Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jaja terus merenung pantai yang dihempas ombak berulang kali.Walaupun berterus-terusan dihempas&perlahan atau kuat,mereka tetap tidak berubah& tetap merelakan diri mereka dihempas.Alangkah setianya pantai pada ombak. Jaja berkata sendiri.
Tapi itukan dah lumrah alam.Dihempas dan menghempas. atinya yang tak setuju menjawab. Jaja mempertahankan dirinya. Jaja merayu pada akal.
Dia dah enam tahun pergi, Ja .Yang mati tetap mati.Tapi hang masih hidup. Hang perlu ada kehidupan.Usia hang dah masuk 28 tahun nih.Hang nak jadik anak dara tua? bantah hatinya. Jaja terus merenung pantai,hanyut dalam alam ciptaannya sendiri.Pandangannya terus dilemparkan ke laut lepas Pantai Chenang itu.Betapa asyik dia menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan itu.Tidak jemu-jemu dia dengan alunan deru ombak menghempas pantai.Tidak jemu dia bercinta dengan hembusan angin pantai yang sentiasa menyapa wajahnya dengan lembut.Terasa damai dan asyik. Itu lah dia,Jaja.Seorang wanita berjaya dalam kerjayanya tapi bukan dalam hidup peribadinya.
Jaja terus asyik bersama dengan memori-memori indah hidupnya yang lalu. Hanya kerana memori-memori indah itulah Jaja akan terlempar ke persisiran Pantai Chenang itu saban tahun.
Abang&Jaja rindukan abang. Itulah kalimah yang sentiasa meniti dibibir mungilnya.Kalimah yang tidak pernah jemu diungkapkan.
Abang&Jaja kembali ke sini lagi.perlahan Jaja menuturkan luahan hatinya.
Angin yang bertiup terus membelainya.Jaja memperbetulkan tudung putih yang dipakainya yang senget ditiup hembusan bayu petang.Kaca mata yang berwarna biru di tanggalkan dari terus bertenggek di atas hidungnya, yang selama ini melindungi pandangannya dari terik mentari.
Jaja menarik nafas panjang dan melepaskan satu keluhan berat di pendengaran, sedangkan matanya masih belum lepas daripada laut yang luas terbentang di hadapannya. Hatinya berkocak apabila melihat pasangan teruna dara riang ria memadu kasih bersama di tepian pantai.Alangkah bahagia dan indahnya saat-saat itu.Dia cemburu pada mereka yang melalui saat-saat itu. Dulu Jaja juga begitu.Senantiasa riang bersama tunang yang amat dicintainya, tunang yang dicintainya dengan sepenuh hati. Sememangnya kebahagiaan memang pernah menjadi miliknya.Tapi itu hanya enam tahun dulu.
Kepiluan ditinggalkan amat menyesakkan dan melemaskan kehidupan Jaja kerana Jan adalah cintanya yang pertama dan baginya hanya Jan yang mampu mencintainya dengan sepenuh hati. Hanya kerana itulah selepas kepulangan Jan ke rahmatullah enam tahun lalu, Jaja menerima tawaran dari syarikatnya bekerja untuk bertukar ke Taiwan dan dia berada di sana selama empat tahun.Namun empat tahun di Taiwan tidak pernah dapat meluputkan ingatan Jaja pada Jan yang amat dicintainya Walaupun empat tahun di Taiwan, Jaja tetap selalu pulang ke Malaysia kerana tuntutan tugas yang memerlukannya berulang alik antara Taiwan dan Malaysia. Tapi Jaja akan pastikan pada tanggal 10 Februari setiap tahun dia akan berada di pulau lagenda ini.Menyambut ulang tahun hubungan cinta mereka yang tidak pernah luntur.Dan kini Jaja kembali ke Malaysia sejak dua tahun yang lalu dan mungkin untuk selama-lamanya.
Masih segar di ingatannya,semasa di bumi asing Taiwan, dia sering membawa diri ke Green Island ataupun Lutao.Terasa teramat tenang dengan keindahan alam yang mempersonakan itu.Walaupun perjalanan ke sana agak memenatkan Jaja tetap akan ke Lutao,kerana dia berasakan ketenangan selepas dibelenggu kesibukkan tugas dan rutinnya di Taipei.Perjalanan dengan kapal terbang dari Taipei ke Taitung mengambil masa lebih kurang 50 minit dan dari Taitung dia akan mengambil feri ke pulau hijau itu. Pelayaran selama hampir sejam itu sentiasa menggamitnya,hanya kerana keindahan dan kedamaian dia sanggup harungi perjalanan hampir dua jam daripada Taipei itu. Sering hati dan akalnya bergaduh hanya kerana berbeza pendapat.Hatinya memintanya agar terus setia bersama cinta Jan sedangkan akalnya pula memintanya melupakan Jan dan memulakan hidup baru.Hanya kerana itulah Jaja bertukar ke Taiwan tapi, Jaja tetap Jaja.Cintanya tetap pada Jan.
