Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Wad 213 Hospital Pakar Tawakal yang terletak bersebelahan Perpustakaan Negara itu senyap meskipun menempatkan lebih 10 orang. Masing-masing membisu dengan gaya tersendiri. Maria berteleku diatas kerusi antara dua katil yang menempatkan Jimmy dan Billy yang masih belum sedar akibat pembedahan mereka lebih kurang sejam yang lalu. Selebihnya yang ada disitu adalah Husna dan suaminya Badrul, Hans dan Raimi baru sahaja tamat sesi terapi detoksifikasi mereka, Ju-A, Eddy, E-one, Thomas, Azman dan Chong yang menunggu diluar kamar itu kerana tak tahan sejuk. Manakala Yatie dan Wan ada dikamar Tom ditingkat atas. Semua mereka menanti dengan penuh sabar detik-detik kesan ubat pelali ditubuh Jimmy dan Billy hilang. "Emm…" Jimmy yang terlebih dahulu memberi reaksi. "Jimmy, Jim…" Maria memanggil lembut nama adiknya, memaksa Jimmy untuk membuka mata. "Sis…" Jimmy tersenyum, kelat. Pening-pening ubat pelali masih berbaki lagi. "How am I doing?" Jimmy bertanya akan pembedahan yang telahpun dilaluinya. Dua hari lepas sejurus selepas peristiwa di kuari, mereka bergegas ke Hospital Putrajaya memandangkan keadaan Tom yang tiba-tiba rebah. Maria ketika itu yang juga pengsan, hampir-hampir histeria apabila dikejutkan oleh Jimmy dan Billy yang disangkanya sudah mati. Lain pula ceritanya di Hospital, kecederaan Tom dilihat agak rumit bagi doktor disana kerana ia melibat kecederaan dalaman dan kes itu tidak pernah dihadapi mereka. Selain daripada mengenal pasti jumlah dadah yang banyak didalam darahnya dan juga keadaan sarafnya yang menunjukkan tanda-tanda tidak normal, pakar disitu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mempunyai rekod perubatan Tom yang terdahulu. Dikhuatiri tindakan mereka mungkin akan mendatangkan mudarat kepada Tom. Atas keputusan Husna, Tom dihantar ke Tawakal Kuala Lumpur dan Halim yang ketika itu sedang dalam soal siasat polis di Villa Peter dipanggil serta-merta. Halim, doktor peribadi Tom telahpun diberitahu oleh Husna akan kewujudan cip ditengkuk Tom lebih setahun lepas dan semenjak itu, tanpa disedari oleh gadis itu, dia menjalankan kajian ke atas cip tersebut melalui check-up bulanan yang dijalani Tom. Berbantukan Pakar Neurologi, Dr. Raj Nathan yang merupakan sahabat baik Halim, mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan cip tersebut kerana dari semasa ke semasa ia memberikan impak frekuensi gelombang yang lebih daripada normal kepada otak Tom. Akibat pemberian dadah Memory Dash juga memburukkan lagi keadaan. Dadah itu yang sepatutnya menghilangkan ingatan Tom, gagal berfungsi disebabkan tekanan kuat daripada cip itu yang menyekatnya daripada mengalir ke otak, lantas dadah itu berkumpul di saraf tunjang Tom. Hasil daripada pembedahan pembuangan cip itu nanti adalah samar-samar. Memandangkan ini adalah kes yang julung kalinya diterimanya, Raj Nathan tidak memberikan sebarang harapan. "50-50 kemungkinan bagi otak Tom untuk gagal berfungsi ataupun ‘Brain Death’ kerana kondisinya yang agak lama didalam situasi itu. Manakala bagi saraf tunjangnya pula, kemungkinan besar Tom akan lumpuh." Itulah antara kata-kata Raj Nathan sebelum Husna selaku warisnya menurunkan tanda tangan diatas Surat Kebenaran Bedah. Kesemua mereka kecuali Fishah mengadakan solat hajat beramai-ramai malam itu berimamkan Badrul yang terbang terus daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur sebaik sahaja melihat isterinya muncul dikaca TV pagi tadi kerana kebakaran besar yang telah berlaku dikediaman mereka. Fishah pula terpaksa menguruskan Press Conference diatas kejayaan pihaknya yang telah memberkas Peter dan sekaligus menggemparkan dunia. Seluruh wartawan diserata dunia kini mengalihkan kamera mereka ke Kuala Lumpur ketika ini. ‘Kes ini tentu sahaja menarik’. Hans dan Raimi juga turut ke Tawakal bersama ibu bapa mereka yang kerisauan. Menurut doktor, mereka diberikan dadah yang kuat dalam dos yang besar. Beberapa sesi Terapi Penyahtoksikan terpaksa dijalani kedua mereka. Dalam tempoh pembedahan yang dilakukan keatas Tom, Halim berbincang dengan Maria untuk melakukan prosedur yang sama keatas Jimmy dan Billy kerana mungkin risiko untuk mereka juga mengalami kondisi yang sama, ada. Ianya mungkin tidak seteruk keadaan Tom dimana tengkuknya telah lebih dahulu tercedera. Walau bagaimanapun dikhuatiri Jimmy dan Billy akan mengalami komplikasi yang lain pula. Jimmy dan Billy pada mula mulanya menbantah tetapi akur setelah dipujuk Husna. "You’re gonna be fine." Maria mengusap rambut adiknya itu. Bilik itu mula bising dengan bisikan-bisikan penghuninya yang lega dengan perkembangan terbaru ini. Jimmy meraba-raba tengkuknya yang dibalut tebal. Rambutnya dipotong pendek untuk memberi ruang bagi pembedahan dijalankan. "Tom! How is she?" Jimmy teringat akan kembarnya itu. Soalannya tidak berjawab. Maria tunduk membisu. Mereka yang tadinya menggamatkan bilk itu, turut membisu. Jimmy bangun dari pembaringan, memegang kedua-dua bahu Maria. "What happen? Tell me!" Jimmy mendesak, panik dengan reaksi orang disekelilingnya. "She’s… her brain’s death." Air matanya jatuh. "No… It can’t be. NO!" Jimmy tidak keruan, dia bangun dari katilnya. Kain selimut yang dipakainya melindungi tubuhnya yang separuh bogel memakai baju pembedahan itu. Dia mendapatkan Billy yang masih lagi lena. " Billy, Billy… Wake up! You stupid! Wake up!" Jimmy menggesa, tubuh Billy digoncang sepenuh hati. "Arghh! What?" Billy mamai dikejutkan begitu. Matanya yang masíh lagi berpinar digosok-gosok beberapa kali. "Tom… Tom… Sabrina!..." Jimmy tergagap-gagap, cuba menjelaskan. "What about her? She’s OK right! Sis, mama, Tom baik-baik sahaja, kan?!" Billy segar bila nama Tom disebut. Mereka yang lain terus-terusan berdiam diri. Masing-masing tunduk, cuba menyembunyikan reaksi wajah mereka. "Come, we’ve gotta see her, she’s critical Bill!" Jimmy menarik tangan adiknya itu. Billy terkocoh-kocoh, dia turut mencapai selimut, meniru perbuatan kembarnya. Mereka berdua meninggalkan bilik itu. Hanya Husna dan Badrul sahaja yang menyusul mengikut mereka. Sementara bilik itu kecoh dalam diam dengan