Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Rina, tutup tv tu.. Sabrina mengikut arahan. Tangisan Amir amat mengejutkan Zulaikha. Dia membawa bayi itu ke bilik tidur untuk menidurkannya. Tengku Awaludin diam. Fikirannya masih lagi sesak dengan peristiwa yang terjadi. Sekelip mata saja berbagai peristiwa terjadi. Pintu rumah diketuk dan diberi salam. Rina tengok siapa tu? Masakan ada orang nak melawat lagi! Rina berlalu ke pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Rina terkejut. Abah Tengku Awaludin memandang pada tubuh itu. Fakrul bersalaman dengan Tengku Awaludin. Hambar rasanya. Rina buat apa kat sini? Rina terkedu. Dia memandang wajah Tengku Awaludin. Soalan Fakrul dibiarkan. Mana kau pergi? Fakrul diam. Dia tahu salahnya meninggalkan Nadia tanpa khabar berita. Salah dia kerana membiarkan Nadia begitu. Dia seksa setelah mengetahui anak yang dikandung Nadia itu adalah anak adiknya sendiri, Amri. Pergaduhan kecil antara mereka berdua telah membongkar kejadian yang tidak diingini. Dia mengambil jalan mudah dengan meninggalkan Nadia. Sekarang dia dapat menerima kehadiran anak yang dikandung Nadia. Nadia tidak bersalah. Amri yang bersalah dalam hal ini. Jadi dia mengambil langkah pulang setelah berbulan- bulan ke Afrika Selatan dan duduk di sana. Dia ingat hari ini adalah tarikh yang dijangka oleh doktor Nadia akan bersalin. Dia telah ke hospital sebelum ke rumah ini, tetapi jururawat yang bertugas mengatakan Nadia telah keluar pada jam 8 pagi. Kau tak perlu lagi dirumah ini! Fakrul terkejut. Maafkan saya abah. Saya sedar silap saya! Saya minta ampun! Saya janji saya tak ulangi lagi. Saya sayangkan Nadia. Saya nak jumpa dia! Sabrina menangis. Tengku Awaludin sebak. Dia tak perlukan kamu lagi. Dan kami juga tak harap kamu pulang! Mulai dari saat ini, pergilah ke mana juga kamu ingin pergi. Tak siapa yang melarang! Fakrul melutut. Air matanya menitis. Saya minta ampun abah. Berilah saya peluang untuk berjumpa Nadia walau sekejap! Tolonglah saya abah! Saya rindukan dia! Fakrul! Fakrul berpaling. Dia menerpa pada mama. Mama.. Rul nak jumpa Nadia maa Rul sayangkan dia! Zulaikha meleraikan pelukan Fakrul. Ditahan perasaannya. Semua anaknya sama saja. Air matanya sudah kering untuk menangisi pemergian dan nasib Nadia. Fakrul terkejut. Semua orang dalam rumah ini bersikap hambar padanya. Fakrul nak jumpa Nadia mama! Zulaikha merenung tajam wajah Fakrul. Betul kau nak jumpa Nadia? Fakrul mengangguk laju. Rina! Bawakan Fakrul ke tempat Nadia. Biar dia disitu. Biar dia sendiri yang minta ampun dengan Nadia! Sabrina meminpin Fakrul. Mereka ke tanah perkuburan dalam gelap. Fakrul kaku melihat kereta yang dibawa Rina masuk ke kawasan perkuburan. Rina keluar dan membuka pintu sebelah pemandu. Aku nak jumpa Nadia! Kenapa bawa aku ke sini? Rina diam. Dia menarik tangan Fakrul dan berjalan ke satu sudut dimana letaknya kubur Nadia. Fakrul memandang dengan tanda tanya. Kau nak jumpa Nadia sangatkan? Itulah dia! Kau minta ampun pada dia! Fakrul terkejut. Dipandangnya wajah Rina dan kubur yang tanahnya masih merah bersilih ganti. Kau tengok apa lagi? Dalam tanah itulah letaknya Nadia! Nadia ada di sana! Fakrul terkejut. Kakinya lemah. Melutut pada tanah yang masih basah. Digenggam tanah merah yang liat. Kau memang patut minta ampun pada Nadia! Dia inginkan kau ketika perit maung melahirkan anak yang tidak berdosa. Mana kau masa tu? Mana kau masa dia melaung dan menjerit nama kau Fakrul? Suami jenis apa kau nie? Kau tinggalkan dia dalam keadaan yang terseksa. Kau biarkan dia mati tanpa dapat menatap wajah anaknya walau sesaat! Fakrul terkejut. Hatinya dilanda perasaan bersalah yang amat sangat. Dia menangis. Sabrina meninggalkan Fakrul