Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hai,sayang. Jaja terlompat bangun daripada meniarap menghadap buku rujukan Network Analysis.Dirangkulnya tuan punya suara itu.Rangkulannya di balas mesra oleh Zulhuzaimy.
Sayang rindu kat abangtanya Zulhuzaimy lembut.
Jaja mengangguk-angguk perlahan.Rangkulan kemasnya masih belum dirungkai. Zulhuzaimy menarik Jaja duduk di atas ribaannya.Di atas ribaannya,Zulhuzaimy memperkemaskan pelukannya pada Jaja.
Tak,abang tak kacau.Jaja rasa lebih semangat nak study bila abang disisi.Jaja merengek manja.
Habis tu kenapa Jaja tak mau tinggal dengan abang Zulhuzaimy menduga Jaja.
Jaja takut menganggu jadual shooting dan training abang nanti.Iyelah,mana abang nak jaga kebajikan Jaja lagi,nak training lagi,nak show lagi,nak shooting lagi, nak promotion lagi
Berapa banyak lagi Jaja nak bagi kat abangpintasan Zulhuzaimy pada kata-kata Jaja itu meledakkan tawa mereka.
Abang sayang sangat dekat Jaja.Kalau boleh abang tak nak berpisah walaupun sesaat dengan Jaja.Jaja tersenyum mendengar kata-kata Zulhuzaimy.
Terasa bahagia dilayan dengan kemanjaan begitu. Didekatkan kepalanya ke dada Zulhuzaimy yang bidang itu.Terasa tenang dan cukup disayangi bila dalam keadaan begitu. Zulhuzaimy kembali mengemaskan rangkulannya.
Degupan jantung abang bagaikan memberitahu Jaja bahawa nama Jaja berada dalam setiap degup jantung abang Jaja tahu abang memang benar-benar ikhlas mencintai Jaja.
Jaja, Jaja tak menyesal menerima abang sebagai suami
Sudah tentu tidak.Abang cukup mengasihi dan banyak bertolak ansur dengan Jaja. Jaja juga amat sayangkan abang.
Jaja ada apa-apa kelas atau rancangan malam niJaja menggelengkan kepalanya.
Kenapasetelah lama membisu Jaja bersuara.Asyik dengan renungan mata Zulhuzaimy.
Kita keluar dinner lepas tu kita pegi tengok wayang.Dah lama kita tak pergi dating kan , sayang.Jaja tersenyum dan merengek manja. Zulhuzaimy mencium dahi isteri yang amat dikasihinya itu.
Demimu isteriku, kanku curahkan segalanya demi kebahagiaan dan keceriaanmu. Aku cinta padamu.
Buat mu sang suami, segalanya milikmu!
Abang lama sikit kat sini,yapinta Jaja pada Zulhuzaimy.
Sayang tak sibukAssignment,testJaja menggeleng.
Jaja dah siapkan semua assignment Jaja.Lagipun test lambat lagi.Minggu depan baru ada test itupun hujung minggu.Jaja dah ready sikit-sikit.Jaja nak abang. rengek Jaja lagi.
Hmnanti abang call diorang cakap abang nak rehat dua tiga hari daripada training. Kata-kata Zulhuzaimy itu mengganggu Jaja.
Jaja ganggu training abang ka Zulhuzaimy tersenyum,dia tahu yang Jaja cukup takut kalau-kalau dia mengganggu waktu latihan mereka.
TakCuma latihan biasa saja.Bukannya ada apa-apa show.Show teater terbaru abang pun lambat lagi.Jangan la Jaja risau. Zulhuzaimy membelai lembut rambut Jaja panjang mengurai, melebihi bahu itu.
Betul niJaja masih inginkan kepastian.
Mama ngan papa macamana, sihatramah Jaja bertanya keadaan kedua ibu mentua nya yang baik hati itu.
Alhamdulillah,mama sihat, papa pun sihat.Cuma papa sekarang ada di Sarawak. Main golf dengan kawan-kawannya.Mama tak mau ikut sebab nak jumpa ngan Jaja minggu ni.Sebab katanya dia dah terlalu rindukan Jaja. Jaja tersenyum apabila mengenangkan ibu mentuanya yang amat rapat dengannya walaupun baru beberapa bulan dia bergelar seorang isteri kepada anak sulungnya.
Jaja free tak hujung minggu niJaja mengangguk.
Jaja pun dah rindukan mama.Mama baik sangat dengan Jaja sampaikan kadang-kadang Jaja takut kalau-kalau ada perlakuan Jaja yang melukakan hati mama dengan perangai Jaja yang kebudak-budakkan nih.
Assalamualaikum Jaja terus memeluk mama sebaik sahaja wanita tua itu beralih untuk mencari suara yang memberi salam.
Ya Allah, Jaja. Nasib baik jantung mama kuat lagi,kalau tidak mama seakan mengugut Jaja.
