Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nyaman deru angin pantai, membuai rasa tenangnya. Membuat dia leka melayan menungan yang panjang sambil menghadap ke laut yang maha luas. Menungan yang amat panjang, yang membawanya jauh ke sebuah dunia lain. Memisahkan kewujudannya di alam realiti. Dia larut dalam kenangan yang amat akrab dengannya. Yang amat sukar untuk dia luputkan dari mindanya. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin petang. Memandang pantai kenangannya buat ke sekian kali. Kenangan manis di zaman kanak-kanaknya. Hari ini dia datang kembali mengutip kenangan-kenangan yang tertinggal itu. Hidupnya seakan sebati dengan serpihan kenangan lalu. Kenangan lalu yang menjadi nadi menyambung hidupnya sehingga ke hari ini. Sesekali kakinya basah disapu ombak yang menghempas pantai. Terasa ombak itu seperti air mata yang sentiasa membasahi pipinya suatu ketika dulu. Namun, kini air mata telah kering di pipinya. Kenangan telah mematangkannya. Kenangan jua telah mengajarnya untuk tidak terus menangisi suratan takdir. Nurul Huda menarik nafas panjang. Terlalu banyak perkara telah menimpanya. Peristiwa demi peristiwa yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian sepi. Kini, pelariannya sudah berakhir di sini. Hari ini dia telah kembali ke bumi kenangannya. Dia rindukan udara tanah air sendiri. Dia rindukan hembusan bayu pantai ini. Dia rindukan kenangan-kenangan manis kisah hidupnya yang lalu. Namun, satu perkara yang amat pasti, untuk mengecapi kenangan manis itu, akan terseret sama pahit kenangan yang membawanya terbang jauh ke bumi asing. Kakinya tersepak sesuatu.Dia tunduk. Kulit siput di kakinya dicapai. Lantas dengan cepat ingatannya menangkap seraut wajah. Wajah yang terlalu akrab dengan jiwanya. Wajah yang mengubah segaris perjalanan hidupnya. Namun, dia tidak menyesal. Tidak pernah menyesal. "Cantiklah kulit siput ni," "Ini along punyalah" dengan pantas kulit siput di tangannya bertukar tangan. Dia tersentak. Kulit siput di tangannya terjatuh semula ke pasir. Selintas kenangan itu datang menerpa. Kenangan zaman kanak-kanaknya. Bibirnya menguntum senyum. Along… di manakah lelaki itu kini? Dia tidak tahu. Dan sebenarnya dia tidak mahu mengambil tahu. Jauh dia membawa diri pun kerana ingin lari daripada lelaki itu. Demi kebahagian lelaki itu. Demi.. demi ketenangan jiwanya sendiri. Sekali lagi senyum terukir di bibirnya. Tenangkah jiwanya setelah pemergiannya dari bumi Malaysia ini lima tahun lalu? Mungkin dia menemui ketenangan itu. Kalau tidak, manakan dia dapat segunung ketabahan yang menjadi teras kekuatan untuk dia meneruskan hidup ini. "Huda… tak nak balik ke? Dah nak dekat Maghrib ni" satu suara menyentuh gegendang telinganya. Dia berpaling. Mengukir senyum buat seraut wajah tua di hadapannya. Perlahan dia melangkah, berjalan seiring dengan langkah longlai wanita separuh umur itu. "Lama betul Huda duduk termenung tepi pantai tu. Apa yang Huda menungkan?" Dia menoleh. Perlahan dia menggeleng. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan. "Entahlah mak su. Saya pun tak tahu. Leka pula tengok laut," "Dulu tengok laut dengan along… sekarang ni tengok laut sorang-sorang. Tak nak cuba cari dia ke?" suara tua itu bertanya satu soalan yang tidak mahu dia jawab. Sudahnya dia Cuma berdiam diri. Menyedari maksud kebisuan itu, Mak Su Senah tidak bersuara. Kebisuab Mak Su Senah, memaksa Nurul Huda berpaling. Menatap wajah ibu saudaranya itu. Wanita itu turut mengunci mulut sekarang. Dia tersenyum kecil. Tidak tahu apa maksud kebisuan Mak Su Senah. Kecil hati kerana soalannya tidak berjawab sejak dari semalam… atau sudah tidak kuasa untuk mengulangi soalan yang sama buat kesekian kalinya. "Saya tak balik untuk cari dia mak su…" akhirnya Nurul Huda menjawab soalan ibu saudaranya itu seringkas yang boleh. Tidak mahu panjangkan perbualan tentang lelaki itu sebenarnya. "Kamu berdendam ya? "Tak. Saya tak pernah berdendam. Cuma tak ada