Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
1 “ Kau siapa , berani kau rampas dia dari aku !” jerit suara asing.Nurul Ain masih terpinga- pinga ,dia tidak tahu kenapa suara itu memarahi dirinya “ Kalau kau tak nak sesuatu yang buruk menimpa kau, baik kau tinggalkan dia” marah suara asing itu lagi.Nurul Ain yang tidak tahu apa-apa tentang punca pergaduhan itu ,cuba mempertahankan dirinya , namun akhirnya dia yang terjatuh di tolak oleh suara asing itu. “Aduh ! aku mimpi rupanya” Bisik Nurul Ain sambil tangannya menggosok punggungnya yang sakit itu. “Apalah agaknya petanda mimpi aku itu, harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku”. Nurul Ain yang mula bimbang tentang mimpinya masih mampu tersenyum bila mengenangkan apa yang di mimpikan olehnya tadi. “Dah lambatlah” monolog Ain sambil melihat jam di dinding yang menunjukan jam 7.00 malam. “ Alamak ! aku belum solat Asar lagi lah, tu lah akibat tidur waktu petang.” Bantah Ain. Tanpa berlengah lagi Ain terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan terus solat maghrib.Pada malam itu entah kenapa Nurul Ain merasakan hidupnya begitu membebankan keluarganya yang hidup dalam kemiskinan.Dia merasakan dirinya seorang anak yang tidak berguna kerana tidak dapat membantu ibubapanya . “ Apalah yang dapat aku buat dengan benda ni?”Kesal Ain sambil memegang keputusan peperiksaan STPM yang dia perolehi.Akhirnya Ain terlena sambil di tangannya masih memegang erat slip keputusan itu.
* * * * 2 “Tuan! Bangun tuan , dah pagi ni,tuan tak pergi kerja ke?”Mak Lijah bersuara perlahan . “Mak Lijah jangan ganggu saya , boleh tak! Saya penat ni”.Jerkah Zafriel Zafwan. “Tapi…..” “Tapi apa lagi , saya kata pergi,pergi ajelah!”Marah Zafwan lagi. Sifat keras hati Zafriel membuatkan mak Lijah beralah dan berlalu pergi . Zafriel masih di buai mimpi yang indah setelah dirinya kepenatan kerana semalaman dia menghabiskan masanya dengan teman – teman di pub. “Mana Zafriel, Mak Lijah? Tanya Datin Mastura. “ Masih kat atas, Datin” “Kan saya suruh kejutkan dia ?” “ Dah , tapi dia kata , dia penat.” “Apa yang dia buat semalam sampai penat sangat.”Bisik hati Datin Mastura yang hairan dengan perangai anak tunggalnya itu. “Tak apalah Mak Lijah , biar saya saja yang kejutkan dia.” Datin Mastura berjalan perlahan menuju ke bilik Zafriel Zafwan . Apabila sampai saja di pintu bilik , Datin Mastura dengan perlahan membuka daun pintu anak lelakinya.Dengan penuh khusyuk Datin Mastura memerhatikan anaknya, tidak sampai hati Datin Mastura untuk mengganggu tidur anaknya. “Eh , macam mana ni , nak kejutkan atau tak. Kalau tak kejutkan nanti di marahi papanya pulak , tapi ……, “ Rungut Datin Mastura yang serba salah.Akhirnya Datin Mastura …. “Eh , dah bangun , mama baru nak kejutkan Zafriel. “ Kata Datin Mastura apabiala mendapati zafriel sudah tersedar. “Cepat pergi mandi, papa dah tunggu kat bawah. Jangan lama- lama nanti marah kat papa.” Pesan Datin Mastura sebelum keluar dari bilik anaknya. Zafriel bergegas turun ke meja makan dan mendapati papanya sudah berada lebih awal darinya . “ Kenapa lambat ? Soal Dato’ Mohamad dengan nada yang tegas. “ Ehm…….” “Sudah ! jangan nak bagi alasan yang papa tak boleh terima.”Tegas Dato’ Mohamad lagi. “Hari ni papa nak kau pergi tengok tapak projek kita.” “ Tapi , Pa …. Saya ada urusan lain lah hari ni , esok lah saya pergi”. “ Urusan apa lagi yang belum kau selesaikan ? “ “Em urusan …….urusan………” Zafriel tergagap-gagap mencari alasan untuk mengelakkan dirinya ke tapak projek itu. “ Papa tak peduli, kau mesti pergi”. Dato” Mohamad terus pergi setelah memberitahu anaknya