Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hidup ini memang aneh.Kadang kala kita di duga, dipaksa menangis dalam ketawa.Kadang kala kita gembira bak unggas yang berterbangan.Hari ini menangis, esok kita tertawa riang.Lumrah alam. Bagiku, aku memang manusia yang kebal dengan dugaan. Bagiku semuanya telah kulalui.Kalau diikutkan, mungkin dah sekolam air mataku tumpah. Tapi aku sentiasa tersenyum. Senyum tu kan penawar. Semasa kedua orang tua ku meninggalkan aku dulu, di hadapan saudara mara, aku masih mampu tersenyum. Sewaktu aku putus cinta pertama, dihadapan dia yang melukakan hatiku itu, aku masih mampu menghadiahkan senyuman terakhir. Kini, aku rasa, aku bahagia. Aku kini sekali lagi, untuk yang kedua kalinya bergelar seorang isteri. Azam, suamiku, padaku adalah segalanya sementelah pula aku tak punya sesiapa lagi di dunia ini. Tapi malam ini perlakuannya lain sekali. Makan malam yang aku hidangkan cuma dijamah basa basi. Tangannya sibuk menekan nekan butang talipon bimbitnya. Entah siapa dia ber sms. Sebentar tersenyum, sebentar serius. Dulu, aku juga begitu. Sebelum aku kenal Azam. Aku lahir dan membesar di kota metropolitan. Aku kehilangan ibu bapaku ketika usiaku belasan tahun. Papa meninggalkan sejumlah wang insurans yang amat banyak untuk anak hingusan sepertiku. Tapi, aku sunyi. Hidup dengan acik Rosie sungguh membosankan. Aku rindu mama, papa. Lalu semua kebosanan, kesedihan dan kehampaan itu kuluahkan dengan caraku. Ber sms dengan kawan kawanku yang sekepala. Malamku dipenuhi neon, koktail , penuh dengan kawan kawan yang semuanya bersedia membawaku jauh ke lubuk kesesatan. Sehinggalah malam itu.
Malam itu hujan lebat. Rashid, menawarkan diri menghantarku pulang selepas semalaman kami berparti. Aku seperti selalunya, tak berapa berkira siapa yang menghantarku pulang. Tapi malam itu Rashid tak terus menghantarku ke rumah. Dengan alasan mahu berjumpa kawan, aku dibawa ke sebuah rumah papan di satu kawasan setinggan yang aku sendiri tak pasti di mana. Dalam keadaanku yang separuh sedar, mabuk dengan air kencing syaitan, aku tak berdaya berbuat apa-apa. Aku cuba melawan, cuba menjerit, namun suaraku tersekat direngkong. Tangan Rashid yang besar menjerut leherku. Aku cuba meronta. Kedua kakiku menendang nendang tapi cepat ditekan oleh Rashid dengan kakinya. Blouse warna tulip yang membalut tubuhku dengan mudah dikoyakkan. Dengan segala sisa kudrat yang aku ada, aku meraung sekuatnya. Tendangan kuat dipintu mengejutkan Rashid. Aku tak tahu siapa, tapi insan itu penyelamatku. Dalam keadaan yang samar samar, aku dapat melihat Rashid dibelasah oleh seseorang sebelum aku tidak sedarkan diri. Penyalamatku, wiraku. Padanya kucurahkan semuanya. Dialah nyawaku, dialah hidupku. Genap setahun selepas peristiwa dia menyelamatkan ku dari menjadi mangsa si bangsat Rashid, aku selamat bergelar isteri padanya.Hatiku berbunga indah. Pekerjaannya membawa kami berpindah ke Johor Bahru. Aku sudah melupakan semua titik hitam dalam hidupku. Kini, aku seorang isteri. Di sini, aku kenal dengan Siti. Gadis pingitan sebelah rumahku yang menjadi kawanku berbual tiap petang. 5 bulan kemudian aku disahkan mengandung. Berita gembira itu kusampaikan pada suamiku, pada Acik rozi, pada Siti. Mereka sajalah keluargaku. Semuanya menerima berita itu dengan penuh gembira. Acik Rozi berkeras mahu aku datang ke Kuala Lumpur dan tinggal dengannya untuk 2,3 minggu supaya senang dia menjagaku. Suamiku tak membantah.