gelagat mereka yang tinggal. "Nurul Hazelina, dia dekat mana?" Jimmy menyoal jururawat dikaunter wad itu. "Cik Nurul di bilik VVIP II, tingkat 3. Encik boleh ambil lif… eh encik, encik…" Belum habis jururawat itu berbicara, kedua mereka sudahpun cabut menaiki tangga. "Its OK nurse, saya ikut diorang." Husna menerangkan kepada jururawat itu. ‘Iyalah! Manalah dia tak terkejut, tengok patient yang bagai nak gila berkaki ayam dengan uniform surgery yang tak ditukar lagi.’ Setiba ditingkat 3, Jimmy perasan akan kelibat Fishah didepan pintu lif. Mereka berdua berlari mendapatkan lelaki itu. "Uncle, mana Tom? Dia dekat mana?" Billy bertanya. "Dia dalam bilik dialah, kat sana… Kenapa..?" Fishah mati kata apabila kedua mereka berdesup mendapatkan pintu yang ditunjukkannya. Tombol bilik yang pernah menempatkannya dahulu dipulas Jimmy, tetapi ianya berkunci dari dalam. Kedua mereka mengetuk pintu tersebut. "You guys… come in!" Suara sayu Wan menyapa kedua-dua mereka. Pintu itu ditutup semula setelah kedua-duanya masuk. Hanya ada Wan dan Yatie disitu yang menemani Tom dalam bilik besar itu. Mata kedua-dua mereka merah dek kerana tangis. "What happen Wan, Yatie?" Billy bersuara tiba-tiba. Beberapa minit tadi dia dan Jimmy kelu sejurus melihat keadaan Tom yang tubuhnya penuh berwayar kiri dan kanan. Wajah pucat gadis itu ditenung mereka dalam-dalam. Begitu sekejap kesempatan yang diberikan-Nya kepada mereka untuk mengenali saudara kandung mereka itu. "I’m sorry, Jimmy, Billy. Tom will never wake up… We lost her. Her brain is death. That’s what doctor said. Aku hilang seorang kawan karib aku." Yatie emosi… kata-katanya mati dengan esakan. Dia beredar ke sofa lazuardi yang membelakangi peraduan yang menempatkan Tom itu. Wan mendapatkannya, cuba memberikan sokongan. Kata-kata Yatie menerpa ketelinga kedua kembar itu. NO! Jimmy dan Billy mendekati katil yang menempatkan tubuh kaku itu. Jimmy di sebelah kiri dan Billy disebelah kanan Tom. Kedua mereka menggenggam erat tangan Tom, cuba mendapatkan reaksi. Dalam tak sedar air mata lelaki mereka jatuh jua. "It’s not true, right Tom! I’m sure you will get up from this bed. I want a rematch. It is me who suppose to win last day." Jimmy terlirik sendiri, menyembunyikan realiti didepannya. Tangan adiknya itu dikucup. "She will get up!" Billy menegaskan. "You still owe me a million back. Fine you can’t marry me. Its better for me to be your brother. Pertalian darah mesti dapat bahagian lebih kan!" Billy sempat berlawak. Dia dan Jimmy tergelak sendiri. Mereka bagai mengharap Tom bangun dan ketawa bersama mereka tapi tubuh itu tetap kaku. Rambut hitam gadis itu diusap Billy. Hembusan-hembusan nafas Tom melalui alat bantuan pernafasan yang tenggelam timbul menampakkan samar bibir Tom yang bagaikan menguntum senyum. "Tak sangka kita kembarkan Tom…Tolong… You must wake up Sabrina, pleaseeee… I need you!" Jimmy bertambah sebak, mukanya disembamkan kesisi Tom. "I beg you, god! Please, give her back! Ya Allah!" Billy mengucup tangan Tom yang digenggamnya. Kepalanya tertunduk berdoa dalam