Ala mama ni, orang nak gurau-gurau pun nak ambik hati. Tak nak kawan lagi la dengan mama. Mama ketawa besar mendengar rajuk Jaja sambil dicebikkan mulutnya. Mama merangkul Jaja kembali. Bertalu-talu diciumnya pipi menantu kesayangannya kiri dan kanan.
Rindu betul mama dengan Jaja.
Macam tu Jaja balik sorang la lain kali. Achik tak mau balik la. Mama bukan rindu kat achik pun. Zulhuzaimy berpura-pura merajuk. Mama ketawa besar. Riang hati tuanya dengan kehadiran anak menantu yang amat ditunggu-tunggu.
Mama sihat Tanya Jaja sopan.
Sihat, sayang. Lagi sihat bila jumpak Jaja. Jaja tersenyum lebar mendengar kata-kata ibu mertuanya itu.
Mama nak bodek Jaja kan gurau Jaja. Zulhuzaimy yang berdiri di sebelahnya merangkul pinggang Jaja dari tepi.
Jaja mendongak dan tersenyum manja kea rah suaminya itu. Mama gembira melihat kemesraan dan kegembiraan mereka berdua. Jaja meminta diri naik ke bilik untuk menukar pakaiannya. Baju kurung biru muda dan tudung putih disangkut kemas ke almari. Jaja menyarungkan dress berwarna krim tanpa lengan yang hanya separas lutut ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang dismpulkan dan dikemaskan dengan penyepit rambut untuk kelihatan kemas. Jaja tidak mahu berserabut ketika di dapur. Setelah puas hati dengan penampilan dirinya Jaja turun mendapatkan Zulhuzaimy dan mama di ruang tamu. Zulhuzaimy tersenyum meleret menyambut isterinya yang sedang menuruni tangga.
Cantikkan dia,ma
Secantik budi dan kasih dia achik. Balas mama pada Zulhuzaimy. Jaja mengambil tempat disisi mama dan berhadapan dengan Zulhuzaimy.
Dengar kata papa pergi Sarawak,ma Kenapa mama tak ikut Jaja melentokkan kepalanya ke bahu mama. Sejuk hati mama apabila menantunya itu bermanja dengannya.
Malas la mama. Bukannya best pun nak ikut dia main golf tu.Dia sedap-sedap main kita macam orang bodoh ikut dia terpacak tengah padang golf tu. Dok rumah dengan Jaja lagi best. Mama membelai mesra rambut Jaja yang tersimpul kemas itu.
Ma, nak masak apa hari ni Lapar la Potong Zulhuzaimy. Mama tersenyum meleret.
Achik dengan Jaja nak makan apa Jaja nak makan kerabu daun salom dengan sambal kari ikan sardin tapi bukan ikan sardin tin tau ma, ikan sardin fresh punya. Kata-kata Jaja yang bersahaja itu meledakkan tawa mama dan suaminya.
Achik nak makan terubuk goreng inti sambal. Itu aje. Mama menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Mama nak makan apa tanya Jaja pada mama.
Mama makan apa yang anak-anak mama makan, yang penting anak-anak mama ada dengan mama. Zulhuzaimy merapati dan duduk bersandar di kaki Jaja sambil kepalanya diletakkan ke ribaan mama.
Jaja mengusap lembut pipi suaminya itu. Mama merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi. Baginya tiada apa lagi yang diingininya selain kasih sayang yang tidak bertepi dari suami dan anak menantunya. Mama benar-benar bahagia.
Bab 12
Jaja tenang study di aras tiga perpustakaan.Tenang sekali suasana di aras itu.Pada waktu tengahari sebegini sememangnya tidak ramai siswa siswi yang tega untuk belajar apatah lagi dalam waktu makan tengahari ini.Lagipun rasanya mata lebih sedap terlelap daripada terbuka menatap buku-buku rujukan yang sebenarnya amat membosankan itu dan menyesakkan kepala dengan formula-formula dan takrif-takrif yang sukar difahami.
Jaja terus menatap dan menelaah dengan penuh khusyuk buku rujukan Network System yang mana diperlukannya untuk menyiapkan tugasan subjek Network Analysis III.Walaupun berada di rumah lebih tenang,namun Jaja lebih suka berada di perpustakaan kerana dia pasti tertidur waktu-waktu begini kalau berada di rumah. Katil seakan melambai-lambainya untuk merebahkan badan dan sudah pasti akan di ulit mimpi. Lagipun Jaja malas hendak kembali ke rumah alang-alang dah berada di kampus walaupun kelas Linear System II telah di batalkan. Di sisi Jaja kelihatan beberapa buah buku berkulit tebal sehinggakan dia kelihatan agak tenggelam di balik timbunan buku.Namun Jaja merasakan masih ada yang kurang. Jaja bangun dari kerusi dan melewati satu demi satu rak yang menempatkan pelbagai buku rujukan buatnya.Penat berdiri,Jaja bersila di atas lantai sambil terus membaca dan meneliti sama ada buku itu sesuai ataupun tidak.