'Siapa sms bang?' 'Takde sape. Roslan, katanya nak datang ke KL esok, ada seminar.' Jari jemari suamiku masih rancak menekan nekan punat talipon bimbitnya. Sudah hampir sebulan dia begini. 'Oh, ya? Dia singgah ke rumah kita tak nanti?'Tanyaku dungu. 'Tak..dia ada seminar di Hotel Legend. Nanti abang jumpa dia di sana je. Dah la, pegi la tido, dah malam ni. Nanti kejap lagi abang masok.'Mata suamiku masih tak berganjak dari benda empat segi kesayanganya itu. Perlahan aku bangun dan masuk ke bilik tidur. Esoknya, dari petang membawa ke malam, aku menunggu suamiku. Entah ke mana. Talipon bimbitnya dari petang tadi tidak dapat dihubungi. Aku duduk di ruang makan rumah teres 2 tingkat kami. Mataku merenung tudung saji dihadapanku. Hatiku berdoa semoga tiada apa apa perkara buruk berlaku pada suamiku.
Aku buat keputusan untuk pulang ke rumah 2 hari selepas berada di rumag acik Rozi. Hatiku terlalu merindui suamiku, wiraku, penyelamatku dan bakal bapa pada anak dalam kandunganku ini. Tanpa memberitahu pada suamiku terlebih awal, aku sampai di stesen bas JB pukol 9 malam. Tepat pukul 10 malam, teksi yang ku tahan dari stesen bas tadi berhenti dihadapan rumahku. Kulihat rumahku gelap.'Ah, mungkin suamiku ke kedai untuk makan malam. Kasihan dia. Tak patut aku meninggalkan dia berseorangan begini,'bisikku dalam hati. Rasa bersalah menyelubungiku kerana meninggalkannya seorang diri. Dengan perlahan, aku membuka pintu hadapan rumah dengan kunci yang ku bawa. Langkah ku atur satu, satu menuju ke bilik tidur utama rumahku. Perlahan tombol pintu kuputar. Oh, tuhan. Aku hampir pitam. Mengapa begini sekali duagaan untukku? Di atas katil, suamiku cuma berseluar dalam dan disebelahnya Siti yang hanya berbalut dengan selimut. Terasa nyawaku seakan melayang. Duniaku seakan berputar. Kakiku terasa lembek dan aku terjelepok di tepi pintu. Ingin aku bertanya pada Siti, pada suamiku, mengapa? Mengapa aku diperlakukan begini? Tapi suaraku seperti tersekat direngkongku.
Deringan talipon di ruang tamu mengejutkanku. Langkah kuatur laju laju menuju ke arah talipon di atas meja bulat ruang tamuku. 'Hello sayang.'Terdengar satu suara yang amat ku kenal dihujung talian. 'Oh, abang. Abang katne? Tak balek makan? Lauk atas meja tu dah sejuk dah.' 'Erm..abang ada hal. Dengan Roslan ni kat coffee house. Mungkin abang balek lambat sikit. Sayang tido la dulu ye? Tak payah tunggu abang ok?'
Kandungan yang baru mencecah dua bulan itu keguguran pada malam yang malang itu. Aku kehilangan anak, kehilangan lelaki yang ku anggap penyelamatku. Aku kehilangan separuh ahli keluargaku malam itu. Entah pada siapa hendak ku luahkan apa yang terbuku di dada. 3 hari aku terlantar di hospital. Suamiku tak pernah sekali pun datang melawat. Ah, biarlah. Aku juga tak begitu peduli lagi. Siang malamku, aku berendam air mata. Sudahlah mata, berhentilah menangis. Dulu aku juga pernah kehilangan. Aku kehilangan mama dan papa sekaligus dan aku masih mampu hidup. Aku mesti tabah, harus mampu menghadapi pengkhianatan dari mereka ini. Bersama tekad bahawa aku tidak mahu mati, aku akhirnya mampu bangkit dari kelukaan itu. Aku berpindah kembali ke KL. Aku tinggalkan JB yang telah merobek robek hatiku, memijak hancur semangatku. Aku harus kembali senyum. Itu tekadku dalam hati.
