Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Rachel menanggalkan headphone yang menghubungkan dia dan Leo sebentar tadi. Muncung pistol jenis Weston Automatik milik Manan masih lagi dihala kearahnya. Dia bangun daripada tempatnya setelah diarahkan Manan. Kurang dua minit selepas pemergian Peter tadi, Villa tersebut digempur Pasukan Unit Tindakan Khas PDRM yang diketuai lelaki didepannya itu. Jelas sekali mereka adalah anak buah Fishah. Yang bermain difikiran Rachel sekarang adalah bagaimana Fishah dapat mengerah pasukannya tanpa dapat diketahui oleh dia dan Patrick. Sejak daripada pagi tadi matanya tidak terlepas daripada empat buah skrin besar yang berada didalam bilik itu. Matanya melirik pada Patrick yang terkujur dilantai bilik itu, tindakan rakan kerjanya itu yang cuba melawan sebentar tadi mendapat balasan. Cukup dengan satu tumbukan pada bahunya oleh Manan, Patrick rebah. Dek kerana takut, Rachel mengikut segala arahan yang diberikan kepadanya. Nampaknya Peter sudah salah perkiraan. Sepanjang perkhidmatannya, Peter tidak pernah silap kecuali kali ini dan ianya mungkin adalah untuk pertama dan terakhir kalinya. Tempat Rachel diambil alih oleh Ria, anggota bahagian Teknologi Maklumat yang turut serta didalam pasukan Manan. Tangannya ligat diatas kekunci kawalan keyboard yang merupakan pintu masuk PDRM ke pangkalan Data sulit milik Peter. Dalam kata lain bahan bukti terpenting bagi kes mereka kali ini. Manan melekapkan headphone yang tadinya terjurai dilehernya, bersedia untuk berhubung dengan Fishah… "Tuan, misi kami berjaya. Menunggu arahan selanjutnya daripada Tuan." Manan melaporkan, formal. Bibirnya melirik senyum, puas dengan kerja pasukannya. "Good job Manan! Ikut seperti yang dirancang. Saya akan menyusul ke kuari. Hubungi bahagian siasatan jenayah secepat mungkin untuk pengumpulan bukti. Kita akan warkan perkara ini di sidang media lewat petang nanti." Suara Fishah ceria. Harinya sudah tiba untuk dia menundukkan Peter.
---------------------------------------
Makmal rahsia milik Tom di Kuari itu sunyi sepi. Billy, Jimmy dan Maria masih lagi kaku di tikar sembahyang. Sudah setengah jam berlalu sejak mereka menyempurnakan solat hajat secara berasingan di gimnasium itu. Maria masih lagi khusyuk berdoa. Manakala Billy dan Jimmy sekadar bertakafur. Tidak dinafikan sudah begitu lama mereka meninggalkan Rukun Islam yang satu ini. Hidup jauh daripada masyarakat Islam lebih-lebih lagi dilingkungi dengan persekitaran yang senantiasa berkiblatkan barat menjadikan mereka Islam diatas nama sahaja.
------------------
Kebetulan sewaktu Maria membelek-belek rak buku Tom pagi tadi, dia menjumpai sebuah buku yang bertajuk ‘SOLAT’. Niatnya pada mula sekadar ingin mengetahui buku-buku yang menjadi kesukaan Sabrina. Rindunya pada Sabrina yang hilang lebih 15 tahun dahulu membuatkan Maria ingin benar mengetahui sifat-sifat adiknya itu. Buku itu bukan sahaja menarik minatnya malah Jimmy dan Billy. Ianya dimulakan dengan kalimah azan, walau sukar untuk dipercayai, pembacaannya bagai terngiang-ngiang difikiran, terasa begitu syahdu sekali suara azan yang terdengar ditelinganya. Maria dikira beruntung kerana masih boleh membaca jawi, tetapi tidak Jimmy dan Billy. Dek kerana terlalu ingin mendengar laungan azan yang sudah terlalu lama tidak didengari mereka, Jimmy dan Billy meminta Maria mengucapkan apa yang tertulis dibuku tersebut. Maria akur, cepat sahaja Jimmy dan Billy menghafal kalimah-kalimah yang memuji kebesaran Allah yang Maha Esa itu. Mereka meneruskan pembacaan mereka dan seperti budak yang baru belajar bersembahyang ketiga-tiga mereka menunaikan solat Subuh bersama-sama secara berasingan. Bagai diterangi hidayah-Nya, hati mereka yang tadinya bercelaru dirasakan tenang. Jimmy dan Billy tertidur selepas itu, Maria pula membelek-belek lagi rak buku milik Tom. Terdapat beberapa buah lagi buku yang berunsurkan ketuhanan. Ada antaranya adalah hadiah daripada Husna dan Badrul. Maria sayu bila mengenangkan nasib Tom, Sabrina yang sudah begitu lama dia rindui. Pernah pada satu saat dia mengandaikan Sabrina sudahpun arwah, kembali kepangkuan Ilahi. Realitinya, sememang adiknya itu sentiasa dipelihara-Nya, lihat sahaja; Tom lebih dahulu mendapat hidayah, adiknya itu mencari ketenangan. Aku sendiri tidak mempunyai buku-buku seperti ini. Tidak pernah sedetikpun selepas pemergian mama aku mendapat ketenangan yang dikecapinya selepas menunaikan solat sebentar tadi. Pembacaan Maria terhenti apabila Jimmy dan Billy yang sedang lena tidur tiba-tiba bangun dengan cemas sambil memeriksa tubuh mereka. "Kenapa ni?" Maria meninggalkan buku-buku yang ditemuinya itu diatas meja kopi yang terdapat dikamar itu dan segera mendekati adik-adiknya itu. Sudah dua tiga kali mereka berkelakuan begitu sebaik sahaja bangun dari tidur. Mulanya mereka kata Tom ingin membunuh mereka. Bagi menyedapkan hati Maria sekadar menganggap yang ianya adalah mimpi ngeri, mainan tidur. Tetapi mengapa terlalu kerap dan keduanya mengalami mimpi yang sama. Pelik! Jimmy dan Billy tidak menjawab, mereka berpandangan antara satu sama lain. "It’s fake." Mata Jimmy terbeliak. "What?" Maria musykil. "Kata-kata terakhir Tom! It’s fake! Billy aku rasa mungkin ini petanda daripada Tom. She’s wants us to play death." "I…I don’t know. But I think I heard she said fake. Aku tak pasti." Billy ragu-ragu. Kali ini mereka tidak lagi begitu cemas. Bagai sudah lali dengan mimpi itu atau mungkin kerana jauh disudut hati mereka merasakan yang Tom tidak mungkin menyakiti adik-beradiknya sendiri. Segalanya kabur, sesuatu yang tak pasti. "What are you guys talking about?" Maria bersuara. Dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh kedua Jimmy dan Billy. Dalam hatinya bagai mengharap ada berita mengenai Sabrina daripada Jimmy dan Billy. Walau tidak begitu yakin dengan ciptaan mama yang tertanam di tengkuk triplet, Jimmy, Billy dan Tom, harapannya agar alat itu berfungsi begitu tinggi. "I’m not sure sis. But I think Tom given us a … a clue may be!" Jimmy menjawab persoalan Maria. "A clue of what?" "About things that gonna happen this noon… I don’t know." Ketiga-tiga mereka terdiam seketika. Masing-masing mengeluh. "Sis rasa lebih baik kita buat solat hajat. Remember, Doa adalah senjata paling mujarab bagi mukmin." Maria memetik kata-kata yang terkandung didalam buku yang dibaca oleh ketiga-tiga mereka tadi. Billy dan Jimmy tersenyum. Mereka akur, walau agak kekok dengan ibadat yang julung kali dilakukan oleh mereka tetapi tidak dinafikan mereka dapat merasakan hikmah disebaliknya.
