Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
kronika dd_chronicle@yahoo.com Sebuah Cerita Fantasi HYPERZIA BHG I : ANAK PATUNG PENGGEMPUR
BAB 6 : DILEMA SOPHIA
Sementara itu di Bukit Subang Sophia, Ima dan Zaitun masih lagi menumpukan perhatian pada latihan mereka. Sophia dengan "Tendangan Super Sonic", Ima dengan "Nuclear Stick" dan Zaitun dengan "cannon Ball" dan "Little Blasting"nya. Masing-masing mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi penguasaan dan keampuhan senjata serta ilmu masing-masing. Mereka tak perlu merahsiakan lagi siapa diri mereka. Semua orang sudah sedia maklum dengan kemunculan "Dashing Doll". Keluarga mereka juga begitu. Tidak seperti superhero di layar perak yang kebanyakannya merahsiakan identiti.
Mereka kelihatan bersungguh-sungguh ketika ini. Mereka yakin yang kebolehan mereka boleh setaraf dengan Elius yang tak dapat mereka tewaskan. Selepas ini tentu ramai lagi yang akan mucul dan mereka pastinya berharap Elius adalah yang terkuat antara musuh-musuh mereka. Tetapi itu hanyalah harapan mereka semata-mata kerana kehebatan Elius adalah setanding dan setaraf dengan sembilan lagi orang kanan kumpulan 'Black Level'. Ini bermakna mereka terpaksa juga berdepan dengan musuh yang seampuh Elius selepas ini.Walaubagaimanapun, mereka juga menyimpan harapan akan ada keturunan Aramus yang lain muncul membantu mereka seperti yang berlaku di Menara Guan Tek Lim tempoh hari. Akan tetapi kehadiran orang itu menjadi misteri kepada mereka. Siapakah orang itu? Lelaki atau perempuan? Tua atau muda? Aramus atau bukan? Seumuanya bermain di fikiran mereka semenjak tempoh hari. Sehinggakan kawan sekelas mereka yang baru itu sendiri mereka curigai.
Kecurigaan itu kembali menebal setelah apa yang mereka alami keesokan harinya semasa pulang dari sekolah. Seperti biasa Sophia, Ima dan Zaitun berjalan pulang bersama. Seorang budak lelaki yang juga pulang dari sekolah bersama rakan-rakannya sempat menegur mereka. "Hei korang, apsal tak terbang je balik rumah. Kan cepat dan selamat..." Sambil rakannya yang lain ketawa terbahak-bahak.
Mereka bertiga hanya tersenyum mendengarnya kerana mereka sudah biasa dengan usikan sebegitu. Takde apa yang nak dimarahkan. lagipun budak-budak tu rakan sekolah mereka juga. Tidak jauh dari sekolah mereka lebih kurang 300 meter,ada sebuah jejantas untuk pejalan kaki yang ingin melintasi landasan keretapi. Tidak ramai yang menggunakan jejantas itu kerana di seberang landasan adalah penempatan beberapa buah banglo mewah untuk orang-orang kenamaan.
Sedang mereka bertiga leka berjalan, ima ternampak kelibat Noor naik ke atas jejantas itu. "Sophia, Tun... Ko tengok tu... Itu Noor kan... Rupanya dia tinggal kat perumahan elit seberang landasan tu la... Baru aku tau.." Ima menuding jari ke arah Noor yang sedang memijak beberapa anak tangga jejantas itu. "Kalau macam tu, Noor ni anak orang kaya lah ye..." Zaitun pula bersuara di samping Sophia yang sedikit melopong. "Selama ni dia tak bagi tau kita kan.. pastu kita mesti terlepas pandang time dia naik jejantas tu." Ima menyambung lagi sambil membetulkan begnya.
Sedang mereka bertiga berbincang tentang Noor, tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari celah-celah rumah kedai seberang jalan raya meluru pantas menaiki jejantas yang dinaiki Noor menggunakan lorong motosikal. Sejurus kemudian muncul pula seorang wanita mengandung dari celah rumah kedai yang sama menjerit meminta tolong. "Sophia, itu kes ragut tu..." Zaitun mengagak situasi ketika itu. Orang ramai di sekitar kawasan itu masih terpinga-pinga kecuali beberapa pemuda yang bergegas mendapatkan wanita yang sarat mengandung itu.
Jarak antara mereka bertiga dari tempat kejadian agak jauh. Lebih kurang 100 meter. "Kau orang tunggu sini. Biar aku settle dulu benda tu." Sophia melepaskan sandangan begnya lalu dengan pantas meluru ke arah pemuda bermotosikal yang kini berada di tengah-tengah jejantas. Belum sempat sophia tiba, dinding konkrit di tengah jejantas itu tiba-tiba terburai dan sebuah motosikal bersama penunggangnya terhumban keluar lalu jatuh ke atas landasan keretapi. Pada masa yang sama juga sebuah keretapi Komuter dari arah Kuala Lumpur merempuh dan menggilis penunggang motosikal yang kurang bernasib baik itu.
