Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
“Dah boleh pergi ni”aku berbicara sendiri.Leka aku memeriksa segala peralatan memancing tanpa menyedari mama sudah berada di belakang memerhati tingkah laku ku. “Kau ni nak kemana Miera?”hampir gugur jantung ku bila mama menyergah. “Mama ni buat Miera terkejut saja, lain kali berilah salam”usik ku bila melihat mama menjeling tajam. “Janganlah mama membebel” doaku sendiri. “Kau ni nak kemana?”aku terdiam bila mama dah bersuara. “Miera nak pergi memancing kat sungai belakang rumah tu.”rasa tak tertelan air liur bila menerangkan rancangan ku hari ini. “Kau hendak jadi apa Miera? Kalah budak lelaki, abang kau pun tak seteruk begini.”aku terpaksa mendengar leteran mama sambil mengosok joran kesayangan ku. “Alah mama Miera pergi sekejap saja lagi pun minggu depan Miera dah mula berkerja jadi mesti tiada masa.”aku cuba memujuk mama membenarkan aku pergi. “Biarlah dia nak pergi bukan kemana pun.”aku tersenyum bila ayah melangkah menghampiri kami.Aku tahu ayah selalu menyokong segala apa yang ku buat kerana ayah lebih percayakan aku dari mama. “Abang ni kan selalu menangkan anak kesayangan.”aku melihat mama sudah menarik muka masamnya. “Bukan abang menangkan Miera ni, cuba Maz fikir dari dia merayau tidak tentu arah di komplek-komplek bercampur dengan orang-orang yang tidak senonoh lebih baik dia melekat di sungai.”terang ayah membuat hati ku kembang. “Iyalah abang memang suka kalau dia ikut jejak langkah abangkan, tunggang motor besar, memancinglah macam-macam lagi lah malas saya nak bertekak dengan bapa dan anak ni.”tambah mama sambil bangun mahu meninggalkan kami. “Janganlah merajuk sayang..”gelihati aku melihat ayah memujuk mama. “Mulalah tu tak malu langsung dengan anak agaknya.”ku lihat muka mama sudah merona merah.Tawa aku dan ayah bersatu melihat tingkah mama.Memang aku dan ayah selalu menyakat mama kerana bagiku mama begitu pemalu sifatnya.Mungkin juga sebab itu ayah begitu setia dengan mama.Aku berharap agar dapat merasai seperti percintaan mama dan ayah tetapi adakah insan yang mahu menjadikan aku teman hidupnya dengan perangai aku begini.Biarlah masa menentukan segalanya.
Bunyi air yang mengalir membuat aku leka seketika.Ku ambil seekor cengkerik yang ku beli tadi dan ku cucuk di mata kail lalu ku lontar kedalam air.Ku gulung perlahan-lahan talinya sehingga tegang dan membiarkannya.Aku memang suka duduk di tepi sungai ini andai tiada apa yang hendak ku lakukan.Sungai ini banyak berjasa dengan ku, disini lah segala rintihan dan kegembiraan ku lepaskan.Mama sudah tahu di mana hendak mencari ku kalau kelibat ku tiada didepan matanya.Minggu depan aku akan mula berkerja di sebuah syarikat gergasi di bahagian pentadbiran.Dengan sijil dan pengalaman di tempat lama aku diterima sebagai Pentadbir Kanan.Itu yang dikatakan rezeki kata ayah.Teringatkan ayah membuatkan aku senyum sendiri terkenang peristiwa tadi selamba sahaja ayah menunjukkan kasih sayangnya dengan mama romantik sungguh.Adakah suami aku pun begitu?.Haikal satu nama yang sering saja menghiasi bibirku tetapi itu hanya dulu sebelum Haikal menghilangkan diri tanpa khabar berita.Aku sendiri tidak tahu apa kesilapan ku sehingga aku ditinggalkan sendirian.Nasib baiklah ayah dan mama tidak mengetahui perhubungan kami hanya abang sahaja yang mengerti dan memberi semangat.Haikal dimana kau, kalau tidak suka berkawan dengan ku beritahu saja.Tiba-tiba aku terasa joran ku bergerak dengan pantas aku menyentap.Berhati-hati aku mengulung tali agar ikan yang sudah tersangkut di mata kail tidak terlepas.Akhirnya setelah berhempas pulas aku berjaya menaikkan ikan keli yang saiznya lebih kurang sama dengan lenganku.Aku hendak suruh mama buat masak lemak cili api tentu sedap kalau dibakar dulu.Meleleh air liur beb.