Aku tak mungkin akan jatuh cinta pada lelaki lain. hatinya mempertahankan arwah tunang kesayangannya.
.Tapi sebagai wanita yang sempurna hang tak dapat lari daripada tuntutan alam. Hang perlukan lelaki sebagai teman hidup.Itulah wanita yang sempurna! akalnya masih cuba mendesak Jaja melupakan Jan.
Tapi aku tak sanggup melupakan dia.Aku tak sanggup mengkhianati cinta kami. hatinya menolak kata-kata akalnya.
.Siapa kata hang akan mengkhianati cinta itu. hang akan hanya bergelar pengkhianat cinta kalau dia masih hidup tapi dia dah lama mati.Dah enam tahun, Jaja. Dah enam tahun. jerit akal Jaja.
Tak mungkin ada lelaki lain yang mampu mencintai aku sebagaimana dia. Jaja tetap mempertahankan cintanya pada Jan.
Mana mungkin untuk aku berkahwin dengan lelaki lain sedangkan dalam jiwa aku tak pernah wujud ruang untuk insan yang bergelar lelaki selain daripada dia.Aku tak mau hidup lelaki yang menjadi suami aku sia-sia dan aku jugak tak mau hidup aku tak keruan,tak ada hala tuju. Jaja masih terus berperang dengan hatinya.
.Jaja& hang memang bodoh&apa gunanya kau terus begini?Saban tahun hang akan ke sini&bercuti konon!Hang boleh bohongi semua orang tapi bukan aku.Aku akal hang sendiri& hang ke sini semata-mata kerana di sinilah kenangan cinta kalian yang paling manis.Aku saksi kenangan itu.Apakah itu tidak mensia-siakan diri kau?Kalau bukan sia-sia apa yang kau panggil ini semua?
Cukup hati&cukup!!!Jangan di dera lagi hati aku!Salahkah aku ke mari untuk berehat? Salahkah aku kalau aku inginkan ketenangan?Salahkah aku kalau aku merinduinya? Soal Jaja bertalu-talu pada hatinya.
.Salah tu tak salah kalau hang sekadar merindui dan mengenanginya.Tapi ia dah memudaratkan bila hang sia-siakan umur hang kerana dia.Hang perlu teruskan kehidupan yang ada dengan sempurna,Jaja.
Apakah hidup aku belum cukup sempurna?Aku berjaya dalam kerjaya aku.Aku punya kehidupan sendiri.dan aku bahagia hidup begini. Jaja mempertahankan kehidupannya.
.Hidup seorang wanita takkan sempurna tanpa seorang lelaki bergelar suami, Jaja. Jangan kau nafikan kenyataan itu. Jaja terdiam mendengarkan itu.
Dia melepaskan keluhan berat.Jaja bangun dari atas pepasir.Dia mengibas-ngibas buntutnya.Dia memperbetulkan tudung dan pakaiannya supaya kembali kemas.Bayu laut yang bertiup amat menyegarkan.Tapi hatinya tidak sesegar itu. Sejak enam tahun yang lalu dia pasti akan ke sini, AB Motel di Pantai Chenang Langkawi itu... sekurang-kurangnya untuk seminggu!
Walaupun sudah enam tahun tunangnya kembali ke rahmatullah&dia tetap merasakan tunangnya masih hidup!Masih bersamanya. Jaja menyusuri pantai.Di pantai itulah dia menyulam cinta bersama tunangnya yang tercinta.Segala kenangan itu bagaikan sentiasa hidup bersamanya.Tawanya& tangisnya& di situlah dicurahkan segala rasa yang terpendam sejak enam tahun yang lalu. Cinta yang terkubur&terpisah antara dua alam itu tidak pernah menyusutkan cintanya buat satu-satunya lelaki yang dia cintai sejak dibangku sekolah itu.Cinta yang dipupuk ketika di zaman remaja itu terus membelenggunya walaupun allahyarham tunangnya telah meredai untuk dia bersama lelaki lain selepas dia pergi.Namun bagi Jaja,cintanya hanya buat Jan.Jan hanya satu, bukan dua atau pun tiga.Tiada siapa yang mampu untuk mencintainya seperti tulusnya Jan mencintainya. Dan Jaja terus terbelenggu dan hidup dalam mimpi.Berkali-kali pinangan yang masuk ditolak.Kerisauan ibu bapa dan kaum keluarga ditolak tepi.Nasihat teman-teman dan kaum kerabat bagaikan air dicurah ke daun keladi.Segalanya sia-sia. Demi Jan,Jaja telan segala kepahitan hidup sendirian.Hanya untuk Jan yang telah prgi enam tahun lalu dan demi cinta yang tidak pernah susut apatah lagi mati.Segalanya demi cinta itu.
