Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jeritan lantang itu memusnahkan tumpuan 110% yang kuberikan pada novel favouriteku. Dengan muka mencuka dan muncung ‘itik’ yang boleh diikat, aku berpaling ke belakang. Ku lihat Humaira’ dan Azira sedang berlari-lari anak mendapatkan aku.
"Apa hal korang terjerit-jerit ni? Hilang tumpuan aku tau. Potong stim je!!"
Amarahku tidak bersambut. Azira dan Humaira’ yang baru tiba di ‘kerusi batu’ di tempat aku selalu melepak kelihatan tercungap-cungap, mencari oksigen untuk bernafas. Itu la... Masa PJ tak nak ambil bahagian, asyik duduk di tepi padang dan bergosip. Tengok, baru lari sikit dah semput. Sempat aku mengumpat dalam hati. Uih... Jahat betul aku ni. Mengumpat kawan sendiri.
"Kalau aku cakap kau mesti tak percaya..." ujar Humaira’ setelah meneguk air mineral milikku di atas meja. Giliran Azira pula menonggang botol mineral yang hampir kosong itu.
"Tak cakap, macam mana aku nak percaya!" Humaira’ dan Azira sengaja membiarkan aku tertanya-tanya. Aku semakin tidak sabar mendengar ‘berita hangat’ yang akan disampaikan. Apa agak-agaknya ek? Fendi, jejaka idaman sekolah kami tu kirim salam kat aku ke? Tak pun Cikgu Yusuf yang hensem tu dah nak kahwin ke?
"Cerpen ko dapat nombor satu la...Juara!" Azira menepuk bahuku beberapa kali, menyedarkan aku bahawa apa yang aku dengar itu satu realiti.
"Ye ke? Mana korang tau? Sapa bagitau? Tak percaya la aku..."
"Cikgu Rokiah bagitau kami tadi. Cerpen ko dah terpampang kat library. Glamour la ko Anis. Naik saham ko!"
Eh, kalau tak menang dalam pertandingan tulis cerpen ni aku memang dah sedia glamour. Pelajar harapan sekolah, atlet acara padang sekolah, jawatan kelab, persatuan, kuiz peringkat sekolah semua aku pegang, apa lagi ek? Pendek kata semua aku ‘sapu bersih’. Giler glamour kata Azira.
"Weih...! Nak ke mana??!"
Jeritan Azira tak aku jawab. Yang penting aku harus segera ke library.
-----------------------------------------------
Seperti yang aku jangkakan, library sekolah penuh sesak. Selain pertandingan menulis cerpen, Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis turut menganjurkan menulis sajak, puisi, pantun, pertandingan melukis potret, pemandangan, macam-macam lagi la...Pasti budak-budak ni pun nak tau sama ada karya mereka menang atau tidak. Aku segera meredah ke satu sudut library untuk memastikan berita yang dibawa Azira dan Humaira’ sahih.
"Tolong bagi laluan ye...Penulis terkenal nak tengok hasil karyanya!"
Humaira’ yang berbadan agak gempal mula memainkan ’peranan’nya. Menolak pelajar-pelajar yang menghalang laluanku ke tepi. Sayang ko, Humaira’...
Bacaku lambat-lambat. Eh, iye la...Ni nama aku. Ni cerpen yang aku tulis dulu...
"Tahniah Anis! Saya tahu kamu memang berbakat dan pasti menang!" Cikgu Rokiah yang entah datang dari mana memelukku seketika. Satu senyuman aku berikan padanya. Aku masih keliru sebenarnya. Macam mimpi je ni... Aku memandang kembali cerpen di hadapanku. Memang ini tulisan aku ni. Jalan ceritanya pun aku hafal benar. Oh, lihatlah dunia... Tak sia-sia aku rajin membaca (novel-novel cinta + tengok cerita cinta Korea). Azira dan Humaira’ di belakangku menjadi pembantu tak bergaji, menyambut ucapan tahniah dari rakan-rakan yang ada di situ serta menjawab pertanyaan-pertanyaan dari mereka. Lantak koranglah...
Bahu kiriku ditepuk kuat. Mak aih... Gorilla mana pulak yang menyerang ni. Oh, si Shafiq Gorilla ni rupanya...Sakitnya...
"Woi! Ko ni nak kasi aku lumpuh sebelah tangan ke apa? Sakit lah!!"