Gentle menaiki tangga hingga ke tingkat tiga.Perpustakaan itu kelihatan agak lengang.
Kau yakin dia ada kat siniTanya Hans pada Jimmy. Jimmy yang kelihatan serius itu mengangguk.Dia cuba berlagak serius menutup debaran di hati sendiri.
Kenapa kau nak sangat kami ikut kau berkenalan dengan diaKenapa kau tak jumpa dia sendiri Daniel pula yang menyoal.
Aku malu.terbeliak biji mata Hans,Adam dan Jimmy mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Jimmy itu.
KenapaKau takut dia tak faham bahasa Inggeris kauserentak berderai tawa Hans,Adam dan Daniel kerana mereka semua amat maklum akan bahasa Inggeris Jimmy. Jimmy menarik muka 14. Nasib baik tiada siapa di aras itu,kalau tidak mesti mereka kena marah gara-gara ketawa mereka yang tiba-tiba meledak itu tadi.
Itu kalian tak perlu bimbang.Dari segi communication aku rasa takkan ada apa-apa masalah. Ternyata Jimmy terlalu yakin dan menimbulkan sedikit keraguan di hati Adam.
Aku tak nampak dia pun. Hans bersuara lagi. Dah tiga empat hari aku ikut dia.Dia mesti ada kat sini waktu-waktu macam ni. terlopong temannya yang bertiga apabila mengetahui rahsia kehilangan Jimmy beberapa hari ini.
Mereka hairan kenapa Jimmy terlalu serius sedangkan Jimmy tidak pernah serius melayan perempuan lain kecuali Liu Mei, sampai mengintip.Ini sudah kes berat. Something wrong somewhere!!!Itulah pendapat mereka bertiga.
Kita search dia kat setiap rak.Sebab dia selalu lepak kat celah-celah rak. Tanpa sebarang soal Gentle menyusuri rak demi rak.
Tiba-tiba Jimmy berhenti melangkah. Kelihatan ada seorang gadis yang sedang bersila dan meyandar di celah dua rak yang tinngi itu. Jaja yang hanya berbaju T Diesel lengan panjang berwarna putih dan berseluar jeans hitam itu menarik perhatian Gentle.Jimmy yang juga kebetulan memakai pakaian daripada warna yang sama tiba-tiba menjadi gugup.Jaja masih tidak menyedari renungan tajam Gentle padanya. Asyik benar dia. Hans galak merenung Jaja,mencari di mana keistimewaan Jaja sehinggakan Jimmy terpaut dan ingin mengenalinya. Daniel dan Adam menarik tangan Jimmy untuk mendekati Jaja kerana mereka tahu itulah orang yang dicari-cari oleh mereka. Kegugupan Jimmy amat terserlah. Adam mengurut-
HiSapa Hans dan Jaja mendongakkan kepalanya.Tergamam dia apabila melihat siapakah yang berada di hadapannya.Terasa kelu lidahnya.
Dont worry.We just want to meet and to know you.To be your friends! teragak-agak Hans menuturkan kata-kata apabila melihat Jaja yang agak terperanjat. Pucat wajahnya.Dia tak mahu Jaja menyangka mereka berniat jahat.
Saya Jimmy Yang.Dah beberapa kali kita terserempak jadi kali ini saya rasa kita perlu berkenalan.
Tutur Jimmy dalam bahasa mandarin. Hans,Adam dan Daniel hairan melihat telatah Jimmy.Dalam fikiran mereka terdetik hanya satu benda,takkan Jimmy ni gugup sampaikan terlupa yang Jaja ni bukannya berbangsa Cina dan tidak mungkin fasih berbahasa mandarin. Jaja tersenyum.
BerkenalanSaya Jaja.Jaja menyambut huluran tangan Jimmy dan bersalam. Membalas senyuman Jimmy.
Ini Hans Wu, Adam Zhou dan Daniel Chang.Boleh kita jadi kawan Dia menyalami seorang demi seorang dengan Gentle. Tak salah berkawan asalkan kita berniat baik. Balas Jaja bersahaja.
Gentle yang lain masih lagi kebingungan dan ternganga.
Kenapa Hans,Adam dengan Daniel tengok saya macam tu Jaja menyedari keanehan renungan tiga sahabat itu.
Jaja begitu fasih berbahasa mandarin.Jarang bangsa lain di Negara yang masih kuat dengan adab resam fasih berbahasa mandarin. Adam menjelaskan segala persoalan mengusutkan fikirannya dan juga teman-temannya sebentar tadi Jaja tersenyum.
Tak salahkan mevariasikan bahasa balas Jaja.
