Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini adalah majlis perkahwinanku. Aku disolekkan oleh mak andam yang ditempah oleh bakal suamiku. Berkali-kali mak andam menyuruhku untuk senyum. Macam mana aku mahu senyum sedangkan hatiku menangis. Kamariah tidak dapat hadir pada majlisku kerana katanya dia perlu menyelesaikan tugasnya. Ini menambahkan lagi rasa kecewaku. Nasib baik Mas dan Azman sudi datang. Mereka sampai bersama keluarga bekas mertuaku. Pada mulanya aku terkejut namun aku cuba juga mencari wajah yang ingin aku temui. Selepas aku disolekkan, bekas mak mertuaku masuk dan memelukku. Aku bertanyakan dirinya, namun mak menyatakan dia tidak datang. Mungkin dia tidak mahu melihatku menjadi milik orang lain. Kedengaran kompang dihalaman rumah. Pengantin lelaki telah tiba. Aku ditinggalkan keseorangan dalam bilik. Airmataku mula mengalir. Puas aku mengelapnya namun ia tetap keluar seolah-olah menunjukkan rasa hatiku. Tiba-tiba Kamariah dan Mas masuk ke bilikku. Apabila melihatnya, terus aku memeluk mereka silih berganti sambil menangis. 'Eh…mana boleh pengantin menangis.' Tegur Kama. 'Betul tu. Nanti hilang seri tau.' usik Mas pula. 'Aku sedih tau. Aku dah rasa tak mampu nak berdiri ni. Kecewanya aku.' Balasku. 'Janganlah macam tu, Qat.' 'Kenapa kau nampak lain je, Kama? 'Lain kenapa pula? 'Lawa baju kau…macam nak nikah je. Apa kata kau gantikan tempat aku.' Tiba-tiba cadangan gila muncul dalam fikiranku. 'Gila kau, Qat!. Mana aku nak letak tunang aku?. ujar Kama. 'Tunang? Bila masa pula kau tunang? Kau gantikanlah tempat aku.' Aku masih tak dapat berfikiran dengan waras. 'Aku baru je tunang. Aku tak datang pagi tadi sebab aku bertunang.' Terkejut aku mendengar penjelasan Kama 'Kenapa tak beritahu pun. Sampai hati kau.' Terasa hatiku dengan perbuatannya 'Kan kau nak kahwin. Macam mana nak pergi.' balasnya 'Dengan siapa?' soalku lagi 'Nantilah cerita. Dah nak start tu majlis akad nikah kau.' Mas mencelah memotong perbualan kami. Aku hanya mengeluh. Aku tidak bersemangat langsung. Fikiranku tidak berada di dalam majlis ini. Aku tidak sedar rupanya majlis tersebut telah tamat sehinggalah Kama memberitahu pengantin lelaki ingin masuk untuk menyarungkan cincin. Aku hanya menundukkan wajahku. Aku juga tidak menghulurkan tanganku. Akhirnya, suamiku menarik tanganku sendiri lalu menyarungkan cincin di jariku. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Ketika aku menyambut salamnya, aku melihat dijarinya terdapat cincin suasa yang aku berikan pada Mukhriz Fitri ketika majlis nikah kami dahulu. Lantas aku mendongakkan nukaku untuk melihatnya. 'Abang!!!' Jeritku sambil memeluknya. Suamiku kelihatan terkejut dengan tindakanku. 'Wow, hebat. Tak salam terus peluk.' Usik Haiqal. Lalu semua yang berada di bilikku itu ketawa. Aku melepaskan pelukanku dan duduk semula. Aku menyambut huluran tangannya dan sebagai balasan aku menerima ciuman dari suamiku, bukan sahaja didahiku tetapi dikedua-dua belah pipiku juga. Aku menangis. 'Dah dapat kahwin dengan pilihan hati pun nak menangis ke?' usik abahku pula. 'Kenapa jadi macam ni pula, abah? tanyaku sambil mengesat airmataku. 'Takkan lah aku nak beri kau kahwin dengan tunang aku.' Jawab Kama tiba-tiba. Haiqal disebelahnya hanya tersenyum 'Nantilah kami cerita. Jomlah kita makan pula. Kami lapar. Fitri memang lah tak lapar, dapat isteri dia dah kan. Tengok tu, peluk taknak lepas. Jangan risaulah, aku tak ambil isteri kau tu.' Usik Haiqal. 