Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Masak betullah. Hari-hari kerja melambak. Kalau kerja melambak pekerja pun melambak takpe, ini pekerja boleh dikira. Rungut El. Tangan dan mulut sama - sama bergerak . Hey, El! Apalagi yang kau menceceh sorang-sorang ni. Kalau ada problem beritahulah kitaorang. Tegur Akmal, yang juga merupakan salah seorang pekerja di situ. Kebetulan dia lalu di situ dan terdengar El membebel sendirian. Itu yang dia pergi menyiasat tu. Tak dalah. Tapi aku jaki jipang betullah dengan bos kita tu. Kalau dah tau kerja ni melambak, carilah pekerja ramai-ramai sedikit. Ini tidak, kedekut lagi tangkai jering. Apa dia ingat kita ni robot ke, tak tau nak penat? Akmal tersengih. Baru inilah pertama kali dia mendengar El merungut pasal kerja. Selalunya dia lihat El ni cool aje kalau orang complaint sana-sini. Sudahlah El, habis kita nak buat macammana. Dia tu boss, kita ni kan pekerja. Mana ada kuasa. Dapat makan gaji pun dah kira bagus. Kalau kau penat meh aku tolong. Akmal cuba memujuk El sekaligus menolong apa yang patut, El menurut sahaja. Orang dah nak tolong tu terima sajelah. Tepat waktu rehat barulah semua kerja-kerja mengasing surat dan kiriman itu selesai. Kerja mereka bukan setakat itu sahaja, lepas rehat nanti kerja yang kedua pula menanti. Iaitu surat-surat dan kiriman yang sudah siap diasingkan akan dihantar pula mengikut alamatnya. Setengah daripadanya tadi sudah dibawa oleh pekerja yang lain. Thanks Mal, kalau kau tak tolong tadi rasanya tak rehat aku hari ini. Alah perkara kecil je tu. Lagipun kalau aku tak tolong kau siapa lagi. Kan kita dah berkawan sejak dari dulu lagi. Tolong-menolong tu adatlah. Hari ni aku tolong kau, esok kau pulak tolong aku. Akmal mula mengeluarkan hujahnya. Akmal kalau bercakap memang nombor satu. Kalau orang tak kenal lama dia memang dah lama tertipu. Yelah tu. Jadi oleh kerana kau dah tolong aku. Apakata lunch ni aku belanja kau. Tawar El. Hah, elok benarlah tu. Boleh juga save duit aku. Dia pun memang tengah nak kumpul duit ni. Bukannya apa untuk kegunaan masa depan. Heh-heh-heh. Kalau gitu jom. Tak baik buang masa. Masa itu kan emas.
* * * * * *
Tin, tin, tin, tin! Eh apasal pula kereta depan ni tak jalan-jalan. Tak nampak ke lampu tu dah hijau. El tak puas hati. Hon motor terus dibunyikan namun masih tiada reaksi. Hon kenderaan di belakang juga turut menjerit. Tambah menggamatkan lagi suasana. Masing-masing tak puas hati. El bercadang untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut. Apalagi nak marahlah. Mengganggu ketenteraman awam betul. Sewaktu dia melewati ke tepi kereta tersebut, tiba-tiba pintu kereta tersebut dibuka. Apalagi, kelam-kabutlah El mengelak kalau tidak accident juga dia di situ. Hoi, buta ke! Tak nampak ke orang lalu kat sebelah ni. Kalau tak tau undang-undang jalan raya jangan bawa kereta. Ini memang dah marah habis ni. Peduli apa El. Kalau dia geram dia main sound aje. Terguris ke tak terguris ke itu orang tu punya pasal. Dahlah kereta berhenti di lampu hijau. Ini buka pintu kereta sesuka hati aje. Apa ingat nyawa orang ni free ke. Sorry, sorry,sorry !. Ingatkan dah tak da kenderaan tadi. Nampak sangat muka serba-salah si pemandu. El ketap bibir. Tu lah lain kali tengok betul-betul. Ada mata tu gunakanlah sepenuhnya. Nasib baik aku sempat elak tadi. Kalau tidak ranap pintu kereta kau ni tau tak. El masih tak habis-habis lagi membebel. Hati tengah panas kata orang. Saya mengaku saya yang salah. tapi awak tak da apa-apa kan. Ujar pemuda itu lagi memohon maaf. El diam. Nasib baik orang tu mengaku salah, kalau tidak kena lagi ni. Hei, apasal kereta kau tak jalan. Kau ingat nak parking kereta suka-suka aje eh? Tak dalah macam tu. Kereta saya ni enjinnya mati tiba-tiba aje. Macammana nak jalan. Ujar pemuda itu yang masih boleh dikategorikan dalam usia 20-han muda lagi. Kalau tengok orangnya boleh tahan bergaya juga. Lain kali tu sebelum pandu check dulu. Kau ni pandu