Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari-hari ku berlalu seperti biasa. Pagi ke sekolah kesayanganku. SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Antara sekolah terbaik di Selangor. Tentulah aku berbangga menjadi seorang dari warganya. Ke sekolah seperti biasa. Dengan perasaan girang walaupun adakalanya kerja sekolah yang diberikan cikgu tak siap. Maklumlah..buah hati pengarang jantung ada di depan mata. Biarpun si dia tidak mengetahui..Ah..yang penting aku gembira.
Pulang sahaja dari sekolah, kehidupan di asrama semestinya bersama Ilah dan Ika. Makan bersama, mandi bersama..walaupun kami tidak berada di dalam dorm yang sama, tetapi dorm kami saling berdekatan. Malam hari di bilik prep kami bertiga duduk sederet. Ika duduk di bahagian tengah antara aku dan Ilah. Berbanding kami bertiga, aku berada di kelas lebih baik berbanding Ilah dan Ika. Ilah dan Ika berada di kelas yang sama. Pernah juga aku suarakan pada mereka kerisauan ku..risau mungkin aku akan diketepikan mereka suatu hari nanti. Tapi Ilah dan Ika hanya tergelak melihat wajahku yang serius melahirkan perasaan ku. Kata mereka mustahil kami akan berpecah. Biarpun ada yang menghasut, kepercayaan antara kami kukuh. Apa sahaja rahsia atau masalah, dari sebesar zarah hinggalah sebesar bumi..semuanya kami kongsi.
Bercerita tentang rahsia. Rasanya rahsia kami yang paling besar buat masa ini adalah siapa yang kami minat sekarang di sekolah. Hmm..namapun remaja..manalah boleh lari dengan perasaan cinta.
Ilah merupakan seorang yang ayu dan lemah lembut. Nama penuhnya Auny Syamilah Mohd Yusuff. Berkulit putih melepak dan tinggi lampai persis model. Padaku, Ilah mempunyai pakej yang lengkap dari sudut fizikal. Tak hairanlah semenjak kami di tingkatan 1, ramai betul abang-abang senior yang ingin mengorat Ilah. Tapi Ilah pula bukan jenis yang menggedik atau menggatal. Sesetengah perempuan terkinja-kinja suka bila ramai peminat. Ilah bukan begitu. Dia paling tak suka perkara-perkara begitu. Dalam banyak-banyak peminat Ilah, ada seorang abang yang berjaya menarik hati Ilah. Namanya Mohd Muhaimin. Orangnya tidaklah kacak sangat berbanding Brad Pitt. Kulitnya juga sawo matang. Pelik juga kami macam mana dalam berpuluh-puluh peminat dia, Muhaimin juga yang lekat di hati. Namun begitu, Ilah sentiasa buat-buat jual mahal dengan Muhaimin. Ilah ada prinsip sendiri. Katanya lelaki tidak boleh mendapat seorang perempuan yang dicintai dengan mudah. Jika tidak, mereka tidak akan menghargai. Tercengang-cengang juga aku dan Ika mendengarnya. Maka, sehinggalah ke hari ini..Muhaimin masih tidak tahu yang Ilah juga menyimpan perasaan terhadap dia.
Ika atau nama sebenarnya Aziqa Zulaika pula yang paling lemah lembut antara kami. Tinggi Ika dan aku lebih kurang. Sebenarnya dalam kategori rendah, tetapi comel. Kulitnya sawo matang juga tetapi amat mementingkan penampilan diri. Ika seorang yang sangat penyabar dan jarang sekali marah atau naik suara. Ika lebih mudah mengalirkan air mata apabila berasa marah, kecewa atau sedih. Ika ni jenis yang bercita rasa tinggi. Minatnya pada lelaki yang tidak banyak bercakap, macho dan bergaya. Muhammad Nabil. Itulah jejaka idaman Ika. Nabil memang seorang yang macho. Bijak dan ramai peminat pula tuh. Ika sampai menangis-nangis minatkan Nabil. Malu untuk suarakan perasaan tetapi amat risau bila ada yang mendekati Nabil. Mengikut perhatian aku dan Ilah. Rasa kami Nabil tahu Ika meminati dirinya. Mungkin kerana hint-hint yang kami berikan pada dia. Kadangkala, selalu juga mereka digosipkan bersama sesama kawan-kawan Nabil yang juga semuanya kacak-kacak macam Nabil jugak.