'Aku tak percaya kat kau lah, Qal. Cukuplah sekali kau kelentong aku. Tak nak aku lepas isteri aku ni.' Jawap suamiku sambil mengeratkan pelukannya padaku lalu mencium dahiku. 'Tak malu papa cium mama.' Usik anakku tiba-tiba. Fitri melepaskan pelukannya dan mendukung anaknya. 'Sebab papa sayang mama. Papa pun cium Fitri sebab papa sayang Fitri juga.' Jawapnya sambil mencium anaknya pula. 'Fitri pun sayang papa. Mama, papa boleh tinggal dengan kita kan sekarang? Uncle Haiqal cakap, papa akan tinggal dengan kita?' Soal anakku 'Bukan setakat tinggal sama je, Fitri. Papa Fitri pun boleh tidur dengan mama Fitri.' Usikkan Haiqal membuat bilikku gamat dengan gelakkan lagi. 'Kau jangan nak ajar anak aku bukan-bukan, Qal.' Balas Fitri sambil menepuk bahu Haiqal. 'Oklah, jom semua makan.\' Ajak abah sambil dituruti oleh semua. Aku merenung suamiku dan begitu juga dirinya. Hanya senyuman yang menghiasi wajahku ketika itu. Suamiku menggenggam tanganku dan mengajakku keluar melayan tetamu. Aku membalas genggamannya.
Semua tetamu menjamu selera. Aku pergi kearah mak mertuaku dan memeluknya. Aku juga memeluk ibu dan abahku. Aku lihat semua orang dalam kegembiraan termasuk diriku. Ibu dan abah sibuk melayan besannya. Walaupun majlis ini ringkas namun penuh dengan suasana kasih sayang dan kegembiraan. Aku melayan perasaanku sehinggalah aku rasa pinggangku hangat dipeluk. Hanya dia yang mampu memberi rasa kebahagiaan itu padaku. 'Termenung apa tu, sayang? 'Ayang tak sangka kesudahan kita macam ni. Ayang ingatkan ayang dah kehilangan abang.' balasku sambil menyandarkan bahuku didadanya. 'Inilah hikmahnya, sayang. Jika kita redha pasti Allah akan membalasnya.' Jawapnya. 'Ewah-ewah. Romantiknya. Korang tu dah 2 kali kahwin, takkan manja lagi kot.\'Usik Kama 'Mestilah. Pengantin baru kan.\' sampuk tunangnya, Haiqal. 'Korang nak tahu tak macam mana kitaorang rancang ni?' tanya Azman yang mula join kami di ruang tamu. Ketika itu, kebanyakan tetamu dah pulang. Hanya tinggal keluarga terdekat sahaja. 'Mestilah. Gila korang buat plan macam ni.' Balas Fitri sambil mengemaskan duduknya. 'Mak kau rancang nak pinang Qat semula, jadi dia suruh aku cakap kat kau dan Qat. Kalau kau mesti nak sebab memang kau sayang dengan isteri kau ni. Tapi Qat, aku tak pasti sebab dia memang marah sangat aku tengok bila sebut nama kau. Jadi aku plan dengan family kau buat senyap-senyap je.' Terang Azman. 'Bila kami datang Johor je, family kau pun setuju tapi tak nak beritahu kau dulu sebab yang sama lah. Kau benci dengan Fitri kan, Qat.' Mas pula menerangkan padaku 'Kebetulan bila family korang tengah berbincang aku datang sini. Aku nak jemput ke majlis pertunangan aku dengan Haiqal. Pada mulanya, diaorang tak yakin kau akan terima Fitri semula jadi aku yakinkan semua bahawa kau tetap sayang Fitri walaupun kau katakan benci. Kami masih ragu-ragu lagi. Tapi Haiqal bagi idea kononnya dia yang akan kahwin dengan kau untuk uji perasaan korang berdua.' Kama menerangkan pula 'Mana kau tahu aku masih sayangkan Fitri? Tanyaku sambil merenung wajah suamiku. 'Sebab kau taknak kahwin lagi bila orang pinang kau. Lepas tu, kau selalu cakap anak kau sama macam papa dia. Aku perhati kau selalu renung anak kau.\' ujar Kama 'Dia anak aku. Takkan aku tak boleh tengok dia?\' Balasku. 'Memang lah anak kau tapi kalau orang kenal Fitri mesti akan cakap anak kau adalah bayangan suami kau. Bukan je nama mereka sama malah rupa dan perwatakan juga hampir sama.' 'Dah Fitri papa dia, mestilah sama. 'Sebab tu kau akan ingat pada Fitri selalu kan.