---------------------
"… Jika benar kau mengutus ilham kepada adik-adikku ya Allah! Tunjukkilah mereka ke jalan yang betul. Biarlah setiap keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah tepat. Tenangkan fikiran ketiga-tiganya dan peliharalah keselamatan mereka. Aku bermohon padamu ya Allah! Tiada tempat selain dari-Mu untuk aku berserah. Aku butuh perlindungan dari-Mu. Aku mengharap pertolongan dari-Mu…" Kata-kata Maria mati. Nalurinya bagai mengesan sesuatu. Telinga dipasang dan pandangannya dihala ke pintu masuk gimnasium yang bersambung dengan ruang utama makmal rahisia Tom itu. "Kenapa Sis?" Billy perasan dengan kelakuan kakaknya. Dia dan Jimmy turut berpaling ke pintu gimnasium itu. Tatkala itu pintu gimnasium terkuak, dibuka daripada luar. Dua pasang kaki melangkah memasuki ruang gimnasium itu. "Hello Maria, Jeremy, Beaverly. At last… We met!" Peter bersuara sinis. Di belakangnya adalah Tom. Mereka tercegat didepan muka pintu itu. Maria, Jimmy dan Billy yang terkejut dengan terbangun dari duduk mereka. Pandangan mereka menangkap kehadiran Tom… Tom! Berlainan benar perwatakan gadis itu bagi mereka, hampir sahaja mereka tidak mengenalinya. Rambutnya yang melepasi bahu diikat ketat kebelakang tanpa melepaskan sehelai rambutpun kewajahnya. Raut muka Tom yang bujur sirih terserlah kecantikannya. Mata Tom galak bercelak dan bibir mungilnya tercalit gincu berona gangsa. Serius dan bersahaja reaksi wajahnya apabila melihat ketiga-tiga mereka. Tumpuan Tom dialihkan ke persekitaran bilik itu. Bermula dari sudut kanan bilik itu yang dipenuhi dengan kelengkapan senaman kemudian ke ruang tengah yang merupakan gelanggang perlawanan yang bersaiz gelanggang bola keranjang sehinggalah ke sudut hujung belah kiri yang menempatkan rak-rak menyimpan senjata. Tom bergerak ke kiri, berminat dengan rak senjata itu. Dia meneliti beberapa jenis senjata yang tersusun rapi disitu, antaranya beberapa koleksi pedang untuk beberapa jenis sukan pedang, sepasang Tepi, kayu Silambam, kayu berantai dan banyak lagi. Peter sekadar memerhatikan sahaja ‘anak perempuannya’ itu. Perhatiannya dialih kembali kepada adik-beradik Daniels. Maria sudahpun membuka telekungnya dan diletakkan ketepi gelanggang itu bersama-sama dengan tiga helai sejadah yang digunakan mereka tadi. Peter mengatur langkah kearah mereka bertiga. "Sorry to interupt your pray, though I think it is an useless effort. Why don’t you call Hanis instead and say your last good bye." Peter memula bicara. "What?" Maria tidak dapat menangkap maksud kata-kata terakhir Peter itu. "Surprise, I already know about your mother kids. I thought she was dead. What happen?... Ops we don’t have enough time. No need for explanation. Its too bad Hanis got to lose all of hers children instead of one." Peter meneruskan madahnya. Pandangannya dihala kearah Tom yang sedang mencuba kayu Silambam. Tom membalas pandangan Peter itu dengan sebuah senyuman. Dia meninggalkan kayu itu disitu dan mula bergerak ke kelompok yang berkumpul ditengah-tengah gelanggang perlawanan itu. "Tom, are you O.K." Billy memberanikan diri bersuara apabila Tom berdiri disebelah Peter. "Tom Who? You can call me Nurul… Billy, Jimmy and Maria right!" Tom tersenyum sinis. Pandangan matanya tajam, bagai ada rasa benci terhadap ketiga-tiga beradik yang ditegurnya itu. "What did you do to her, damn you!" Jimmy mahu mara kedepan tetapi dilarang oleh Maria. Mata Maria sudah mula berkaca tetapi jiwa kentalnya memaksa dia untuk bersikap rasional. Dia tidak boleh mengambil langkah terburu-buru sekarang, taruhan Peter sekarang adalah Tom, Hans dan Raimi. Tidak mungkin dia membahayakan nyawa mereka. "Where are Hans and Raimi?" Maria bertanya. Dia sedar yang Tom mungkin telah dipukau oleh Peter. Tidak mungkin adiknya itu khianat dengannya. "Ohh… The two girls!" Peter menepuk tangannya dua kali. Seorang kuncunya masuk kedalam bilik itu. "Bring them in." Peter mengarah. Pemuda itu sekadar mengangguk, keluar dan masuk kembali bersama seorang lagi kuncu Peter, seorang memapah Hans dan seorang lagi memapah Raimi. Kedua gadis itu dihempaskan kedepan tiga beradik itu. Jimmy dan Billy sempat menyambut tubuh kedua mereka sebelum sempat menyembah lantai. Keduanya tidak sedarkan diri. Terdapat beberapa kesan suntikan pada lengan kanan Raimi dan Hans. Maria menepuk–nepuk perlahan pipi kedua-dua remaja itu sambil memanggil nama mereka, cuba untuk mengejutkan mereka. Namun tiada jawapan. Billy dan Jimmy menggenggam tangan masing-masing menahan marah. Mereka merenung tajam ke arah Peter yang sedang tertawa kecil. "They’ll stay that way for another few hours. Don’t worry they’re O.K. Now lets discuss about business. Where is it?" Peter merujuk kepada