apa yang di inginkan. Manakala Zafriel membatu tidak berpuas hati dengan papanya.Zafriel mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat. “Hello Lin , kita keluar “. Zafriel menelefon teman wanitanya “ Boleh!” Jawab Linda dengan perasaan yang amat gembira.Baginya Zafriel adalah seorang lelaki yang mudah untuk diperkenakan dengan kemanjaan dan belaiannya.Manakala bagi Zafriel, Linda adalah segala – galanya dan sanggup lakukan apa saja demi Linda. Pernah sekali Zafriel di tahan di penjara kerana telah memukul seorang lelaki yang cuba mengusik Linda. “Zafriel nak ke mana tu ? Tanya Datin Mastura. “ Keluar , Bu “. Jawab Zafriel ringkas. “ Zafriel tak kerja ke ?”.sambung Datin Mastura Zafriel tidak menghiraukan pertanyaan ibunya dan terus keluar menjemput Linda. “Kita nak ke mana ni bang?” itulah panggilan manja Zafriel di bibir Linda.Zafriel begitu menyenangi panggilan itu. “Hari ini abang bagi Lin buat keputusan, Kemana saja Lin nak pergi abang ikut.” “Betul ke ni,bang “.Tanya Lin inginkan kepastian. “Betul , abang tak tipu”. Jawab Zafriel yang inginkan Linda gembira. Setelah berpuas hati dengan kata-kata Zafriel, Linda membuat keputusan untuk pergi membeli belah.Mereka membuat ’ survey ’ di setiap kedai yang ada di KLCC itu , sehinggalah Linda menjumpai barangan yang hendak di belinya.Mereka menghabiskan masa sehingga lewat petang sehingga lupa untuk solat Asar. “Bang , jom kita pergi makan!”. Ajak Linda yang sudah kepenatan . “ok , aje. Tapi kita nak makan kat ner?”Mereka berjalan mencari restoran yang sesuai untuk memenuhi kehendak nafsu makan mereka. Setelah memenuhi kehendak nafsu makan mereka, Zafriel menghantar Linda pulang. “Kau ke mana Linda , baru sekarang ingat nak balik rumah?”Marah ibunya. “Linda keluar dengan Zafriel mak.”Bela Linda. “ Keluar dengan Zafriel! Orang lain keluar jugak tapi tak balik lewat macam kau pun.!”Puan Maimon marah lagi. “Sudahlah ! Lin dah bosan dengar mak membebel perkara yang sama .Lin tahu lah jaga diri , mak tak usah risau”.Kata – kata terakhir sebelum Linda masuk ke bilik.
***************** 3 “Ain , mari tolong mak kejap” . Pinta Puan Zaleha. “Baik mak” . Akur Ain. “Ain tolong hantar kuih ni ke kedai Pak Murad ye.” Ain tanpa berlengah terus mendapatkan seraga kuih dari tangan ibunya dan terus ke kedai Pak Murad.Dalam perjalanan, Ain hampir di langgar oleh sebuah kereta mewah.pemandu kereta mewah tu keluar dari keretanya dan…… “ Kau buta ke”. Tengking lelaki itu. “Saya minta maaf encik, saya tak sedar ada kereta kat belakang saya”. “Pak Mat , sudahlah kita sudah lambat ni.” Larang Dato’ Mohamad. Pak Mat memandu kereta untuk ke tempat yang Dato’ Mohamad inginkan.Sempat lagi Dato’mohamad melemparkan sekuntum senyuman kepada Nurul Ain.Nurul Ain membalas senyuman itu. “Pak Mat , cantik juga budak tadi kan?” “ Memang pun Tuan, takkan Tuan nak kahwin dengan dia?” “Pak Mat ni dah buang tabiat ke? Bukan saya lah tapi anak lelaki saya si Zafriel tu.” “Oo.. macam tu ke ? kalau lah Tuan yang nak kahwin , mengamuklah Datin kat rumah.” “Jadi macam mana pendapat Pak Mat?” “Elok aje Tuan, nanti ada juga orang yang menguruskan si Zafriel tu.” Tanpa disedari mereka sudah sampai ke tempat yang ingin di tujui. “Tuan , bukankah itu gadis yang tadi?tanya Pak Mat sambil tangannya menunjuk ke arah Nurul Ain. “ Ha’ah. Pak Mat panggil dia kejap!” “ Baik Tuan.”Pak Mat terus pergi menghampiri Nurul Ain. “Cik, Tuan saya nak jumpa.” Nurul Ain terkejut. “Kenapa nak jumpa saya”. “Entah lah,jumpa lah dulu”. Nurul Ain yang masih dalam kebinggungan berjalan perlahan menuju ke arah Dato”Mohamad.Aku mendekati Dato’Mohamad.
