Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tinggal sebulan saja lagi majlis jamuan tahunan itu hendak di adakan.Kesibukan ku mengatasi masa rehat ku dan waktu hendak bersemuka dengan Tuan Megat pun terbatas untuk bertanya dengannya apa yang hendak di bincangkan.Sehinggalah malam itu aku di panggil oleh mama dan ayah bagi memperkatakan sesuatu yang tidak pernah ku duga.
"Ayah ada perkara hendak cakap dengan Miera"ayah memulakan mukadimahnya setelah makan malam berakhir.
"Keluarga dari Shah ada menghantar rombongan merisik untuk Miera."bagai hendak luruh jantungku bila mendengar berita ini.Kenapa selama ini Shah tidak berkata apa-apa dengan ku tentang hal ini.Adakah perbincangan yang dia katakan dulu berkaitan hal ini.
"Ayah harap Miera fikirlah dulu tentang perkara ini, lagi pun ayah dan mama lihat hubungan kamu berdua pun mesra."sambung ayah bila melihat aku masih mendiamkan diri.
"Miera akan fikirkan, berikan Miera masa"hanya itu saja yang mampu terluah dari bibirku.
"Mama harap Miera fikir dengan sebaik-baiknya lagi pun mama tengok Shah tu ambil berat sungguh dengan
Miera dan keluarganya pun amat sayang dengan anak mama ni."aku tahu mama betul-betul menghargai persahabatannya dengan Auntie Shamin.Aku rasa tidak boleh bergerak kemana-mana.Kalau ke kanan hati mama akan terasa dan kalau ke kiri hati keluarga Shah pula terguris secara tidak langsung persahabatan yang mama bina dengan auntie Shamin akan terlerai.Arhhhhhhhhhhh………….KENAPA……Haikal di mana kau, kemana kau menghilang tinggalkan Miera terkapai-kapai sendirian……………………………………….
Aku melangkah dengan kepala yang berserabut.Sengaja aku datang awal untuk bertemu dengan Tuan Megat bagi mencari jawapan tentang persoalan yang bermain di benak fikiranku sejak malam tadi.
"Ida, Tuan Megat dah sampai ?"aku menanti jawapan bila talian ku di sambut oleh Ida setiausaha Tuan Megat.
"Tuan Megat baru sahaja sampai, kenapa kau hendak jumpa dia ke?"aku cuba menahan rasa gelabah ku agar Ida tidak dapat mengesannya.
"Iya ada hal sikit nak bincang dengan dia pasal majlis ni"aku membuat alasan yang logik.
"Cepatlah naik sebab pukul sepuluh dia ada temujanji"jawapan dari Ida membuat aku tersenyum.Aku segera memberitahu Wati kemana arahku agar Wati tidak tercari-cari diriku nanti.
Sampai di tingkatnya jantung ku berdegup dengan laju tapi aku harus kuatkan semangat.Ku ketuk pintu biliknya bila Ida memberi kebenaran.
"Masuk"aku terdengar suaranya dari luar.Bila pintu terkuak ku lihat dia sedang menyemak fail tanpa mengangkat muka memandangku.
"Tuan Megat"sepatah suara ku berjaya membuat dia mengangkat muka memandangku.Segaris senyuman diberikan dan terlihat kecerian di wajahnya bila renungan matanya bagai menembusi urat sarafku.
"Hye sayang kenapa pagi-pagi dah cari Shah, mimpi apa malam tadi ni? Rindu dengan Shah iye.."senyuman itu tidak pernah pudar di bibir basahnya.Lelaki itu segera bangun mendapatkan ku dan tangannya cuba meraih tanganku tetapi segera ku elak.
"Saya ada hal hendak bincangkan dengan Tuan"mungkin dari nada ku yang serius membuat tindakannya terbantut.
"Kenapa ni Miera, kenapa bertuan-tuan dengan Shah?"aku tahu dia masih tidak dapat menangkap persoalan yang akan ku utarakan nanti.
"Saya hendak tanya dengan Tuan tentang hal perminangan yang mama saya beritahu semalam"aku malas hendak berdolak dalih lagi tentang hal ini.
"Ohhh…tentang hal itu..ingatkan apa tadi takut Shah lihat wajah kesayangan hamba begitu serius dari tadi.Mari sini duduk dulu "Lelaki itu segera menarik diriku dan meyorongkan kerusi untuk ku dan dia pula menarik sebuah kerusi diletakkan di hadapan ku dan terus duduk merenungku.