disket yang berisi manuskrip ciptaan terakhir Hanis. Kedua-dua kuncunya yang masuk ke dalam tadi sudahpun diarah keluar. "The disk is outside, in the lab." Maria kembali berdiri, bertentang mata dengan Peter. "So, go get it!" Peter sedikit menengking. "Promise that you’ll leave us alone after that." Maria cuba berkompromi. "Leo!" Peter melaung nama pembantu kanannya. Leo tergesa-gesa masuk kedalam bilik itu. "They has arrive sir." Nada Leo agak tertekan. Pada Peter kata-katanya merujuk kepada pasukan keselamatan yang sepatutnya mengiringi mereka. "Make sure Miss Maria here handed you the real disk. I don’t want any stupid trick Maria. Understand! GO!!" Peter meninggikan suaranya apabila Maria masih lagi kaku ditempatnya. Maria mula bergerak mendapatkan Leo yang berdiri di muka pintu bilik itu. "Leo!" Peter bersuara apabila telinganya tidak mendengar sebarang respons daripada pembantunya itu. "Err.. Yes sir" Leo teragak-agak. Dia meninggalkan bilik itu bersama-sama dengan Maria. Peter beralih kepada Jimmy dan Billy yang sibuk dengan Hans dan Raimi. Mereka mengangkat kedua gadis itu lalu diletakkan keatas dua buah sofa yang terletak di bahagian penonton gelanggang itu. Jimmy dan Billy segera ketengah-tengah gelanggang itu semula apabila mereka melihat Maria meninggalkan gimnasium itu. Sebelum sempat Peter bersuara, Tom mencelah. "Two of you stay here!" Tom mara kedepan dua pemuda itu membuatkan langkah Billy dan Jimmy terhenti. Dia menoleh kearah Peter. "Can I play with them pa. My revenge, remember!" Tom tersenyum manja. Peter tersenyum kembali kepada Tom. Dia hampir terlupa dengan Nurul dan dendam yang telah ditanamnya pada gadis itu. Dendam terhadap kembar-kembarnya sendiri. "O.K. you got 10 minutes." "Thats more than enough." Tom membuka jaket kulit hitamnya dan dicampakkan ke tepi, menampakkan sepucuk pistol yang tersemat dibelakang seluarnya. Tom mengambil pistol tersebut lalu dihulurkan kepada Peter. "I prefered the hard way." Tom memaksud sebuah perlawanan. Peter mengambil pistol yang dihulur gadis itu sambil mengangguk. Pistol itu disimpan kedalam kocek kanan baju kotnya. Billy dan Jimmy menelan air liur apabila mata mereka terdampan pada pistol itu. Mereka tidak dapat menduga ini akan berlaku. Adakah mimpi itu benar-benar akan menjadi realiti. Tetapi kalau diikutkan, mimpi itu berlaku diluar bukannya didalam gimnasium. Tom kembali berdepan dengan kedua kembarnya itu, langkahnya sudah dibuka. "I promise you a fight, so lets do it." Tom melepaskan serangannya yang pertama kepada Jimmy.
---------------------------------
Maria berjalan mendahului Peter melalui pintu yang menyambungkan gimnasium dan ruang utama makmal. Tubuhnya ditarik dan mulutnya ditutup rapat oleh seseorang. Leo yang memasuki ruang itu selepasnya, diacu dengan sepucuk pistol di kepalanya oleh seorang lagi lelaki yang berpakaian celoreng Hijau-Hitam. Dia cuba melepaskan tubuhnya tetapi tindakannya terhenti apabila terlihat kelibat Husna yang berada berdekatan dengan meja komputer. Husna meletakkan jari telunjuk kanannya ke bibir memberi tanda kepada Maria supaya senyap. Maria mengangguk, lalu Fishah melepaskan genggaman tangannya di mulut Maria. "We need a plan." Fishah menarik tangan Maria dan mereka bergerak mendapatkan Husna. Vicky setia dengan pistolnya yang diacu kearah Leo sementara Imran menjaga pintu yang menghubungkan gimnasium dan ruang itu. 20 minit tadi pasukan gempur Vicky dan Imran berjaya mengambil alih pasukan 10 buah kereta yang dipandu oleh kuncu-kuncu Peter. 40 orang kesemua telah berjaya ditangkap. Nampaknya Peter terlalu obses dengan keselamatannya. Kesemua mereka diganti oleh ahli-ahli pasukan Vicky dan Imran kecuali David dan 4 orang anak buahnya yang berketurunan Inggeris. Mereka juga turut diugut sepertimana Leo. Sejurus selepas itu Fishah menyusul ke tempat kejadian tersebut dan mengetuai kesemua pasukan samaran itu ke Kuari. Setibanya di kuari, Helikopter Peter sudahpun berada dikawasan kuari itu. Pemandunya sedang leka menghisap puntung rokok ketika pasukan yang diketuai Fishah tiba disitu. Tanpa merasa ragu dia membuka salah sebuah pintu kereta yang tiba disitu dan akhirnya mendapati dirinya dikepung oleh PDRM. Fishah memberi arahan kepada pasukannya untuk bersiap sedia disegenap penjuru kuari itu. Kali ini tidak mungkin Peter dapat melepaskan diri! Kemudiannya Fishah, Vicky, Imran dan Husna yang berdegil untuk mengikut, bergerak memasuki bangunan kuari itu dimana mereka berjaya menawan Leo. Peter, Tom, Hans dan Raimi tidak kelihatan diruang komputer makmal rahsia Tom itu. Leo menjelaskan segala-galanya. Riak wajahnya cemas terkejut dengan kehadiran Fishah. ‘Ramalan Peter kali ini meleset jauh’ detik hatinya.