tangis supaya keajaiban berlaku. Biuat beberapa ketika kedua beradik itu kekal begitu. Air mata yang mengalir dari mata keduanya cukup membuatkan lengan baju Tom basah kuyup. Tiba-tiba tangan Tom yang digenggam mereka disentap kuat. "Yelah, yelah! Aku bangun… Tapi rematch tu nanti mesti buat secara besar-besaran, biar semua orang tengok kau kalah dengan aku, faham Jimmy. Kau pulak, a million buck? Are you still in your dream Billy? " Suara Tom bergema. Alat bantuan pernafasan yang tersarong dimulut dan hidungnya dibuang, menampakkan barisan gigi putih yang galak tersenyum. Jimmy dan Billy terkebil-kebil. Mata mereka yang berkaca dikesat, memastikan adakah benar Tom yang tersenyum kepada mereka. Tika itu pintu masuk ke kamar itu terkuak. Gerombolan penonton yang menonton live drama itu diluar melalui mini cam yang bersambung dengan optical camera yang disorokkan pada jambangan bunga didepan katil Tom, masuk memenuhi bilik besar itu. Ini semua hasil kerja Wan. Hilai tawa memenuhi ruang bilik itu. "Gotcha!" Wan bersuara, dia tersenyum kepada kedua jejaka yang kebingungan itu sambil merakamkan keseluruhan peristiwa yang sedang berlangsung menggunakan videocam ditangannya. Yatie pula terus-terusan ketawa sehingga mengalir air mata daripada kedua matanya. ‘Kali ni real, Tadi terpaksa guna Aimo!’ cetus hatinya. Jimmy dan Billy berpandangan, galak tawa mereka yang lain tidak dihiraukan mereka. Tidak kiralah mereka ditipu, jauh disudut hati mereka, kesyukuran dipanjat setinggi-tinginya ke hadrat ilahi. Tidak semena-mena tubuh kecil gadis itu dipeluk oleh kedua-dua kembarnya. Bilik itu senyap, semua tersentuh dengan tindakan Jimmy dan Billy. "Don’t ever do that again!" Jimmy meluku kepala Tom. Senyum menguntum dibibirnya. "We were scared to death, you know!" Billy pula menambah lukuan ke kepala Tom. "Oouch! Hei! Its not my idea! It was sis. Infact, I’m still the patient here. Hormat sikit!" Tom berpuas tegas. "What do you think we are?" Jimmy menyoal sambil melihat baju yang dipakainya dan Billy. Tom ketawa kecil, terlupa akan status Jimmy dan Billy yang baru sahaja keluar dari operation theatre. "Nice outfit, you guys." Kesemua mereka tergelak. Gerombolan tadi yang berada di muka pintu sudahpun beredar mengelilingi katil tersebut. "Sissss…." Jimmy dan Billy geram. Kakak mereka dijadikan sasaran sekarang. "A ah ah, karang terlucut pulak baju seksi tu. Adillah, hari tu kau orang buat sis sampai pengsan. Tak ingat?" Maria berlawak sekaligus membantutkan usaha Jimmy dan Billy. Ketawa pecah lagi. "O.K. kamera dah ready! Cepat ambil tempat." Wan yang sibuk menyiapkan kamera sebentar tadi sudahpun selesai memasang kaki buat kamera itu supaya gambar boleh ditangkap secara auto. Mereka yang lain membetul-betulkan pakaian masing-masing sementara menunggu Wan mengambil tempat. "Hish tak aci betul kita kena pakai baju ni." Billy mengomel. "Shhh! Said cheese." Tom ceria. "CHEESE…"
-Menjadi sejarah pada hari itu, ketiga-tiga TRIPLET, Tom, Jimmy dan Billy secara rasmi bertemu semula setelah terpisah lebih 15 tahun dahulu-.