\' Usik Mas pula 'Betul ke, sayang?\' Suamiku merenungku inginkan jawapan. 'Fitri je ayang ada untuk ingatkan abang.' balasku lalu dibalas dengan pelukan suamiku. 'Tak payah nak bermanja depan kami. Oh ya, aku dengar seminggu lepas pinangan, kau datang jumpa bapa mertua kau ek, Fitri? Soal Haiqal. 'Yelah. Memang aku ingat nak cakap dengan abah, aku nak kahwin semula dengan Siti tapi tiba-tiba isteri aku beritahu ada orang datang pinang dia. Jadi, aku terus pergi Johor tapi abah beritahu dia dah terima pinangan tu. Kecewa aku waktu tu. Petang tu pula, kau telefon beritahu nak jumpa.\' Jawap suamiku 'Aku dah ingatkan pada family Qat, kalau kau datang call aku sebab aku nak uji kau. Aku tak lupa bila kau nak tumbuk aku, tapi nasib baik anak kau call. Kalau tak, lebam lah muka aku? ujar Haiqal sambil disambut dengan gelakan oleh semua di ruang tamu. 'Ganas juga kau Fitri.' Sampuk Azman pula yang masih dalam ketawa. 'Masa tu aku tengah marah. Milik aku orang nak ambil, mengamuk lah aku. Tapi anak aku call cakap mama asyik nangis. Aku jadi sedih lah. Aku kenal kau jadi aku rasa mungkin memang bukan jodoh kami. Biar aku berundur diri lah. Hati aku masa tu macam nak pecah kau tahu.\' Ujar suamiku. 'Aku tahu sebab aku tengok kau macam nak menangis je.\' Gelak Haiqal lagi. 'Hilang keluarga, siap tak nangis.Aku tak sanggup kehilangan isteri dan anak aku. Merekalah hidup aku.\' Balas suamiku sambil merenungku. 'Macam mana abang boleh tahu plan dorang.\' Soalku pada suamiku. 'Semalam mak desak abang suruh ikut pergi majlis ayang. Jadi bila mak dah pergi rumah ayang, abang duduk sorang-sorang kat hotel. Tiba-tiba datang Haiqal suruh abang pakai baju nikah ni.' ujarnya sambil tunjuk baju yang dipakainya. 'Kau tahu, Qat. Masa aku datang, suami kau ni tengah menangis. Merah biji mata.' Usik Haiqal. Aku hanya tersenyum 'Tipu kau, Qal. Takdelah sampai merah.' Balas suamiku sambil membalas senyumanku. 'Azman dan Haiqal cerita lah semua... Tapi bila abang masuk nak sarung cincin tadi, ayang diam je. Abang pelik juga, ingatkan ayang memang taknak kahwin dengan abang.' Balas suamiku. 'Ayang ingat Haiqal yang kahwin dengan ayang sebab tu malas nak angkat muka.\' Jawapku sambil tergelak 'Ewah. Kau ingat muka aku ni tak hensem ke? Yelah, nak tengok muka si Fitri je kan.' 'Aku rasa masa akad tu, dengar juga. Tak kan kau tak perasan?' soal Mas. 'Fikiran aku melayang lah masa tu sebab tu tak ambil tahu. Ingatkan kena kahwin paksa.' Balasku sambil tersengih. 'Kahwin paksa pun tapi suka juga kan.'Usik Azman pula. 'Mestilah, Man. Tapi best juga tengok muka ayang kena kahwin paksa kan.' Usik suamiku. Aku mencubitnya. 'Dah dengar cerita sebenar ke?' tanya abah tiba-tiba. 'Dah abah. Kami tak sangka semua boleh berpakat untuk kenakan kami. Patutlah mak bila Fitri beritahu Siti nak kahwin, dia relax je.Sedangkan masa tu Fitri dah frust sangat-sangat. Rupa-rupanya dah berpakat semua.' Jawap Fitri disambut gelak ketawa semua. 'Izah, Fitri… Abah buat macam tu sebab nak kau berdua hargai hubungan perkahwinan korang. Jangan ingat kahwin adalah perkara main-main. Sekejap bersama, lepas tu berpisah. Abah nak kau orang berdua rasa macam mana korang susah, sedih dan kecewa untuk sampai ke tahap ni agar nanti korang hargai perasaan kasih dan sayang dalam perkahwian korang.' Terang abah. 'Fitri akan ingat tu abah. Fitri akan menjaga perkahwinan kami.' Ucap suamiku. 'Izah pun akan hargai abah sebab dengan rancangan inilah baru Izah tahu bahawa Izah perlukan Fitri dalam hidup Izah.' Ujarku pula.