.................
Hari ini adalah hari pertama aku berkerja di Perfect Holdings Berhad.Syarikat gergasi yang mempunyai tiga tingkat ruang pejabat.Aku ditempatkan di tingkat lima belas manakala tingkat enam belas adalah bahagian akaun dan tingkat tujuh belas hanya untuk pengarah syarikat ini dan pegawai-pegawainya.Majoriti kebanyakan perkerja disini adalah melayu.Memandangkan bahagian aku masih tidak mempunyai ketua yang kebetulan baru meletakkan jawatan jadi segala-galanya aku yang ambil alih untuk sementara waktu.Dibawah ku terdapat 5 orang perkerja, dua lelaki dan tiga perempuan.Rasa segan bila aku yang tidak biasa mengarah orang tiba-tiba terpaksa berbuat begitu.Aku akan mencuba untuk pengalaman ku sendiri.
“Cik Miera ini ada borang permintaan dari bahagian akaun untuk membeli sebuah printer bagi mengantikan printer mereka yang sudah rosak itu.”tersentak aku bila Shikin tiba-tiba bersuara.Jauh aku mengelamun mengenangkan hal sebulan yang lepas. “Awak ni Shikin lain kali bagi salam dulu terperanjat saya.”aku mengurut dadaku.Terkebil-kebil Shikin bila aku berkata demikian. “Maafkan saya Cik Miera lain kali saya beri salam dulu.”pecah ketawa ku melihat betapa lurusnya gadis ini. “Dahlah Shikin saya memain saja tadi.Ohh..apa yang awak cakap tadi.”aku bersuara bila tawa ku reda. “Ini bahagian akaun hantar borang permintaaan untuk pembelian printer.”Shikin menunjukkan satu keping kertas yang telah siap di isi. “Baiklah sekarang saya mahu awak cari sebutharga dari tiga syarikat pembekal, saya nak lihat perbandingannya.”arahku. “Kenapa banyak sangat?” Tanya Shikin. “Apa yang banyak?”Tanya ku semula. “Sebutharga tu sampai tiga syarikat.”luahnya.Aku tahu Shikin hairan dengan cara aku berkerja kerana aku lebih suka membuat perbandingan sebelum keputusan ku capai. “Cik Shikin sayang kalau kita mempunyai tiga sebutharga senanglah kita mengetahui harga pasaran sekarang ini.”jawapan ku membuat Shikin tersenyum simpul. “Baiklah Cik Miera esok saya akan serahkan.”janji Shikin akhirnya. “Awak tak mahu balik ke? Dah pukul berapa ni..”aku melihat jam. “Saya nak balik lah ni…Cik Miera tak balik lagi ke?”aku pula ditanya. “Awak balik dulu sekejap lagi saya balik ada sedikit kerja lagi ni.”aku tersenyum dengan sikap ambil berat Shikin.