dengan perasaannya. Nadiaaaaaaaa!!! Dia amat kesal. Wajah yang amat dirinduinya telah tertanam di dalam tanah itu. Dia menangis kesal. Dia kesal tidak bertanya pada Nadia! Dia kesal tidak bersama Nadia dalam pertarungan melahirkan anak mereka. Nadia masih suci. Kesal kerana dia tidak memegang janji- janjinya pada Nadia. Nadiaaa!! Maafkan abang. Abang sayangkan Nadia!! Maafkan abang!! Abang kesal!! Nadiaaa!! Fakrul menatap wajah bayi yang didukung oleh mamanya. Wajah bayi itu tulus suci. Bersih dari segala dosa. Dia mencium lembut dahi Amir Rizal. Matanya lembut seperti milik Nadia. Kulitnya putih mulus, juga seperti Nadia. Segala yang ada pada bayi itu memang kepunyaan Nadia. Air matanya mengalir lagi. Dia berikrar untuk menjaga amanat Nadia. Rina nak pergi? Rina perlu balik auntie. Rina taknak tinggal sehari dua lagi? Tak perlulah auntie. Nadia ada tinggalkan surat untuk auntie, uncle dan Fakrul. Rina menghulurkan sampul surat yang berwarna coklat cair pada ketiga- tiga mereka. Fakrul diam. Amir Rizal didukung Rina. Rina mencium pipi lembut milik Amir Rizal. Air matanya juga gugur. Fakrul, Tengku Awaludin dan Zulaikha terduduk sesudah membaca surat tinggalan Nadia.
Assalamualaikum buat abang, abah dan mama.
Nadia sayangkan semua yang hidup dalam kehidupan Nadia. Nadia ingin hidup bahagia. Nadia bahagia Nadia ada daddy dan mama. Cuma nasib Nadia mereka tidak menerima Nadia. Hidup Nadia diterangi cahaya apabila uncle dan auntie Ika sudi menerima dan menjaga Nadia. Tak kurang walau sikitpun kasih sayang yang uncle dan auntie curahkan. Jikalau uncle dan auntie boleh anggap Nadia bagai anak sendiri, mengapa tidak Nadia anggap Fakrul dan Amri sebagai abang kandung Nadia? Nadia kasihkan pengorbanan dan kasih sayang uncle dan auntie. Tetapi semuanya gelap setelah Amri memperkosa dan sekaligus telah meranapkan kepercayaan Nadia pada Amri. Kerana mengenangkan jasa baik uncle dan auntie kerana membenarkan Nadia tinggal dirumah ini, membuatkan Nadia menyimpannya sebagai rahsia. Segala rasa hati Nadia curahkan pada Sabrina. Hanya dia beradik Nadia yang Nadia kasihi. Nadia masih mengharapkan sinar dari daddy dan mama. Tetapi hampa, Nadia bersyukur Nadia masih punyai uncle yang amat mengambil berat akan kebajikan Nadia sehingga diberi kepercayaan untuk memiliki saham syarikat uncle. Nadia mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih pada uncle. Nadia ingatkan Nadia sudah bahagia. Awan mendung yang pernah meneroka diri Nadia sudah hilang. Rupanya hanya sementara cerahnya. Awan itu kembali merajai jiwa Nadia. Amri juga orangnya. Nadia amat kecewa pada orang yang amat Nadia sayang dan orang yang Nadia anggap macam abang sendiri sanggup merosakkan Nadia. Buat abang Fakrul, kasih yang abang curahkan amat membahagiakan diri Nadia. Nadia sangka Nadia tidak layak berada dalam hati seseorang. Rupa- rupanya sangkaan Nadia meleset. Nadia tahu abang pasti kecewa andai dapat tahu siapa ayah sebenar pada anak yang Nadia kandungkan. Nadia faham bang Nadia sedar mana letak duduk diri Nadia. Cuma Nadia amat berterima kasih pada abang, abah dan mama kerana memberikan Nadia bahagia yang selama ini Nadia fikirkan amat mustahil bagi Nadia memilikinya. Terima kasih. Abang jagalah anak ini baik- baik. Nadia hanya anggap abang sebagai bapa kandungnya. Nadia cintakan abang Ampunkan segala makan minum Nadia. Juga kesilapan yang Nadia lakukan samada Nadia sedari ataupun tidak. Nadia rindukan abang. Maafkan Nadia mama, uncle. Kirim salam buat daddy dan mama. Walau bagaimanapun, mereka masih keluarga Nadia. Nadia sayangkan mereka dan juga keluarga ini. Pesan pada anak ini, ibunya amat kasihkan dia. Ibunya akan sentiasa berada disisinya dalam apa jua situasi.. Wassalam.
