak Miera dah buat satu kesalahan."baru aku teringat yang aku belum meminta kebenaran dari kedua orang tua ku.
"Sorry mama Miera belum beritahu mama dan ayah lagi"aku merenung wajah keibuan mama.Kalau mama tahu aku dalam kesedihan mungkin dia tidak akan membiarkan aku pergi.
"Jadi?"aku tahu mama marah dengan keputusan ku tanpa berunding dengannya.
"Pls mama benarkan Miera pergi lagipun Miera dah masukkan nama Miera dalam kumpulan itu."aku berharap mama tidak mengambil keputusan yang drastic.
"Itu mama tidak mahu tahu, jawab dengan ayah"jawab mama sambil bangun mahu meninggalkan ku. Sayu aku melihat wajah kesayanganku yang telah ku guris hatinya.
"Jangan lupa bawa baju sejuk"segera aku mengangkat muka memandang mama sambil tersenyum.
"Terima kasih mama, Miera sayang mama"aku luahkan segala kasih sayang ku pada wanita yang sedang berdiri di depan ku ini.
"Itu mama tahu tapi jawab dengan ayah"ingatkan dah terlepas.
"Pulak"bisikku hampir tidak kedengaran bila mama melangkah menuju ke pintu.
Ketika mama baru hendak memulas tombol pintu sempat dia berpaling.
"Miera okey ke dengan Shah?" apa harus ku jawab teman.Haruskah aku berbohong dengan wanita ini yang terlalu tinggi darjatnya di samping ku.Wanita ini bagaikan mengerti kekeruhan yang melanda perhubungan ini.Aku hanya mengangguk tanpa suara.
…………………………………………………………………………………………………………………
Pagi itu aku ke naik ke bahagian sumber manusia untuk mengisi borang cuti.Bertembung dengan Tuan Megat adalah sesuatu yang menyebakkan perasaan ku tetapi aku harus kuat.Walaupun berselisih bahu dengannya aku buat seperti tidak mengenalnya kerana itu yang dia mahukan dan aku akan lakukan.Selesai mengisi borang cuti aku harus meminta tandatangan kelulusan dari Encik Safuan dan melihat biliknya yang terang aku sudah pasti mesti Encik Safuan sudah sampai.
"Masuk"kedengaran suara didalam.Aku terus masuk dan terlihat satu tubuh sedang duduk membelakangkan aku.Tidak perlu ku nyatakan dari jauh aku sudah tahu siapa gerangannya.
"Iya Cik Miera ada apa-apa yang perlu bantuan saya"terasa lega bila senyuman Encik Safuan dapat mengurangkan kegugupan diri ku.
"Tidak mengapa Cik Miera saya dan Tuan Megat hanya berbual saja, tidak menganggu pun"tidak jadi aku melangkah.Hati ku berperang sendiri sama ada mahu menyerahkan borang tersebut atau tidak.Ahhh….bagi sajalah.
"Saya hendak minta cuti selama seminggu"dari ekor mataku aku dapat melihat lelaki itu memandangku.
"Cik Miera hendak berkahwin ke?"rasa hendak tergelak aku mendengar pertanyaan itu.Patutnya soalan itu ditujukan pada lelaki dihadapan Encik Safuan itu.Hendak saja aku bertanya jadi ke berkahwin dengan ku kalau tidak beritahu awal-awal nanti tidak menyusahkan diriku.
"Takdelah Encik Safuan saya hendak masuk hutan" terkejut kedua lelaki yang berada didepan ku.Tuan Megat terus berpaling memandang ku tetapi aku tidak menghiraukan kerana ini adalah hal peribadi ku.Kalau tidak suka dengan aku jangan sesekali menyentuh hal diriku.
"Masuk hutan!!! Buat apa?"Encik Safuan ni kalau hendak tandatangan cepatlah banyak soalan pula.
"Saja"sepatah aku menjawab.Lelaki di hadapannya tetap kaku bagaikan tiang elektrik.