aje pandai..hal-hal macam ni pun tak boleh nak buat. Harap kereta je lawa. El lihat pemuda itu hanya tersenyum memandangnya. Eh, apasal kau ni senyum-senyum. Kau ingat aku suka eh? soal El apabila melihat pemuda itu tersenyum memandangnya. Bengang pulak El dibuatnya. Kereta yang memintas mereka dengan selambanya menjadi penonton. El pun dah tak kuasa nak berada di situ lama-lama. Ada banyak lagi surat dan kiriman yang belum dihantar. Eh .tak kan nak biarkan saya macam ni. Dah tau masalah saya, tolonglah tumpangkan saya ke workshop kereta. El baru sahaja nak start enjin motor tapi tak jadi. Kalau tengok daripada muka pemuda itu memang ada rupa mengharap. Actuallynya dia masih on duty lagi ni, tapi bila dah tengok muka pemuda tu macam tu tak sampai hati pula . Akhirnya terpaksalah El bersetuju. Thanks Ok. Hah, ini kad saya kalau senang nanti contactlah saya, boleh saya belanja makan. Pemuda itu menghulurkan kadnya El sekadar menerimanya. Muhd. Haikal bin Dato Salam. Pengurus Keewangan dan Pentadbiran. El sempat membacanya sekali imbas sebelum memasukkannya dalam kocek jaketnya. Jangan lupa tau. Pemuda itu mengingatkan. El sekadar tersenyum. Yelah, aku aku free. Sebelum berlalu jam di tangan diliriknya. Alamak dah lambat ni. Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan workshop itu. Ada tak sempat hantar surat nanti.
Terkocoh-kacah El bangun daripada tempat tidurnya. Tak sangka pula hari ini dia boleh terlajak bangun tidur. Ini semua gara-gara jam locengnya tak berbunyi. Sedar-sedar sahaja matahari dah meninggi. Subuh pun kira subuh gajahlah. Dalam perjalanan ke tempat kerja bermacam-macam alasan yang telah direka untuk menyelamatkan diri. Kelajuan motor pun tak usahlah dibicarakan. Kalau motor tu boleh terbang agaknya dah lama dia terbang. Semuanya ni semata-mata nak sampai cepat ke tempat kerja. Hussin, mana El? Tanya Encik Adam, sewaktu melawat pekerja-pekerjanya. Mukanya yang memang sentiasa bengis tu akan kelihatan lebih bengis lagi kalau dia sedang marah. Tak pasti pula saya encik. Selalunya kalau time-time macam ni dia dah sampai. Jawab Hussin takut campur gerun. Dia memang penakut. Apa-apa semuanya takut mengalahkan perempuan. Tak tau. Kawan sekerja sendiri pun tak tau .! Encik Adam mula mengherdik. Akmal yang berada tidak jauh dari situ sekadar mencebik sahaja. Tak da kerja lain, mengamuk saja tahunya. Mentang-mentanglah dia bos. Selamat pagi Encik Adam. Ucap El dengan tercungap-cungap akibat berlari. Entah daripada mana munculnya seorang pun tak perasan. Tahu-tahu dah terjongol sahaja di depan mata. Encik Adam yang tadinya mengarah pada Hussin kini beralih perhatian pada El. Masam saja mukanya. Gerun juga El dibuatnya. Selamat pagi. Awak tau dah pukul berapa sekarang ni? Semua yang ada di situ senyap. Memberi kesempatan pada suara Encik Adam yang tak sedap itu kedengaran. Tak tau Encik. Eh tau Encik ! Hah, kan ! tersasul-sasul dibuatnya. Habis tu, awak nak saya potong gaji awak sebab lewat datang kerja! El hanya buat dengar tak dengar. Dalam hati sebakul sumpah-seranah diberikan pada Encik Adam. Hah! Kenapa senyap? Eh, dia ni kang kalau aku menjawab kang kata pekerja tak berdisiplin. Omel di hati El. Encik Adam saya bukannya sengaja nak datang lambat. Tayar motor pancit tiba-tiba. Tah sapa punya kerja agaknya pergi buang paku tengah-tengah jalan. Jadi terpaksalah saya sorong motosikal tu pergi workshop sampai dua batu, dah sampai sana nakl kena tukar tayar lagi, lepas tu nak kena .. Cukup-cukup-cukup saya dah tau, kali ini saya maafkan awak. Tapi kalau lain kali kalau awak buat lagi tak da NO REASON, potong gaji. Faham! El tersengih. Selamat satu perkara. Faham encik. Terima kasih encik. Hem, Encik Adam mengangguk. Tak lama kemudian keadaan kembali seperti biasa. Semuanya membuat kerja masing-masing termasuklah El. Akmal sempat kenyit mata pada El. El gelak kecil. Kedua-duanya gelihati mengenangkan kebodohan Encik Adam yang kena tipu hidup-hidup.
* * * * * *
Eh. Betul ke tayar motor kau pancit? Aku tengok elok aje tadi. Tak de rupa tayar tukar pun? Soal Akmal. Saja nak tanya. Walaupun 100% dia dah tahu jawapannya. Kau ni dah berapa kenal aku Mal ? Itu semua alasan je. Pancit tipu, untuk melepaskan diri. Jawab El sambil tergelak. Aku dah agak dah. Kau mesti tipu orang tua tu punya. Taktik kau ni hanya aku yang tau. Akmal geleng kepala. Biasalah, nak hidup. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau macammana aku boleh bagi alasan tu. Idea spontan kau tau tak. Rasanya tadi aku reka idea lain. Tapi bila orang tua tu sergah aku cam gitu tadi hah, tu yang terkeluar citer tayar pancit ni. Kah, kah, kah Encik Adam kau kena tipu ngan aku. Eh .dahlah, kita ni asyik ketawakan Encik Adam aje ..kau tak nak bayar ke makanan ni? Soal El pada Akmal. Eh, mestilah nak bayar, apa kau ingat aku ader share ke ngan mamak tu? El, menoleh kiri-kanan mencari mamak nan satu ni. Manalah taukan . Akmal tersengih. Sengaja nak kenakan El. Wak lu . kan dah kena sebijik. Ah, dik kira semua ni dik. Mamak tak da anak mamak pun jadilah. $9.40 bang. RM 50 dihulurkan. Alamak duit kecik tak der ker? Soal anak mamak tu. . Sorrylah dik .itulah yang paling kecil. Akmal geleng kepala. Tak pelah saya bayarkan semuanya. Berapa ? Tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah tepi mereka. $9.40 bang. Nah. El dan Akmal hanya berpandangan. La, sapa plak yang baik hati nak bayarkan ni. Ai, tak cam saya lagi ke ? Pemuda itu menujukan pertanyaannya pada El. El buat muka seposen. Rasanya macam pernah dilihat. Tapi di mana ye? Kereta rosak . Pemuda itu menyambung kembali ..oh, kali ini barulah El teringat. Siapa nama budak ni. Dia lupa. Kad pula tertinggal di rumah. Ah ..ye baru aku ingat .. Haikal . Pemuda itu memberitahu namanya kerana dia tahu El tentu tak ingat namanya. Em . El sekadar tersenyum. Hah! Macammana dengan kereta kau hari tu dah o.kay? El bertanya sekadar berbasa -basi Semuanya o.kay. Thanks kerana tumpangkan saya tempohari. Balas Haikal. No Problem! er kenalkan ni, Akmal. El memperkenalkan Akmal kepada Haikal. Mereka berjabat tangan. El. Kini giliran El pula mengenalkan dirinya. Haikal kerut dahi, El ? rasa macam pelik sikit nama itu. El tu nama pendek dia, kalau nama panjang dia El . O.kaylah.. Haikal kitaorang sebenarnya dah lambat ni. Lain kali sahajalah kita berbual anyway thanks ah sebab bayarkan makanan tadi. Next time kitaorang bayarkan untuk kau plak. Akmal tersengih. Oh potong cakap aku. Pandai! Tak payahlah . Memang niat nak bayarkan pun. Haikal menolak. O.kaylah see you . Sempat El dan Akmal mengangkat tangan pada Haikal sebelum berlalu. Haikal hanya memerhatikan sehinggalah kelibat mereka berdua hilang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
urmm...bleh la ...lyannn