Nadia Natasya bt Tengku Norman
Air mata berjujuran di pipi mereka. Tangisan Amir Rizal mengejutkan semua. Tinggal lah kenangan Nadia di dalam keluarga ini. Semoga Nadia dapat menemui bahagia yang dia inginkan di alam sana.
boring tul la. asyik sad ending je. dah 3 hari aku tinggalkan kerja kat atas meja tu dah belambak jadinya hanya nak baca cite best ni. tapi sakitnya hati bila dapat ending yg macam tu.
suka la crita nii....buatkan filem @ drama siok ni....meletoopp lebih dr filem maria masiana, sembilu kasih....betul ni...tp mesti ada director yg ada feeling mcm penulis crita nii....
x sangka betul malang yg bertimpa2 menyinggahi nadia... tabah betul dia mengharungi dugaan w/pun diperkosa 2 kali oleh lelaki yg sama, diputuskan tunang oleh Iskandar dan ditinggalkan Fakrul ketika diri dirudum malang...
Pengolahan cerita oleh penulis memg bagus... Berlakunya beberapa kejadian yg x disangka spt keputusan Iskandar yg ingin memutuskan tunang setelah mengetahui Nadia mengandung dan keputusan Fakrul utk menjadi 'kambing hitam'...
Siapa sangka Nadia setabah itu mengharungi dugaan Allah yg menyinggah dirinya...
Kalaulah benar semua ini berlaku di dunia realiti..sy rasa tentu gadis yg malang itu akan membunuh diri...
Batapa tabahnya Nadia Natasya..
Hhmm...sy selalu suka baca novel @ cerpen yg berkisarkan cinta dan part2 romantis yg tinggi menggunung.. Tapi, novel ini membuatkan sy ingin meneruskan pembacaan sy w/pun pd dsrnya sy x minat genre novel begini...
TAHNIAH BUAT PENULIS yg dpt meragut jiwa pembaca dengan cerita yg hebat begini... Diharapnya, usaha akan diteruskan utk menghasilkan novel yg lebih mantap lagi!!!
Salam sayang dari Nadenka a.k.a Farah yg menyinggah seharian utk membaca novel di sini...
2 ar, sedih sgt2..ingtkn si iskandar 2 bleh ala terima nadia ngn baby dlm kndungan skali.. i2 la lelaki.. cmne p0n sifat egonye msti ade...
nway name aku nadia gak.. n name adik aku lak natasya..huhuu..hopefully nasib ktorg x kn malang cm nsib nadia natasya dlm cite ni..mntk dijauhkn..AMIN..
to writer > citer u best.smpai nangis bce.huhuhu.citer nie first bce ending die sedih.tabahnye seorang perempuan yg bernama 'Nadia Natasya'.buat citer yg best2 ag tau.citer yg hepy ending lak au. chaiy0k2.good job.-na`dz
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sad ending ni yang xbest..eja