sebab untuk saya cari dia, mak su,"laju dia menjawab soalan itu. Sungguh. Dia tidak berdendam. Tidak layak pun untuk menyimpan dendam. Mak Su Senah mengeluh perlahan. wajah Nurul Huda ditatap agak lama. Bertahun dia tidak menatap wajah itu. sudah banyak yang berubah. Sudah semakin matang. Tiada lagi wajah keanak-anakan dan tiada lagi rengek manja seperti bertahun-tahun lalu. "Huda.. kamu kena cari dia. Banyak sebab kenapa kamu mesti cari dia. Kamu sendiri pun tahu kamu memang kena cari dia," "Tidak. Saya tak perlu cari dia. Antara saya dengan dia tak ada apa-apa lagi. Tak ada apa-apa hutang pun," "Huda…Huda… Ini bukan soal hutang. Tapi soal ikatan. Kamu terikat dengan dia, Huda. Kamu perlu cari dia untuk leraikan ikatan itu… atau untuk kukuhkan ikatan itu… terserah pada kamu. Yang penting kamu kena cari dia," "Saya tak terasa terikat, mak su," "Tapi sampai bila?" Nurul Huda diam. Tiada jawapan untuk soalan itu. Kerana dia juga kurang jelas dengan penghujung hubungan itu. tidak Nampak di mana noktahnya. Yang dia tahu, dia senang melewati kehidupannya dengan cara ini. Keseorangan. Tanpa sesiapa di sisi. "Excuse me?" Sapaan itu memaksa Nurul Huda menoleh. "Huda. Nurul Huda.," satu suara girang pecah dari bibir seorang gadis yang amat dia kenali. Dia tersenyum kelat. Ternyata pertemuan ini tidak termasuk di dalam agendanya. Dia pulang ke sini, bukan untuk melihat semula wajah-wajah yang telah dia tinggalkan. "Ya," jawabnya sepatah bersama senyuman yang melebar apabila mendengar temannya itu tergelak girang. Tanpa diduga tubuh langsingnya dipeluk erat. Membuat Nurul Huda terdikir tergamam. "Oh.. I miss you. Aku rindukan kau Huda,’ Nurul Huda membalas pelukan itu buat seketika. Kemudian, perlahan dia leraikan pelukannya. Dan dia melihat ada air mata yang membasahi pipi gadis di hadapannya itu. air mata yang membuat hatinya tersentuh. "Ke mana kau menghilang?" Nurul Huda tersengih. "Tak ke mana. Ada… Kenalkan mak saudara aku, mak su. Mak su, ni kawan satu universiti dengan saya dulu, Julia," Mak Su Senah mengukir senyum. Julia turut tersenyum. "Apa khabar mak cik?" sapa Julia sambil menghulurkan tangan. Jemari Mak Su Senah dukucup lembut. "Baik," jawab mak su Senah sepatah. Tersenyum melihat wajah ceria Julia. Dalam senyum, gadis itu mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Memang gadis bernama Julia ini terlalu rindukan Nurul Huda. "What are you doing here?" soal Nurul Huda sambil merenung wajah temannya itu. Wajah yang nampak cukup berseri. Julia tersenyum manis. "Aku? Aku honeymoon kat sini," "Honeymoon? Bila kau kahwin? Dengan siapa?" "Two weeks ago. Dengan siapa lagi, mestilah dengan Shahril. Selepas lima tahun baru nak kahwin dengan aku. Tapi tak apa. At last… dia kahwin juga dengan aku," "Shahril? Tahniah Julia. Dalam selalu bergaduh kau kahwin juga dengan Shahril itu ya. So, where is he?" "Huda…mak su balik dululah. Kamu berboraklah dulu dengan kawan kamu. Tapi jangan lama sangat. Nanti Najmi tercari-cari pula,"Mak Su Senah tiba-tiba menyampuk. Tidak mahu menggaggu perbualan dua teman itu. Nurul Huda tersenyum. "Yalah mak su," "Ha..ha… Siapa Najmi tu?" laju Julia bertanya setelah Mak Su Senah sudah jauh meninggalkan mereka. Nurul Huda terdiam seketika. Wajah Julia dipandang seketika. Dia tidak mengandaikan yang dia akan bertemu dengan insan yang pernah datang dalam hidupnya ini. Namun kini tercegat di hadapannya adalah insan yang pernah rapat dengannya. Bertanyakan tentang jalan hidupnya. Dan..dia pula, dia tidak mahu bercakap apa-apa tentang hidupnya. Tidak mahu. Berat mulutnya untuk menjawab soalan Julia. "Mana Shahril?"sudahnya dia cuba alihkan topic perbualan. "Shahril tak akan lari. Dia ada kat sini. Cerita tentang dia pun, bila-bila masa kau boleh dengar. Now tell me, who’s Najmi?" Nurul Huda tersenyum kelat. "Bukan seperti yang ada dalam kepala kau tu. Cukup jawapan aku?" "Kalau bukan seperti yang sedang bermain di kepala aku ni. Then what? Tell me friend. Jawapan