Sebenarnya saya pernah bekerja di Taipei selama empat tahun.So saya kena fasihkan diri dengan bahasa mandarin kalau tak macamana saya nak kerja. Jelas Jaja untuk menghuraikan segala persoalan.
Buat apa di TaipeiJaja kan masih study sekarang Adam terasa seolah-olah dipermainkan dengan jawapan Jaja. Saya rasa better kita berbual di luar.Saya tak mau kita mengganggu student lain yang nak study. Jaja berlalu ke meja yang menempatkan buku-buku dan peralatannya.
Dia mengemaskan segala perkakasnya dan terus menuju ke tangga turun ke tingkat bawah untuk keluar dari bangunan ilmu itu.Gentle membuntuti langkah Jaja tanpa banyak soal jawab. Gentle hanya memerhatikan perbuatan Jaja.Jaja kelihatan tenang dan matang. Geraknya tampak lembut,tuturnya kedengaran cukup sopan. Kini bukan hanya Jimmy saja yang terpaut bahkan mereka semua cuma mereka tidak lah sampai jatuh hati sebagaimana Jimmy.Hanya kerana itu mereka merelakan perasaan Jimmy pada Jaja. Mereka berlima berjalan bersaing-saing menuju ke sebuah pondok kayu di kawasan fakulti sains.Hans terus dengan usikannya pada Adam, Daniel dan Jimmy. Jaja menyedari satu benda iaitu Jimmy tidak seramah mana. Berbeza dengan filem-filem dan drama lakonannya.
First conclusion about him.
Saya bukannya muda lagi.Dah 28 umur saya.Sekarang saya baru semester 1 Ijazah.Dulu saya dah kerja lepas grad diploma, lebih kurang dua tahun di Malaysia saya dapat tawaran bertukar ke Taiwan so saya ke sana selama 4 tahun. Cari pengalaman dan kembali ke sini.Baru dua tahun saya balik ke Malaysia dan dah dua bulan saya kahwin. Sebaik sahaja melabuhkan punggungnya Jaja terus menerangkan tanpa berselindung tentang kenapa dia fasih berbahasa Mandarin dan tentang status kehidupannya. Dia tidak mahu mereka salah faham akan status dirinya.
Tapi awak tak nampak macam dah umur 28,macam student yang fresh diploma further ke degree saja. Puji Hans ikhlas tetapi Jimmy cuba mencari kekuatan kerana gadis pujaannya sudah menjadi milik insan lain.
Pedih juga hatinya untuk menerima kenyataan. Jaja tertawa mendengar kata-kata Hans itu.Baginya Hans nakal.
Saya dah tua la.Hmtak sangka Gentle akan datang berkenalan dengan saya.Terbalik la pulak rasanya. Patutnya saya yang pergi berkenalan dengan Gentle. Orang terkenal lah katakan. Puji Jaja pada Gentle.
Kami kan manusia juga.Biasa saja,kami juga ada rasa mahu berkenalan dan berkawan. Tambah-tambah lagi bila kita boleh bergaul tanpa ada masalah komunikasi. Daniel paling pendiam dalam kumpulan itu bersuara.
Setahu Jaja, Daniel adalah ahli kumpulan mereka yang termuda iaitu sebaya dengan Jaja. Jaja ketawa.Terasa seronok dikelilingi oleh Gentle.Perbualan mereka seakan mereka telahpun lama berkenalan. Jaja tidak rasa janggal berbual dengan mereka dan Jaja tidak merasakan seperti sedang berbual dengan orang yang terkenal mahupun selebriti. Seronok berbual sehingga tidak sedar masa yang bergerak pantas.Dua jam masa berlalu tanpa disedari.Ada-ada sahaja topik yang mereka perbualkan.
Keramahan Gentle membuatkan Jaja menerima salam persahabatan dan berjanji akan berjumpa lagi nanti. Tapi Jaja menyedari satu perkara,iaitu Jimmy langsung tidak bersuara selepas Jaja menyatakan yang dia adalah isteri orang.Namun Jaja akui,Jimmy seorang yang menarik. Wajahnya kelihatan bersih dan lesung pipit di sebelah kanan pipinya membuatkannya kelihatan manis apabila tersenyum.
Bab 13
Zulhuzaimy berjalan perlahan-lahan ke arah Jaja yang asyik menumis sambal udang, kegemaran Zulhuzaimy. Dipeluknya Jaja dari belakang dan menghadiahkan satu ciuman di pipi buat isterinya itu.Jaja yang terperanjat nyaris-nyaris mengetuk Zulhuzaimy dengan senduk,mujurlah Zulhuzaimy sempat menangkap tangan Jaja kerana sudah menjangkakan kejadian itu berdasarkan pengalaman di karate kerana mengejutkan Jaja yang sedang tekun menelaah. Mereka ketawa bersama.