************** 4 “Zaf,aku tengok kau lain macam aje hari ni,kau ada masalah ke?”tegur Razis “Tak ada apa-apa,Cuma aku bimbang sikit.” “Orang macam kau pun boleh bimbang ke?”. “Maksud kau?” “Ye lah, kau kan dah ada segala-galanya,rupa ,harta,bahkan perempuan pun ramai yang sukakan kau,tak macam aku, sapa pun tak nak dekati aku.” “Amboi ,rendah diri nampak,aku rasa ramai yang sukakan kau,tapi kau tu aje yang jual mahal.” “Ye ke? Mana kau tahu?” “Perasaan lah tu.” “Tak banyak,sikit je,kalau gitu ,kiranya aku ni handsome jugak lah ye.” “Ni aku malas nak habak kat hang ni.” “Alah biasa lah beb, takkan kau tak kenal aku. Eh,kita ni dah lari dari topik asal kita ni,cuba kau cerita kat aku masalah kau” “Macam ni,ceritanya bermula begini…..” “Eh, kejap-kejap,boleh tak kau straight to the point,tak payah lah kau nak berbunga –bunga macam tu,geli telinga aku mendengarnya.” “Baik lah Encik Razis,aku bimbang pasal rancangan ayah aku.” “Apasal pulak dengan plan ayah kau?” “Yelah , ayah aku nak aku ambil alih projek kat Kelantan .” “Bodohlah kau ni,bagus apa ayah kau tu,aku pun suka mendengarnya ,bolehlah aku pulang ke negeri kelahiran aku.” “Aku tahu kau mesti suka punya,tapi kat mana aku nak letak si Linda tu.” “Pasal Linda yang kau runsing sangat tu. Apalah yang ada kat Linda tu yang boleh buat lelaki secerdik kau boleh terpikat pada dia.” ”Kau jangan hina dia depan aku , belakang aku,tak ape.” “Apa punya kekasih kau ni?”. “Aku gurau je lah. Mestilah aku marah kedua –duanya.” “Berhentilah cerita pasal buah hati kau tu ,muak aku mendengarnya, bila kita boleh mula”. “Mula apanya?” “Kau ni ,kalau aku kata kau ni dah tua kau marah aku, pasal projek ayah kau di negeri kelahiran aku tulah ,aku tak sabar dah ni.” “Itu aku tak pasti lagi, tapi aku rasa dalam masa terdekat ni kot, kau suka, aku yang terseksa .” “Kenapa pulak?” “Yelah, hari-hari aku duk rindu kat Linda.” “Bakpo lah aku buleh kawe lagu ni.”Bisik Razis “Apa kau cakap.” Tanya Zafriel yang tak faham sikit pun dialek kelantan. “Tak ada apa-apa lah, aku Cuma cakap yang kau ni setia orangnya.” “Malas lah aku nak layan kau , asyik nak kelentong aku aje.” “Mana ada aku kenakan kau,kau yang terkena.” Mereka terbahak sama-sama. Zafreil menyambung tugasnya,manakala Razis berjalan keluar ke biliknya. Razis begitu gembira dengan berita yang baru didengarnya tadi. Bagi Razis itulah satu-satunya peluang untuk dia berjumpa dengan keluarga dan sahabat-sahabatnya. Razis sudah berangan bagaimana kedua ibubapanya meyambut kepulanganya.
lor.. lambat lagi ke?? da xsaba ni.. mtk la smbung cpat2.. huhu
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mula2 mcm excited tp tak de ending pun tergantung