Namaku pula adalah ilham dari arwah atuk dan abah. Nur Eizzah Fairuz Bt Mohd Aliff.. Nur Eizzah kehendak atuk, Fairuz pula kehendak abah. Umi juga yang mengalah tidak berkeras meletakkan nama kegemarannya untuk cahaya matanya yang sulung ini. Kata umi kalau diletak juga berjela pula namaku nanti. Betul juga..Dan nama Nur Eizzah Fairuz itu sudah cukup sempurna untukku.
Fizikalku lebih kurang seperti Ika. Tak berapa tinggi dan berkulit sawo matang. Cumanya, aku tidaklah mementingkan sangat penampilan berbanding Ika. Aku juga bukan seorang yang penyabar seperti Ika ataupun Ilah. Aku amat mudah melenting dan memang seorang kaki gaduh. Pantang betul jika ada orang yang cari pasal dengan aku. Memang aku akan lawan habis-habisan tidak kira lawanku perempuan ataupun lelaki.
Dan lelaki yang telah menambat hatiku dengan usia yang begitu muda adalah Khairul Anuar B. Mohamad Ali. Kacaknya tidaklah sangat. Kulitpun sawo matang juga. Aknpun tak tahu apa yang aku suka sangat akan dirinya.
"Oi Ez! Apa termenung tuh? Study lar buku depan tuh.." singgung Ika mengganggu lamunanku sebentar tadi. "Ez..macam mana nak buat soalan Matematik ni? Kau dah buatkan latihan ni?" tanya Ilah pula. Aku lantas melihat buku yang dihulurkan Ilah. Pantas tanganku mencapai pensel di atas meja dan menyelesaikan maslah tersebut. "Jawapan buku?" tanyaku pada Ilah. Ilah hanya tersengih memandangku. "Jawapan kau berapa?" tanya Ilah kembali padaku. "607.58" ujarku. "Hah? Macam mana kau dapat buat? Aku buat 3 kali dapat jawapan yang sama. Aku ingat jawapan buku salah tadi.." jawab Ilah dengan muka yang kecewa. Lalu aku menunjukkan Ilah penyelesaiannya.
Walau bising macam manapun bilik study kami, yang pasti bukan kami bertiga yang membuat kecoh. Waktu prep memang waktu untuk kami bertiga betul-betul belajar dan bertanya apa yang tidak faham.
Itulah kehidupan sehari-hariku. Sebulan lagi PMR akan menjelma. Cuak juga aku memikirkan pelajaran ku yang masih belum aku kuasai sepenuhnya terutamanya pelajaran Sains dan Geografi. Malahan aku sering sahaja gagal dalam ujian-ujian yang dibuat cikgu dalam kedua subjek tersebut. "Hah..." keluhku dalam hati. Ika dan Ilah hanya memandang mendengarkan keluhanku sambil tersengih.
"Ingat Khairul ke Ez?" tanya Ika sambil tangannya gatal menconteng-conteng meja studyku. "Pandailah kau.." jawabku dengan nada yang malas. "Disebabkan aku pandai..mesti betul apa yang aku teka tu kan?" jawab Ika kembali sambil tergelak kecil. Aku hanya mendiamkan diri. "Malas aku nak layan budak ni.." getusku dalam hati. Sejenak fikiranku terbayang Khairul. "Tengok! Senyum sorang-sorang pulak dia" tingkah Ilah. "Kan aku dah kata dia angau kat Khairul tuh.." jawab Ika. "Korang ni kan!!!" tingkahku dengan suara yang sengaja ku tinggikan lalu pura-pura menjeling marah pada sahabat ku yang berdua ni.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eeii sedap laa cite nih..x sbr nk tau pasnie aper jd...^_^