.Terserah lah Jaja.Hang dah cukup dewasa la.Hang patut tahu hala tujumu, masa depanmu. Tapi fikirkanlah,Jaja. akalnya lebih senang membiarkan Jaja berfikir sendiri.
Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah mereka berdua. Jan dan Jaja melangkah penuh yakin sebaik sahaja feri Lada berlabuh di jeti Kuah itu.Jan menggenggam erat jari-jemari Jaja,tunang yang amat dicintainya.Jan menyewa sebuah proton perdana berplet nombor KV 8610B untuk kemudahan mereka selama seminggu di Pulau Lagenda itu. Kereta yang dipandu Jan meluncur laju menuju ke arah sebuah resort yang terletak betul-betul dipinggir Pantai Chenang.Sebaik sahaja sampai ke resort yang di panggil AB Motel itu, mereka terus check in.Selepas kali ke tiga mereka bercuti ke pulau itu mereka mendapat sebuah chalet yang betul-betul bertentangan dengan laut.Itulah chalet yang bernombor RC-23.
Wow,cantiklah pemandangan dari sini sayang. Teriakan Jan di beranda mengejutkan Jaja yang berada di dalam di atas katil,mengemaskan apa yang perlu. Jaja melangkah mendapatkan Jan di beranda.Jaja memeluk Jan dari belakang.
Bolehlah Jaja tunggu sunset dengan sunrise hari-hari kalau macam ni.Jan memegang erat jari-jemari Jaja yang masih memeluknya dari belakang itu. Jan tahu tunang kesayangannya itu boleh duduk sepanjang hari di tepian pantai tanpa jemu dan diapun takkan
Pukul berapa abang nak pi rumah Nazrol?Jaja meleraikan pelukannya dan berdiri di sisi Jan. Jan asyik sekali,langsung tidak didengarnya soalan Jaja.
Abang,Jaja tanya ni rengek Jaja pada Jan. Jan terpinga-pinga melihat Jaja dan terburai tawanya melihat Jaja menarik muka empat belas dan muncung sedepa.
Apa Jaja tanya abang tadi? Pukul berapa abang nak ke rumah Nazrol? Jan menarik nafas panjang dan melepaskannya,kedengaran seperti satu keluhan.
Awat?Nak halau abang cepat-cepat ka?Jan mengacah Jaja. Jaja menarik muka masam mendengar usikan Jan itu.
Mana ada.Tanya saja.Takkan itupun tak boleh.Jan tertawa apabila Jaja mencebikkan bibirnya pada Jan.
Sebelum maghrib la sayang,lewat-lewat nanti apa pulak orang kata.Tak maniskan?
Abang mana manis,masam ja yang ada,berkerut muka Jan mendengar loyar buruk Jaja.
Terkena aku. Jaja tersenyum memandang wajah Jan yang sentiasa kelihatan tenang dan bersih itu.
Jan mendepangkan tangannya dan menarik Jaja ke dalam dakapannya.Jaja tersenyum,terasa kebahagiaan miliknya apabila berada dalam dakapan Jan seperti itu. Kepalanya dibenamkan ke dada Jan. Angin pantai yang menghembus sungguh mengasyikkan dan mempersonakan.
Jaja terus terleka dengan keindahan dan ketenangan laut bebas lepas itu.Dia merasakan dirinya melayang-layang,terbang bersama camar dan burung-burung yang penuh riang ria.Itulah perasaannya ketika itu. Betapa dirasakan dirinya terlalu bahagia kerana memiliki cinta Jan,dicintai dan mencintai dengan sepenuh hati.Sehinggakan baginya,tiada insan lain yang mampu mencintainya seperti mana Jan ikhlas mencintainya dan sebegitu juga rasa cintanya pada Jan.Betapa dia juga mengharapkan percintaan mereka itu kekal bahagia dan abadi hingga ke akhir hayat.Hanya itu pintanya.Hanya itu harapannya. Jaja ketawa melihat muka Jan yang berkerut itu.Jan menarik Jaja turun dari beranda chalet dan berlari-lari anak menuju ke tepian pantai.Tangan mereka sentiasa bertaut sambil membiarkan air membasahi kaki mereka. Jan sentiasa tahu bagaimana mahu membahagiakan,memanjakan dan mencintai Jaja.
taw xpe. budaye ape la yg author nak cube tunjukkan kat cni..mlayu moden?mlayu jahil?mlayu b****?elakkan buat crite sebegini. pembace terdiri dari pelbagai range umur..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam.. jan n jaja ni dah kawin ke belum? kalu belum, haram berpelukan kan? knp buat novel mcm ini.. sedihnya