THE END / TAMAT
Terima kasih buat para peminat yang sudi membaca karya saya ni. Disebalik novel ini ada banyak suka dan duka. Kalau nak tahu ini adalah novel pertama saya. Mula ditulis pada pertengahan 2001. waktu tu saya form 5. gara2 novel ni lah saya nya spm agak kantoi. BM pun tak dapat A. Mana tak nya pi bantai bahasa rojak masa buat esei. dah akhir tahun baru terhegeh2 nak study dan novel ini tak sempat saya siapkan waktu itu. Masuk saja matrik dan U, adalah sambung sikit2 tapi mood nak menulis tu dah berkurang. Makanya selepas lima tahun baru novel ini siap betul2. Masa tu tahun ke-tiga saya di U, 2006. Hantar ke lima buah penerbitan, semua reject! Saya terima macam2 komen. Rasa putus asa gak masa tu. Terasa macam saya ni tak ada bakat je. Rata2 syarikat penerbitan kata karya saya tak leh jual sebab melampau2 sangat ceritanya. Mereka minta saya tulis kisah cinta, jiwang2. Uwek!!! sorry lah itu bukan saya. Walau dah berusia 24 tahun tapi saya lebih cenderung kepada kisah remaja. Itulah jiwa saya yang sebenar. Kalau nak ikutkan Triplet ni, ada lagi sambungannya. Tetapi memandangkan kekangan masa dan saya pula dah kerja sekarang ni, idea hanya tinggal idea. Ada juga menulis 2, 3 judul serentak dan masing2 tersangkut di tengah jalan. betul2 tak ada masa nak buat. dan kadang2 tu fikiran pula buntu. Kemudian saya beralih pula pada cerpen, 3 buah cerpen saya dah pun disiarkan dalam majalah remaja, lebih kurang setahun yang lepas (Salah satu daripadanya ada saya upload di sini, TROFI). Malangnya tak pernah dapat bayaran. Janji pihak Remaja hanya tinggal janji. Tak pelah itu saya tuntut di akhirat nanti. Saya jadi malas nak berkarya kerana terasa diri tak dihargai. Tapi bila membaca komen2 anda terasa macam bersemangat kembali nak menulis. Sekurang-kurangnya saya tahu ada juga insan yang gemar membaca stail penulisan saya. Harapnya impian saya untuk menerbitkan novel akan tercapai juga satu hari nanti. Saya mohon kalian mendoakan ya!Tunggu karya2 saya yang akan datang!
nice novel..good work...tahniah..lain adri yang lain ...tak perlu ada kisah cinta utk tarik pembaca...as long as ianya menarik and aceptable, people will love it
Tahniah kepada penulis, semoga terus berkarya walaupun pelbagai dugaan. semoga penulisan2u menjadi platform untuk orang mengenali penulis dan seterusnya memberi kekuatan dalam hasil jualan novel. leh jadi penulis novel berjaya
congrats & my 2 thumbs up 4 u. jrg sy dpt bc karya melayu adventure cmni... hope u won't give up & keep writing (or should it be typing?) i've read both ur work & its really gud... my best wishes 4 u. yasyr
cerita yang mdebarkan jantung...teruskan dengan karya2 begini..jgan putus asa..kalo org lain tak nak baca bior sya yang baca!kepada penulis teruskan usaha anda..terima kasih jugak sbb bagi saya baca..
congrates 2 u cz dpt hasilkn ste y best cmni...cte cmni lg best dr kisah cinta y tah hape2 tu tau...tiap2 ari sy tgu cte ni disambung..nway thanks,,truskn bkarya,,jgn sesekali ptus asa..u hv da talent,,sis!
ermmmm.......... good story flow..... ada pembaharuan dalam jalan cerita.....tak semestinya kena buat cerita jiwang-jiwang..... teruskan berkarya dan jangan putus asa..... kalau arus komersial tak dapat menerima pembaharuan, teruskan secara underground macam ni...... kumpul peminat dulu.....
salam....crite ni mmg thrill.len dari yang len. xkesala kalo ader yg takleh trime tp mmg dunie penulisan perlukan crite2 yg mcm ni. xla sterotaip. maybe mule2 je org takleh trime tapi lame2 mst je ade yg nak cam Ramlee Awang Mursyid tu. permulaan die menulis ade sket letak unsur love utk tarik attention tapi bile org da mule tertarik ngan gaya penulisan die, tgk jela camane idea die bleh diterime org. ramai salute ngan kredibiliti die. jadi, saudari aini haruslah menggunakan care seperti ini untuk menarik perhatian syarikat penerbitan. bak kate org menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
biasa novel melayu hampir tiada yg buat cerita thrill.kalau ade pn, jrg la mhayati jln yg thrill kcuali beberapa org..tanhiah kpd penulis sbb mampu mbawa pbaca kluar dari novel fabtasi cinta cintun yg berlambak kt pasaran..tp ayt yg digunakan tlalu straigt forward..xpe.. keep ur work..all the best.. i luv this writing..