Setelah Shikin berlalu aku segera meneliti kerjaku yang hanya tinggal beberapa muka surat lagi.Aku memang malas hendak balik dengan keadaan yang sesak.Membawa motor besar umpama membawa kereta susah nak menyelit.Memang salah aku kerana sudah ditegah mama dulu tetapi memandangkan minat aku teruskan juga apatah lagi mendapat sokongan ayah dan abang.Baru sekarang sesalan itu tiba tetapi kalau aku mengeluh depan mama mesti ada habuan untuk ku.Ku lihat jam di tangan sudah pukul lapan rupanya aku mencapai helmet dan bergerak ke lif, sebaik aku menekan butangnya terbuka lif dan terdapat seorang lelaki didalamnya.Tersenyum lelaki itu memandangku dan aku membalasnya sedekah saja apa salahnya.Boleh tahan juga orangnya tinggi lampai segak dengan kemeja biru dan bertali leher biru gelap.Brief case di tangan dan kot di selit dicelah lengannya menjadikan dia seperti orang korporat lagaknya. “Tingkat berapa agaknya dia ni berkerja” bisik ku sendiri. Memang aku jarang naik ke tingkat yang melebihi bahagian akaun.Kalau boleh memang hendak dielakkan.Aku sendiri tidak pernah melihat pengarah syarikat ini yang hanya ku ketahui namanya Megat Shahrizal Bin Megat Shaifulbahri.Lantaklah bagi ku yang penting bulan-bulan gaji ku masuk. “Cik dah sampai.”termalu aku sendiri bila ditegur.Hai kenapa aku asyik berkhayal saja. “Terima kasih”hanya itu saja jawapan ku sambil melangkah keluar.Terasa bahang muka ku dan untuk menoleh tidak sama sekali. Aku mendapatkan motor ku yang ku parkirkan di bahagian tempat letak kereta yang memang disediakan untuk motosikal dan membuka mangga kunci.Itu adalah langkah keselamatan untuk motor kesayangan ku.Aku tekan suis tetapi motor ni bagaikan tidak mahu berfungsi enjinnya.Berkali-kali aku mencuba tetapi masih tidak berjaya.Minyak baru ku isi pagi tadi tak kan meragam.Ku periksa plugnya tiada apa-apa masalah kerana setiap bulan aku akan menghantar ke mekanik.Janganlah motor ni buat perangai pula mampus aku.Sedang aku terkial-kial berusaha sebuah kereta berlalu dan tiba-tiba berhenti.Dahiku yang dah berpeluh bertambah berpeluh bila melihat kereta itu berundur. “Kenapa?”sepatah kata dari pemandu itu setelah tingkap kereta di turunkan.Alhamdullilah rupanya lelaki yang ketemui dalam lif tadi. “Tiada apa-apa.”aku cuba menutup keresahan dihati.Ku cuba lagi motor ku seakan mengerti dan mengaum enjinnya.Ku pulas minyaknya supaya enjinnya cepat panas dan tidak tersengguk-sengguk nanti.Rambut ku yang panjang ku ikat dan masukkan kedalam helmet dan identiti ku sebagai perempuan tidak kelihatan setelah menyarungkan jaket kulit.Aku mengangkat tangan kepada lelaki yang sedari tadi memerhati perbuatan ku tanpa bersuara dan bergerak perlahan-lahan.Lelaki tersebut juga ikut bergerak meninggalkan tempat letak kereta.
.......................
Kesibukan suasana berkerja membuatkan aku tidak sangka sudah tiga bulan aku disini.Teman-teman yang sentiasa menceriakan keadaan.Mama pula sudah mulai bising kerana masa ku lebih banyak di pejabat dari menemaninya.Tetapi ayah menjadi penyelamat dalam apa juga keadaan ku.Lamunan ku terputus bila mendengar telefon di atas meja.Hai sempat juga aku termenung.