"Kenapa hal itu membuat Miera garang semacam, Miera tidak suka ke?"aku tidak tahu hendak memberi jawapan pada persoalan ini.Terbayang wajah mama dan auntie Shamin di ruang mata ku bagai merayu-rayu untuk bersetuju hidup di samping lelaki ini.
"Miera kenapa ni, cuba pandang Shah"aku terasa tangan sasanya menyentuh dagu ku untuk menatap wajahnya yang sentiasa tenang dengan karenah ku.Wajah yang sering melayan rajuk ku dan mengusik diri ini. Hanya sekali dan terakhir aku berjanji tidak akan membuat dia marah lagi.Walaupun ketika itu dia menjadi api tetapi selang seminggu dia bertukar menjadi air. Sanggupkah aku melukakan dia lagi dan yang pasti aku berada di persimpangan dilemma.
"Saya tidak tahu , saya tiada jawapan untuk hal ini.Kenapa Tuan tidak beritahu hal ini terlebih dulu pada saya sebelum membuat sebarang keputusan."aku luahkan segala-galanya biar lelaki ini mengerti.
"Jangan salahkan Shah saja Miera pun sama bersalah"aku segera menarik tangan ku yang entah bila berada dalam genggamanya.
"Miera ingat tak Shah ada ajak Miera keluar untuk bincangkan hal ini tetapi Miera ada hal dengan Shikin dan berjanji hendak keluar dengan Shah bila ada masa."sambungnya.
"Kenapa Tuan tak cakap hal yang hendak di bincangkan adalah hal masa depan kita"luahku.
"Sayang boleh tak jangan bertuan-tuan dengan Shah, kita sekarang bukan bincang hal kerja tetapi hal kitalah."aku tahu kalau aku masih mengunakan perkataan tuan mesti mulut ku akan jadi mangsa.
"Shah tidak mahu memaksa Miera, dulu lagi Shah dah cakapkan.Shah tahu Miera sekarang ini sibuk dengan kerja dan tanggungjawab yang di berikan.Shah mahu diri Miera dalam keadaan yang tenang bila menerima berita ini tetapi Shah tidak tahu yang mak Shah lebih dulu mengatur segalanya tanpa pengetahuan Shah.Mak cuma tanya Shah suka dengan Miera ke?"aku terusik dengan kenyataannya.
"Saya tidak boleh beri jawapannya sekarang kerana hati saya tiada apa-apa di dalamnya"aku cuba berterus-terang.
"Baiklah kalau begitu Miera balik dan ambilah masa seberapa banyak untuk Miera berfikir.Shah mahu Miera fikir tolak campurnya."aku tahu hati lelaki ini bagaikan merayu untuk aku menerimanya tetapi janji ku dengan Haikal mengatasi segala-galanya.
"Balik?"tanya ku sepatah.
"Iya sayang, Shah mahu Miera balik dan rehat.Shah tahu Miera tidak boleh tidur malam tadi bila mendapat tahu hal ini kan"ahhh…lelaki ini tahu saja tentang gerak ku.
"Tapi.."tak kan aku hendak balik setelah apa yang ku hadapi hari ini.
"Shah tidak mahu dengar sebarang bantahan, sekarang Miera harus pulang dan tidur.Shah tengok di bawah mata Miera pun dah lebam hitam."aku menyapu mata ku.Memang sekarang ini tidur ku agak lewat dan tidak mustahil boleh di lihat dengan wajah ku yang putih bersih ini. Shah menarik tangan ku untuk segera bangun dan beralih ku bahu ku membuat aku kalut sekejap.
"Sampai rumah nanti cal Shah ok, Miera jangan risau nanti Shah akan beritahu dengan Encik Safuan"janjinya.
"Tak mengapalah biar saya beritahu dengan Encik Safuan sendiri yeh…."aku takut apa pula anggapan Encik Safuan nanti bila Tuan Megat sendiri yang menberitahu ketidakhadiran ku.
"Miera…Miera….itu yang membuat Shah sayang dengan Miera"aku tidak sempat mengelak bila hidung ku di tariknya. Ketika tangan ku hendak memegang tombol pintu tiba-tiba lelaki itu bersuara.
"Sayang….Shah tidak kisah walau apa pun keputusan Miera…Shah tetap terima andai ia menyakitkan diri ini"aku terkaku dengan kata-katanya dan ku lihat tangannya di letakkan didadanya.