waaa..bez gler cter ni..ms mule2 kuar aku xnk bc sb xsanggup trime knyataan kalo tbe2 putus cte ngah jln..ble tgk da ade ending, aku pulun abes2..hurm, bez la akak..nt wat cte lg..sy jdk pminat akak..setia pnye..he2.those yg kt luar tu, sila bc TRIPLET.. siyes adventure + bez!!!
assalamualaikum.. waa..suke giler kat cite ni..hari2 tggu smbungan die tau..cite2 yg macam ni d perlukan..lain dr yg lain..ayat pun mudah nk faham..really gud job girl..xpenah bosan bce dis story.. keep on writing a story like this. Triplet-my fav :)
woooaaaaa..besh glew kot cter ni..tadew jiwang2..kekdg cter jwang ni bowink gak,..coz mende same jek..but ur story, huish superb la beb,laen dr yg laen..keep it up ur gud work keyh..c ya -LULA-
brilliant!!! i think ur story setanding dgn thriller2 ramlee wag mursyid..i dunno why the rejected ur story.. mgkin sbb byk pakai enelish kut.. anyway..keep it up..thumbs up 4 u!!
salam.. sy suke gle cte ni..mmg wat org suspen..xpnah lg bce cte cmni.. congrate 2 u sis.. jgn cpt giv up..truskn usaha anda.. triplet n smt mahkota mmg gmpak gle..sis mmg talented prson.. sis,,cpt2 la smbg cite smt mahkota ye, xsbr nk tgu ending nye..
best giler citer ni.. xfhm napa phk penerbitan xnak tima.. apapun, teruskan b'karya. u got a talent.. karya awk setaraf dgn those who r already expert.. congrate
cite ni memang best ar..lain dari biasa sikit...pe class asyik nk suruh tulis novel cinta je...novel mcm ni la trill sikit..biarlah la org lain buat novel cinta...bukan semua org layan novel cinta....
suka la citer ni. mencabarkan minda utk teka smbungan setiap plot.. best,baru ar qasa puas bca citer cam nie... bg otak qasa complicate kit,dr brjiwang2..he5.. anyways i enjoy your story...mantap... truskan mencurahkn bkat utk hasilkan karya yg lebih best.
aku x paham ngape novel yg best n lain dr yg lain mcm ni x dpt nak terbit... dari terbit novel yg bese tu.. maksud aku yg cter ye lebih kurang same... walaupun aku mmg minat gler cter mcm tu.. tp kdg2 perlu juge ubah citarasa.. kdg2 x perlu la nak memikirkan kelogikanya... asalkan ia menghiburkan.. pada aku novel ni menarik.. kalu jual mesti laku.. pelikkkk x de penerbit nak.. pape pun jgn putus asa buat penulis.. gud job la..
salam... saya hairan napa x d trima plak? ok jak aku rasa... macam combat turh,best,tentang masa hadapan gak.. cuma,turh tentang peperangan islam n america larh.. di sini,aku recommend baca arh combat... best woh.. mereka pun pasang cip gak.. tp,bukan setakat ble berbicara tanpa kata tapi juga ble menghidupkan sesuatu senjata tanpa sentuh(melalui gelombang)selamat maju jaya...lol
seriusly,,antara semua novel yg saya baca tak kira dari buku or on9..this one attract me the most...the way u tell ur story its like im part of the character also...from morning to nite,,there nothing that can make stop from reading this story (unless for toilet..hehe) hey u writer ^__^,,i really wish u can & will write more story like this again..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tq.. novel nie mmg mnarik, sy mnanti crita len dr awk.. k gud luck..