“Cik Miera, Encik Safuan hendak berjumpa dengan cik sekarang.” Suara Anis di hujung talian. “Kenapa Anis, ada apa-apa ke?”aku cuba mengorek rahsia dari Anis memandangkan aku sudah biasa dengannya. “Alahh…Cik Miera naik saja lah?”Anis tergelak. “Ok tak mengapa nanti saya tak mahu belanja awak”aku cuba mengugut Anis. “Ugut nampaknya, naik saja lah”Anis memang tidak goyah diugut. “Tak mengapa lah kalau tak mahu cakap, saya naik sekarang.”Aku segera meletakkan telefon. Hatiku menjadi berdebar-debar setiap kali naik ke tingkat ini.Mana tidaknya semua pegawai-pegawai di tempatkan di sini lagipun disini letaknya bilik pengarah. Tersenyum Encik Safuan melihatku bila wajah ku tersembul di muka pintu biliknya.Sebagai penolong pengarah Encik Safuan banyak menolong ku bila aku mula berkerja disini.Usianya yang lebih tua dariku menjadikan aku lebih menghormatinya. “Syarikat kita akan mengadakan majlis jamuan tahunan bagi tahun 2006 jadi saya mahu bahagian Cik Miera bertanggungjawab mengendalikan” aku termangu bila menerima arahan tersebut. “Boleh saya bertanya Encik Safuan.?” Sepontan ayat itu keluar . “Boleh apa salahnya.”senyum Encik Safuan “Tahun sebelum ini siapa yang mengendalikan majlis ini?” Tanya ku. “Di syarikat ini setiap bahagian berkesempatan mengendalikannya dan tahun ini bahagian Cik Miera pula.”aku tidak tahu mampukah untuk melakukannya. “Boleh ke?”tanpa aku sedar bisikan itu di dengar oleh Encik Safuan. “Saya yakin kamu boleh.”termalu sendiri bila Encik Safuan menjawab.Encik Safuan menerangkan serba sedikit tentang majlis yang telah berlansung pada tahun lepas dan berjanji akan memberi salinan pita untuk aku tonton. “Safuan, u jangan lupa petang ini ya!” perbualan kami terhenti bila secara tiba-tiba seorang lelaki masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Tidak ada kesedaran sivik langsung. “Maaf, I menganggu rupanya.”tersenyum lelaki itu kearah kami.Aku rasa macam pernah lihat wajah ini. “Tidaklah saja hendak bincang tentang majlis jamuan tahunan dan kali ini bahagian Cik Miera yang kendalikan.”senyuman aku mati bila melihat wajah lelaki itu serius melihat ku. “Cik Miera, kenalkan ini pengarah kita Tuan Megat Shahrizal.”aku menyambut huluran tangannya.Ini lah dia pengarah syarikat yang selama ini aku hanya mendengar namanya sahaja.Sejuk tanganku bila berada didalam genggamannya. “Megat Shahrizal” cara dia perkenalkan diri. “Miera Eliani”jawab ku pula.Iyalah cara dia dah begitu aku hanya mengikut rentak saja. “Motor dah ok.?”sepontan aku teringat peristiwa itu dan aku hanya mengangguk kerana lidah ku kelu untuk berkata-kata. “Ok lah kalian sambunglah perbincangan tadi, I hendak keluar dan U jangan lupa janji kita.”luahnya pada Encik Safuan sambil berlalu.
..........................
Malam itu mama menyediakan lauk kegemaran ku.Mungkin kerana sudah lama aku tidak makan bersama menjadikan suasana di meja makan menjadi kecoh dengan celoteh mama. “Malam esok Miera jangan kemana-mana.”arahan mama membuat aku tidak senang duduk.Ini mesti ada yang hendak suruh ku lakukan.Berada di bawah lembayung kasih mama dan ayah membuat aku sudah dapat membaca gerak langkahnya. “Kenapa pula mama.?”pertanyaan ku di biarkan tanpa jawapan.Aku memandang ke wajah ayah untuk memohon sebarang pertunjuk. “Mama” sepatah aku bersuara. “Esok mama hendak pergi kerumah kawan mama, kebetulan minggu lepas mama terjumpa dengan dia masa membeli belah dengan ayah”terang mama. “Kawan mama yang mana satu”hairan dengan penerangan mama kerana kawan mama semuanya aku kenal.Auntie Minah, auntie Zaleha dan ramai lagi kerana mama memang di senangi oleh rakan-rakannya. “Ini kawan mama masa sekolah dulu, lepas SPM kami berpisah kerana mama sambung belajar di universiti tempatan dan dia dapat tawaran luar negeri.Dia jemput keluarga kita datang kerumahnya.”aku hanya mendengar. “Kalau macam itu baiklah tapi abang pergi sama?”baru aku teringat tentang abang ku. “Abang tidak dapat pergi sekali, menurutnya dia ada hal.”aku tahu abang saja mengelak, memang selalu aku saja yang terkena mengikut kemana mama dan ayah pergi. “Pukul lapan malam kita kesana”ayah bersuara.Aku hanya menundukkan muka tanpa sepatah kata
same gak,bru ari ni bca.. cukup2 stahun.. kebetulan...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
da stahun cita nie arinie,bru skarg jew alYn bca..py velEntimesdy..