Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 2 "tanpa sedar, kasih itu mula bercambah buat dirinya. Tapi bagaimana kata hatinya??"
Fail yang bertimbun di hadapanku menyesakkan lagi dadaku. Kerja, kerja tak pernah habis. Ku capai air mineral, hanya itu yang mengisi perutku dari pagi tadi. Kesibukan membuatkan aku leka sehingga tidak sedar perut yang kosong. Mujur juga sebelum bertolak ke pejabat, sempat aku menjamah sedikit nasi goreng ibu. Tak sengaja aku terpandang cincin berlian bermata satu yang tersarung di jari manis kiriku. Sudah hampir sebulan ia tersarung di jariku itu. Cincin tunang. Aku tergelak sendiri. Tak sangka diriku sudah menjadi tunangan orang. Entah pada siapa. Kata ibu, namanya Amir Faiz. Dia tak pernah aku temui.Segala-gala tentang dirinya ibu yang ceritakan. Menurut ibu, dia seorang arkitek. Untuk menghubungi dia, itu bukan prinsipku. Takkan perigi nak mencari timba walaupun timba itu tunangku sendiri. Aku tak nak di katakan terhegeh-hegeh. Aku tertanya-tanya kenapa dia tak pernah menghubungiku. Tidak sukakah dia dengan pertunangan kami? Kalau tidak suka, kenapa dia bersetuju? Jawapan pada soalan-soalanku itu hanya ada pada ’amir faiz’ "hai, sayang," aku mencebik melihat Razin yang tiba-tiba muncul di depan bilikku. Sesuka hati dia je nak panggil aku sayang. "Yes, anje.lewatnya anje datang jemput sayang"aku sendiri tidak mahu kalah. Pura-pura merengek manja "You call me anje? Ini yang buat anje nak bawa sayang kawin lari," Razin sudah duduk di kerusi hadapan mejaku. Aku tergelak. Razin, razin. Sikap mengusiknya tak pernah hilang. Dialah yang selalu menghiburkan diriku. Sentiasa di sampingku di kala suka dan duka. Temanku sejak kecil ini pernah menjadi teman lelakiku dulu sewaktu di alam kampus. Tapi entahlah, menyedari keserasian kami hanya sekadar untuk bersahabat, kami berpisah secara baik. Apa salahnya, kami sendiri bermula sebagai sahabat. Orang sering salah sangka yang dia kekasihku kerana layanannya, apatah lagi panggilan sayang tak pernah lekang dari bibirnya untuk diriku. Biarlah apa orang nak kata, asalkan kami lebih faham diri masing-masing. "Qis, kau masih tak jumpa dia?," aku mengeluh. Bukan aku tak nak tapi dia yang tak sudi. "Zin, aku rasa dia tak suka bertunang dengan aku,"mungkin juga telahanku itu betul. "bodohlah tunang kau tu. Tak nakkan Balqis Amani. Gadis melayu terakhir," serentak itu juga dia menyanyikan lagu gadis melayu. Terhambur ketawaku melihat gelagatnya, jenakanya tak pernah hilang. "Perli akulah tu,"dia hanya tersenyum. Hafizul Razin, memang jejaka yang boleh dikatakan ’perfect’. Mempunyai kerjaya yang baik, wajah yang tampan, sikapnya yang gentleman, didikan agamanya juga cukup baik, boleh dikatakan dia mempunyai kriteria yang di idamkan semua gadis. Lebih-lebih lagi dengan senyumannya, aku yakin itulah yang membuat ramai gadis yang akan menoleh ke arahnya untuk kedua kali. Malah, di kampus dulu, ramai yang menaruh hati padanya. Tapi Razin tetap Razin, tidak pernah mengambil kesempatan atas kelebihan dirinya. Nakalnya masih terbatas. Itu yang membuatkan aku senang berteman dengan dirinya. Malah pernah dulu aku berjanji pada diri sendiri, biarlah pasangan hidupku nanti akan merestui dan memahami hubungan kami. Tapi, sekarang dapatkah janji ini ku tunaikan.. "kau dah makan belum,qis?" aku tersengih. Memahami maksudku, dia menggelengkan kepala. "kau ni, dah banyak kali aku ingatkan. Kau tu ada gastrik, makan kena jaga," aduh, doktor peribadiku ini dah mula berleter. "aku sibuklah, tengok tu banyak lagi laporan aku tak check,"aku buat muka kesian. Harap-harap menjadi. "aku ni doktor, sibuk juga tapi tahu bila masa nak makan, nak kerja. Sebelum aku hantar kau balik, kita makan dulu,"dia dah berdiri, maksudnya aku dah tak boleh nak bangkang. "Yelah, Dr Hafizul Razin"aku tarik muka masam. "ha, buat muka macam tu. Aku cium baru tahu," usiknya lagi. Ha, kan aku dah cakap, mesti orang salah faham kalau dengar. "gatal," terus aku capai beg tangan dan berjalan tanpa hiraukan dirinya. Pura-pura merajuk. " lajunya sayang jalan, nak tinggalkan anje ke?" dia masih galak mengusik. "hafizul razin,"dia tergelak. Tahu bila aku memanggil nama penuhnya, bermakna aku dah hilang sabar dengan usikannya yang kadang-kadang melampau.
* * * * * * * * * *
Sedar tak sedar dua minggu saja lagi tarikh perkahwinanku. Sedikit sebanyak bahangnya dapat ku rasakan. Apa tidaknya, ibu awal-awal lagi sudah menyiapkan barang hantaran. Bunga telur dan cenderahati untuk tetamu pun sudah hampir di siapkan. Pernah aku merungut pada ibu, kenapa perlu bersusah payah membuat sendiri, bukan tidak boleh di tempah. Lagipun, bukan tidak mampu untuk mengupah wedding planner. Tapi akhirnya aku yang di tempelak ibu, katanya kepuasannya lain kalau di buat sendiri dan seperti biasa aku di leteri kerana seperti tidak peduli tentang majlisku itu. Ah, ibu anakmu ini bukan sengaja tapi tuntutan kerja yang tidak pernah mengizinkan aku untuk berehat. Amanah papa supaya aku menguruskan syarikatnya harus aku jaga. Alhamdullillah setakat ini, cemara resort yang mempunyai beberapa cawangan di semenanjung masih mampu meneruskan kecemerlangannya seperti di bawah pimpinan papa. Harapkan along dan angah, abang-abangku itu awal-awal lagi tidak mahu, masing-masing tidak berminat dalam bidang perniagaan, dan aku yang mengalah. Aku kesiankan papa, penyakit darah tingginya sering menyerang dan sewajarnya dia berehat sekarang. Bersyukur juga adik bongsuku, Fahrin bersetuju untuk membantuku di syarikat papa selepas menamatkan pengajiannya nanti. "Ada amir telefon kamu amani?" soalan ibu membuatkan aku tersentak. Tak sangka agak jauh aku mengelamun. Kesian ibu, bercakap sendirian sedari tadi. "ada, ibu. Semalam dia call, ingatkan amani pasal test baju tu," terkejut juga aku semalam apabila mendapat panggilan darinya. Panggilan pertama selepas tiga bulan kami bertunang, itupun aku yakin kerana terpaksa. "Amani dah kenal dengan amir?" ibu menatap wajahku. Aduh, apa yang harus aku jawab ni. "Dalam proses, ibu.,"dalam proses?biar betul Balqis Amani, berjumpa pun tak pernah, inikan dalam proses. Aku ketawa tapi hanya dalam hati. Ibu ku lihat mengerutkan dahinya, kurang berpuas hati agaknya dengan jawapanku itu. Mungkin juga kerana aku ini seorang yang degil dan keras kepala. Sikapku sejak zaman kanak-kanak lagi. Ibu sangat arif dengan sikapku, katanya aku dapat gen dari papa. Ibu memanglah, yang baik semua dari gennya sedangkan yang tak baik itu gen papa. Papa pula akan tergelak mendengar kata-kata ibu itu. Hanset ku yang berdering menyelamatkan aku dari soalan ibu yang seterusnya. Razin. Kau memang sentiasa menyelamatkan aku. "hello, sayang,"ah, Razin. Tak takutkah dia sahamnya jatuh kalau asyik memanggilku sayang. "kau macam tahu-tahu je aku ada masalah,"aku bersuara perlahan. Takut di dengari ibu. "masalah apa, qis?"dia kembali serius. "kau temankan aku pergi butik auntie kamariah. Nak test baju. Tunang aku pun ada sama. Aku seganlah, zin," harap-harap dia setuju. Razin tidak menjawab sebaliknya dia ketawa. Gelakkan akulah tu. "Apa kau nak segankan. Diakan tunang kau. Tak lama lagi nak jadi suami kau. Ha, nanti takkan sayang nak anje masuk bilik tidur juga kut," ketawanya bersisa. "razin," wajahku mula merona kemerahan. Tidak di sangka sampai ke situ usikannya. Melampau. Mujur hanya bercakap di dalam telefon, kalau berdepan tahulah dia. "sori, sayang. Anje gurau je. Kenapa tak ajak Rini. Diakan pakar dalam bab macam ni," ish banyak songeh lak kawan aku sorang ni. "dia outstation ke johorlah. Kau nak temankan ke tak nak ni?" aku dah mula bosan. "ha, mulalah tu nak buat muncung itik dia tu. Yelah, nanti aku datang ambil kau. Pukul berapa?"dia mula berkompromi. "pukul 2. jangan lupa tau. Aku sayang kau, zin," aku tergelak kecil sebelum menamatkan perbualan kami. "amboi, siap bersayang-sayang lagi ni, ek. Dengar dek amir, cemburu dia,"sapaan suara dari belakang membuatkan aku berpaling. "angah, bila balik?"terus tubuhnya aku peluk. Rindu sangat dengan abangku yang seorang ini. "tak hilang lagi manja adik angah ni rupanya,"usiknya sebaik sahaja aku meleraikan pelukan. Aku mencebik. "kenapa tak cakap angah nak balik. Kalau tak, boleh amani buatkan puding karamel yang angah suka tu,"bukan senang dia nak balik ke rumah ini, sibuk memanjang. Aik mengata orang pulak amani, kau pun apa kurangnya. "kalau angah cakap, bukan surpriselah, sayang,"jawab angah bersahaja. "kamu bukan tak tahu angah kamu ni, amani. Suka buat orang terkejut," sampuk ibu yang dari tadi memerhatikan kami. "Pa mana, bu?"soal angah sambil matanya melilau mencari kelibat papa. "mana lagi naz, kalau kat belakang tu sibuk dengan ayam itiknya,"seloroh ibu. Aku dan angah tergelak besar mendengarnya. Apa tidaknya, ibu bercakap macamlah kami sekarang ada di kampung. Boleh menternak ayam itik. Sebenarnya papa sekarang sibuk dengan hobi baru. Sibuk bercucuk tanam. Banyak juga sayuran yang di tanam membuahkan hasil dan dapatlah juga kami merasa titik peluh papa itu. Kata papa, bercucuk tanam sesuai untuk riadah. Jika nak di bandingkan dengan golf yang banyak membuang masa dan duit. Papa, papa sejak bersara ni makin banyak falsafahnya. Maklumlah sekarang ni papa lebih gemar berkumpul di masjid dari melepak di coffee house. Jika ada teman lama ingin bertemu, dia lebih gemar menjemputnya ke rumah. "amani, dah pukul berapa ni,"aduh, kuat sangat berangan aku sekarang, ye. Aku mengerling jam di dinding. Alamak, aku kena bersiap-siap ni. Sekejap lagi razin sampai, kalau aku tak siap lagi teruk aku di perlinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seronok..lmbt lg ker smbgnnyer..xsabar nk tau seterusnyer