Humaira’, pelindungku datang berdiri antara aku dan Shafiq. Takut Shafiq ni tepuk aku lagi. Aku ni dah la kecik. Si Shafiq Gorilla ni 3 kali ganda besar dari aku. Shafiq tersengih-sengih, sebijik macam kerang busyuk... hehe...Di sebelahnya ku lihat ada seorang budak lelaki. Cute gak. Budak sekolah aku ke ni? Macam tak pernah nampak je...Chit, muka masam macam jeruk mangga muda je... Abaikan...
"Aku panggil ko, ko macam tak dengar je. Mimpi ke apa siang-siang ni? Ke ko masih tak percaya ko jadi juara cerpen ni?"
"Aku memang dah jangka kemenangan aku ni, cuma tak percaya je. Tapi yelah... Sapa lagi nak menang kalau bukan aku kan...Tu yang aku malas nak masuk apa-apa tu" Sengaja aku wat gaya mengada-ngada sikit. Gaya ala-ala ‘sotong’. Aku perli gaya Shafiq Gorilla sebenarnya...
"Pergh...Berlagak tahap gaban plak minah ni...Tak kuasa aku!"
Haa...Dah keluar dah ayat ‘password’ Shafiq Gorilla. Tak kuasa aku!!! Eh eh... Shafiq dah mula merajuk. Ala ala...Comelnya baby besar ni merajuk...
"Aku gurau je la...Kalau ko tak suruh aku hantar cerpen ni ari tu mesti aku tak menang, kan? Amacam? Balik ni aku belanja korang makan KFC?"
Sorak-sorai Azira, Humaira’ dan Shafiq membingitkan telingaku. Boleh masuk acara cheerleading ni. Masing-masing mula berbincang menu KFC dan cara-cara nak ’mengetuk’ duit belanja aku bulan ni. Tak pe la, dengan kawan-kawan...Bukan selalu. Lagipun aku boleh minta loan tambahan dari papa...Yeah...Bbasyahh...
"Tapi, Nis...Napa pilih nama Amir Faiesal dalam cerpen ni? Ada APA-APA ke?" Apa lagi yang si Shafiq ni masih tak puas hati.
"Aku reka je nama ni. Aku rasa nama ni sedap. Lagipun aku tak tau nak letak nama apa. Kalo letak nama ko apa kelas, kan?"
"Haah la, Anis. Nama ni kan macam nama budak kelas kita." Azira pula mengeluarkan pendapat. Humaira’ mengangguk-nganggukkan kepala. Sebijik macam burung belatuk. Setuju la tu...Budak kelas?
"Eh, mana ada budak kelas kita nama Amir. Aku sengaja pilih nama budak yang tak ada dalam sekolah ni... Takut gosip liar."
Bidasku yakin. Semua nama budak dalam kelasku aku ingat. Siap dengan nama bapak-bapak sekali. Aku kan penolong ketua kelas yang berkaki lebar @ kaliber.
"Ni la Amir Faiesal...Budak kelas kita. Takkan ko tak kenal? Dia budak baru masuk kelas kita bulan lepas."
Shafiq menarik budak laki di sisinya ke hadapan. Supaya jelas di pandanganku. Amir Faiesal? Budak ni ke? Tapi aku tak pernah perasan pun dia dalam sekolah ni, apatah lagi dalam kelas aku. Aku kebingungan. Renungan ‘Amir Faiesal’ yang kukira ingin menelanku hidup-hidup membuatku bertambah bingung dan bengang. Aku bukan sengaja pakai nama ko la, mangkuk tingkat.
"Entah-entah ko minat dekat Amir tak, Anis! Ha...Kantoi-kantoi! Cinta sedang berputik ya!!"
"HAH? Eh, tak la. Aku tak kenal dia pun. Tak tau pun nama dia."
Ni yang aku tak suka dengan Shafiq ni. Suka sangat buat gosip liar. Kalo bergosip dengan kawan-kawan je tak pe. Tapi ke‘kepoh’an mulut Shafiq ni boleh menyebabkan satu sekolah jadi havoc dek gosipnya. Adoi...
"Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya." Macam dialog orang dolu-dolu je si Shafiq ni buat. Azira dan Humaira’ dah malas nak amik port. Diorang takut aku hilang mood. Langsung tak jadi nak belanja KFC. Kuat juga pengaruh KFC ni ek.
"Fiq, apa yang ko fikir tue tak betul okey. Jadi jangan nak ngada-ngada sebarkan gosip tak berasas ko tu. Kalo tak, aku tak jadi la nak belanja ko KFC..." Ugutku. Ni je cara nak ajar si Shafiq ni. Shafiq angkat tanda surrender.
"Okey...okey...Tapi dengan satu syarat!"
-------------------------------------------
"Woi...Cheezy Wedges ni aku punya lah! Ko punya dah abis, dah la... Gorilla!"
Humaira’ cepat-cepat menyambar Cheezy Wedges dari tangan Shafiq. Terkulat-kulat muka Shafiq. Shafiq cuba merampas kembali Cheezy Wedges namun gagal bila Humaira’ cepat-cepat menyumbat 3 keping yang masih berbaki ke dalam mulutnya. Geli plak aku tengok. Diorang ni memang tak boleh berdamai. Ada jodoh kot...? Azira plak macam control ayu semacam je makan ayam goreng dalam pinggan. Selalunya dia lah MDKP, tong sampah, atau Indah Water. Hehe... Gelaran yang aku dan Humaira’ bagi pada dia. Apa aje makanan KFC yang tak habis, dia akan tolong habiskan. Tak baik membazir katanya. Betul juga tu...Tapi napa hari macam tak berselera je dia?
"Amir, napa ko tak makan ayam tu? Nak aku tolong abiskan ke?" Shafiq mula mengintai-ngintai bahagian Amir. Tak kenyang lagi ke dia ni? 3 ketul ayam dah selamat dalam perut dia dah.
"Aku tak selera lah!" Ujarnya pendek. Eh, sombongnya. Macam berlagak je. Ingat dia bagus sangat. Sesekali bila bertentang mata dia segera menjeling ke arah lain. Eleh, aku tak terpikat dengan ko punyalah... Aku suka kat... Adalah... You are not my type... Dah la tak hensem. Sombong. Memilih. Katak bawah tempurung. Apa lagi nak kutuk,ek?
"Kalo gitu bagi aku la…Jangan bagi Humaira’. Orang pompuan kalo gemuk tak ada orang suka. Kalo laki tak pe. Asalkan berduit. Hehe..." Pinggan di hadapan Amir ditariknya. Amir sekadar memandang.
"Ko cakap aku GEMUK? Ko tu dah macam badak sumbu, badak berendam+ bluehyppo, ada hati nak cakap aku gemuk. Kalo aku gemuk, ko tu GEMUK KUASA DUA tau!"
Berlakulah adegan perang mulut. Pemenangnya, dah tentu si mulut paling laser, Humaira’. Selaser-laser mulut Shafiq, laser lagi mulut Humaira’ tau. Nak menangis dah aku tengok si Shafiq tu dibuatnya. Malas nak mendengar peperangan antara mereka, aku menghulurkan duit RM50.
"Korang beli la apa untuk dimakan. Cuma tolong bungkuskan aku meal no. 5, okey?"
Macam burung belatuk mereka mengangguk. Azira sengaja ku arah menemani mereka agar tidak terjadi pergaduhan sesi kedua di tingkat bawah bangunan KFC tu pula. Sebenarnya, aku ingin settlekan ’hal’ aku dengan Amir ni. Tak best la masam-masam muka. Lagipun kami sekelas. Hilang sahaja mereka dari pandangan, aku memulakan bicara. Amir lebih senang melemparkan pandangan keluar cermin bangunan KFC. Agaknya kereta yang lalu-lalang lagi menarik dari aku kot. Eh, buruk sangat ke muka aku ni? Rasanya cantik gak aku ni...
"Amir Faiesal..." Panggilku. Itulah pertama kali aku memanggil penuh namanya. Seakan ada dejavu bila aku memanggil namanya. Macam ada sesuatu...Entah susah aku nak cakap...
Amir memandangku. Tak ada riak marah di wajahnya ketika itu. Masa tu je la. Kalo dia tak mare aku, napa dia macam tak suka aku. Unapproachable. Tak macam kawan-kawan aku yang lain. Setahu aku, aku tak ada masalah nak berkawan dengan sesiapapun.