"Bawa motor tu elok-elok sikit jangan nanti Shah dapat cal yang ada orang masuk lokap kena tahan pasal merempit"sempat juga dia mengusikku.
"Shahhhhh………."geramnya aku.
"Jaga diri sayang"aku segera membuka pintu bila melihat kenyitan matanya di sambung dengan senyuman nakal di bibir basahnya.
------------------
Mama terkejut dengan kepulangan ku ketika dia sedang menyiram bunga di halaman rumah.Segera dia meninggalkan kerja yang di buat dan menghampiri aku ketika aku menongkat motor.
"Miera demam ke nak?"aku di terpa dengan pertanyaan ketika menanggalkan helmet.
"Mana ada"jawab ku lemah.
"Habis kenapa Miera balik cepat?"tanya dia tidak sabar.
"Shah suruh balik"aku meluahkan kebenaran.
"Mana Miera jumpa dengan Shah?"sambungnya.Memang selama ini tiada siapa yang tahu aku berkerja di bawah syarikat keluarga Shah.Aku tidak suka hendak menghebohkan segala hal peribadi ku pada sesiapa.
"Miera kerja dengan Shah lah ma"terang ku ringkas.
"Ohhh….habis selama ini Miera selalulah berjumpa dengan Shah iya"aku tidak tahu apa maksud mama berkata demikian.
"Tidak juga mama kalau ada urusan barulah Miera jumpa dengan dia."aku malas hendak melayan pertanyaan dari mama yang seakan mahu mengorek rahsia ku.
"Kenapa pula Shah suruh Miera balik masa tengah berkerja ni, dia ada marah Miera ke?"nak tergelak dengan ayat mama tadi.Shah nak marah aku kirim salamlah kan nor_za.Shah mengoda aku adalah itu yang membuat nor_za dan sinchan bergaduh bila Shah mengeluarkan ayat dan nada romantiknya.
"Miera dah sampai mana fikiran tu"selamba je mama mengenakan aku.
"Ohhh…sory ma…Shah suruh Miera balik berfikir, dia cakap lagi Miera ni tentu penat tidak tidur satu malam bila memikirkan lamarannya"aku sengaja mengulang perkara yang Shah cakapkan pada ku.Aku harap mama mengerti bahawa aku perlukan ketenangan dalam membuat keputusan untuk masa depan ku.Aku segera masuk ke dalam rumah dan berbaring di sofa yang ada.Kalau ayah atau abang ada aku tidak boleh berbuat demikian kerana ketam batu tangan mama akan berjalan kalau tidak kena gayanya.
"Miera tengoklah betapa Shah mengambil berat tentang anak mama ni."aku ingatkan mama dah ke dapur rupanya dia pun sama lepak di sofa itu juga.
"Dari hari Miera jatuh di rumah auntie Shamin dulu mama dah tertarik dengan tingkah lakunya yang menghormati orang tua."sambung mama lagi.
"Mama pikat je lah dia"usikku sambil meletakkan tangan di dahiku.
"Budak ni"ketam batu mama pun berjalan tanpa aku sedar.
"Aduhhhh…mamaaa sakitlah"aku segera mengosok tangan ku yang di ketip ketam batu mama.
"Cubalah berfikiran matang sikit, ini tidak main-main saja"dah mula mama membebel ini yang aku lemah.Aku teringat sesuatu dan bingkas bangun……
"Hahhhh…..nak kemana pula tu mama belum habis bercakap ni ?"mama bertanya.Mama kalau dah mula bercakap jangan di tunggu kata pernamat.
"Mancing"sepatah kata ku membuat mama terlopong.
"Kenapa dengan Miera nak? Mama tengok Miera cuba melarikan diri dari memikirkan perkara ini.Cuba Miera beritahu mama Miera dah ada kawan lain ke?"apa hendak ku jawab.Tak kan aku hendak bertahu yang aku tunggu Haikal yang hilang tanpa khabar berita.Tak kan hendak ku khabarkan Haikal tidak memberi kata putus untuk perhubungan ini dan aku terus menunggu dan menunggu sehingga Haikal menjelma semula.Itu pun kalau Haikal masih hidup kalau dia sudah tidak bernyawa dimana aku hendak letakkan kesetiaan ku ini.
"Miera"aku tersentak bila mama meletakkan tangannya di bahu ku.Hilang terbang segala-galanya yang berada di fikiranku.