Sayang masak apaAbang lapar la. Zulhuzaimy merengek lembut pada Jaja sambil mengusap-usap perutnya. Jaja tersenyum memandang suaminya yang tidak pernah sunyi dengan jenakanya.
Sat la abang.Abang pi dok depan dulu,dah siap nanti Jaja panggil abang. Zulhuzaimy menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
Abang nak duduk tepi sayang,dah la tak tinggal sekali takkan nak tengok sayang masak pun tak boleh Zulhuzaimy menarik muka panjang.Merajuk konon. Jaja tergelak melihat telatah suaminya yang menarik muka panjang itu.
Alahai,panjangnya muncung.Jaja sangkut senduk ni baru abang tau. Zulhuzaimy ketawa mendengar kata-kata Jaja.
Jaja, Jaja bahagia dengan hidup macam ni
Apa maksud abang Jaja berhenti memotong sayur yang hendak dibuatnya sup sayur.
Direnungnya wajah lelaki yang bergelar suami di hadapannya itu.
Abang Cuma takut abang gagal bahagiakan Jaja.Abang takut abang terlalu sibuk sampai abang mengabaikan Jaja.Ja, tolong tegur abang ya kalau abang dah abaikan Jaja. Jaja tersenyum mendengar kata-kata Zulhuzaimy.
Selagi cinta abang pada Jaja ikhlas,suci dan abang penuh dengan kesetiaan Jaja yakin abang takkan mengabaikan Ja.Selagi abang mencintai Jaja dengan sepenuh hati, Jaja juga akan cintakan abang sepenuh jiwa raga Jaja. Bersungguh-sungguh Jaja menyakinkan Zulhuzaimy. Zulhuzaimy menganggukkan kepalanya.
Abang cintakan Jaja dan abang akan terus mencintai Jaja sehingga nafas abang yang terakhir. Ikrar Zulhuzaimy.
Jaja tersenyum. Zulhuzaimy mendekati Jaja dan menghadiahkan sebuah ciuman di dahi isterinya itu. Zulhuzaimy mengambil periuk untuk memasak sup sayur dan menarik Jaja ke kerusi.Jaja terpinga-pinga dengan telatah Zulhuzaimy itu.
Hari ni biar abang yang masak.Abang nak masak yang special untuk isteri abang, the one and only. Jaja tersenyum.Bahagia.
Zulhuzaimy membukakan pintu kereta buat isteri kesayangannya itu.Jaja kelihatan cantik dengan kebaya labuh berwarna kuning air yang bersulamkan benang berwarna emas itu.Zulhuzaimy memimpin tangan Jaja untuk berjalan seiringan. Jaja melangkah malu-malu untuk memasuki Istana Budaya itu.Inilah kali pertama dia menyertai mahupun menemani Zulhuzaimy dalam aktiviti seninya walaupun hanya sebagai penonton di sisi suami tercinta. Kelihatan ramai penggiat seni tanahair dari pelakon, penyanyi sehinggalah penenbit dan juga pengarah turun utnuk menyaksikan persembahan teater melayu yang bertajuk Dang Anum itu.Mereka duduk di barisan keempat dari hadapan. Nampak jelas sekali persembahan yang sedang berlangsung ketika itu. Zulhuzaimy menggenggam erat jari-jemarinya. Inilah juga kali pertama Jaja menyaksikan persembahan teater.Terhibur juga dia dengan kisah Dang Anum walaupun cerita sejarah ini telah didengarinya berpuluh-puluh kali,namun perasaan ketika menonton teater amat lain.Terasa bagaikan terlempar sama ke dalam pementasan itu.
Pementasan yang berlangsung selama dua jam setengah itu tamat juga. Zulhuzaimy memperkenalkan Jaja pada teman-teman seangkatannya.Sebelum ini Jaja risaukan penerimaan mereka semua.Tetapi nyata sekali penerimaan mereka amat di luar jangkaan.Semua artis dan juga teman baik suaminya yang diperkenalkan padanya dapat menerima dirinya dengan baik.Jaja seronok berkenalan dengan Iffah, Azmi, Angah dan ramai lagi. Menurut Iffah selama dia mengenali Zulhuzaimy hampir tiga tahun yang lalu, dia amat mengkagumi kewibawaan dan kemampuan suaminya membawa apa saja watak yang diberikan padanya.Iffah juga tidak malu mengakui bahawa dia juga pernah jatuh cinta pada Zul sewaktu pementasan teater yang menggandingkannya dengan Zulhuzaimy iaitu sebelum Iffah mendirikan rumah tangga dengan pilihan ibubapanya. Zulhuzaimy tertawa mendengar kata-kata Iffah itu.Tangan Zulhuzaimy tidak lekang daripada terpaut di pinggang Jaja.Jaja rasa terhibur bersama teman-teman Zulhuzaimy malam ini.Satu malam yang memberikan kenangan indah padanya kerana bergelar isteri kepada seorang anak seni.
I harap kita akan jumpa lagi lepas.Rajin-rajin la ikut Zul datang tengok kitorang practice. Kata-kata Iffah dan suaminya,Fadhil itu disambut dengan senyuman meleret oleh Jaja. Sesungguhnya Zulhuzaimy puas kerana dapat memperkenalkan buah hatinya pada teman-teman yang seangkatan dengannya.Satu-satunya permaisuri hatinya.
Jaja meneguk coke yang dipesannya pada Hans tadi. Lega rasanya. Peluh membasahi baju T yang dipakainya, tudung putih yang dipakainya juga turut terasa lembab dek peluh yang mencurah-curah keluar.Penatnya bermain tenis bersama mereka amat terasa.Sudah lama dia tidak bersenam apalagi meluangkan masanya untuk bermain tenis.Selama ini masanya hanya untuk kerja dan kerja. Seronok dan ceria rasanya dapat meluangkan masa begitu. Ini tidakhidupnya sebelum ni hanyalahSelagi hidupkerjakerjamacam kata-kata dalam labu labi. Jaja menyandarkan badannya ke belakang kerusi. Matanya dipejamkan. Lelah benar rasanya. Jimmy yang berada di sebelahnya rancak berbual dengan Adam. Namun dia tidak ambil pusing apa yang diperkatakan mereka. Walaupun baru dua minggu dia berkenalan dengan Gentle, Jaja dapat merasakan hubungan mereka berlima kian akrab dan cukup mesra tapi dengan Jimmy dapat dirasakan satu perasaan yang aneh.Satu perasaan dikasihi tapi dia tidak tahu kenapa itu yang dirasainya.Jaja cepat-cepat memadamkan segala perasaannya itu.Dia takut hanyut dengan perasaan sendiri sedangkan dia tahu perasaan itu juga sudah menjadi satu dosa.
Tiba-tiba pandangannya terasa berputar-putar dan terasa berbalam sahaja kepalanya terasa berdenyut-denyut, perutnya memulas.Perit sekali.Jaja hanya sempat menyambar tangan Jimmy sebelum rebah.Jimmy terperanjat apabila melihat tubuh Jaja yang tiba-tiba lembik dan hampir melayah jatuh. Jimmy menyambar tubuh Jaja daripada melayah jatuh daripada kerusi. Dalam kepanikan Jimmy masih mampu mendukung Jaja dan ingin membaringkannya di atas kerusi panjang tapi,
Jimmy,darahjerit Hans yang sedang berlari keluar dari gelanggang tenis menuju ke arah Jimmy dan Jaja.
Saat itu barulah Jimmy merasakan ada cecair yang membasahi tangannya. Jimmy panik.Dia risaukan keadaan gadis kesayangannya itu. Benar-benar risau. Mereka berlari ke kereta dan Hans terus memandu menuju ke klinik yang berhampiran. Terkocoh-kocoh mereka berempat. Jaja diberikan rawatan kecemasan.Jimmy berada di sisi Jaja dan tangan Jaja menggenggamnya dengan erat sekali.Genggaman tangan Jaja seakan menyatakan yang dia benar-benar dalam kesakitan.Jimmy menangis melihat Jaja begitu.Hatinya tidak sanggup melihat gadisnya itu menderita. Doktor Noraini memanggil Jimmy.
Maafkan saya,isteri anda keguguran. Jimmy menggelengkan kepalanya tanda tidak faham apa yang dituturkan oleh doktor itu.
Sorry, doc.I cant understand your speak.I only speak mandarin and english. Doktor Noraini menganggukkan kepalanya walaupun sedikit terkejut.
Actually, we cant rescue her babyshe
Shes pregnantOh God. Jimmy memotong kata-kata doktor Noraini.Jimmy terasa amat bersalah kerana mempelawa Jaja bermain tenis dan membayarkan minuman coca cola untuknya.
Jimmy membaringkan Jaja di atas katil dan Daniel pulang ke Intekma Resort untuk mengambil pakaian salinan untuk Jimmy dan juga menjemput Xiou Shi, salah seorang daripada pelakon wanita yang bersama mereka hadir ke Malaysia untuk penggambaran. Gentle meminta tolong Xiou Shi untuk menukarkan pakaian Jaja yang juga berlumuran dengan darah. Tidak manis baginya untuk menukarkan pakaian Jaja sendiri, dia juga tidak mahu Jaja salah sangka padanya dan sekaligus membunuh hubungan yang baru terjalin itu. Jimmy mundar mandir di luar bilik sementara Xiou Shi menyalinkan pakaian Jaja.Resah dan gelisah semuanya bercampur menjadi satu. Dia takut Jaja akan menyalahkannya kerana keguguran itu. Sebaik sahaja Xiou Shi keluar dari bilik Jaja,Jimmy terus menerpa masuk.Dilihatnya Jaja sedang nyenyak tidur selepas diberi makan ubat olehnya tadi. Jimmy mengambil telefon bimbit Jaja dan mencari nama yang patut dihubunginya. Sudahnya Jimmy mendail nombor yang tertera nama mamapapa.