------------------------------------
Pertarungan antara Jimmy dan Tom ternyata menarik. Peter tekun menyaksikan pergaduhan kedua beradik itu. Matanya tidak mengerdip walau sekalipun, sesekali bibirnya terlirik sendiri. Tidak dinafikan darah Stephen ternyata mengalir kuat didalam tubuh anak-anak itu. ‘Aku sendiri tidak pasti adakah kemenangan akan kuperoleh sekiranya aku yang menjadi bahan tontonan. Kudratku tidak sehebat dulu, semakin lama dimamah usia semakin berkurang tenaganya. Lihat sahaja semangat yang ditonjolkan remaja-remaja ini, dari segi itu sahaja aku sudah ketinggalan jauh. Tetapi realiti ini bukan bermaksud aku mengalah. Kalau bukan dari segi tenaga, satu lagi realiti adalah kebijaksaanku semakin bertambah disemai pengalaman luasku yang bertahun dibumi asing ini. Buktinya didepan mata, siapa yang memegang alat kawalan sekarang ini; aku cuma memberi arahan, tidak begitu banyak tenaga yang diperlukan untuk melakukan tugas tersebut!’ Bibir Peter melukis senyum lagi. Diawal pertarungan itu tadi, ia merupakan perlawanan tiga penjuru antara Jimmy, Billy dan Tom, tetapi entah mengapa Tom lebih tertumpu kepada Jimmy, bagai ingin membayar janji yang pernah dikatakannya beberapa hari lalu. Billy beransur-ansur menarik diri, lagipun semangatnya lemah tika itu. Riak wajahnya yang sugul memerhati Tom dan Jimmy beradu cukup jelas menggambarkan betapa dia sesal dengan apa yang berlaku. Perubahan sikap Tom paling tidak disangkainya. Berilah apa sahaja kejutan daripada Peter kepada mereka, sejak tiba di Malaysia lagi mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Namun bagaimana hendak menangani musuh yang bertopengkan saudara sendiri, kembarnya sendiri! Dua saudara sekandungnya, manusia yang paling penting didalam hidupnya sedang bercakar sesama sendiri didepannya sekarang ini. Hanya Allah sahaja tahu apa yang dirasakan Billy. Gelanggang tarung di ruang Gimnasium itu masih lagi hangat dengan aksi-aksi daripada Jimmy dan Tom. Sejurus selepas Billy menarik diri sebentar tadi, Jimmy sudah jemu mengelak. Dia mula membalas serangan-serangan yang dilepaskan Tom kepadanya. Fikirannya terngiang-ngian kepada peristiwa yang berlaku didepan KLCC dua hari lalu. ‘Nampaknya masa sedang menuntut janji itu’ Desis hati Jimmy. Sekuat hati, Jimmy melepaskan tumbukan ke muka Tom. Elakkan yang tidak sempurana menyebabkan pipi kanan Tom menerima habuan. Pipi gebunya kemerahan, disudut kanan bibirnya panas dibasahi darah. Tom mengesat cairan merah itu. Bibirnya tersenyum sinis, memandang tepat kearah Jimmy. "You’re good." Tom memuji. "Jimmy, what are you doing?" Billy yang sedari tadi menonton terkejut dengan tindakan Jimmy. Dia tidak mahu kedua mereka cedera. Sandiwara Peter ini cukup menyeksakan. Aku tak sanggup melihat darah daging ku menjadi pelakon boneka yang mengikut setiap arahan pengarah gila. Semua ini perlu dihentikan! Terkesan dengan kata-kata Billy, timbul sedikit kekesalan dihati Jimmy. Dalam kelekaannya, Tom menghayun tendangan sisi yang mengenai badan kanan Jimmy. Jimmy hampir tersungkur, kaki kanannya yang sedia cedera akibat tusukan peluru tempoh hari masih berbekas bisa. Wajahnya berkerut kesakitan. Tom bergerak kekiri, bersiap untuk melakukan sepakan pada Jimmy yang hilang imbangan. Namun gerakannya terhenti apabila terlihat seluar khakis yang dipakai Jimmy tercalit tompok darah pada peha kanan. Tom kaku sekadar