Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tanah merah itu masih basah. Air berwarna merah mengalir dicelah-celah tanah yang merekah. Sebahagiannya bertakung, menjadi becak . Daun-daun puding yang kaku, hanya menadah titis-titis hujan yang turun. Seakan tidak mahu berhenti. Mengiringi kesedihan hati-hati yang sedang bertafakur. Waktu talkin dibacakan tadi, hujan turun agak lebat. Masing-masing berhimpit-himpit sambil berkongsi payung. Lama-kelamaan menjadi sedikit reda. Beberapa orang, yang sama-sama bertafakur sebentar tadi, sudah mula beransur. Kerana hari pun sudah semakin kelam. Hanya tinggal gadis itu. Masih kaku berdiri di situ, tidak berganjak walau sedikit. Kain batik yang di pakai sudah memerah di percik becak. Tidak dihiraukan. Baju kurung juga sudah hampir lencun, juga tidak dikisahkan. Matanya tancap, merenung butir-butir tanah merah yang basah. Air mata sudah kering, bercampur dengan air hujan yang menimpa pipi si gadis. Dia hampir-hampir terjelepuk.
"Fathihah........"Tidak menoleh.
"Fathihah.....mari balik nak...."Lembut suara yang menerjah telinganya. Seraya tangan berkedut itu memaut lengan si gadis.
"Sudahlah tu, mari balik sayang, hari dah petang..."Si gadis menoleh sekilas.
"Tak baik berhujan lama-lama...nanti boleh demam..."Wanita tua itu memimpin tangan si gadis. Si gadis mula bergerak. Tapi langkahnya amat perlahan. Satu-satu bagai dipaksa saja sekujur tubuh itu bergerak.
"Tak baik menangisi orang yang dah pergi. Biarlah.....kita yang masih hidup ni hanya boleh berdoa semoga rohnya aman di sana.."Gadis itu mengesat pelupuk matanya. Hatinya masih sebak. Banyak perkara yang menyedihkannya akhir-akhir ini. Dan dia hanya mampu menerimanya. Tak dapat mengubah apa-apa.
Mereka berjalan lambat-lambat. Melintasi celah-celah pokok puding yang merimbun, dan batu-batu putih yang kaku. Ain Fathihah hanya melihat. Dia tidak gentar lagi dengan batu-batu putih itu. Esok dia akan datang lagi. Dan juga hari-hari seterusnya. Batu-batu putih akan menjadi teman dia nanti.
*************************
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Ain Fathihah terus masuk ke bilik.
Badannya letih benar. Ditambah dengan bebanan kesedihan yang ditanggung. Terasa sakit dadanya menahan sebak dan pilu sejak semalam. Dia biarkan ibunya di dapur, melayan bual dengan jiran dan juga emak mentuanya, ibu Haiqel. Kenduri arwah yang berlangsung sebentar tadi dikunjungi ramai jiran-jiran. Masing-masing menghulur tangan. Terasa ringan sedikit beban.
Baru dua hari lepas dia sampai di kampung. Dan hari ini dia berasa sepi sekali. Dia teringatkan Haiqel. Baru 2 hari yang lepas mereka bertengkar. Dan hari ini dia berasa rindu sekali. Dia teringatkan wajah Haiqel. Wajah gembira lelaki itu, wajah marah, atau apa saja yang terlihat, dia tetap suka wajah itu. Dia amat mengkagumi wajah itu. Dan dia terlalu ingin memiliki wajah itu. Ain Fathihah menghela nafas panjang. Air matanya luruh ke pipi. Diseka sekali lagi. Mudah benar air mata ini mengalir. Sejak semalam lagi.
Dia mencapai sesuatu di bawah bantal. Keratan akhbar semalam. Gambar kereta yang remuk itu dilihat sekali lagi. Dahsyat sungguh. Bagaimana keadaan Haiqel waktu itu. Menurut akhbar itu pemandunya sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru. Benarkah itu? Air matanya semakin laju. Pandangannya menjadi kabur. Baru 2 hari lepas dia berada di dalam kereta itu. Duduk di sebelah lelaki itu, amat dia senangi walaupun masing-masing hanya berdiam diri. Walaupun Haiqel tak akan senyum padanya lagi. Walaupun hatinya sentiasa mengharapkan. Kalaulah dia ada bersamanya waktu itu.....
Malam terlalu panjang rasanya. Dia tidak sabar menunggu siang hari. Pagi-pagi esok dia akan ke kubur lagi. Dia sudah petik bunga petang tadi. Esok dia akan tabur bunga atas tanah merah. Dia harap esok tidak hujan lagi.
******************************************* "Ain dari kubur ker?...."Ain mengangguk. Jag kosong yang berisi air Yassin tadi di letak atas meja. Kain tudung ditanggalkan.