"Saya nak minta maaf sebab guna nama awak tanpa kebenaran awak. Saya betul-betul tak tahu nama awak Amir Faiesal. Saya ingat tak ada budak sekolah kita..."
"It’s okey. Awak dah jelaskan banyak kali sejak kat library tadi. Naik berNANAH telinga saya ni. Saya harap awak TAK LUPA lagi la ek yang nama saya AMIR FAIESAL dan saya SEKELAS dengan awak."
Pintasnya laju. Lajunya dia cakap. Macam bullet train. Penekanan yang diberikan pada perkataan-perkataan tertentu seakan amaran kepadaku supaya aku tak mengulangi perbuatanku. Eh, meluatnya aku dengan dia ni. Tak tau kenapa. Sombong semacam aje.
"Yang awak macam tak puas hati lagi ni napa? Rezeki depan mata tu napa tak makan? Membazir je. Menangis ayam tu tau kalo awak tak makan dia!"
Itu kalo ikut cerita mama aku la masa aku malas makan ketika berumur 5 tahun. Entah betul entahkan tidak. Amir ketawa besar. Aku terpana melihatnya ketawa.
"Kata-kata sapa pulak yang awak curi tu? Pelik je saya dengar. Dah la nama saya awak curi. Pastu boleh pulak kata awak tak tau nama saya Amir Faiesal. Pelik dan sukar dipercayai lah awak ni!"
Nasib Shafiq yang beria-ia suruh ajak si Amir Mangkuk ni sekali. Katanya sebab tuah nama Amir barulah cerpen aku menang. Kalo tidak, haram aku nak ajak budak perangai ‘busuk’ ni sekali.
"Apa yang awak tak puas hati lagi ni? Saya bukan sengaja nak guna nama awak. Saya boleh tukar lah nama awak tu. Macam la sedap sangat!" Suara aku dah mula naik ni. Hangin satu badan dah ni. Kecik je aku tengok si Amir ni.
"Sebagai budak baru, saya tak mahu reputasi saya rosak disebabkan gosip cinta saya dengan awak. Semua orang termasuk Shafiq anggap kita ni ada hubungan tau. Lagipun, tahun ni kita amik periksa. Jadi saya tak nak tumpuan saya terganggu dengan gosip-gosip tak berasas. Awak faham?"
"Eleh, ingat saya suka nak digosip dengan awak? Saya pun tak ingin la dengan awak. Macam la dia sorang je lelaki kat sekolah tu! Kat sekolah tu, beratur orang nak saya, tau tak? Saya ni ‘ayam tambatan’ sekolah tau tak? Ratu sekolah!"
Masuk bakul angkat sendiri plak aku ni. Tapi memang itu gelaran yang diberikan kepada aku. Dan ia memang diakui ramai. Amir tergelak besar lagi. Kali ini diselang-selikan dengan bunyi ayam berkokok dan berketuk. Mengejek aku la ni... Ayam tambatan la...Yang macam dalam simpulan bahasa itu.
"Ayam tambatan la konon...Saya dah baca cerpen awak tu. Tak la hebat sangat. Kalo saya masuk pertandingan tu, pasti saya yang menang. Setakat tulis macam tu adik saya pun boleh buat. Memang budak sekolah kampung betul lah. Dah la sekolah buruk..."
Aku dah tak dengar apa yang keluar dari mulut Amir. Yang pastinya dia sedang mengutuk sekolah aku. Ya Allah! Menyirapnya darah aku dengan dia ni. Ei, bukan menyirap lagi, dah meng‘oren’ darah darah aku. Mula-mula kutuk aku, pastu kutuk cerpen aku. Sekarang kutuk sekolah aku plak? Fuh, sengal betul lah dia ni.
"Kalo dah tau sekolah tu buruk, tak ada standard, napa awak datang sekolah kat situ?" tempelakku bila dia dah abis mengutuk.
"Jawapan yang mudah untuk soalan yang mudah, budak kampung! Orang kat sini kata sekolah tu yang paling bagus kat bandar ni la... Tapi kat tempat lain, berlambak lagi sekolah yang bagus-bagus dari sekolah kau tu!"
"Kau ni memang...."
"Anis! Amir! Apa hal plak ni?"
Aku duduk semula di kerusi. Humaira’ cuba menenangkan aku. Mengipas-ngipas aku dengan kipas cina yang selalu dibawanya. Azira yang ku lihat sarat membawa makanan KFC terpinga-pinga. Shafiq mula mengorek-ngorek cerita dari Amir. Amir tak berbunyi apapun. Begitu juga dengan aku sehinggalah Pak Mat menghantar kawan-kawanku ke rumah. Itupun sekadar ucapan ‛jumpa esok’ sahaja aku ucapkan pada mereka.
"Anak ni nama sapa? Tinggal di mana?" Soal Pak Mat pada Amir pastinya kerana cuma dia sahaja yang tinggal dalam kereta dengan aku saat ini. Aku buat tak tahu. Sengaja aku buat-buat tak pandang padanya yang tertoleh-toleh ke belakang. Apa pandang-pandang?
"Nama saya Amir. Pakcik turunkan saya dekat simpang masuk taman ni aje lah pakcik. Dah dekat dah dengan rumah saya tu."
Oh...Pandai plak hormat dengan orang tua. Kalo dia wat kurang ajar lagi, tak tau la aku. Mau juga keluar karate ke taewando ke silat yang sumbang dari aku ni.
"Woi, amik ni!" Bungkusan plastik itu ku hulurkan. Sekejam-kejam aku, tak la sampai nak biarkan anak orang kelaparan tau...Huh! Nasib dia sambut. Kalo tak, malu aku kat Pak Mat.
"Kawan Anis ke tu?" Soal Pak Mat sebaik sahaja menurunkan Amir di simpang masuk ke taman perumahanku.
"Bukan! Entah sapa dia tu!"
------------------------------------------
"Papa tau, ada budak laki tu berlagak sangat. Benci Anis... Dia kan..."
Pot pet pot pet...Aku menceritakan kembali semua yang berlaku kepada papa. Dari mula Azira dan Humaira’ mengkhabarkan perihal cerpenku sehinggalah Pak Mat menurunkan Amir. Mama cuma tersenyum sambil mengupas buah limau. Padanya telah 3 kali ku ulang cerita yang sama untuk meraih simpatinya. Papa membetulkan cermin matanya. Pandangannya dialihkan. Dari muka empat segi televisyen ke mukaku yang bujur sirih, pipi bak pauh dilayang, berleher jinjang, berbibir mungil...Tak da lah...Tipu je!
"Ish... Tak kan lah teruk sangat budak Amir tu! Anis cakap kasar dengan dia tak? Papa tak percaya lah budak tu bleh nak tampar Anis sebab guna nama dia je..."
Ceh, part tu memang aku reka. Saja nak sedapkan cerita. Barulah thrill sikit. Tapi rasanya kalo kawan-kawan aku tak datang on time, mau merah gak pipi aku ni. Budak tu bukannya boleh jangka. Hangin satu badan. Entah terlepas dari asylum mana entah.
"Papa ni nak backing dia plak. Dia tu kutuk sekolah Anis, kutuk Anis... Ei, geramnya. Dah la kurang ajar. Tak respect pompuan langsung. Perangai teruk, mulut laser, muka pun macam tongkang pecah."
Papa tersenyum. Alamak, tak jadilah. Semua helah aku dalam poket papa. Mama yang malas nak amik port menghulurkan sepiring buah-buahan yang siap dihiris kepada papa. Sepotong, dua potong masuk ke dalam mulut papa.
"Papa! Dengar tak ni? Anis kena buli dengan budak sekolah ni! Mama!"
Sepotong buah pir masuk ke mulutku. Mama tersenyum melihat aku sedaya upaya menghabiskan hirisan pir tersebut untuk menyambung kata-kataku. Buka aje mulut, mama menyuakan sepotong lagi. Berdekah-dekah gelak mereka melihar air mukaku yang kelat.
"Anis nak hadiah apa? Tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen. Mmm...Papa bagi pen dan kertas je la ek. Biar Anis dapat tulis cerpen lagi."
"Tak nak la...! Anis nak... Emm... Apa ek? Bear besar. Tak nak la...mmm...melancong ke Australia...tak pun nak kereta. Hehe..."
Hilang rasa marah dan geram pada Amir. Dalam kotak fikiran aku cuma memikirkan hadiah yang bakal aku terima dari papa. Ni yang seronok jadi anak tunggal ni! Amir, lain kali je la aku marah kat ko ek...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm besta..cepatla smbungannyer..dah xsabar nie..hehe