Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ATHIRAH resah. Fikirannnya berkecamuk. Bermacam-macam yang difikirkannya. Dia cuba untuk berfikiran positif namun yang negatif tetap mengintai ruang untuk mengambil tempat. Dbermain dengan jari jemarinya. Pemandangan yang indah di sekitar Selayang itu langsung tidak menarik minatnya. Sesekali dia membetulkan duduknya yang dirasakan tidak mencecah punggung. Athirah mengetap bibir.
"Ma…" bisik Athirah.
"Ye…"
"Tira takut lah, ma," ngadunya. Puan Sufiana mengeluh.
"Tira, masuk kali ini sudah lebih sepuluh kali Tira kata Tira takut. Apa yang Tira ingin takutkan?"
"Tira takut pasal…"
"Tira takut pasal sekolah baru Tira?" ucap Puan Sufiana, memotong percakapan Athirah.
Athirah lambat-lambat menganggukkan kepalanya.
"Tira, kita sekarang sudah dalam perjalanan ke sekolah. Tira nak takut lagi buat apa? Macam sebelum ini Tira tidak pernah pindah sekolah,"
Athirah mengakui kata-kata Puan Sufiana. Sebelum ini dia pernah berpindah ke sekolah berasrama penuh semasa di tingkatan 1. Dia sendiri tidak memahami mengapa terdetik perasaan cemas dan gementar di hati. Kebiasaan hidup di sekolah berasrama penuh menjadikan Athirah tidak dapat membiasakan diri lagi di sekolah harian. Hari ini hari pertama buat nama milik Siti Athirah Anum binti Fakruddin di sekolah SMK Darul Ehsan di tingkatan 6 rendah.
Athirah senyap. Puan Sufiana yang sedang memandu sempat menjeling anak dara sulungnya itu. Dia mengukir senyum. Nama saja sudah 18 tahun tetapi perangai masih manja, getus hati Puan Sufiana.
"Sayang, ibu tahu Tira tidak biasa belajar di sekolah harian. Lama-kelamaan Tira pasti akan biasa. Trust me," "Entahlah, ibu. Tira selalu dengar pelajar di sekolah harian agak bebas berbanding di sekolah berasrama. Mereka tidak fokus terhadap pelajaran dan sering melawan kata-kata guru," luah hati Athirah.
Puan Sufiana semakin melebarkan senyumnya.
"Tira, itu hanya kata-kata orang. Tidak semua pelajar di sekolah harian begitu. Semuanya terletak pada hati, pada niat kita. Tira faham, bukan?"
Athirah menganggukkan kepala. Ada benarnya. Keputusannya untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 tidak harus dipersia. Bukan kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu tidak cemerlang, tetapi dia mempunyai matlamatnya sendiri.
"Tira faham, ma. Terima kasih. Tira janji Tira akan belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam STPM kelak sekaligus mendapat peluang belajar di luar negara. InsyaALLAH. Ibu doakan Tira ye?" bicara Athirah, penuh harapan dan keazaman.
"Tira jangan cakap je. Jangan-jangan ada lelaki kat sekolah itu yang akan jadi kekasih Tira. Pelajaran pun Tira akan abaikan. Remaja lah katakan…" usik Puan Sufiana sehingga membuatkan pipi Athirah mula merona merah. Malu.
"Ibu ni! Janganlah kata begitu. Boleh jadi doa, tahu? Tira janji Tira tidak akan mengabaikan pelajaran walaupun ada kekasih, malah kekasih Tira akan menjadi inspirasi buat Tira untuk lebih berjaya dalam pelajaran. Kami akan belajar bersama dan insyaALLAH kami akan memperoleh keputusan yang baik bersama," ujar Athirah dengan penuh bangga. Sesaat selepas itu, dia menekup mulutnya.
'Alamak? Apa aku melalut ini?' bisik hati Athirah.
Mereka saling berpandangan. Selepas itu, terburai tawa mereka yang cuba disimpan. "Oh, anak ibu sekarang dah makin 'pandai' ye? Siapalah agaknya jejaka bertuah itu? Jangan lupa kenalkan pada ibu ye?"
"Ibu ni! Sengaja nak malukan Tira. Tak mahulah…" rengek Athirah. Bahu kiri ibunya diraih mesra.
"Apa salahnya, Tira.. Tira sudah 18 tahun. Sudah meningkat remaja. Ibu tak halang Tira seandainya Tira ingin mempunyai kekasih asalkan tahu batasannya. Ibu yakin Tira pandai menjaga diri. Bercinta di usia muda tidak bisa dilupakan, Tira. Tira harus merasainya…"
Kata-kata Puan Sufiana terkesan di sanubari Athirah. 'Bercinta di usia muda tidak bisa dilupakan?' Dalam diam, Athirah ingin merasainya tetapi…
'Siapa jejaka itu?' persoalan itu masih tiada jawapan…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestlah.....cepat sambung....