"Nak ikut mak pergi kedai?"Ain menggeleng.
"Ain nak masak bubur dulu la mak. Dah tengahari ni..."Balasnya perlahan. "Mak belikan ikan masin jeruk sekali ye, mak...." Dia melangkah masuk ke dapur. Adik-adiknya semua sudah ke sekolah. Rasa lapang sedikit rumahnya. Cuma pinggan mangkuk yang digunakan malam tadi saja masih bertangkup di atas simen dapur beralas surat khabar. Ain menjenguk ke luar. Tidak terlihat kelibat emak mentuanya. Dia ke belakang pula. Mungkin emak mentuanya sedang mengopek kelapa.
"Mak nak buat bubur kacang ke, mak?"Tegurnya. Orang tua itu menoleh sambil tersenyum.
"Belum lagi mak. Kejap lagi. "Balasnya. "Ikan masin jeruk, Ain suruh mak beli tadi..."Dia tahu Haiqel memang gemar makan ikan masin jeruk. Kalau makan dengan bubur nasi, memang dia boleh bertambah 2-3 kali. Lagi-lagi kalau ada kangkung belacan dan ikan bilis goreng. Hati Ain tersentuh. Sudah lama dia tidak makan bubur dengan Haiqel macam dulu-dulu.
"Haiqel memang suka makan bubur campur macam tu. Kalau musim hujan, memang dia selalu suruh mak masakkan bubur. Sekarang ni...tak tahulah dia boleh makan ker tak...."Tersedu orang tua itu. Ain tarik nafas panjang.
"Takpelah mak....Ain masuk dulu...."Ain Fathihah cepat-cepat masuk kembali ke rumah. Hatinya sebak. Dia tak mahu airmatanya jatuh di depan orang tua itu. Sudah acapkali benar. Dia menjerang nasi. Menyiang ikan bilis untuk digoreng. Sayur kangkung di patah-patah lalu di bersihkan. Cebisan belacan di bakar atas periuk nasi. Baunya semerbak. Esok pagi dia akan ke kubur lagi. Petang nanti boleh petik bunga banyak-banyak. Sementara dia masih bercuti ni, biarlah dia mengunjungi pusara itu hampir saban hari. Selepas ini dia akan kembali ke Kuala Lumpur. Dia akan ke tempat kerja seorang diri. Tidak tahulah sampai bila. Rasanya semua teman sepejabat sudah mengetahui nahas yang menimpa Haiqel. Dato' sendiri ada menelefonnya bertanyakan tentang Haiqel. Apa yang boleh dia katakan. Dia hanya mampu menangis!
"Ain....."Dia sedikit tersentak. Disekanya air mata.
"Kenapa Ain bersedih lagi....."Rambut ikalnya diusap. "Sudahlah tu...janganlah menangis lagi...biar mak masak ...Ain pergilah bersiap..."Ain tidak berganjak.
"Takpelah mak, biar Ain saja yang siapkan semua ni. Bukannya susah sangat. Mak kata nak buat bubur kacang tadi?"Ain cepat-cepat kupas bawang.
"Mak nak perah santan dulu. Ain pergilah mandi. "Akhirnya dia mengalah. Dibiarkan emak mentuanya yang menyiapkan semuanya. Dia tahu orang tua itu lebih pantas darinya. Ain duduk di anak tangga dapur memerhatikan cuma.
"Ain....apa yang termenung lagi tu. Pergilah siap cepat. Nanti waktu mmelawat habis pula."Ain senyum nipis. "Ain ingat nak petik bunga dulu banyak-banyak. Tak payah beli nanti...."
"Bagus jugak tu Ain, boleh jimat sikit nanti. Lagipun, Ain beli mahal-mahal pun, bukannya dia boleh nampak bunga tu. Esok lusa, nak kena tukar lagi"Ain mula senyum. Dia sudah bersiap-siap untuk turun ke laman yang penuh dengan bunga-bunga. Dia ingin petik bunga banyak-banyak setiap hari. Sebahagian, dia akan tabur di pusara dan sebahagian lagi dia akan gubah menjadi jambangan bunga indah. Walaupun Haiqel tidak dapat melihatnya, dia tidak kisah.
Ain Fathihah menarik nafas panjang. Dia masih sedih , dia tahu, tapi dia harus menghadapi hari yang baru ini. Hari yang amat berbeza. Dia tidak kisah walau hari-hari harus mengunjungi pusara ayahnya, dan hari-hari harus memasak bubur dan memetik bunga untuk suaminya. Yang penting dia pasti, Haiqel tahu kehadirannya. Dia tahu Haiqel menyukainya. Dia mahu Haiqel cepat sembuh, dan jadi seperti sediakala. Dia tidak kisah walau bagaimana rupa Haiqel nanti. Dia tahu cintanya pada lelaki itu tetap utuh. Dia segera memetik bunga-bunga. Dia mahu cepat sampai. Dia mahu jadi orang pertama di sisi Haiqel bila waktu melawat tiba nanti.
Ain Fathihah melihat kuntuman bunga yang mekar indah. Dia tersenyum indah.
cerita ni best lah tapikan ada masalah sikit... ending nya tu teruk sangatlah ... boleh diibaratkan lauk tak ada asam dan garam tapi cuma ada pedas je... boleh tak sambung 2 atau 3 episod untuk lengkapkan cerita ni. cerita ni pun ibarat tak lengkap lah. cacat lah.. please sambung cerita ni untuk puaskan hati para pembaca. cinta ain dan qel pun belum nampak pun. biarlah bila qel sihat dari kemalangan bab percintaan mereka tu berlangsung kerana dah tahu hati masing2.
waa..pandailah penulis ni..suspen je ingtkan hero mati..btw memang best rating 10/10. Tapi kalau sambung lg bg panjang skit ending tu..lagi best. Congrate bayface..Anyway thanks 4 the lovely story :)
good story line.i like it very much. congratulation to the author.but i think this story can be elaborate more to make it more interesting. maybe the author can write about the relationship and the love story of haiqel and ain.so i beg u, please continue this story.make it longer and i hope the ending of the story will be the happy ending.anyway, congratulation once again and good luck.
cita dia best tp ending dia very simple rosakkan mood pembaca yang mmg tak sabar nk tau ending dia camner..tp apa pun good luck leh gak hasilkan novel yang agak emnarik..leh cuba lg..
citer nie memang best..aku sampai tak uat kje 1 hr semata-mata nak tahu endingnya....tp betul lah...ending dye tgntung...harap-harap leh smbung lg 1 siri..plz... -liza_cute-
best la crita ni... buat aku tak keruan.. nak buat keje pun tak senang selagi tak abis... tapi endingnye.... pjang le skit. apa pun taniah kpd penulis.
Suka sangat cite ni. Sanggup baca dari awal sampai akhir, non-stop. Rasanya sesuai buat telenovela. Cuma kena panjangkan part ain dan haiqel main 'tarik-tali' dan ending kena tukar. Sebab anti-climax. Serius, i'm sure it can be a hit. Dan dah bayangkan heronya, Remy Iskandar. Sesuai sangat. Ainnya je tak terfikir lagi. Tak nak eja. Tak sesuai dengan remy. mungkin sari yanti kot..hehe..really, some production should see this..
citer nie best.tp ending die xok sgt.kalo ley tmbh ah 2-3 episode skit.patutnye endg2.de kisah percintaan qel n ain baru tajuk citer nie de berkisar skit.congrates to writer.chaiy0k2.-na`dz
cte dy besh....mula2 dah cdey cz igtkan heronya mati... ye r bru nak hepi cz qel nak bk jmpe ain,alih2 mti..tp nsb baek 2 gmik jew.. idop ag mmat tuh.huhu..smbg lew ag cte nih bio nmpk t'atur endng dy...lw cm ni cm tgntg jew
best gak cter nie wat suspen jer...ingat Qel yg mati.. rpanya ayah dia.. tapi ending dia tlalu simple.. knp bt ending yg blh mmnunjukkan mereka dpat bsama.. dlm cter nie pun x der peristiwa yg menunjukkan mereka bcinta..aduhhh.....
baru pertama kali baca cerita ne dari bab 1 hingga akhir, cerita best, menarik tapi sayang endingya x menarik langsung kena sambung utk begi ending yg menarik dan cerita tidak tergantung.
ernm cite nie best. tp ending nyer kurang memuaskan. memang dah boleh buat pembaca suspen. either ayah ain or haqel yg meninggal. but cara menrangkan tentang keaadaan haqel kurang umph la! hehe
erm and i think,sume pembaca nak tgk how qel sedar and nak luahkan perasaan die pada ain rite? (:
kalau2 nak buat cerpen kesinambungan kumilikmu nie ok gak? hope aderla. and cerita pulak after qel sihat. hehe best of luck! :D
seriusly sy cuma baca bahagian ending sahaja (mau pastikan samada crita best ke tak)heheh....nyway,crita mmg da best,n sebak la juga coz ingatkan hubby dia da mati...rupa2nya bapa pula yg tiada....haiz betul2 suspen & sy sokong komen2 d atas,ending sgt la pendek...crt da ok tp klo bole buat nding lagi mantap lg bgs..
Arent this story shud be on qel side?sepatutnya qel yg berckp not ain..and qel shouldnt be dead..he should continue his story ;D btw this is best story ever..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
suka gak citer ni pantas dan selamba..papepun endingnya cam simple sangat..he he.sebenarnya masih tak puas mengenali 'ain dam qel'..