Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang Rizal, tengok sape yang datang ni?" Mataku membulat. Tidak menyangka, rupanya inilah tujuan Nisa beria benar mahu menarik aku ke ruang tamu. Ingin menemukan aku dengan abangnya! Pada Nisa, aku hadiahkan pandangan kurang senang. Gadis itu hanya tersenyum sumbing. Bukan itu saja, aku dipaksa pula duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya itu. Geram waktu itu tak usah dicakap. Apatah lagi apabila mataku menangkap pandangan mata Yusrizal yang begitu tajam menikam wajahku. Macam tak pernah tengok orang saja. Berbukit rasa menyampahku terhadapnya saat itu. Macamlah aku tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Mesti tengah mengutuk aku tuh! Buat apalah minah kolot ni datang sini lagi? Tak pun, mesti dia harap aku berambus cepat. Maklumlah, sudah tentulah kedatanganku ini mengganggu ketenteramannya. Eleh, aku pun tak harap nak duduk melongo mengadap muka kau kat sini. Kucing kat rumah aku lagi cantik mukanya daripada kau. Eh, yeke? Tak delah kot. Hakikatnya Yusrizal memang kacak orangnya. Nampaknya tempoh lima tahun berpisahan kami telah menambahkan kekacakan lelaki itu. Sempat juga aku meneliti raut wajahnya. Rambutnya yang dulu dibiarkan panjang telah dipotong pendek. Sejak bila Yusrizal mengemari potongan rambut pendek pun aku tak tahu. Setahuku lelaki ini memang tidak pernah membiarkan rambutnya pendek selepas tamat sekolah. Wajah yang cerah itu kelihatan bersih sekali. Seperti wajah orang yang beriman. Tapi itu hanya pandanganku. Hakikatnya lelaki ini bukan seperti itu. Terlalu sosial. Cakap saja aktiviti maksiat yang ada, semuanya pernah dia lakukan. Cuma dia tidak sampai mengambil dadah dan pil ecstasy. "Eh Rizal yang kau tenung si Ifa sampai macam tu sekali kenapa?" Suara mama tiba-tiba memecah kesunyian. Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling. Saat itu tidak dapat diungkap rasa malu yang menimpa. Masakan tidak, semua orang diruang tamu itu memandang tepat kearah kami sambil tersenyum mengusik. Aku alihkan pula pandangan kea rah Yusrizal. Lelaki itu kelihatan tersenyum malu sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Tak de papelah mama. Cuma lama tak jumpa dengan Ifa. Lain Ifa sekarang. Ifa apa khabar?" tanya Yusrizal berbasa-basi. Terkejut juga aku dengan teguran itu. Sangkaku Yusrizal tidak akan menegurku lagi selepas penceraian kami. Itulah yang dikatakannya kepadaku lima tahun lepas, bahawa dia tidak mahu melihat wajahku muncul di depan matanya lagi. Bukan saja wajah, malah bayangku pun dia tidak mahu nampak. Saat itu aku sedar betapa hinanya diriku. Bertitik-tolak dari situlah, aku tanamkan kebencian terhadap dirinya. Dan kebencian itu telah menjadikan aku sebagai insan yang baru. Insan yang tidak pernah kenal erti kekalahan. "Ifa kenapa diam? Kan Rizal tanya tu…" Suara lembut ibu memecahkan kebuntuanku. Aku seakan baru tersedar. Sekali lagi semua mata memandang kearahku. Dengan malas aku menjawab, "baik." "Kalau Rizal nak tahu Ifa ni sambung belajar buat master di London. lepas tu keluarga dia orang pula berpindah, sebab kita tak dapat cari dia orang sebelum ni," terang mama. "Oh yeke? Berapa tahun Ifa belajar dekat sana? Selalunya master tak sampai lima tahun kan?" "3 tahun." "So, Ifa buat apa sekarang ni?" tanya lelaki itu lagi. Aku pula sudah semakin malas mahu menjawab. Tapi disebabkan kami sedang manjadi perhatian, terpaksa juga aku ringankan mulut. "Keje." "Eh Ifa ni, Rizal tu penat bertanya sepatah dia jawab," tegur abah. Aku hanya mendiamkan diri. Biar semua orang tahu yang memang tidak bercadang hendak beringan mulut dengan Yusrizal. Itu pun sudah kira bertuah aku jawab juga soalan yang diajukan. Kalau langsung tak berjawab macam-mana? "Biarlah Hassan. Mungkin Ifa tu malu lagi kot. Nanti okeylah tu," sampuk papa pula. "Tuan, Puan makan malam dah dihidangkan." Alhamdulillah. Nampaknya Mak Idah telah menyelamatkan keadaan. "Hah, jom kita makan. Saya pun dah lapar ni," pelawa papa. "Nisa ajak kakak tu makan." "Baik papa. Jom Kak Ifa." Aku akur. Lagipun seperti papa aku juga lapar. Maklumlah sepanjang perjalanan aku hanya minum air mineral. Selera aku hilang kerana mabuk jalan. Itulah kelemahan aku. Aku mangambil tempat. Makanan yang terhidang di meja kelihatan begitu menyelerakan. Terasa seperti hendak ditelan semua. Aku mula membayangkan jika aku berada dirumah. Tentulah aku tidak sesopan seperti sekarang. Hehehe… Keghairahan untuk makan seakan hilang apabila Yusrizal mengambil tempat disebelahku. Aku jadi kaku. Kenapa dalam banyak-banyak tempat dekat sebelah aku juga yang menjadi pilihan? Meja makan ini cukup besar. Pilih saja tempat lain asalkan bukan dekat sini. Tapi mungkin Yusrizal sudah biasa makan di sini. Aku teringat ketika aku masih menjadi isterinya dulu. Aku dan Yusrizal akan duduk ditempat yang sama seperti yang kami duduki sekarang. Dan bermulalah lakonan antara kami. Kami akan berlagak seperti kamilah pasangan yang paling bahagia sedangkan hakikatnya bukan begitu. Walaupun hatiku menangis tapi aku terpaksa turutkan jua permintaan Yusrizal kerana dia tidak mahu kedua mentuaku menghidu kedinginan hubungan kami. "Eh Ifa, kenapa tak makan? Rizal ambilkan nasi untuk Ifa tu." Yusrizal hanya akur akan permintaan papanya. Dua senduk nasi diletakkan di dalam pinggan nasiku. Kalau tadi nasi sebanyak ini kurasakan tidak cukup. Tapi sekarang separuh pinggan pun belum tentu aku dapat habiskan. "Ifa nak lauk apa? Nanti abang ambikkan." Gulp…abang? Sejak bila dia membahasakan dirinya "abang" ni? Kalau dulu yalah jugak. Tapi kata gandi diri itu hanya akan digunakan sekiranya kami berkomunikasi di hadapan keluarga masing-masing. Jika tidak Yusrizal lebih senang ber"aku" dan ber"kau" saja denganku. Takkanlah setelah bercerai pun kata gandi diri itu hendak dikekalkan? "Ifa..??" "Err.. tak apa. Nanti saya ambil sendiri." Yusrizal hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia menumpukan pada makan malamnya semula. Lelaki itu kelihatan berselera benar. Aku pula yang hilang selera. Tapi aku perlu makan jua untuk menghilangkan laparku. Walaupun suasana di meja makan itu agak meriah, namun masih tidak dapat mengeluarkan aku daripada dunia yang kuciptakan sendiri. Banyak perkara yang aku sedang fikirkan. Antanya termasuklah sikap lelaki yang berada disebelahku ini. Entah mengapa aku dapat rasakan kelainan pada sifatnya. Tapi perasaan itu cepat saja kuhakis kerana aku tahu itu semua hanya lakonan Yusrizal. Lakonan yang dilakukan untuk mengaburi mata keluarga kami, sama seperti yang kami lakukan 5 tahun lepas.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best yer citer nie.. x sabar nk bc smbungan nti... plizz cpat skit smbg citer nie..bg ler panjang skit erkk...x puas baca...