Sophia yang agak panik dengan kejadian itu mengesyaki sesuatu lantas meluru ke arah lubang konkrit pada jejantas. "Siapa punya kerja ni?" Bisik hati Sophia yang mendapati tiada sesiapa di situ. "Mana Noor?" Bisik hatinya lagi. Sophia berlari sepanjang jejantas menuju ke seberang landasan takut-takut Noor ada di situ. Sophia Masih lagi tercari-cari dimana Noor berada. Kini dia betul-betul sangsi dengan kawan barunya itu. Sedang Sophia tercari-cari akan Noor, Ima dan Zaitun memanggilnya.
"Sophia...Sophia... Kau cari apa tu?" Zaitun memekik di seberang jejantas. "Kau cari Noor ke?" Giliran Ima pula sambil menuding telunjuk pada seseorang di sebelahnya. Alangkah terkejutnya Sophia apabila melihat Noor bersama-sama Ima dan Zaitun. Sophia mendapatkan mereka kembali sambil bertanya pada Noor, "Noor, bukan ke kau dah naik jejantas ni tadi?" "Memang aku dan naik, Tapi tak sampai atas pun. Motor tu melintas dari belakang aku je aku patah balik. Aku turun tangga balik... Aku takut.." Jelas Noor panjang lebar dengan nafas tersekat-sekat. "Habis tu kau tak nampak ke sape yang campak orang tu ke bawah?" Tanya Sophia yang masih tak puas hati. "Dah Noor berlari turun tangga...mana la nampak" Ima menyampuk. "emm..." Noor mengangguk. Sungguh ngeri mayat peragut yang tersadai di tengah-tengah landasan. Tak sampai beberapa minit tempat itu dipenuhi dengan orang ramai. Noor memeluk Ima sambil menangis melihat mayat yang sudah tidak dapat dicam identitinya kecuali terdapat kad pengenalan pada mayat itu. Sophia masih lagi sangsi dengan Noor. Baginya tangisan Noor itu hanyalah lakonan semata-mata. Dia memandang Noor dengan lirikan yang tajam. Baginya hari ini sudah terjawab segala persoalan. Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi oleh Noor. Semasa kejadian tiada sesiapa kecuali Noor di jejantas itu. Mana mungkin motosikal itu boleh menembusi dinding konkrit yang begitu tebal dengan sendirinya kalau tidak dengan satu dorongan yang kuat daripada seseorang lain yang ada di situ. Siapa orang lain yang ada di situ kalau bukan Noor? Sophia cuba menggunakan logik akalnya dalam memikirkan situasi sebentar tadi.
Tiba-tiba Sophia menarik tangan Noor yang masih berada di dakapan Ima lalu dibawanya Noor ke satu sudut yang tidak ramai orang. Noor yang ditarik dengan agak kuat oleh Sophia hampir tersungkur beberapa kali tetapi Sophia tidak menghiraukan itu semua. Ima dan Zaitun hairan dengan sikap Sophia. "Noor… Boleh tak kau bagi tau kita orang siapa kau sebenarnya?" Soalan Sophia yang pertama kepada Noor yang sedang melutut di depannya. "Aku tak faham maksud kau Sophia…! Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah Aku?!" Noor menangis. "Dah banyak benda pelik berlaku pada kau. Dari kata-kata kau di kelas hari tu, hinggalah ke peristiwa sebentar tadi. Kau ingat aku tak tahu semasa kami meninggalkan kelas untuk tugas hari tu kau berada di bilik sakit dengan alasan kau sakit perut kan?" Di sekolah tadi ada rakan sekelas yang memberitahu Sophia perkara itu. Tetapi Sophia tidak menceritakan kepada Ima dan Zaitun. Ima dan Zaitun ternganga mendengar kata-kata Sophia. "Noor….Betul ke Sophia cakap?" Zaitun bertanya kepada Noor yang sudah berhenti menangis tetapi masih melutut. "Ya… Memang aku sakit perut masa tu… Tapi Aku masih tak faham kenapa kau orang tanya aku macam ni? Apa salah aku pada korang?!" Jawab Noor ringkas. Sophia yang dari tadi membelakangi Noor lantas berpaling menerpa ke arah Noor. "Noor, kalau benar kau orang yang menolong aku hari itu, aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Kalau bukan kau, aku harap kau boleh simpan rahsia ini. Aku tak nak paksa kau lagi." Sophia membuat pengakuan yang pastinya mendatangkan kejutan buat Ima dan Zaitun. Sophia kembali mendapatkan beg sekolahnya lalu pergi meninggalkan rakan-rakannya. Sophia tertekan kerana terlampau ingin tahu siapa orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Manakala Ima dan Zaitun menenangkan Noor dan telah membuat keputusan untuk menceritakan semuanya kepada Noor. Barulah Noor faham kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa. Noor pulang ditemani oleh Ima dan Zaitun. Manakala Sophia telah hilang dari pandangan mereka dengan sekelip mata. Keadaan kembali tenang... Begitu juga dengan situasi di landasan keretapi. Orang ramai kembali dengan rutin masing-masing setelah mayat peragut tadi sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Dalam suasana yang tenang itu tiba-tiba.....
mana smbungnya cta nie? dh kehabisan idea ye cik penulis.. ohoh..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
woit apesal jd short story plak nih...
cpat2lah buat samb dier