'Masamnya muka ayang. Limau ni pun manis tau.' usik suamiku sambil mengambil sepotong limau diatas meja. Aku hanya diam sambil menonton televisyen. 'Sampai bila nak merajuk dengan abang ni? Dari petang sampai malam ni taknak cakap dengan abang. Kalau macam biarlah abang cakap dengan sofa… Hai, sofa. Kenapa merajuk. Kau sakit ek aku duduk atas badan kau? Tapi kau lembutlah .' Suamiku bercakap dengan sofa yang kami duduki. Nak tergelak aku mendengarnya. 'Abang memang macam tu. Kalau ayang marah abang mulalah nak buat lawak. Ayang sakit hati dengan abang tahu.' Akhirnya aku bersuara untuk menghalangku dari tergelak. 'Ada pun suara. Abang ingat dah kena ambil dengan sofa ni. Sebab tu abang cakap dengan sofa.' Balasnya bersahaja. 'Abang ni!' jeritku sambil cuba mencubitnya. Suamiku pantas mengelak sambil menggengan tanganku. 'Sakit, sayang. Kenapa ni marah-marah?' pujuk suamiku lembut. 'Abang lupa ke hari ini hari apa? tanyaku marah 'Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Boleh buat pahala malam ni.' Suamiku bersuara sambil tersengih memandangku. 'Abang!! Tak senonoh.. malas nak cakap dengan abang.' aku mula merajuk semula. 'Ok. Ok… Abang tak usik lagi. Kenapa dengan hari ni, sayang.' Pujuk suamiku. 'Hari nikan ulangtahun perkahwinan kita yang ke 2. Dari pagi tadi ayang tunggu abang ucap tapi abang tergesa-gesa pergi pejabat. Sampai sekarang abang tak ucap pun. Abang memang lupa kalau apa-apa pasal ayang tapi kalau bola dia tu ingat je. Petang ni awal-awal dah keluar dengan Fitri nak tengok bola kat Bandar. Tinggalkan ayang. Bencilah ayang dengan abang.' bebelku. 'Janganlah benci abang , sayang. Abang sayang ayang sangat-sangat. Ni untuk ayang. Selamat perkahwinan kita yang ke2, sayang.' Satu kotak dihulurkan padaku sambil satu ciuman hinggap dipipiku. Aku membuka kotak itu. Didalamnya terdapat seutas rantai emas yang cantik terukir perkataan 'ayang' diatasnya. Memang cantik tetapi aku hanya menolak kotak itu di atas meja. Sedangkan aku terlalu ingin dia memakaikan untukku. Seolah-olah dapat membaca fikiranku, dia mengambil rantai itu lalu memakaikan dileherku. Setelah siap memakaikanku, dia mencium dahiku. 'Cantiknya isteri abang. Semakin berseri-seri sekarang.' Aku hanya mendiamkan diri. 'Janganlah macam ni, sayang. Bukan abang sengaja tak nak ucap, abang memang dah lewat tadi ke pejabat. Abang perlu siapkan beberapa perkara sebelum cuti seminggu nanti.Petang tadi, abang saja je cakap pergi tengok bola tapi sebenarnya abang pergi ambil rantai ni. Abang tempah minggu lepas tapi baru petang tadi siap' terang suamiku 'Cuti nak buat ape?' tanyaku hairan. 'Esok kita akan pergi Pulau Redang. Abang dah ambil cuti seminggu untuk sambut ulangtahun kita dan sebagai tanda terima kasih sebab mengandungkan zuriat abang.' balasnya sambil mengusap kandunganku yang baru berusia 5 bulan. Sifatku yang suka bertindak tanpa berfikir dahulu memang sukar dibuang. Sering kali aku merajuk dengan suamiku tanpa mendengar penjelasannya. Nasib baik sifat suamiku berbeza. Ini mengukuhkan lagi ikatan antara kami. Sesungguhnya aku amat memerlukan dirinya untuk melengkapakan dan memimpin diriku. 'Abang tak beritahu ayang pun. Ayang minta maaf sebab marah-marah abang.' kesalku sambil menyalami tangan suamiku. 'Ayang takde salah dengan abang, sayang. Abang saja nak surprisekan ayang. Cantik tak rantai tu? Abang tak pandai pilih lah.' Ujarnya. 'Cantik sangat. Abang tak beri hadiah pun tak pe, asalkan abang ingat dan sentiasa kat sisi ayang. Terima kasih, abang. 'Kasihmu kuterima, sayang. Ayang janganlah asyik merajuk je, nanti baby pun ikut macam ayang. Penatlah abang nak pujuk. 'Abang tu suka sangat usik dan naikkan marah ayang. Apasalahnya, lagipun Fitri ikut perangai abang kan. Biarlah baby ni ikut ayang.' Usikku. 'Kalau ikut sifat setia dan dengar kata ayang, baguslah tapi kalau ikut perangai merajuk ayang, habislah abang. Nak pujuk ayang ni susah tau. Terima kasih sayang kerana melengkapkan dan membahagiakan hidup abang. Hanya ayang dihati.' Ujar suamiku sambil memelukku. 'Ayang pun begitu juga, abang. Ayang sayang sangat-sangat kat abang. Ruang dihati ayang hanya milik abang.' Balasku. 'Ayang, jom tidur sayang. Hari ini tidur awal dapat berkat tau.' ucap suamiku sambil merenungku. Mesti suamiku ingin mengusikku lagi. 'Nakal ek.' Aku mencubitnya. 'Oh…cubit abang ek. Memang nak kena ni.' Suamiku mula mengeletekku. 'Abang..taknak. Gelilah.' Aku bangun untuk melarikan diri. Namun tindakannya lebih cepat. Suamiku menarikku dan aku didukung kebilik. Kini hidupku penuh dengan kebahagian. Suami, anak, keluargaku dan keluarga mertuaku amat memanjakan aku. Aku juga dikelilingi oleh kawan-kawan yang memang menyayangiku. Sememangnya inilah hikmah yang dikatakan suamiku. Semoga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat.
Pengarang : Terima kasih kerana sudi membaca cerita ini. Jika ada salah susunan atau apa-apa je, saya mohon maaf. Ini adalah kali pertama saya menulis, segala komen teman-teman selama ni amat saya hargai. Diharap ending cerita ini memenuhi citarasa semua. Semoga gembira membacanya dan jumpa lagi dilain karya. HANYA KAU DIHATI.
aiseh!mati2 aku ingat si siti nih kawen ngan haiqal.pandai gak pengarang menipu eh.nway..I luv da story..macam cte cnta aku jek.hehe tapi x dela sekomplikated nih.perangai watak lelaki 2 cam pak we aku jek.hahaha
mmg pernah baca pun...not exactly like that novel tp part2 lepas divorce n x bgtau x-hubby tgh pregnant tu yg sama. 1 more thing rasa hati yg masih ada even they get separate already. AISYA SOFEA - sehangat asmara...tul x?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sweet nyer citer nie.. Tahniah kpd pengarng.. saya suka kn ending nyer.. Wat lh lg citer yg cm nie eh..