memerhati Jimmy yang akhirnya terduduk di lantai dek tendangannya tadi. Peter kehairanan dengan tindakan Nurul. Belum sempat dia membuka mulut, telinganya menangkap bunyi kuakan pintu. Maria muncul mengisi ruang masuk gimnasium itu. Wajahnya berubah sejurus matanya terdampan pada Jimmy. Kakinya berlari mendapatkan adiknya itu. Hatinya luluh tatkala melihat kecederaan Jimmy. Dia boleh mengagak ianya angkara siapa. Sambil membantu adiknya itu bangun, matanya tepat merenung Tom yang berdiri tidak jauh dari situ. Tanpa disedari air matanya mengalir pilu. "Wake up Tom, this is not you!" Maria emosi. "You’re great dear." Peter memeluk Tom kesisinya. Kini dia benar-benar yakin Nurul dipihaknya. ‘Maybe I should keep her’ "Who is Tom? My name is Nurul Hazelina Adnan. Remember that!" Tom sinis. Tangannya mengesat bibir yang masih lagi bersisa darah. Dia serius memandang Maria. "Where is Leo, Maria? I believe the manuscript are mine now, right!" Peter beralih kepada Maria yang diapit Jimmy dan Billy didepannya. "I’ve given him the disc, he’s waiting for you outside. He said its already the time." Maria tenang menjawab. Harapnya semua ini akan berakhir seperti yang dirancang. Peter melihat jam Rolex ditangannya, sudah 40 minit dia disitu. Leo terlalu terburu-buru. There are 20 minute left before noon. Peter mengeluarkan Rifles yang diberikan oleh Tom tadi lalu diacukannya ke Maria. Sepucuk lagi Rifles dikeluarkan daripada sisi pinggangnya lalu dihulurkan kepada Tom. "Lets go, we gotta move." Peter mengarah. Tangannya masih lagi mengacu kearah tiga beradik itu sambil berjalan ke arah pintu yang dimasuki Maria tadi. Tom menggenggam erat pistol yang diberikan Peter kepadanya. Dia perasan akan ekor mata Jimmy dan Billy yang terpegun pada pistol yang digenggamnya. Dalam dibasahai peluh dingin, Jimmy dan Billy menelan air liur; teringatkan mimpi yang dialami mereka. ‘How if it is not fake? How if the bullets are real?’ Air liur ditelan lagi. Tom berjalan kearah Raimi dan Hans yang masih lena disofa maroon itu. "Pa, how about them?" Tom bertanya. Pistol tadi diselukkan kedalam kocek seluarnya. "Leave them! Hurry up Nurul, we need to move." Peter membentak. Hatinya mula kacau. Entah mengapa perasaan risau tiba-tiba muncul. "Kau tak akan lepas dari semua ini Peter!" Maria mencelah. Dia benci melihat keakraban Tom dan Peter. Apa yang harus dibuatnya untuk menyedarkan Tom. "Shut your mouth up! Just move" Sepucuk pistol hinggap dibelakang Maria. Kedua-dua Jimmya dan Billy ditolak ke depan oleh Tom. "Now move!" Tom dibelakang Maria menyinga. Picu ditarik lalu dihalakan pula ke kepala Maria apabila tiada respons terhadap arahannya. Maria yang terkejut sekadar menurut. Jimmy dan Billy berpandangan, dalam hati mereka bagai tumbuh bibit benci. Kaki mereka dihala kearah Peter yang tercongok dimuka pintu diikuti Maria dan Tom. Apabila Maria mendekati Peter, Peter tersengih. "You heard what she said?!" Tawanya bergema selepas itu. Memasuki ruang utama itu, suasananya sunyi sepi. Sesekali kedengaran bunyi CPU yang sedang memproses maklumat. Naluri tajam Peter bagai mengesan sesuatu yang luar biasa. Ruang itu diperhatikannya teliti. Jimmy dan Billy berpandangan, dihati kecil mereka terdetik kekalahan yang bakal ditempuhi. Maria berpeluh dingin, dia kaget dengan tingkah laku Peter. Tom yang masih dimuka pintu gymnasium itu sekadar memerhati gerak-geri