Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari-hari yang aku lalui semakin berseri. Nak pergi sekolah pun rasa semangat je. Tak pernah rasa macam ni. Ini ke yang dikatakan cinta? Haha…Aku dah rasakannya. Memang indah. Siang malam terbayang-bayang wajah pujaan aku. Kalau dulu nak pergi sekolah macam biasa je tapi sekarang segala-galanya kena lengkap. Bedak kompak tak pernah lekang dari beg sekolah aku. Perfume roll-on pun selalu aku letak kat kocek beg. Segala-galanya mesti nak perfect. Cinta memang membuatkan aku berubah 100%.
Tapi aku pun tak pasti. Ni cinta ke mainan hati. Aku syok sendiri? Tahla... Mamang aku syok sendiri kot. Bila aku tengok member-member aku bercinta tak ada pun macam aku. Selamba je berdating time cikgu tak ada. Tak pun time rehat berdating dekat bawah pokok. Selalunya ramai yang nak cover dating dekat library la. Memang berbulu mata aku tengok. Telinga pun sama. Gatal gila. Kalah abang aku bercinta. Segalanya mungkin. Tapi apa pula hubungan aku ni? Cinta ke?
Segalanya bermula masa aku jadi emcee untuk sambutan detik merdeka kat sekolah aku. Masa tu aku beria sangat nak jadi emcee. Partner dengan Haikal masa tu. Aku bukan nak sangat jadi emcee tapi budak-budak lain dah cabar aku. Yela tiap-tiap kali ada function, asyik Salmah je jadi emcee. Naik berbulu mata ni tengok. ’Gipang’ sungguh (gila pangkat). Jadi untuk mengelakkan keadaan tu berlarutan, semua orang mencadangkan aku. Haha.. Memang nak tergelak aku tengok muka si Salmah masa tu. Semua orang reject dia masa tu.
Masa malam aku jadi emcee tu aku dah pesan ngan Haikal pakai baju warna biru tapi tiba-tiba dia bawak baju warna pink. Kelakar pun ada masa tu. Yela, bayangkan aku pakai baju warna biru, Haikal pulak pakai baju warna pink.siap bersamping lagi. Memang pasangan emcee yang lain daripada yang lain. Setengah jam sebelum malis bermula, aku sempat praktis untuk kali terakhir dengan Haikal. Bayangkanlah, last minutes baru aku dapat praktis dengan Haikal. Aku buzy sangat, jadi last minutes baru dapat praktis. Masa tu takut jangan cakaplah. Nasib Haikal seorang yang memahami. Dia bagi kata-kata semangat pada aku.
Majlis dah nak mula lagi beberapa minit je lagi. Pelajar-pelajar lain dah ramai yang memenuhi dewan sekolah. Aku memang nervous. Cepat sangat nervous. Masa tu tangan aku dah macam ais batu. Sejuk sangat. Masa tu barulah terasa menyesal yang amat menerima tawaran jadi emcee. Waaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!! Aku takut sangat. Muka aku dah pucat gila. Rasa nak lari masa tu dari jadi emcee. Haikal macam tahu je apa yang aku rasa. Macam tahu-tahu je yang aku nak cabut daripada jadi emcee. Saat kaki aku nak melangkah dalam usaha nak melarikan diri, tiba-tiba Haikal sentap tangan aku. Mak oi.... Beraninya mamat sekor ni. Macam tak tahu je peraturan sekolah ni. Nasib tak ada siapa yang nampak adegan kitorang kat belakang pentas. Yela... Semua orang tengah sibuk masa tu.
"Ayish takut ke?" "Agak takutla.. Ayish rasa tak ada semangat nak jadi emcee. Takut, nervous pun ada." "Ayish jangan risau. Haikal kan ada. Jomla. Bukan selalu kita dapat jadi partner macam ni kan." Tiba-tiba je aku rasa macam nak pengsan Haikal cakap macam tu kat aku. Aku rasa macam jumpa orang lain. Bukan Haikal yang selalu aku kenal. Dia genggam tangan aku kuat-kuat. ’Sakit la oi’. Tapi benda tu tak terkeluar dari mulut aku. Aku jadi tergamam. Haikal tarik tangan aku keluar pentas. Sampai kat luar baru dia lepaskan tangan kau. Nasib baik mamat ni lepaskan tangan aku. Kalau tidak...
Haikal mulakan majlis dengan menjemput wakil pelajar mengetuai pembacaan doa untuk keberkatan majlis. Lepas tu dia mengemudi majlis tu lagi. Aku kat sebelah dia hanya tersenyum sumbing je. Rasa debar tak hilang lagi. Lepas ni time aku pulak yang kemudikan majlis ni. Rasa takut yang aku buang jauh-jauh tiba-tiba datang balik. Mak oi.. Ini tak boleh jadi ni. Rasa nak terkencing pun ada. Aku pandang muka Haikal. Haikal pandang muka aku. Macam tahu-tahu je muka tak confident aku. Tiba-tiba aku terasa tangan sejuk aku digenggam kejap oleh Haikal. Kejap. Macam bagi aku semangat. Nasib baik kitorang berdiri kat atas stage. Tak nampak sangat. Semacam ada semangat yang datang daripada Haikal. Alhamdulillah. Aku dapat teruskan majlis tu.
Masa peserta akhir sajak mendeklamasikan sajak, aku dengan Haikal duduk kat belakang pentas. Masa tu hanya tuhan je yang tahu perasaan aku. Rasa lain macam sangat. Yela. Mana taknya, dua kali mamat ni pegang tangan aku. Duduk kat belakang ni pun dekat-dekat. Rasa macam ada magnet pulak. "Ayish.. Kenapa Haikal tengok Ayish macam takut-takut je dengan Haikal.." "Mana ade!" Aku dengar Haikal ketawa. ’Bapak dia’ malu gila muka aku ni. Agaknya dah merah muka aku ni. "Tengok tu. Haikal tak habis cakap lagi Ayish dah potong. Kanapa ni hmmm..?" Mak!! Tolong aku!! Takutnya aku rasa masa tu. Rasa macam budak yang deklamasikan sajak tu lambat sangat. Tapi kenapa aku takut? Tah! Aku tak tahu! Haikal....Tolong jangan layan aku macam ni. Aku ni minah rock tahu tak.. "Sukalah Haikal tengok Ayish macam ni. Muka merah je. Kenapa? Malu dengan Haikal eh?" "Mana adela..Ayish takut je. Tak confident tadi."
Fuh..nasib aku boleh cover. Tolonglah. Jangan buat aku macam ni tau. Aku ni minah rock tau. Jatuhlah standard aku kalau orang tahu aku jadi perempuan depan Haikal. Lagipun dulu aku selalu buli Haikal. Ingat lagi masa aku paksa Haikal belikan aku barang-barang yang aku pesan masa dia ‘outing’. Maklumlah duduk kat hostel. Macam-macam aku pesan kat dia sampaikan pad pun aku pesan kat dia. First time aku kenal si Haikal masa minggu induksi ingatkan dia ni mamat lembut sebab jalan dia berlenggok, rupa-rupanya dia ni budak tarian. Patut jalan penuh sopan. Masa tu punyalah brutalnya aku layan mamat ni. Cakap aku kau je. Tapi malam ni dia bahasakan diri dia Haikal dan aku Ayish. Mak!Tolong aku!
mmm...mcm menarik gak cite nih...cpt2 ler sambung ehh??
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
macam kisah benar je..bile nak sambung?