"Mama hanya hendak yang terbaik untuk diri anak mama.Mama tidak mahu bila mama menutup mata anak mama dalam kesengsaraan.
"Insyallah mama Miera akan cuba yang terbaik"janjiku yang aku sendiri tidak pasti.Aku mengemas segala kelengkapan memancingku dan berjalan kearah sungai di kawasan belakang rumah ku.Aku segera memasang joran dan mencampakkan kedalam sungai.Aku sendiri tidak tahu kenapa aku berbuat begitu.
"Ikan dan sungai apa yang aku harus lakukan sekarang ini.Fikiran aku tidak boleh memberi kata putus yang sepatutnya"keluh ku sendiri.
"Semua mengharapkan sesuatu yang tidak akan melukakan hati mereka tetapi apa daya ku ikan dan sungai tolonglah beri jawapan untuk aku keluar dari masalah ini"aku bagaikan orang bodoh meluahkan segala-galanya pada ikan dan sungai di sini.
"Kalau bercakap dengan ikan dan sungai sampai bila-bila Miera tidak dapat jawapannya."terkejut aku dengan sapaan itu.Ku lihat abang ku Mukhriz Ezhamie tersenyum memandang ku.
"Ehhh..abang ni terperanjat Mieralah, bila abang balik"sapa ku untuk menutup rasa malu yang teramat sangat bila tertangkap berbicara sendirian.
"Baru sekejap abang sampai dari Singapura dan mama terus suruh tengok-tengokkan Miera di sini."kasihan aku melihat abang ku yang seorang ini.Dialah segala-galanya bagi ku dan saudara yang ku ada didunia dan akhirat ini.
"Mama dah ceritakan pada abang segala-galanya"aku tidak terperanjat dengan kenyataan dari abang kerana selain dari ayah, mama akan meminta pendapat dari abang kalau melibatkan hal diriku.
"Jadi abang dah tahulah"pertanyaan dari aku di balasdengan kelipan matanya.
"Kenapa Miera masih tidak dapat membuka pintu hati Miera pada sesiapa yang datang? Miera masih mengharapkan Haikal ke? Miera tahu Haikal dimana sekarang?"semua soalan dari abang hanya satu jawapannya TIDAK TAHU……..
"Miera masih tidak dapat melupakan Haikal bang, dia cinta pertama Miera, dia membuat Miera ketawa…."luahku.
"Dan dia juga membuat Miera menangiskan"kata-kata ku dipintas oleh abang dan aku terdiam seketika.
"Abang tidak mengerti…"aku merenung ke dasar sungai dan bagaikan ternampak wajah Haikal yang tersenyum memandang ku.
"Apa yang abang tidak mengerti cuba Miera beritahu, dia kawan abang dan abang tahu memang selama ini dia serius dalam perhubungan ini tetapi masalah sekarang Haikal dah hilang.Abang sendiri tidak tahu kemana dia pergi sejak bertukar syarikat baru."luahan abang membuat aku berfikir semula.Betul juga kalau dia mahu perhubungan ini berkekalan dia akan menghubungi ku dan tidak akan tinggalkan aku dalam persoalan.
"Miera cubalah buka minda tu dan beri peluang pada orang lain untuk mengenal diri Miera.Jangan Miera kunci setiap pintu dan tingkap diri Miera untuk tidak membenarkan sesiapa masuk kedalamnya.Mereka juga mahu mengetahui bagaimana rupanya tuan rumah itu.Kalau Miera masih mengharapkan benda yang tidak pasti Miera akan ketinggalan.Fikirlah sebaik-baiknya dik, ALLAH memberi kita akal fikiran untuk memberi kita peluang menimbang baik dan buruknya agar kita tidak menyesal kemudian hari."aku termenung bila mendengar nasihat dari abang ku.
"Abang penat ni, abang nak balik Miera jangan lambat balik nanti mama risau pula"sambil bangun abang menepuk bahu ku.
"Terima kasih bang"tersenyum aku memandangnya.Ku perhatikan kelibat abang hingga hilang dari pandangan.Baru lega hati ku bila segalanya terluah walaupun keputusanya belum pasti lagi.Ku gulung tali joran dan meletakkan di beg pancing ku.Ku buka kasut dan perlahan-lahan melangkah ke dalam air.Terasa nyaman sekali bila ku rendamkan badan ku sekali dengan baju yang ku pakai.Aku tahu mama mesti marah dengan perbuatan ku tetapi dengan cara ini dapat memberi aku kekuatan dalam keputusan yang ku ambil.Aku menyelam seketika dan timbul di permukaannya.