Peter. Badannya disandarkan pada kepingan kayu jati yang menghubungkan kedua-dua ruang itu manakala kedua tangannya diseluk kedalam kedua belah kocek seluarnya. Reaksinya bersahaja. "What is it, pa?" Tom menyoal apabila melihat Peter menurunkan badannya, memerhati sesuatu dilantai. "Boot!" Peter bingkas bangun. Matanya pantas memandang kasut yang dipakai keempat-empat beradik itu. Kesemua mereka memakai sneaker, manakala Nurul memakai kasut kulit hitam. Tidak mungkin sepadan dengan tapak kasut yang terdapat dilantai itu. Setahunya tiada seorangpun kuncu-kuncunya yang memakai boot. Jantung Peter mula berdegup kencang. Perhatiannya sekarang tertumpu kepada Maria, gadis itu ditarik kuat mendekatinya. Rifles sedia diacu ke kepala Maria. Tubuh Maria ditolak kedepan. "Move Maria! If I going down today, neither you nor your brothers will see the sun again. Nurul, you take them both." Peter mengarah. Dia maju, tubuhnya dirapatkan kebelakang Maria. Maria dijadikan sebagai perisainya. "You guys aren’t deaf, right! So move!" Tom tegas. Jimmy dan Billy menyusul Peter beriring Tom di belakang yang sedia dengan pistol teracu. Adakah mimpi itu akan menjadi realiti. Peluh mula membasahai kedua-dua jejaka itu. Tiba dikawasan lapang kuari itu, bahang mentari menghangatkan lagi situasi. Bangunan besi yang tersergam dibelakang mereka membayangi kumpulan Peter dan tawanan-tawanannya. Dia berhenti disitu memerhatikan keadaan didepannya. Helikopter yang dinaikinya tadi masih disitu, dikelilingi 10 buah kereta milik syarikatnya membentuk seolah-olah semibulatan yang mengepungi pintu masuk ke bangunan kuari itu. Naluri Peter semakin kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Matanya terdampan pada Leo yang telahpun bersiap didalam helikopter itu. Kepalanya dilengkapi headphone, duduk di bahagian hadapan pesawat itu bersebelahan pemandu. Kelihatan seperti mereka sedang berbincang sesuatu. Peter maju, Maria masih lagi didepannya… tubuhnya sedikit menggeletar sehingga dikesan Peter. "Are you playing with me, Maria?" Peter berbisik. "Ha…" Maria kurang jelas akan pertuturan Peter. Apa yang menjadi ketakutannya sekarang adalah kegagalan rancangan Fishah. Situasi sekarang ini nyata sekali diluar jangkaan. Peter teragak-agak! "Nurul, wait here! With them." Peter maksudkan Jimmy dan Billy. Ketiga-tiga kembar itu kekal ditempat mereka, memerhati sahaja Peter mengheret Maria ke helikopter. Mereka kini berada ditengah-tengah semibulatan yang terbentuk itu dengan mata-mata pengikut Peter yang khusyuk menjadi penonton. Kesemua mereka membisu. Sejak keluar daripada bangunan kuari itu tadi bagai ada gelombang yang bertalu-talu menekan bahagian tengkuk ketiga-tiganya. Jimmy dan Billy masih boleh bertahan. Walau gelombang kali ini lebih kuat berbanding yang diterima mereka malam tadi tetapi ianya tidak begitu menyakitkan. Berlainan pula dengan Tom, dalam diam tubuhnya menggeletar menahan kesakitan yang amat sangat. Yang paling terasa adalah saraf tulang belakangnya. Ada beberapa ketika dirasakan sebahagian tubuhnya kaku. Semangatnya digagahkan jua, disaat itu jiwanya bagai terpanggil untuk meminta pertolongan kedua-dua jejaka didepannya. Dalam sedar dan tidak otaknya ligat memproses peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tempoh 48 jam yang lalu sehinggalah kesaat tengkuknya tercedera. Tom kembali… "Nurul…" Laungan Peter bergema.