Bangun dari tidur pagi itu, Azam tiada disisiku. Ruang sebelahku di katil kosong. Tak berusik. Dengan perasaan yang agak runsing, aku menalipon Azam. Talian talipon bimbitnya dimatikan. Aku menalipon pula ke pejabatnya. Ratna, kawan sepejabatnya mengatakan yang Azam sudah 2 hari tak masuk ke opis. Menjelang tengah hari, Azam masih tak menghubungiku. Hatiku bertambah risau. Setiap apa yang kulakukan serba tak kena. Azam tak pernah begini. Aku cuba menepis syak wasangka yang mula bersarang dalam hatiku ini. Walaupun usia perkahwinan kami baru memasuki tahun ke 2, cinta Azam padaku tak dapat dinafikan. 5 tahun dulu, aku pulang ke KL dengan hati yang parah. Aku berikrar aku takkan jatuh cinta lagi. Aku tak mahu jadi hamba cinta. Untuk apa pertemuan, percintaan jika akhirnya perpisahan. Aku kehilangan suami dan anak dalam sekelip mata dan aku tak mahu lagi mengulanginya. Tapi Azam lain. Lain dari semua lelaki yang pernah ku kenali. Dia tak pernah putus asa. Setelah lama kami berkenalan di alam siber, 2 tahun tak silap aku, kami mengambil keputusan untuk berjumpa. Setelah lama Azam mencuba, merayu aku, akhirnya aku bersetuju menjadi isterinya. Malam pertama kami, kami berjanji akan sentiasa jujur antara satu sama lain. Azam berjanji, kepercayaanku padanya takkan dipersia siakannya. ‘Kenapa abang tak balik malam semalam?’ Secawan kopi panas ku letakkan dihadapan Azam yang sedang asyik menonton berita. ‘Banyak sangat benda yang dibualkan dengan Roslan sampai tak sedar hari dah malam sangat, jadi abang tidur di biliknye. Pagi tadi sibuk bawa Roslan jalan jalan ke Tasik Titiwangsa. Nak naik ‘Eye on Malaysia’ katanya,’ balas suamiku acuh tak acuh. Aku hampir melupakan peristiwa suamiku tak pulang ke rumah 2 bulan lepas tapi pertemuan yang tak disengajakan dengan Roslan pagi itu membangkitkan semula ingatanku. Roslan datang ke KL kerana melawat makciknya yang tinggal di Melawati. Aku pula baru pulang dari urusan dari sebuah bank di Melawati. Roslan kawan baik suamiku. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah. Aku pula mengenali Roslan sejak aku berkahwin dengan suamiku. Terlanjur berjumpa, kami singgah di sebuah café berdekatan untuk sarapan pagi bersama. Banyak yang diceritakan. Roslan begitu rancak bercerita tentang seorang gadis yang baru dikenalinya. Tentang bagaimana baiknya, cantiknya dan lemah lembutnya gadis itu. ‘Di mana kamu berdua kenal Lan?’ tanayaku. ‘Oh, kami kenal waktu aku bertugas di Sarawak,’ balas Roslan sambil menghirup the dari cawannya yang masih berasap. ‘Sarawak? Wah , jauh betul. Bila kau bertugas di sana?’ ‘Ah, kau ni. Takkan Azam tak bagitahu. Aku mula bertugas di sana awal tahun ni. Ini pun aku balik bercuti untuk seminggu aje. Aku mahu cepat cepat pulang ke Sarawak, aku rindu dengan kekasihku itu.’ ‘dua bulan lepas kau datang ke KL kenapa tak singgah ke rumah kami Lan? Sombong betul kau,’ kataku sambil menjuihkan bibir. ‘Eh, takde la. Aku di Sarawak. Ini baru aku pulang ke KL ni. Siapa kata aku balik ke KL dua bulan lepas?’ tanya Roslan padaku. Wajahnya nampak kebingungan. Bukan kau saja yang bingung, Lan, aku juga. Bisikku dalam hati. Malam itu aku bertanya pada Azam lagi tentang perkara yang berlaku dua bulan lepas. Dia cuma diam. Diam yang membawa seribu erti. Entahlah, aku sendiri tak pasti samada aku bersedia untuk mendengar apa yang akan dikatakannya. Kata orang, kalau tuhan sayangkan kita, kita akan sering diberi ujian hidup. Aku rasa tuhan amat menyayangiku. Entah mengapa, aku sering menjadi insan yang selalu ditinggalkan. Mungkin, tuhan sayangkan ku. Ya, tuhan amat menyayangiku. Dia lebih menyayangiku dari semua yang pernah aku sayang. Ya, Allah, hambamu ini rela, redha atas semua dugaan ini. Mungkin ini balasan dosa silamku. Aku redha tuhan.
dugaan manusia mmg xpnh tmat slagi bnfas di muka bumi ni...tp jgn kita sskali lupe sume dugaan yg dberikan ALLAH S.W.T pd hamba2NYA sbb DIA tlalu sygkan umat2 nya...dugaan yg dberi xkn lbh dr kmampuan ssorg itu n utk m'uji thp keimanan hmbaNYA juga utk m'ingatkn mreka yg lalai kepadaNYA,stiap dugaan pasti dpt dgalas jika kita sdr n redha serta pcya akan kuasan n kbesaran-NYA...smoga hr2 kita stiase dberkati n dredhai dunia n akhirat...amin..
wachaaaaaaaaaa...curang curang curang..tu jer la keje nyer..huhuh
best!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Beratnye dugaan hidup..xtdaya nak melawan..semoga kt semua tabah menghadapi semua dugaan yg melanda..