"Ada-ada saja Cik Miera ni, baiklah saya luluskan lagipun Cik Miera tidak pernah mengambil cuti lagi selama berkerja di sini.Baguskan pekerja U ini kan Megat bertuahlah siapa yang mendapatnya"rasa hendak pitam bila Encik Safuan menarik lelaki ini masuk dalam perbincangan ini.
"Iya bertuah sungguh"terasa diri di sindir dengan kata-kata yang keluar dari bibir lelaki ini.Walaupun bagi Encik Safuan itu adalah pujian dari Tuan Megat tetapi bagiku adalah pisau menghiris hatiku.
"Saya minta diri dulu"aku berlalu setelah tiada apa lagi disini untuk ku nyatakan.
…………………………………………………………………………………………………………………
Kami mendaki dalam keadaan cuaca yang lembab mungkin di sebabkan hujan malam tadi.Beg yang ku sandang penuh dengan khazanah yang entah apa-apa.Ini mama yang punya angkara sibuk dia menyuruh bawa selimut dan baju sejuk lebih.Puas aku terangkan bahawa masuk hutan tidak sama dengan berkelah.
"Kau okey Miera?"tersentak bila Shana menepuk ku dari belakang.
"Aku okeylah macam tidak biasa pula" aku masih mampu untuk mendaki.
"Kenapa kau diam saja biasanya mulut kau dengan aku lebih kurang je"aku tahu Shana perasan dengan tingkah laku aku.
"Kalau kita asyik bercakap saja tenaga yang keluar agak berlebihan jadi lebih baik aku diam untuk mnyimpan tenaga aku"Shana menjelirkan lidahnya bila aku berkata demikian.
Belum Shana sempat berkata apa-apa ketua kami menyuruh kami berhenti untuk melepaskan lelah.Dalam kumpulan ini ada dua puluh orang peserta.Masing-masing ada peranannya sendiri tetapi lelaki tanggungjawabnya lebih sedikit dari perempuan.Setelah itu kami meneruskan perjalanan dan ketika hampir petang baru kami sampai di kawasan lapang tempat yang biasa para pendaki berkhemah.
"Baiklah semua dirikan khemah masing-masing dan kita akan bermalam di sini."aku segera meletakan beg yang sarat.
"Shana kau dengar tak apa yang aku dengar"aku cuba menarik Shana dekat dengan ku.
"Apa dia?"Shana cuba mencari dari mana datangnya suara itu.
"Ada sungai kalau berendam sedap ni."aku dan Shana kalau bab sungai ni memang teruja sikit.
"Pak Ramli di sini ada sungai ke?"tanya Shana tidak sabar bila melihat ketua kami melintas didepan kami.
"Ada di bawah sana, siapkan kerja dulu baru mandi"aku tersenyum sambil mengangkat tangan.Kami segera menyambung kerja sambil bergurau senda tetapi kami tahu jika di dalam hutan tidak boleh buat perkara sesuka hati kerana banyak pantang larangnya.Setelah selesai memasang khemah kami mengambil belerang untuk di taburkan di kelilingnya bagi menhindarkan tetamu yang tidak diundang.Seronok berendam bila semuanya kerja telah selesai.Budak lelaki bertanggungjawab mencari kayu api untuk memasak dan perempuan hanya membantu apa yang patut.Bila berada didalam hutan baru kita akan merasanya bertapa bertuahnya kita dengan apa yang kita ada tetapi aku tidak menghiraukan semua itu yang penting bagi ku hanya kedamaian yang ku cari.
Malam itu kami beramai-ramai menghidupkan unggun api dan menyanyi.Sedang aku leka menepuk tangan bila seorang teman menghabiskan nyanyiannya Shana menyerahkan gitar kapok kepada ku.
"Buat apa?"aku sekadar bertanya walaupun aku tahu Shana mahu aku bernyanyi sambil bermain gitar.
""Elehhhh sudah garu cendana pula"usik Shana.
"Sudah tahu bertanya pulakan"sengaja aku menyambungnya untuk membalas usikan Shana.
"Mainlah Miera dah lama aku tidak mendengar kau bernyanyi"pujuk Shana dan teman-teman yang lain bersetuju.
"Okeylah tapi lagu slow pun bolehkan"aku rasa tidak mampu untuk bernyanyi lagu yang rancak seperti majlis di syarikat ku memandangkan hati ku sekarang pun dalam keadaan beku.
Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya...
( korus ) Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini
Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...
Ku lihat Shana dan teman-teman yang lain diam membisu mungkin melayan perasaan.Aku memohon diri masuk kekhemah dengan alasan mahu tidur.Ku baring diatas sleeping beg dan melayan rasa sedih ku.Betul seperti lirik lagu tadi itu Shah bagaikan pelangi yang sedia memberi aku cahaya kebahagian tetapi aku tidak boleh menaruh harapan yang tinggi kerana yang pasti Shah akan pergi dan apa yang aku takuti akan terjadi.
"Kau ada masalah ke Miera?"tidak sedar bila Shana masuk kedalam khemah.
"Tak ada apa-apalah"aku cuba berdalih.
"Kau jangan tipu aku Miera dari nyanyian tadi pun aku dah nampak, kau ada masalah dengan tunang kau ke?"sekali lagi Shana bertanya.
"Sedikit salah faham saja"aku terpaksa berterus terang.
"Kau hendak luahkan aku sedia mendengarnya"rasa terharu dengan sikap teman ku ini.
"Tidak mengapalah insyallah aku under control lagi"kalau boleh aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.
"Aku hendak ajar kau sesuatu, kalau kau rasa nak marah, sedih, hati rasa tidak selesa atau fikiran kau runsing kau pejamkan mata macam yang kita selalu buat dalam yoga tu dan kau berzikir dengan nama ALLAH insyallah hati kau akan jadi lapang dan tenang."terang Shana panjang lebar.
"Mana kau belajar?"tertarik dengan tips yang Shana berikan pada ku.
"Aku selalu buat begitu kalau ada masalah dan kadang-kadang kita tidak dapat berfikir dengan waras bila masalah membelenggu kita"biar benar perempuan di depan ku ada masalah kerana kalau di lihat dari caranya tiada masalah yang sanggup hinggap di bahunya.
"Kau begini pun ada masalah?"ku lontarkan apa yang ku fikirkan.
"Hei perempuan kau ingat aku ni malaikat takde masalah, sedangkan nabi pun ada masalah berhadapan dengan kaum Qurish tetapi percayalah hanya ALLAH saja yang dapat menolong kita dan ingatilah nya pasti ada balasannya.
"Ahhh…lagi satu sebelum aku terlupa syarikat pakcik aku ada kosong kau nak tak? Ini pun pakcik aku yang suruh tanya sebab biodata yang kau hantar dulu masih pakcik aku simpan"Shana kalau bercakap memang tak kan berhenti kalau kita tak hentikan.Memang dulu aku ada menghantar biodata untuk memohon perkerjaan di syarikat pakcik Shana tetapi jawapan dari syarikat Tuan Megat lebih dulu aku terima.
"Betul ke ni?"aku rasa perlu mengambil satu keputusan muktamad dalam hidup aku.Bukan aku melarikan diri tetapi kalau berjauhan mungkin kami boleh berfikir dengan tenang.
"Apa yang tak betulnya, kau nak tak? Kalau kau nak aku cakap dengan pakcik aku.Dia memang menunggu kau kerja dengannya sebab melihat dari kelulusan dan pengalaman kau."terang Shana.
"Okeylah aku terima tapi aku kena bagi notis sebulan"aku tidak tahu betulkah apa yang buat ini.
"Esok aku telefon pakcik aku dan kau buatlah apa yang aku suruh insyallah nanti hati kau tenang"Shana menepuk paha ku sambil bangun meninggalkan ku.
Ya ALLAH aku yang kerdil ini berserah segalanya pada mu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ala... time sedih la pulak nih...