-------------------
Peter mengheret Maria ke helikopter itu, disambut oleh Leo yang keluar dari bahagian hadapan pesawat itu. "Its time now, Sir." Leo menyapa, cuba berlagak normal. "Where is it?" Peter menyoal, merujuk kepada manuskrip Hanis. Tanpa menjawab soalan itu, Leo beredar ke perut helikopter itu. Dia menarik sebuah beg yang berisi laptop dan dari koceknya dikeluar sekeping disk. Buat beberapa saat tangannya menari-nari diatas kekunci komputer itu dan seterusnya skrin komputer itu diajukan kepada Peter. Peter tersenyum puas. Tangannya pantas mengeluarkan disk tersebut daripada komputer itu dan disimpan kedalam kocek bajunya. Maria yang masih lagi disisi Peter sekadar menonton. Dia perasan akan kelibat Fishah yang berpura menjadi pemandu peawat itu, penglihatannya segera dialihkan takut dikesani Peter. "Nurul…" Perhatiannya dialihkan kepada Nurul, Jimmy dan Billy yang berada ditengah-tengah kawasan perhimpuanan itu. "Finish them!" Peter berteriak kuat. Bibirnya melirik tersenyum. "What! NO! Nurul No!" Maria panik. Dia cuba melepaskan gengaman tangan Peter. "You will be next, Maria." Peter menguatkan cengkamannmya membuatkan gadis itu mengerang kesakitan. "Stop it Peter!" Suara Fishah kedengaran dari belakang. Dia berganjak dari tempat duduk pemandu ke bahagian penumpang, tepat mengacu revolver ke kepala Peter yang berdiri didepan pintu masuk perut pesawat itu. Pasukan misi yang menyamar menjadi pengikut-pengikut Peter itu sudahpun mengangkat senjata masing-masing dengan Tom sebagai sasaran. Vicky yang memandu pasukan itu mengangkat tangannya menandakan supaya pasukannya jangan melepaskan tembakan. Belum sempat Peter membalas kata-kata Fishah itu kedengaran enam das bunyi tembakan. Selain daripada jeritan Maria yang mengiringi bunyi tersebut, Husna meluru keluar daripada salah sebuah kereta disitu namun tangkas ditahan oleh Imran, air matanya bercucuran melihat kedua-dua anak buahnya rebah. Fishah mati kata menyaksikan kejadian itu. Tangannya pantas diangkat, memastikan tiada serangan balas daripada pasukannya. Peter tergelak besar, dia melepaskan cengkamannya terhadap Maria yang terduduk, terkejut dengan apa yang berlaku, dia mula pening dalam sedar tak sedar lalu turut rebah. Jeritan Husna yang sedaya upaya cuba menyedarkan Tom sahaja yang masih kedengaran. Sedangkan Tom masih lagi kaku ditempatnya, cuba mendapatkan kekuatan yang bersisa dalam tubuhnya. "Drop it Fishah!" Peter bersemuka dengan Fishah. Dia memaksudkan senjata yang dipegang Fishah, tangannya tepat diacu kearah Maria yang pengsan disisinya. Melihat kedegilan Fishah, Peter menarik picu. Bengang dengan situasi yang dikuasai Peter, Fishah akur. Dia turun daripada pesawat itu dan menyuruhkan kesemua pasukannya meletakkan senjata masing-masing seperti yang diarahkan oleh Peter. "I win Fishah!" Peter tersenyum lebar meraikan kejayaannya. Perhatiannya beralih kepada Nurul yang tiba-tiba laju bergerak kearah Fishah. Setiba disisi Fishah, dia memandang wajah lelaki itu, sayu. Wajah Tom berkerut, dan agak kebiruan. Dalam menahan sakit dia mengarah… "Shoot him, pa! I said shoot him!" Tutur katanya menggeletar. "What ever you said, dear." Peter mengacu, pemetik senjata itu ditekan. Cairan merah pekat membasahi dada kiri Fishah. Peliknya dia cuma berasa seperti digigit nyamuk sahaja. Pandangannya dialih kepada Tom, gadis itu tersenyum hambar. Hujung jarinya dicalit pada cairan merah itu… "Its fake uncle, the bullet is not real." Tom menutur lancar. Peter tergamam. "What?" Dia menembak ketanah dan ternyata, tanah dikakinya merah dibasahi cairan Kalium Tiosianat. Peter kaget, lantas dia teringat akan revolver milik Fishah dibelakangnya. Dash…bunyi tembakan kedengaran. Peter tersenyum… "You will pay for this NURUL HAZELINA!" Peter tersungkur, kakinya tembus dilintas peluru yang dicetus oleh Vicky. "Tahan dia." Fishah memberi arahan kepada Vicky. Tom disebelahnya dipeluk erat tapi pelukannya tidak disambut. Tubuh Tom lembik menjunam ketanah. "Tom! Tom! Wake up." Fishah cemas. "Call the ambulance!"
uh, its thrilling enaf. i never expected so many intermission in the story line.. girl u r really good at it..congrats
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wokey.. great.. lum abis lg ke