kau langsung tak cukup," Nurul Huda diam. Berat mulut untuk menjawab. Satu jawapannya boleh mencipta berpuluh soalan lain untuk dia jawab. Itu yang dia tidak mahu. Dia tidak mahu menjawab soalan-soalan Julia yang seterusnya. Soalan yang boleh mendekatkan dia dengan kenangan yang cuba dia tinggalkan. "Huda… kau dah pandai berahsia dengan aku ya?"nada suara Julia sudah mula berubah. Dia tersenyum menatap wajah Julia yang sedikit kelat. Mahu merajuk. Memang Julia seorang teman yang cepat merajuk. Sensitif. "Imran Najmi. My son," akhirnya dia menjawab pendek. "What? Bila kau kahwin? Dengan siapa? Sampai hati kau tak bagitau aku pun," "Kau pun kahwin tak bagitau aku," Julia tersenyum. "Bukan aku tak nak bagitau. Tapi, I don’t know how to contact you. Kau hilang macam tu saja. Aku minta maaf. Memang aku nak sangat kau hadir majlis kahwin aku. Semua kawan yang lain, datang. Kau seorang saja yang tak datang. Aku minta maafa ya. betul-betul tak boleh contact kau,"
Nurul Huda tersenyum sambil menggeleng perlahan. "Aku tak kisahlah. Aku tahu bukan salah kau. Walau macam mana pun, I wish you… congratulation. Aku doakan rumahtangga kau kekal hingga ke akhir hayat," "Terima kasih Huda. Aku pun berharap macam tu. Kau…mana suami kau? Takkan tak nak kenalkan kat aku?" "Aku tak nak cakap pasal ni. Tukar topik boleh?" Julia diam seketika. Wajah Nurul Huda direnung seketika. Ternyata Nurul Huda tidak senang dengan topik ini. "Divorce?"tebak Julia rambang. "Please… aku tak nak cakap pasal aku. Tak ada cerita menarik. Kita cakap pasal kau. So tell me, macam mana Shahril melamar kau?" Julia tergelak kecil. "Betul kau nak tahu?" Nurul Huda mengangguk. "He proposed me in front of my parent. Can you believe that? Terkejut aku. Tak sangka. Dia tak bagi apa-apa clue pun sebelum tu. You know Shahril… suka sangat buat surprise," Julia bercerita dengan wajah berseri-seri. Nurul Huda turut tersenyum. Tumpang genbira dengan kebahagiaan yang dikecapi temannya itu. "Aku betul-betul berharap kau akan bahagia sampai bila-bila," Julia tersenyum. Perlahan dia memaut bahu Nurul Huda. Melangkah perlahan menyusuri pantai bersama teman yang sudah lama menghilangkan diri. Teman yang dia cari sejak lima tahun lalu. "Aku pun harap macam tu," balasnya dengan mata yang bersinar-sinar. Sememangnya saat ini merupakan saat yang paling bermakna. "Hey! Tak nak jumpa Shahril ke? Dia mesti terkejut tengok kau kat sini. Jumpa kau kat restoran tu malam ni. Pukul 8.00 ok?" ujar Julia tiba-tiba sambil jarinya menunding ke arah sebuah restoran makanan laut di hadapannya. Nurul Huda terkedu. "Aku tak bolehlah," "Please…kalau kau tak ada masa, sekejap pun tak apa. Tolonglah. Takkan tak sudi jumpa kawan-kawan kau kot?" Nurul Huda tersenyum kecut. "Aku tak nak kacau honeymoon kau orang,"dia cuba beralasan. "Mengarutlah kau ni. Cakap jelah kau memang tak nak jumpa kami lagi kan?" Julia bersuara dengan nada berkecil hati, membuat Nurul Huda serba salah. "Ok lah,"akhirnya bibirnya memberi persetujuan tanpa sempat akalnya memproses permintaan Julia. Membuat wajah murung temannya itu kembali ceria. "Macam tu lah," Nurul Huda tersenyum kecil. Betul ke tindakannya ini? Tidakkah nanti pertemuan ini akan mendekatkan dia dengan teman-temannya yang lain juga? Seterusnya akan mendekatkannya dengan seseorang yang amat tidak mahu dia temui? Memikirkan itu semua, dia menjadi resah tiba-tiba. Membuat dia terfikir semula. Betulkah tindakannya pulang semula ke bumi Malaysia ini? Tidakkah nanti dia akan menjadi pengganggu kebahagiaan orang lain? "Hey! Apa lagi kau fikrikan tu?,"Julia menyapa sambil melayangkan tangannya di hadapan Nurul Huda. Nurul Huda tergelak kecil, menutup resah yang mula bertandang. Melindung sesal yang baru mahu menjengah.
kurang kick sket la cite ni..mcm ada kurang something n byk sgt kesalahan ejaan..tp x pe..teruskan lagi usaha hanni..chai yok!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
komen pembaca amat dialu2kan. :)