"Iya aku dah ada keputusannya, terima kasih ikan dan sungai doakan semua berjalan lancar permudahkan urusan ku"bisik ku sendiri sambil melangkah pulang.
"Ya Allah Ya Tuhan Ya Rabil Ya Rasul"tergelak aku bila mama bersuara demikian bila melihat aku pulang dengan basah kuyup sementara abang yang sedang menikmati hidangan hanya tersenyum memerhati.
"Mama janganlah marah Miera pergi cari ilham tadi"usik ku.Aku segera menuju ke bilik ku sebelum ketam batu mama berjalan bila melihat mama menghampiri ku.Setelah menyalin pakaian aku segera berjumpa dengan mama yang sedang menikmati hidangan petang bersama abang dan ayah.Aku tidak sedari bila ayah pulang dari pejabatnya.
"Mama cakap Miera buat hal lagi iya"ayah bersuara bila aku mengambil tempat di sisinya.
"Mana ada ayah Miera saja bermain-main dengan ikan-ikan tu.Dah lama tidak bergurau senda dengan ikan-ikan yang menunggu Miera"aku memandang mama yang menjeling tajam melihat ku.
"Layan sangatlah budak bertuah tu"tawa aku bersatu dengan ayah bila mama bersuara.
"Ayah mama….Miera dah buat keputusan."sebenarnya malam nanti baru aku hendak menyatakan keputusan ku tetapi bila melihat mereka semua sudah berkumpul lagi senang urusan ku.
"Apa keputusan Miera?"tanya mama tidak sabar.Aku terang satu persatu keputusan ku dan terus meninggalkan mereka untuk memberi ruang bagi mereka pula berbincang pula dalam memberi kata putus ku kepada pihak Shah.
"Asalamualaikum Shah"aku segera menelefon lelaki itu bila sudah berada di bilik ku.
"Walaikumsalam sayang"apakah dia masih akan memanggil dengan panggilan itu setelah mendengar kata putus ku.
"Shah sibuk ke?"segera aku bertanya takut panggilan aku akan menganggunya.
"Setiap detik waktu Shah terluang untuk Miera."romantik sungguh kata-kata itu tetapi tidak memberi apa-apa makna bagi ku.
"Shahhhh….saya serius ni"geram sungguh dengan telatahnya yang suka mengusik ku tidak kira waktu.
"Shah serius lah ni siapa kata Shah main-main"aku tahu dia sengaja bermain-main dengan kata ku bila mendengar tawanya.
"Shahhhh….."kalaulah dia ada di depan mata ku sekarang ini mungkin aku akan kenakan ilmu ketam batu yang mama selalu buat pada ku.
"Ok…ok Shah serius"nadanya berubah.
"Saya dah buat keputusan dengan lamaran awak"suara di sana terdiam bila mendengar aku berkata dan mengharap sambungan ayat dari ku.
"Saya harap Shah akan menerima dengan hati yang terbuka"sambung ku.
"Miera betul ke Miera dah fikir sedalam-dalamnya" aku pula yang hendak ketawa bila lelaki itu bernada serius sangat seperti Tuan Megat yang ku kenali di pejabat.
"Dah…keputusan pun dah ada di tangan saya"macam nak khabarkan keputusan AF4 pula lagak ku.Mungkin nor_za,sinchan, dik alisya, rinda,cma80 dan lain ternanti-nanti jawapan dari ku.Arrhhhh….itu tidak penting, yang penting sekarang ini hendak meluahkan segala-galanya pada lelaki ini.
"Boleh Shah lakukan untuk saya?"pinta ku bila ku khabarkan keputusan ku itu.
"Kalau itu yang Miera mahu Shah terima"lemah suara lelaki itu.Apakah dia kecewa dengan permintaan ku.
"Tapi Miera, hanya Shah mahu Miera tahu kasih sayang Shah tidak pernah berbelah bagi untuk Miera"sedih aku mendengar kata-katanya.
"Saya minta diri dulu"aku memohon pergertiannya.
"Baiklah, selamat malam sayang mimpikan Shah dalam tidur mu dan doakan kita akan bersatu suatu hari nanti"akhir ayatnya membuat aku menangis sendirian.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
woah..
pe decision dierh erk??
blurr nih ;p