Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Blue memandang kemesraan Natasya bersama-sama dengan Hafiz dengan seribu kebencian dihatinya. Sudahlah baru saja di reject oleh Hafiz dan kini mereka ketawa mesra di hadapannya. Habis selera makannya pada waktu rehat itu. Terus diletak makanannya di atas meja semula.
Sakinah dan Dalilah di sebelahnya hanya bermain mata sebagai isyarat berkomunikasi. Blue kalau sudah marah, baik jangan dikacau kalau tidak, habis di fire macam Ultraman dalam TV tu fire. Habis musnah segala harta benda!
"Ah, aku dah tak tahan lagi," ujurnya dengan marah.
"Ya. Just try. Mana tahukan nasib kau benar-benar bertuah. Ingat cinta zaman sekolah adalah cinta yang paling longgar sekali ikatannya," ujur Dalilah pula.
Blue hanya menjeling tajam dan serentak dengan itu kedua-dua kawannya itu terus zip mulut mereka.
"Okey," ujur Blue tiba-tiba. Kedua kawannya itu berpandangan. Apa yang okeynya? Kemudian mereka melihat Blue tersenyum maut. Sah! Memang ada sesuatu yang sedang difikirnya dan sudah mencapai persetujuan.
"Blue, bagus! Inilah Blue yang aku suka. Okey, mulai sekarang, kita fikir rancangan yang baik untuk musnahkan hubungan Romeo dan Juliet tu."
"Bukankah sepatutnya Prince dan Cinderella?" tanya Dalilah kepada Sakinah.
"Aku dah ada rancangan sendiri… dan langkah pertama…," dia tersenyum maut sambil bangun dari duduknya. Dalilah dan Sakinah saling berpandangan. Entah apa rancangan jahat yang akan dibuat oleh Blue itu, tidak sabar rasanya.
Kemudian Blue melompat naik ke atas meja kantin sekolah membuatkan beberapa pelajar sekitarnya terkejut. "PERHATIAN SEMUA!" jeritnya dengan suaranya yang lantang sehingga bergema satu dewan kantin. Sekali kata saja, semua mata tertumpu ke arahnya. "Perfect," ujurnya perlahan sambil menarik nafas lega. "APA KHABAR SEMUA, AKU RASA SEMUA ORANG TAHU KENAL AKU, DAN BAGI SESIAPA YANG TIDAK KENAL AKU, AKU BLUE, BEKAS KEKASIH THE PRINCE CHARMING KITA, SIAPA LAGI KALAU BUKAN HAFIZ!"
"Boooo!!!" itu yang dilemparkan oleh mereka semua tapi dengan sekali ‘Booo’ dia tidak akan mudah mengalah. Dalilah dan Sakinah saling memberi isyarat komunikasi. Masing-masing tidak tahu apakah yang sedang berlaku dan apakah yang akan berlaku.
"Baiklah, aku tak kisah kalau ada yang tak percaya tapi memang betul Hafiz adalah ex-boyfriend aku dulu. Tapi itu dulu dan masa tu dia terima taruhan dari kawan-kawannya itu supaya memikat aku dan kemudian tinggalkan aku," matanya memandang tepat pada Hafiz yang tidak keruan apabila rahsianya terbongkar dalam satu kenyataan yang tidak pernah difikirnya. Kemudian dia terdengar soksek-soksek di sekelilingnya. Blue hanya tersenyum tenang.
"Well, aku cuma nak beritahu, aku tak puas hati setelah dipermainkan oleh Hafiz oleh itu aku dah buat keputusaan untuk menerima taruhan dari kawan-kawan aku supaya memikat Hafiz semula!" ujurnya dengan bangganya.
Serentak dengan itu Dalilah dan Sakinah menepuk dahi. Hafiz pula tercengang dan Natasya dihadapannya pula sudah tidak senang duduk bila mendengar kenyataan Blue itu.
Ashraf yang turut menonton drama yang tidak bertauliah itu hanya tersenyum melihat keberanian yang dibawa oleh Blue itu. Tidak sangka budak kecil molek itu begitu lantang bersuara. Dia kemudiannya memandang ke arah kawan-kawannya yang turut bersorak gembira mengamatkan suasana kantin. Bila lagi kantin ni nak gamat.
Dan tiba-tiba lampu kecil di atas kepalanya menyala dengan seterang-terangnya. Bak kata budak-budak, seterang cahaya Ultraman. Hehehe….
Serentak dengan itu, dia segera berlalu bangun dari duduknya. Nazrul dan Zafrul langsung tidak perdulikan kawannya yang bangun itu dan menyambung sorakkan mereka yang bagaikan monyet terjumpa pisang emas.
"Dan aku juga nak buat pengumuman!" jerit suara Ashraf dengan lantang sambil melompat berdiri di sebelah Blue membuatkan Blue sedikit terkejut.
‘Apahal pulak si Roswell ni buat di sini? Nak buat pengumuman apa lak ni? Kacau saja,’ detis hatinya sambil memandang Ashraf dengan tajam. Entah apa pula rancangan si Roswell ini, dia sendiri pun tidak tahu. ‘Eh! Takkan dia nak beritahu tentang kejadian semalam?!’
"Mulai hari ini dan mulai saat ini aku… Ashraf Danish telah menerima taruhan dari kawan-kawan aku supaya memikat Blue!" umum Ashraf dengan suara lantangnya.
Serentak itu Nazrul dan Zafrul, masing-masing menepuk dahi manakala keadaan kantin riuh rendah dengan kenyataan Ashraf yang tanpa di undang itu. Sakinah dan Dalilah pula tercengang-cengang, barangkali cuba fikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Adakah mereka berada di dalam drama tv korea?
Blue pula… hisy! Susah hendak cakap perasaannya pada ketika itu. Dia sendiri seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan daripada Roswell itu. Lain yang diharap, lain yang jadi.
Tidak lama kemudian lonceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat.
"See you my love," ujur Ashraf kepada Blue sambil mengenyit mata. Habis meremang bulu tengkorak Blue dengan sapaan mata Ashraf itu. Tapi bila diperhatikan dengan perlahan… ahhh… cutenya!
‘TAK! Aku tak boleh macam ni!’ Blue segera menampar pipinya supaya separuh dari dirinya sedar. "BOLEH TAK SESIAPA BERITAHU DARI MANA DATANGNYA SI ALIEN MATA HIJAU TU?!"
kepada pembaca yang setia cinta 99 hari, terima kasih sebab mengikuti enovel ini. Chapter 8 sudah ready tapi ada sedikit yang perlu ku edit. Maybe dalam masa yang terdekat ini akanku pos. Tunggu saja kemunculannya
KEPADA SEMUA PEMBACA CINTA 99 HARI, AKU MENGALAMI SEDIKIT MASALAH UNTUK UPLOAD CHAPTER 8, TAPI ANDA SEMUA BOLEH MEMBACANYA DI LAMAN BLOG RASMIKU. http://novelratu.blogspot.com
lucu...geli hati baca telaha c blue n c "roswell"...hehehheh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe... best la cta nie lucu.. tahniah kpd penulis, sesuai dgn cita rasa remeja skrg..