Hallo, may I speak to Jajas parents please.
Yes,speaking. Kedengaran suara seorang wanita di hujung talian.
Madam, can you please come to Jajas house.Shes. Belumpun sempat Jimmy menerangkan apa-apa lagi gagang sudahpun diletakkan.
Jimmy risau juga takut disalah anggapkan oleh ibu bapa Jaja yang baru ditelefonnya tadi.Jimmy masuk ke dalam bilik Jaja dilihatnya Xiou Shi sedang meletakkan beg berisi air di dahi Jaja kerana suhu badannya tiba-tiba sahaja meningkat. Jimmy duduk di sisi Jaja.Wajah Jaja yang pucat direnungnya lembut.Hans,Adam dan Daniel masuk dan menghampiri Jimmy yang berada di sisi Jaja.Mereka juga risau sebenarnya melihatkan keadaan Jaja dan juga kemurungan Jimmy. Mereka tahu betapa Jaja amat bermakna pada Jimmy walaupun Jaja sudahpun bersuami dan Jimmy sendiri tidak menyatakan apa perasaannya pada Jaja demi menghormati sebuah persahabatan.
Hampir sejam lamanya mereka termenung, sunyi dan sepi suasana yang menyelubungi ruang kamar tidur Jaja. Jimmy menggenggam erat jari-jemari Jaja. Semua perlakuan Gentle mengundang rasa hairan di hati Xiou Shi tapi untuk membuka mulut bertanya,dirasakan saat itu tidak sesuai.Tapi dia dapat merasakan hubungan yang istimewa antara gadis itu dengan Gentle.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu rumah Jaja.Gentle bingkas bangun untuk membuka pintu.Jimmy yang mengetuai mereka hanya mampu tunduk melihat mama dan papa yang berada di muka pintu. Mama dan papa langsung tidak menghiraukan lelaki-lelaki asing yang berada di hadapan pintu rumah Jaja itu menerpa masuk menuju ke dalam bilik. Terjelepuk mama apabila melihat wajah Jaja yang pucat dan terbaring sahaja.
Sayang mama sayu kedengaran suara itu ditelinga Jimmy walaupun dia tidak mengerti apa yang dituturkan.
Apa yang dah jadi sebenarnya papa beralih pada Gentle dan Xiou Shi. Mereka tunduk.Tidak faham apa yang dikatakan.
Mamalemah sekali suara Jaja.Pantas Jimmy menerpa ke arah Jaja. Jaja dah sedar.
Jajaapa yang dah jadi sayang Mama membelai ubun-ubun Jaja.
Dah bukan rezeki Jaja dengan abang Zul,mama. Walaupun suara Jaja kelihatan tenang,air matanya seakan tidak dapat ditahankan.
Apa maksud Ja mama tidak mengerti apa yang dikatakan.Keliru.
Jaja keguguran. Bagai ada seketul batu besar menghempap kepalanya.Cucu yang ditunggunya hampa yang menantinya.
Zul dah tahu pantas Jaja menggeleng.
Papa mendail nombor Zulhuzaimy. Berulang-ulang kali nombor anak lelakinya itu di dail tapi hampa,telefon bimbitnya tidak aktif. Zulhuzaimy hilang di saat isterinya amat memerlukannya.Jaja rasa makin jauh jurang antaranya dengan suaminya sendiri.
Bab 15
Achik, kau kat mana soal papa sebaik sahaja Zulhuzaimy dapat dihubungi.
Ada apa ,papaSaya sibuklah. Keras sekali suara Zulhuzaimy di pendengaran papa.Berbeza sekali kelakuan anak lelaki tunggalnya yang sebelum ini dikenalinya sebagai seorang lelaki yang amat lembut tutur katanya dan juga amat menghormatinya sebagai seorang bapa.
Baliklah,achik.Isteri kau sakit.Dia keguguran. Sebak rasa hati papa mahu memberitahu berita yang menyakitkan itu.
Dia takut anaknya akan terluka kerana Zulhuzaimy memang mengharapkan kehadiran seorang cahayamata sebagai penyeri rumahtangga mereka berdua.
Nantilah achik balik. La ni Achik ada kat Pulau Tioman. Hati papa tersentap mendengar kata-kata anak lelaki tunggalnya itu.
Papa rasa dia tidak mengenali lelaki yang dipanggilnya achik itu.Segalanya terlalu berbeza. Hati tuanya terluka... benar-benar terluka membayangkan perasaan menantunya yang kesakitan dan kehampaan kerana kehilangan sesuatu yang amat bernilai.
