Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bunyi pesawat tentera yang melintas di ruang udara Singapura amat mengerunkan penduduk Singapura. Setiap kali bunyi enjin pesawat kedengaran, mereka berlari bertaburan mencari perlindungan. Jeritan memang menjadi kemestian bagi wanita dan kanak-kanak. Begitu juga dengan kaum adam. Tetapi tidak bagi Osman. Pemuda yang berusia awal 20-an itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, apatah lagi bunyi pesawat tentera. Jiwanya menjadi kosong – tiada apa-apa. Sedikit ketakutan pun tiada lagi dalam dirinya. Baginya, kematian adalah penamat kehidupan yang harus ditempuhi. Cuaca hari ini agak mendung tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Wajah-wajah insan yang berada di stesen keretapi Singapura pula tidak menunjukkan sebarang riak kegembiraan. Semua orang berada dalam kedukaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Inggeris, India, Punjabi mahupun Gurkha. Osman memegang semangkuk bubur nasi yang masih panas. Dia berjalan dengan penuh hati-hati tanpa menumpahkan bubur itu walau setitik. Di saat ini, apa jua jenis makanan amat berharga bagi sesiapa pun. Osman berjalan merentasi lelaki-lelaki Inggeris yang duduk secara tersusun untuk menuju ke arah sahabatnya yang berada di kumpulan lelaki-lelaki Melayu. "Koperal, di sini", satu suara lelaki memanggil Osman di sebelah kiri sambil melambai-lambai tangan. Osman bergegas ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu dikenali sebagai Ayub sedang memangku seorang lagi lelaki yang cedera di mata. "Nah, ambil bubur ini", kata Osman sambil memberikan Ayub semangkuk bubur. "Tuan, mari makan bubur ni", Ayub bercakap dengan nada yang perlahan agar dapat menenangkan penderitaan lelaki yang cedera di mata itu. Kepala lelaki itu berbalut di bahagian mata yang tercedera dengan kain putih. Kesan darah kering memenuhi balutan dan pipi lelaki itu. Osman memandang lelaki yang cedera itu dengan hati yang sayu. Lelaki yang cedera itu ialah Leftenan Manaf, pegawai kepada Ayub dan Osman. Sejak semalam, Leftenan Manaf tidak berkata walau sepatah perkataan pun. Yang kedengaran hanyalah puji-pujian ke atas Allah swt. Ayub menyuapkan bubur ke dalam mulut Leftenan Manaf yang terbuka lesu seperti tidak bermaya untuk membuka mulut dengan luas. Melihatkan keadaan Leftenan Manaf, Osman menjadi sebak. Lelaki itulah yang menyelamatkan nyawanya pada saat-saat terakhir pertempuran di Bukit Pasir Panjang, Singapura.
Osman mengalih pandangannya dari Leftenan Manaf. Dia melihat ke arah sekumpulan lelaki Gurkha yang berkumpul tidak jauh dari kumpulan lelaki Melayu. Kedukaan dan kemurungan mereka jelas kelihatan. Mereka datang jauh dari Nepal semata-mata untuk mempertahankan tanah air orang lain. Sudah pastinya mereka tidak akan pulang semula ke tanah air mereka selepas ini. Osman kemudiannya mengalih pandangan ke arah lelaki-lelaki Inggeris. Nampak seperti perhimpunan kaum Anglo-saxon yang datang dari Australia dan United Kingdom. Kulit mereka kini tidak lagi seputih yang di sangkakan. Wajah mereka nampak comot dengan kotoran-kotoran seperti terkena asap keretapi. Orang Inggeris yang dahulunya terkenal dengan kemegahan empayarnya kini duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang dijajahnya. Osman mengukir sedikit senyuman pada kumpulan lelaki Inggeris itu. Osman kemudiannya mengalih perhatian ke arah sekumpulan lelaki Jepun yang lengkap bersenjata. Wajah mereka amat bengis dan langsung tidak padan dengan tubuh kecil mereka. Setiap dari mereka lengkap bersenjatakan raifal dan bayonet sepanjang satu meter. Ada pula diantara mereka bersenjatakan sub-mesingan. Mereka berdiri dengan mata yang meliar. Osman memandang pula pada dirinya. Dia kini menjadi tahanan perang. Hidupnya kini ibarat keluar mulut naga, masuk mulut harimau. Ketika dalam pertempuran, nyawanya terselamat dari peluru jepun. Walaupun terselamat, dia kini menjadi tahanan perang tentera Jepun. Laungan perkataan banzai dari tentera Jepun ketika dia menyerah kalah membuatkan hatinya sakit melihat tentera Jepun. "Koperal, minta air", suara Ayub itu telah mebuatkan Osman keluar dari lamunannya. Dia bergegas memuka penutup botol air lalu memberi minum kepada Leftenan Manaf yang telah selesai makan. "Sampai bila kita nak duduk di sini?" Ayub mengeluh pada Osman. Wajahnya berkerut. "Tunggu sajalah. Nanti sampailah keretapi itu", Osman menjawab pertanyaan Ayub dengan bersahaja. "Agaknya, mereka nak bawa kita ke mana?" soal Ayub pada Osman. "Kem tahanan baru", balas Osman. "Kem tahanan baru? Kem Changi sudah penuh ke?" Ayub kembali mengajukan persoalan pada Osman. "Entahlah Ayub. Aku pun tak tahu. Kau tanya si pendek tu", Osman menunjuk ke arah seorang tentera Jepun yang berdiri sambil menghisap rokok. Secara sepontan, Ayub ketawa kecil apabila Osman memanggil tentera Jepun itu ‘si pendek’.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan