BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Ogos 09, 2007
Kumilikmu 13
Aku tidak pernah gagal. Benar. Waktu kecil-kecil dulu aku tidak pernah merasa sebenar-benarnya erti kegagalan. Aku tidak pernah kecewa walau himpitan kehidupan keluarga begitu mendesak. Walaupun setiap hari harus menjamah makanan yang sama, tapi aku tidak pernah merasakan itu satu kegagalan dalam menikmati kemewahan. Seingatku, sekejap waktu saja aku dapat merasa sedikit mewah. Waktu arwah ayah masih ada. Tapi itu pun terlalu singkat rasanya. Banyak perkara yang tidak lagi aku ingat sekarang ini. Yang aku ingat aku masih terlalu kecil waktu itu. Hanya 10 tahun sewaktu ayah kembali ke rahmatullah. Kalau ada pun kekecewaan waktu itu ialah disaat kematian ayah, aku tidak dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir. Tidak dapat mengucup dahinya. Tidak dapat mengusap rambutnya. Walaupun masih terlalu kecil waktu itu, tapi aku sudah mula dapat berfikir. Sudah dapat membayangkan apa itu kematian. Sudah dapat mengerti perasaan terkilan. Terkilan kerana tidak dapat mendakap jenazah arwah ayah. Kerana atuk melarang keras aku menghampiri apalagi menyaksikan jenazah ayah. Aku selalu terfikir, kenapa mak langsung tidak berkata-kata denganku. Aku lihat mak hanya duduk diam-diam di sisi nenek. Matanya sudah bengkak kemerahan dan dia lupa untuk mengusap-ngusap kepalaku seperti selalu. Ternyata mak terlalu sedih waktu itu. 2-3 hari dia tidak makan, sampai aku naik bingung kerana kerap ditegur nenek kerana asyik merengek minta dielus mak.

Akhirnya aku sendiri faham. Ayah pergi tinggalkan mak buat selama-lamanya. Bukan sedikit kesedihan yang ditanggung mak sehinggakan mak terlupa sebentar pada anak tunggalnya ini. Tapi aku sedikitpun tidak terkilan kerana aku sudah mulai memahami. Erti kasih sayang sekaligus keperihan ditinggal orang tersayang. Emak terlalu muda untuk menghadapi semua itu.

Mungkin ada yang berbekas dalam hatiku sejak peristiwa itu. Membuatkanku sedikit terkilan. Aku tidak melihat wajah akhir arwah ayah. Aku hanya melihat jenazah ayah setelah siap dikafankan. Itu pun dari jauh saja. Sempat juga aku mendengar perbualan orang-orang yang ada disitu. Kata mereka kematian ayah amat menyedihkan. Kemalangan itu terlalu tragis. Tubuh ayah remuk. Kepalanya hampir pecah. Aku lihat kain yang membalut jenazah ayah juga berwarna merah. Darah ayah tidak henti-henti keluar. Kerana itu atuk melarang keras aku melihatnya. Mak yang terjelepuk pun tidak dibenarkan menjenguk, apalagi aku.

Aku rasa itulah satu-satunya kekecewaan yang pernah aku rasa. Selepas itu tidak pernah lagi. Aku tidak pernah gagal pada hari-hari mendatangku selepas itu. Pelajaranku amat cemerlang. Selepas UPSR, aku ke Johor Bahru menetap di asrama penuh. Walaupun permulaannya mak agak keberatan melepaskanku pergi. Apa lagi yang menyedihkan seorang ibu tunggal yang kehilangan suami dan harus pula berjauhan dengan anaknya yang seorang ini?

Selepas SPM aku cemerlang lagi. Dan atas pertolongan atuk, Pak Long dan wang KWSP arwah ayah, aku terbang ke Nottingham. 4 tahun di sana, aku tidak pernah gagal walau sekali. Segalanya berjalan dengan lancar. Segalanya berjalan seperti yang diinginkan. Segulung ijazah kepujian dan satu jawatan yang membanggakan. Perjalanan hidup berjalan lancar. Amat lancar. Sehinggalah....... sehinggalah ke hari ini. Hari kegagalanku yang pertama. Setelah segalanya seperti berada dalam genggaman. Setelah semuanya seperti telah dimiliki. Tetapi akhirnya... aku gagal. Gagal dalam perkara yang langsung tidak pernah aku terfikirkan. Gagal dalam merebut sekeping hati mungkin. Ah.. lucu! Kenapalah aku mesti gagal dalam perkara seremeh ini. Bukankah ini perkara yang tidak sepatutnya aku beratkan dalam fikiran.

