Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
''Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
''Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
''Banna, cedera nta teruk ke?''
''Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
''Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''
''Lupakanlah .. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni,''
'' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
''Tak per, Umar. Lupakan Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
''Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang .luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
''Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,''
''Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,' balas Banna. Mengharap.
*******************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
''Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.
''Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang,''Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya. Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
''Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,''
''Tunjuk apa?''
''Abang kena janji takkan marah?''
''Kenapa abang nak marah pulak?''
''Janjilah dulu sayang ''
''Okey,abang janji takkan marah Fika,''
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
''Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?''
Gurlp! ''Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.
''Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.
''Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!''
''Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang '' Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
''Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,''ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
''Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
''Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
''Tapi ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,''
''Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
''Jom balik!'' Umar mengajak pulang.
''Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!'' wajah Fika penuh keliru.
''Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''
''Abang nak balik '' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
''Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
Bahagian Sembilan
''Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya sebak.
''Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.
''Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.
''Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!'' luah Umar penuh kesalan.
''Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar .kembali bersama kami,'' Banna memujuk.
''Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,'' lembut kata-kata Hizbi.
''Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.
''Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,'' Umar betul-betul menyesal.
''Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini )
************
''Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah,'' Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
''Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da'wah,'' tambah Maziah.
''Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,'' Asiah Yusro bersuara kesal.
''Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,'' Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.
''Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,'' Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.
'' Tapi, tak semua sahabat begitu nak tak nak, kita kena baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul da'wah,'' Asiah Yusro berbaik sangka.
''Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah '' Asiah Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
''Astargfirullah! Lagho ana nanti '' Maziah membulatkan mata.
''Maaf, ana gurau je..'' Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu,
''Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,'' Maziah pula yang mengusik.
''Ish, tak de lah. Siapalah ana .'' Asiah Yusro merendah diri.
''Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya,'' Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)
''Mana nti tahu?'' dia terkejut bila rahsianya terbongkar.
''Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita .
Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,''Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan da'wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang masihkah dia setia menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da'wah idaman bersamanya ) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.
Maziah menyergahnya.
''Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat,'' Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.
''Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali dulu,'' Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.
''Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,''
''Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?'' terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.
''Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?'' Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
''Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,''
''Abang, bimbinglah Fika,''terus merayu.
''Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang,''
*********************************
Bahagian Sepuluh
''Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,'' Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.
''Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,''. Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.
''Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil berhujah matang.
''Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?'' Faizi menduga.
''Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
''Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.
''Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
''Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.
''Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak lupa memainkan peranannya.
''Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
''Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
''Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
''Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
''Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?'' Masing-masing terdiam.
''Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah .. Ada yang sanggup?''
''Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
''Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr Azmin membuka minda mereka.
''Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi '' Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
''Teruskan Hanif .'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
''Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!) hati Umar berbisik.
''Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah,'' Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
''Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,''
''Nta ni Hanif kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,''Dr Azmin bersuara.
''Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia .''
''Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,''
''Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan .malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.
''Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.
''Asiah Yusro '' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan