Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"hai bilalah nak rehat ni..bosan betul Cikgu ni..membebel je.." kataku sambil menjeling ke arah tempat duduk yang tidak berapa jauh dariku. Memandang ke arah Khairul yang aku tahu tak mungkin perasan aku memandangnya.
"Hah! Yes!" kataku perlahan sambil tersenyum lebar. "Ez jom pegi kantin.." ajak temanku Si Karm atau nama penuhnya Kamilah. "Erm..tak bolehlah..aku kena pergi library hari ni pulang buku. Kalau tak kena denda pulak nanti.." kataku sambil tersengih-sengih. "Hari-haripun pergi library. Pelik betul aku minah ni. Takpelah..aku rehat dengan Imah je.." rungut Karm. Lalu aku berlalu pantas ke library sekolah yang berada di tingkat 2 bangunan paling hujung sekolah tersebut. "Hmm...sedap pulak angin bertiup-tiup hari nih..petanda baik nih.." bisikku dalam hati dengan senyuman yang girang. Sesampainya aku di library, aku ternampak Ilah tengah sibuk bertugas di kaunter utama library. Ilah sahabat baikku selain Ika yang juga berada di sekolah yang sama.
Kami bertiga boleh dikira macam satu geng. Tak sentiasa bersama pada hari persekolahan, tapi satu sekolah tahu kami berkawan baik. Ilah hanya tersengih busuk memandang ku. Dia tahu tujuan ku ke library setiap hari. Aku hanya membalas senyumannya dan melangkah masuk sambil mata melilau mencari seseorang. Ilah memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah seseorang. "oh kat situ rupanya mamat ni.." bisik hatiku. Kelihatan Khairul sedang duduk khusyuk membaca surat khabar di suatu sudut. Khairul..ia..dialah sebab ku ke library hari-hari tanpa jemu. Cinta pertama ku..tak kiralah orang percaya atau tidak..seawal usia 15 tahun sudah jatuh cinta, siapalah yang nak percaya.
Aku berjalan ke ruang membaca akhbar tersebut dengan hati yang berdebar-debar. Perasaan biasa yang ku alami apabila berhadapan dengan Khairul. Selain dia, terdapat seorang lagi pelajar perempuan yang juga sedang membaca akhbar di situ. Aku lalu mengambil tempat duduk bersebelahan pelajar perempuan tersebut. Mataku kemudian dihalakan ke meja untuk mencari akhbar yang sesuai untuk dibaca.
"Alamak..tinggal surat khabar Bahasa Inggeris je.." rungutku di dalam hati. Mataku melihat sepintas lalu akhbar yang dipegang Khairul dan pelajar perempuan tersebut. Seorang memegang Utusan dan seorang memegang Berita Harian. Lalu ku capaikan sahaja surat khabar The Star yang terletak elok di atas meja tersebut. Ku selak surat khabar tersebut cuba untuk mencari berita yang menarik perhatian. Namun tiada yang ku jumpa. Ku cuba untuk membaca mana-mana bahagian yang tampak ringkas, namun dahiku berkurut-kerut cuba memahami artikel yang ditulis pengarang akhbar berbahasa Inggeris tersebut.
Umi dan abah selalu menasihati aku agar mula berjinak-jinak dengan membaca akhbar berbahasa Inggeris. Orang tuaku risau dengan tahap bahasa ku yang satu itu. Umurku sudah 15 tahun tetapi bahasa global tersebut tidak dapat aku kuasai dengan baik. Hatta untuk berborak pasar sahaja dalam bahasa Inggeris pun aku terketar-ketar dan tergagap.
"Ezah..awak nak baca surat khabar ni?" Suara garau tersebut mematikan lamunanku..Lantas ku angkat kepala. Jantungku berdegup laju mengalahkan degup selepas berlari. Wajah kacak tersebut sedang memandang ke arah ku sambil tersenyum. Dihuluran tangannya ada surat khabar yang dibaca tadi. Aku seakan terkedu mendengar suaranya. Tidak sangka Khairul akan menegurku. Maklum sahajalah sekolah agama. Para pelajar di sini tidak sebarangan dibenarkan bertegur sapa apatah lagi berborak sesama lelaki dan perempuan.
Melihatkan aku yang seakan tidak memberi sebarang reaksi selain memandang ke wajahnya. Khairul menggoyang-goyangkan surat khabar tersebut di hadapan ku.
"Oh..terima kasih.." itu sahaj yang aku luahkan sambil cuba senyum semanis mungkin padanya. Khairul hanya tersenyum dan kemudiannya berlalu pergi. Mataku masih tidak berkelip memandangnya. Tiba-tiba ku terdengar seseorang terbatuk kecil.
"Hai Kak Ez..tenung abang tuh macam nak cium.." "Lar..awak rupanya..tak perasan pula akak.." "Mana nak perasan..dah asyik tenung orang tuh aje..Kita kat sebelah pun tak nampak.." ujar Nadh yang merupakan junior yang duduk satu dorm denganku di asrama blok perempuan. Aku hanya tersengih menjawab tuduhannya yang berasas dan sememangnya benar itu. Aku tidak mengambil pusing sangat akan apa yang diperkatakannya. Ku lihat Ilah sedang berjalan ke arah ku..
"Puas hati dapat tengok cik abang hari ni? Siap betegur sapa ek..nampak dek ustazah nanti mati kau.." kata Ilah sambil membuat mimik muka serius. Aku tahu dia bergurau. "Alah..takkanlah cakap macam tu aje pun tak boleh. Melampau lah sekolah ni.." terang ku pula. "Eh, Ika mana? Tak nampak pun dia?" tanyaku pula sambil melihat keliling mencari kelibat Ika, teman karibku yang seorang lagi. "Ika pergi rehatlah macam biasa. Kebuluran dia betul hari ni tak sarapan pagi tadi.." jawab Ilah.
Teringat pula aku macam mana menggelabahnya Ika masuk ke bilik mandi pagi tadi. Terkocoh-kocoh dia menukar pakaian lalu berkemban dan terus mandi. Tidak sempat langsung menegur aku dan Ilah yang sudahpun menukar baju selepas mandi.
"Cik Ika oii..orang dah siap mandi dia baru nak berkemban.." usikku pada Ika. "Stay up ye Ika malam tadi?" tanya Ilah pula. Ika hanya menganggukkan kepala menjawab pertanyaan Ilah. "Eh, hari ni korang pergi dululah ye? Aku mesti siap lambat ni. Semabahyang Subuh pun belum.." kata Ika tiba-tiba sewaktu aku dan Ilah ingin melangkah keluar dari bilik mandi tersebut. Aku dan Ilah hanya menjawab ringkas.. "ok.."
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Chaiyok!!!!!!!!!!!!