Mungkin begini rasanya kegagalan. Kekecewaan. Kehilangan. Mungkin ini yang dirasakan mak sewaktu pemergian ayah dulu. Marina setelah kad-kadnya tidak pernah aku endahkan. Atau Julia Hanim setelah cintanya ku tolak bulat-bulat. Mungkin kesedihan dan sakit hati begini yang mereka rasa. Kecewa setelah apa yang diingini tidak tercapai. Dikecewakan, ditinggalkan. Dan kini aku sedang merasakan bagaimana perasaan-perasaan itu. Kesakitan-kesakitan itu. Sungguh! ia amat menyakitkan. Berbekas dalam hati seolah tidak mampu di buang lagi.

Saat melihat Ain bergandingan pagi tadi, aku tahu segala yang aku angan-angankan sebelum ini tidak menjadi. Apa yang aku harapkan dan apa yang aku rasakan sebenarnya tidak wujud dalam diri Ain. Mungkin hanya aku seorang yang merasa getar-getar halus itu. Merasakan keindahan perasaan itu. Tetapi tidak pada Ain.


**************************************************

"Cepat balik Qel, kata nak pergi makan dengan Ain?" Aku sangka mak tak akan tanya bila melihat aku pulang tengahari itu.

"Emm... tak sempat mak..."Balasku lambat-lambat tanpa memandang mak. Cepat-cepat tubuh kurebahkan ke atas sofa sambil memejam mata. Mata kupejamkan dengan harapan mak tidak akan terus-terusan bertanya.

"Apa yang tak sempatnya.... habis rehat pukul berapa?" Mak melabuhkan punggung di sofa bertentangan denganku.

"Qel sampai diorang dan masuk ofis semula. Lagipun Qel tak bagitahu Ain pun Qel nak makan dengan dia. Tak apalah......"Malas rasanya hendak mengingati peristiwa tadi.

"Habis tu, Qel dah makan belum?"

"Dah mak....."Sekali lagi aku berbohong. Aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Untuk menceritakan perkara sebenar rasanya tidak mungkin.

"Mak tak menjahit ke?" Mak tersenyum.

"Sekejap lagi Qel. Mak nak solat dulu.." Mak bangkit dari sofa. Mungkin dia faham kekeruhan pada wajahku. Aku sedikit lega.

Aku merenung ke syiling. Melihat gerakan kipas yang berpusing. Agak laju tetapi tetap tidak dapat meredakan kepanasan hatiku. Rasanya akulah manusia paling bodoh sebentar tadi. Paling lurus atau paling mengikut kata hati. Aku terburu-buru? Atau sudah terlewat? Apa yang Ain Fathihah inginkan sebenarnya? Perkahwinan atau kebebasan. Kalau sebuah perkahwinan, dia sudah punya itu. Kalau sebuah kebebasan, dia juga akan punyai itu. Aku akan berikan kebebasan kalau benar itu yang dia inginkan. Tapi bukan begini caranya.

Aku lebih rela menyerahkan dia kepada Iskandar kalau itu yang sebaiknya. Biarlah sekali ini aku merasa kegagalan dan kekecewaan. Iskandar pernah memiliki dia dulu dan aku tidak ralat andai menyerahkan semula miliknya itu. Biarlah aku beralah. Tetapi kenapa Ain tidak telus. Dia bukan saja tidak jujur denganku, malah dengan Iskandar juga. Aku bukannya buta lagi. Aku lihat jelas gandingan mereka berdua tadi. Dan aku tidak sangka, Faizal telah memulai langkahnya. Ketiadaanku telah dijadikan satu kesempatan. Kesempatan untuk menakluki hati Ain.

Kenapa Faizal? Aku tidak sanggup melihat Ain menjadi milik Faizal. Faizal bukanlah lelaki yang sesuai untuk Ain. Walaupun mungkin ditakdirkan jodohku tiada dengan Ain, aku masih rela melepaskan dia, tetapi bukan untuk Faizal. Sesekali tidak.

****************************************

"Haiqel, ada someone nak jumpa you kat bawah ni. You turun ya.."Suara Tipah kedengaran melalu interkom.

"Siapa, Tipah? I tak ada appointment hari ni.."Aku menjawab dengan malas. Aku menarik laci meja. Melihat kotak berbalut cantik dengan reben merah di tepi. Aku rasa macam nak campak saja bungkusan itu ke luar.

"Someone yang nak sangat jumpa you. You nak turun atau nak dia naik atas?"

"Emm.. ok, ok lah... I turun!"Aku sedikit mendengus. Pagi-pagi dah kena kacau. Siapa pula yang rajin benar nak jumpa aku ni? Setahu aku hari ini aku tidak ada temujanji dengan mana-mana syarikat. Kalau Faizal, aku tak tahu pula. Dia pagi-pagi lagi sudah keluar entah kemana. Aku tak mahu tahu kemana lelaki itu pergi. Bukan urusan aku.

Aku turun ke bawah dengan perasaan yang berbaur. Hari ini aku agak kurang bersemangat untuk bekerja. Pelan-pelan yang perlu disiapkan untuk projek bulan depan juga terbengkalai begitu saja. Biasanya kalau tidak sempat sangat aku akan serahkan kepada Faizal untuk prosiding seterusnya tetapi sejak peristiwa tempohari rasa-rasanya aku tak mahu melihat wajah lelaki itu lagi. Hendak bercakap pun rasanya tidak sepenuh ikhlas.

"Tipah! " Aku bergerak ke arah Tipah. Seorang gadis yang sedang membelakangku segera berpaling.

"Surprise!!!!" Dia terjerit halus lalu menerpa ke arahku. Aku tergamam. Tidak sempat berbuat apa-apa bila terasa leherku telah dipagut oleh tangannya. Tipah yang melihat tersipu-sipu, sedikit terkejut.

"Haiqel! " Pelukan terlerai. Aku masih terkejut. Wajah gadis di hadapanku itu kutatap.

"Serina?" Bagai mahu luruh jantungku. Terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba. Terkejut dengan tindakannya yang tanpa segan silu memelukku.

"Haiqel, I'm sure you mesti terkejut kan....'Dia ketawa penuh ceria. Jemariku digenggam erat.

"Serina,... behave yourself please.... inikan ofis.."Aku berbisik perlahan sambil menahan debar di dada.

"Sorry Qel... but I'm really excited to see you right now..."Dia tersenyum lebar. Nampak perbezaan pada wajah itu. Sebulan dia meninggalkanku, rasanya terlalu banyak yang berubah.

"Bila you balik ?" Aku tarik tangan Serina menuju ke sofa. Tipah tersenyum melihat gelagatku.

"Malam tadi..."Serina menguak rambutnya yang tampak lebih keperangan. Seingat aku rambutnya dahulu agak gelap sedikit berbanding yang kulihat sekarang ini. Serina seakan mengerti.

"Qel, I tak dye rambut I ni tau... I banyak berjemur. That's why jadi perang macam ni..."Aku mendengus.

"Betul! " Serina mengangkat tangannya seperti bersumpah. "Last 2 week I pergi Florida. Beach kat sana cantik tapi panas sikit. You tengok kulit I pun dah nampak tan sekarang..." Aku memerhatikan Serina seketika. Kulitnya agak kemerahan. Aku melihat rambutnya kembali.

"Ok, nanti I hitamkan semula, ok!" Dia melurut-lurut rambutnya.

"Qel, you sihat tak? " Tangannya menyentuh pipiku. Aku menarik kembali tangannya, tak mahu dilihat Tipah, kerana aku tahu ia agak kurang manis.

"Serina, kenapa tak call I. Balik pun senyap-senyap je.. kenapa?" Aku menarik nafas. "You buat I terkejut aje..."

"I saja nak kejutkan you..."Aku menggeleng kepala. Melihat betisnya yang terdedah. Skirtnya terlalu pendek pada pandanganku. Sekali lagi Serina menyedari ekor mataku.

"Emm... I dari rumah mama tadi.... terus ke sini. so I tak sempat nak tukar baju..."

"Kat sana pun you seksi-seksi macam ni?"

"Eh.... tak.... I tak seksi... kalau Qel tak percaya, nanti I tunjuk gambar-gambar I kat sana. Banyak sangat..." Dia senyum lagi. " I ganggu you ke?"

"Emm.... tak jugak. Tapi lain kali call lah dulu.."

"Kan I dah cakap... I saja nak surprisekan you..."Aku tersengih.

"Sebulan you tak call I langsung. I ingatkan you dah kawin dengan mat saleh kat sana..."Serina mencebik.

"You ni memang nak sangat I kawin dengan mat saleh kat sana agaknya?"Mulutnya memuncung. "You kan tahu I sayang you sungguh-sungguh....."Aku pura-pura mencebik. Serina tarik muka.

"You tak percaya ke... you tak rindukan I langsung?" Aku renung wajah Serina dalam-dalam. Segaris senyuman terukir di bibirku. Mungkin, perasaan rindu itu masih ada dalam hatiku. Belum terhakis sepenuhnya.

"Kita lunch sama-sama ya. I nak makan dengan you.... dah lama rasanya tak makan sama kan?"

"Serina, you tengok sekarang baru pukul berapa.."

"That's why lah I datang awal-awal. I nak booking you dulu. You tu kalau tak book awal-awal... sure sibuk aje dengan kerja you tu..."

"So you nak tunggu I?"

"Gila! satu jam lagi. You nak I jadi batu kat sini?... I nak keluar dulu cuci gambar dulu. Pukul 12.00 nanti I datang semula..."Serina merenungku sungguh-sungguh. Dan matanya masih cantik seperti dulu-dulu.

Bila Serina beredar, aku termenung seketika. Bagai tak percaya. Saat hati aku sedang gundah gulana, gadis itu menghadirkan dirinya. Adakah dia akan menyelamatkan keadaaan ini. Membaik pulih hatiku seperti dulu-dulu.

**********************************

Pukul 12.30, aku sudah berdiri di depan pintu kaca. Aku keluar 5 minit lebih awal kerana tidak mahu bertembung dengan sesiapa. Baik Faizal, mahupun Ain. atau sesiapa saja. Aku dapat rasakan perasaanku sedikit lega dengan kemunculan Serina pagi itu.

Tak lama. Dari jauh aku lihat kereta Serina membelok ke arah bangunan lalu berhenti betul-betul di depanku. Cermin kereta diturunkan.

"Naik kereta I sajalah...."Serina menggamitku. Aku segera masuk ke dalam kereta. Selesa dan dingin. Sempat melempar pandangan ke pintu kaca. Belum ada sesiapa yang keluar makan.

"Nak makan kat mana?"Serina bersuara sambil membetulkan kaca mata hitamnya. Dia benar-benar tampak berkeyakinan. Rambutnya yang perang menyerlahkan lagi gaya kebaratannya. Seketika aku bagai tidak percaya punya seorang gadis sepertinya. Patutlah Faizal sering mencemburuiku.

"Makan kat area-area sini sajalah. You tahu kan waktu lunch I bukannya panjang sangat.."

"Bos you tak ada ke?"

"Tak..."

"So.... boleh masuk lambat sikit...."

"Tak boleh sayang...."Balasku mendatar. "Malam ni kalau you nak, I boleh spend time untuk you.. tapi hari ni I kena masuk ofis on time, ok..."

"Malam ni tak boleh la Qel..... I nak kemas rumah dulu. Emm.. ni I keluar pun mama dah bising.... I bawa balik banyak barang. Tak sempat nak kemas.."Matanya tancap memandang ke depan. "Barang you pun I tak sempat nak bawa. Weekend ni you free, kita jumpa ya..."

"Emm... tengok la nanti.... I tak janji...."Serina menoleh ke arahku.

"You ni lain la Qel.... kenapa dengan you ni? Sakit ker?" Aku tersenyum, menggeleng.

" I ok . Sihat.."

"Tak... I rasa you dah lain sikit.... you macam tak happy..."

"Kita makan kat sini je la..."Aku memotong cakapnya. Bukan untuk mengelak, tetapi kebetulan selekoh untuk masuk ke kafe yang dimaksudkan sudah dekat benar. Segera Serena memperlahankan kelajuan.

Masuk saja ke dalam kafe aku terus memesan makanan. Kebetulan tidak begitu ramai pelanggan pada waktu itu. Maka makanan yang dipesan siap dalam tempoh yang singkat. Untuk beberapa minit yang pertama, masing-masing tidak bersuara. Hanya menikmati makanan dengan penuh selera. Aku, memang kebetulan waktu itu perutku terasa lapar benar. Serina, aku tidak pasti adakah dia juga berselera kerana lapar atau terlalu gembira berjumpa denganku.

"I ada inform daddy pasal kita..."Aku terhenti mengunyah. Wajah Serina aku pandang seketika.

"You cerita apa.?"

"I cakap tentang you..... apa kerja you... macamana kita boleh kenal..... itu saja.."

"Daddy you?"

"He wish me luck!"Serina ketawa. "Daddy tak kisah lah Qel.... dia memang sporting... bila I bagitahu dia you're Muslim, dia terdiam sekejap."

"Dia marah?"

"Dia tak marah..... cuma terkejut. Dia tanya, how can his daughter in love with a Muslim guy... but I said, that's a normal matter... cinta tak kenal siapa bukan?"Serina senyum penuh makna. Aku hanya mengangguk-angguk. Tak tahu apa yang harus dikatakan. Persoalan cinta melibatkan agama?... ah... kalut! aku tak mahu terfikir sebegitu jauh. Persoalan aku dengan Ain pun belum selesai lagi. Yang ini lagi berat nampaknya!

'Eh.. you tengok siapa tu?"Mata Serena membulat bagai melihat sesuatu. Aku segera berpaling.

"Itu Faizal, bukan?" Lehernya dipanjangkan. Aku menoleh sama. Terlihat kelibat Faizal sedang berjalan masuk ke dalam kafe dengan seorang gadis di sisi. Darahku menyirap. Serina melambaikan tangannya menggamit Faizal.

"Biarkanlah mereka..."Aku mendengus tapi nampaknya Faizal telah terlihat lambaian Serina. Dia mengubah haluan, menuju ke arah kami. Saat itu aku rasakan darah panasku naik ke muka. Membuak-buak bagai ingin pecah dada.

"Hai Serena.... bila you balik?" Faizal menyambut huluran tangan Serena. Aku menjeling lelaki itu. Bila pula dia pulang ke ofis. Waktu aku keluar tadi tak ada pula.

"Malam tadi, you apa khabar?"

"Sihat.... wah... malam tadi you sampai... pagi ni dah jumpa buah hati?"Serina ketawa. Manis gelaknya, tetapi tidak mampu meredakan perasaanku. Aku sedari ada ekor mata yang sejak tadi tertumpu ke arahku. Tidak mampu aku balas renungan itu.

"You all nak lunch ker... jom lah join us.."Aku tidak mampu menghalang Serina dari terus bersuara.

"It's okay, I makan dengan kawan...."

"Siapa ni? Girlfriend baru you ya?" Serina menguntum senyum. Hatiku semakin panas. Kalau ikutkan angin gila aku ni mahu terbalik kerusi meja ni nanti.

"Eh, tak lah. Ini officemate I. Ain Fathihah. Eh, Qel tak ada bagitahu you ke? Inilah sepupu Qel...."

"Cousin?" Serena agak terkejut. Dia mengalih pandangan ke arahku.

"Hai Qel.... kau tak cerita kat Serena ker? "Faizal memandangku.

"Belum lagi...."Aku menjawab malas. "Masa Ain start kerja dulu kan Serina dah ke Paris...."Faizal ketawa kecil.

"Ain, inilah Serena yang I cerita dulu. Haiqel punya mata air..."

Ain senyum, sambil menghulurkan tangannya. Serena pantas menyambut. Nyata dia gembira dengan perkenalan itu. Aku pula yang macam cacing kepanasan.

"Okeylah... we all nak order makan dulu.. see you ..."Faizal menarik tangan Ain. Ya Allah!..... sakitnya hati aku melihatnya. Mamat ni dah terlebih benar... sejak bila pegang-pegang tangan pulak. Si Ain pun satu. Macam orang bodoh. Biarkan saja jantan tu sentuh dia. Tak ingatkan suami dia ke?

"You tak pernah cerita pun tentang cousin you tu."Serina mengalih pandangan kepadaku. Sesekali dia menoleh ke arah Faizal dan Ain yang duduk tidak jauh dari meja kami.

"Nak cerita apa. Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan.."Balasku perlahan. "She is working at my office since 3 week ago... I yang introduce dia to my boss. That's all "

"She is beautiful, right? Do you notice it?"

"I pun handsome, kan. No wonder lah dia pun cantik. We all kan sepupu." Serina ketawa.

"Sudahlah you Qel. Tak boleh puji sikit. Mulalah nak lebih...." Tapi aku sudah tak mendengar kata-kata Serina lagi. Kerana mataku, otakku dan semua pancainderaku telah beralih ke sana. Ke pasangan yang sedang leka menikmati makanan tanpa memikirkan perasaanku. Pasangan yang tidak padan langsung pada pandanganku. Ah.... perasan aku menjadi semakin tidak tentu arah. Sekejap-sekejap mataku meliar ke sana. Kenapa mereka selalu nak menyakitkan hati aku. Sengaja bermesra-mesra didepanku. Ain Fathihah, kau tak terfikirkah perasaan suamimu ini. Kenapa kau sengaja sakitkan hati aku. Tidak cukupkah ketidakpedulian kau terhadapku selama ini dan kini kau bersama pula dengan lelaki yang kurang aku gemari. Sengajakah engkau? Atau memang kau benar-benar menginginkannya.

Aku pandang Ain dari jauh. Sejauh hatiku. Entah bagaimana Ain tiba-tiba menoleh kepadaku dan mataku terus kaku.

Label:

posted by Tanpa Nama @ 1:11 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group