Apa maksud achik,nanti achik balik Papa mula meradang.Kesabaran papa mula terhakis apabila kesengsaraan menantu kesayangannya dan isteri dipandang remeh oleh anaknya yang juga seorang suami.
Ala papa,dah sakit kan Dah gugur dah pun! Kalau achik balik pun achik boleh buat apa Achik bukannya doktor. Bukannya achik boleh bagi anak tu hidup atau melekat semula.sinis sekali suara Zulhuzaimy di pendengaran papa. Sebak benar hati papa. Ditahan air matanya agar jangan menitis.
Watch out your words son. Papa memberi amaran. Hati papa benar-benar terluka.
Papa, tolongla jangan kacau achik. Achik tengah honey moon sekarang ni. Bagaikan sebiji batu yang beratnya bertan-tan menimpa kepala papa.
Lemah longlai segala urat sendinya mendengar kata-kata Zulhuzaimy itu. Hancur berkecai hati papa.
Isteri kau sakit kat sini kau boleh kata kau tengah honey moon suara dan kemarahan papa tidak mampu dibendung lagi.
Im married for the second time,papa.Bless us please but please dont disturb my second wife and my honey moon. Zulhuzaimy mematikan talian telefon dan membiarkan papa terus termangu-mangu memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberitahu menantu kesayanganya itu yang dia dimadukan sedangkan perkahwinan baru berusia tiga bulan lebih.
Kenapa papa mama yang melihat papa terlalu sugul mula menghampirinya dengan penuh persoalan. Air mata papa yang ditahan tadi tidak mampu diempang lebih lama. Papa menangis bagai anak-anak kecil di hadapan mama.
Zulhuzaimy dah menganiaya anak orang. Lemah sekali suara papa.
Apa maksud papa ni mama bingung,tidak faham apa yang papa katakan.
Zul dah menikah lain.Dia sedang honey moon sekarang dan dia tak mahu balik sini. Sebab katanya dia bukan doktor.Buat apa dia nak balik berjuraian air mata mama mendengar kata-kata yang diluahkan oleh papa.
Hati mama juga hancur berkecai.
Macamana kita nak bagitahu Jaja,pa papa menggelengkan kepalanya.Buntu.
Apalah nasib anak itu,papa papa hanya mampu mengeluh walaupun keluhan itu tidak menyelesaikan masalah.
Jimmy melangkah masuk ke rumah Jaja ditemani Hans,Adam dan Daniel. Dilihatnya Jaja sedang memeluk lutut. Wajahnya murung dan pucat.Tudung kepala yang tidak pernah tanggal dari kepalanya juga tiada.Terlihatlah wajah manis tapi murung itu dengan rambutnya yang lurus dan panjang separas pinggang itu di pandangan Gentle. Jaja masih pucat. Jaja langsung tidak menghiraukan kehadiran Gentle walaupun menyedari kedatangan mereka, Jaja rasa semangatnya seakan hilang sebaik sahaja mendengar berita daripada mertuanya semalam.Tidak disangkanya kehadiran mereka hanya untuk menyampaikan berita burukdia di madukan.Satu kenyataan yang langsung tidak ingin didengarnya. Satu cerita yang dia tidak ingin hadapi walaupun di dalam mimpi.Tapi kini,dia tahu yang cinta Zulhuzaimy indah khabar dari rupa.Jaja pasrah dalam kecewa. Jimmy menghampiri Jaja.
Jaja, Jaja tetap menunduk.
Tapi Jimmy dapat melihat air mata yang mengalir laju di pipi Jaja.
Jaja Jimmy memanggil lagi.
Risau benar dia apabila Jaja tidak menyahut panggilannya. Dia tahu Jaja tertekan namun dia tidak mahu Jaja terus-menerus rasa tertekan. Jaja berpaling dan memeluk Jimmy erat.Gentle tergamam dengan tindakan Jaja yang tiba-tiba itu.Jimmy membalas pelukan Jaja. Diusapnya belakang Jaja cuba menenangkan gadisnya itu. Tapi dia dapat merasakan tubuh Jaja yang berhinggut dek kerana tangisan.
Bukti cinta kami dah hilang seperti berakhirnya cinta dia pada saya,Jimmy.
Jangan kata macam tu Jaja. Both of still have chances. Jaja dan dia masih muda. Jimmy cuba menenangkan dan memberi semangat pada Jaja. Jaja menggelengkan kepalanya sambil terus menangis.
Apa yang dah jadi Jaja sayu hati Adam melihat Jaja menangis begitu.
Dapat dilihatnya Jaja bukannya menangis kerana kehilangan anak dalam kandungannya sahaja tapi ada yang lebih menghancurkan hatinya.
Zul dah kahwin lagi. Terbeliak biji mata Gentle mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Jaja.
Jangan buruk sangka Ja. Dia tak balik ni mungkin sebab dia ada hal lain.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan