Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anuar gembira.Hanya dalam masa 2 minggu sahaja lagi Intan akan menjadi isterinya.Anuar benar-benar bersyukur pada Allah.Mujurlah dia dan Intan..sama-sama punya kesempatan untuk mendapatkan cuti bagi mengurus segala persiapan perkahwinan. Anuar meletak kereta di hadapan pejabat Intan. "Hei!"Anuar berpaling.Terkejut dengan sapaan kasar begitu."Oh!Amin"Anuar senyum ikhlas.Amin mendekati Anuar."Assalamualaikum"Anuar menghulurkan tangan untuk bersalaman.Amin memandang Anuar tajam."Wa alaikumsalam."huluran tangan Anuar di tepis.Anuar bersabar.Ikut hati panas jugak.Tapi bila ingatkan Intanhati Anuar lembut."Kau ni tunang Intan kan??""Yup!""Kau ni suka sangat ke kat Intan tu??"Anuar tarik nafas."Soal perasaan saya pada Intanawak tak perlu tahu.""Ok!Tapikau rasa Intan ni cinta ke pada kau??"Anuar pandang Amin tajam."Maksud kau??"Amin ketawa."Intan tu tak cinta kan kau pun.sikit pun tak!""Kau tak layak cakap macam tu!Intan cintakan aku ok."hati Anuar panas."Cinta??Kat kau??Pernah ke dia cakap dia cintakan kau?"Amin sengaja sebab dia tahu Intan sukar melafazkan ayat cinta.Anuar tersentak."Kau"Anuar genggam penumbuk."Tak pernahkan??"Amin ketawa lagi."Lepaskan Intan.Dia milik aku kau tahu!""Untuk apakalau dia milik kau..dia takkan jadi tunang aku sekarang ni!So,dia milik akulah!"Amin panas."Kau tahu tak??Aku ni kembar Amir.Bekas kekasih Intan yang dah lama meninggal tu.""Habis tu?!""Intan tak mungkin cintakan kaulahdia cuma cintakan Amir..dan yang pastinya dia juga cintakan aku!""Atas sebab apa pula dia nak cintakan kau?!Hal dia dengan Amir..aku tak nak ungkit.Amir dah meninggal.sepatutnya kau hormat sikit!""Bodoh!Intan tak pernah lupakan Amir.dia masih berharap agar Amir masih hidup..so,hanya dengan aku saja yang dapat berikan semua tu pada Intan.lagipun aku cintakan Intan lebih dari kau cintakan dia.""Kau jangan nak fitnah Intan ok?!"Anuar tunding jari ke muka Amin.Amin ketawa."Relaks ler beb..kau fikir bebaik.Intan memang cinta kat aku punya.sebab muka akukan iras Amir.""Kalau betul pun.kenapa dia terima aku?""Sebab kau tu perampas!Tak tahu malu!Intan tu kesian dengan kau je!"Sakit hati Anuar."Cakap baik-baik sikit yer!""Ha!Ha!Terpulanglah pada kau bodoh!"Anuar sudah tak mampu tahan geram dan akhirnya hinggap juga penumbuk Anuar di mulut Amin.Amin jatuh terduduk dan bibirnya berdarah.Anuar terus masuk ke dalam kereta dan pecut laju.Amin cuma ketawa. "Mana abang ni??"Intan resah menanti Anuar di dalam pejabat.Sepatutnya Anuar datang mengambil dia sejam yang lalu."Abang.mana abang ni??"Intan merengek seorang diri.Intan dail nombor handphone Anuaroff pulak.Telefon ofis..cakap dah keluar..telefon rumah..pun dia tak de..mana abang ni?Intan semakin risau.Airmata Intan jatuh perlahan-lahan.Risau tentang Anuar..ke mana agaknya abang ni??Intan kesat airmata."Hello.."Intan menghubungi Syakila."Hai!Hello.apasal lemas je??""Killa."Intan menangis.Killa cemas.Apasal pulak ni??"Kenapa ni??Intan..kau kenapa??""Anuar""Ha!Kenapa dengan dia??!""Dia sepatutnya ambil aku sejam yang lalu.Kami nak pegi ambil baju kahwin kami kat Beauty Brides.""Then.??""Dia tak datang sampai sekarang!"Syakila ketawa."Laaaakau ni.Itupun nak nangis ke??Mungkin dia ada hal kot.""Kalau betul..kenapa dia tak call aku??"Syakila diam."Dia tak call kau??""Hmmmm""Sms ke apa ketak de??""Tak de.last dia call masa dia cakap dia nak datang ambil aku dan dia dalam perjalanan.""Kau tak call dia??""Dah.aku dah call tapi handphone dia off pulak.Aku call ofis dan rumah pun dia tak de.""Ishhhhke mana pulak tunang kau ni?!Entah-entah dia sembunyi kot.gegaran nak kahwin."Syakila ketawa."Killa!Janganlah bergurau.An tak pernah macam ni kau tahu tak??Hati aku pun rasa semacam je.""Kau rasa semacam tu.macam yang mana satu??Rindu??"Syakila cuba menghiiburkan Intan."Rindu tu memanglahtapi ishhhhentahlah.""Tak apalahbiar aku yang temankan kau sementara tu kita cubalah cari Anuar key??"
Anuar berhenti di tepi jalan.Arrghhhh!Anuar tumbuk pintu kereta.Chis!Anuar menggosok tangan kirinya yang sakit kerana menumbuk pintu.Intan!!!!Anuar memegang kepalanya.Kata-kata Amin masih terdengar di telinganya"Intan tu kesian pada kau!"Anuar cuba menahan marahnya dan setiap kali dia memejamkan mata..wajah Intan muncul sambil tersenyum memandangnya. Anuar bersandar.Tentu Intan tunggu aku sekarang..mesti dia menangis sebab aku dah lambat.Anuar tahu Intan tentu menangis takpun merajuk.Dia tahu perangai Intanmanja! Sayang..i miis u!!!Jerit hati Anuar.setiap saat dia merindui Intan.Kalau betul abang paksa Intan.kenapa Intan terima abang juga?!Kenapa sayang tak terus terang pada abang?!Tapi ikut hati..Anuar memang tak rela nak lepaskan Intan..mungkinkah Intan terseksa??Tapi kami bahagia..arghh!!!!!!!!!!!!!!!! "Hai!Intan"Intan berpaling."Am?"Intan cuba tidak melayan Amin.Killa.cepatlah ambil aku!"Tunggu siapa ""Tunggu kawan""Siapa??""Killa"Intan tak pandang Am langsung."Betul ke tunggu Killa?Ke tunggu Anuar??"Intan pandang Am dengan tajam."Abang ada kerja.""Cheh!Panggil abang dah.Tu 'abang' Intan tu betul-betul ke buat kerja atau tengah cari perempuan lain"sinis kata-kata Amin."Jangan nak buruk-burukkan tunang Intan ye!"Intan tunding jari pada Amin."Ok!Ok!Sori.Tanya jeyelah.Heran jugak.tinggal 2minggu nak kahwin masih sibuk keje.Pelikkan??"Hati Intan sakit."Baguslah dia kerja.daripada ada orang tu tak kerja.menyibuk hal orang je!Macam orang perempuan!"Amin rasa malu.Kereta Syakila berhenti di hadapan Intan."Eh!Itu Am kan??"Syakila bertanya sebaik saja Intan masuk ke dalam kereta."Entah!Tak tahu pulak aku!Buat sakit hati je mamat tepi jalan macam tu!""Apsal kau ni?""Adakah dia menyibuk nak kutuk-kutuk dan fitnah Anuar tadi."Syakila ketawa."Marah ke??""Mestilah..dah tunang kita.""Sayang betul kau kat Anuar yer??"Intan senyum."Dia ada hubungi kau dah??"tanya Syakila.Senyum Intan mati.Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.Airmata sudah mula bergenangnamun Intan tahan."Relaks dulu"nasihat Syakila.Mujur Killa adakalau tak dah meraung aku jadinya.Rindunya pada abang..Intan melepaskan keluhan.
Malamnya,Intan beranikan diri menghubungi ibu Anuar.Manlaha tahu Anuar dah balik. "Hello.assalamualaikum""Wa alaikumsalam..Intan ke??"suara ibu kedengaran."Ye..ni ibu ke ""Iye..Intan sihat??""Sihat.Orang rumah semua sihat??""Sihat alhamdulillah.Tak lama lagi jadi menanti bu ye??"Intan senyum."Insya Allah,ibu""Sebelum habis hujung minggu ni datang rumahjumpa ibu.""Insya Allah..nanti Intan tanya abang.""Yelah.""Ibukak Lin ada tak??""Oh,kejap yer??"Lama Intan menunggu."Hello."kedengaran suara kak Lin."Hello..kak Lin.""Hmmm..nak cari An yer??Rindu ke??""Ha!Takdelah."macam mana nak tanya ni?"Yelah akak tahulahkorangkan boleh call dengan handphone.Lagipun takkanlah sekejap tak jumpa terus rindu."kak Lin ketawa."Ermm..maksud akak??""Eleh!Kan An pergi KK petang tadi..urusan kerja kan??Dia cakap kat mak In dah tau dia pi KK.In tak tau ke??"Intan terkejut.Abang ke KK??Kenapa tak bagitahu??Kenapa abang tipu ibu??"Er..ya!In tahu..abang dah bagitau tengahari tadi.Lupa pulak abang balik bila."Intan tak mahu sesiapapun tahu masalah ini.Cukuplah dia dan Anuar sahaja."Laaaa.pagi lusa.""Oh!Lupa."Intan cuba ketawa.Mujur Intan punya kelebihanmudah ketawa dan mampu menyembunyikan perasaannya.
Sepanjang malam Intan menangis dan terperuk di dalam bilik.Kenapa abang buat Intan macam ni Apa salah In??Abang ada orang lain ke??Atau abang dah tak cintakan Intan.Intan menangis lagi.Gambar bersama Anuar sewaktu majlis pertunangan hari tu di renung.Rindunya dia pada Anuar. Tuk!Tuk!Intan kesat airmata. "Intan.."mak masuk dan duduk di sisi Intan.Mak usap kepala Intan."Kenapa ni ""Tak adalah.."Intan senyum."Ada masalah??Cerita kat emak.Selalaunya orang kalau nak kahwin gembira.mana ada sedih.""Mana boleh tak sedih??Kan Intan dah nak kahwintak bolehlah jadi anak manja emak.""Bolehtapi rasanya tentu lebih manja pada Anuarkan??"hati Intan sedih mendengar nama Anuar."Mak dengan abang.lain""Ada jumpa Anuar hari ni??""Ermm..takdecall aje.""Kenapa??""Abang ada hal penting..dia pegi KK petang tadi.Lusa baru balik."sekarang aku juga terpaksa menipu emak kerana abang."Rindulah nisampai tak makan."Usik emak.Dia tahu Intan memang manja dengan Anuar dan Anuar pulak memang suka melayan karenah si Intan."Mana ada"Intan peluk emak.
Anuar berbaring di atas katil.Gambar Intan di dalam wallet di pandang.Sayang..abang rindu!!Ikut hati nak saja Anuar jumpa Intan tapi bila teringat kata-kata Amin.Anuar rasa geram sangat.Akibatnya dia bawa diri ke KKnak tenangkan diri.
Masuk hari ke-2 Anuar menghilang.Intan pun dah tak larat nak pergi kerja.Duduk saja terperap dalam bilik.Makan pun macam nak tak nak.Asyik menangis dan memikirkan Anuar.Anuar pulasampai je kat airport,terus balik rumah. "Dah balik??"sapa ibu.Anuar senyum.Angguk kepala."Intan tahu tak ""Nantilah."ibu pandang kak Lin dan Azrin."Kenapa ni An??""Tak adalahmungkin Intan tengah kerja sekarang ni."elak Anuar."Kot ye pun kerjakalau dia tahu..mesti dia happy.dua hari tak jumpa tentu rindu!"Usik kak Lin.Anuar pura-pura ketawa."An naik bilik dululah kak.."Anuar terus naik."Rincall kak In bagitau abang dah balik.Suruh dia datang makan malam nanti."suruh ibu."Yes!Boss!" "Helloassalamualaikum""Wa alaikumsalam."lemah suara Intan."Akak..ini Rin.""Oh!Kenapa??"hati Intan berdebar-debar."Abang An dah balik..mak suruh akak datang makan malam kat sini."
Anuar berperap di dalam bilik selepas solat maghrib.Sampai saja tadi dia terus masuk bilik dan tidur.Anuar capai handphone di atas meja. '12 messages received'.Semuanya message Intan.Anuar mengeluh.Sejak 2 hari yang lalu dia langsung tak aktifkan handphonenya.Anuar baca message Intan berkali-kali. Abangabang ke mana?Intan rindu kat abangtake care.I love you. Intan berfikirnak jumpa abang ke tidak ni??Abang nak ke jumpa aku??Tapi..sampai bila nak macam ni??Takkan nak biar hubungan ni lenyap macam tu je??Tentu aku tak naktakkan aku nak lepaskan abang macam tu.abang yang beri segalanya pada aku..abang yang buat aku jatuh cinta semula..macam mana ni??Lama Intan berfikir dan akhirnya Intan tekad.dia akan menemui Anuar. Tok!Tok! "Masuklah."Anuar membetulkan duduknya di atas katil."Assalamualaikumabang"Intan berdiri di muka pintu.Anuar tersentak dan memandang Intan."In."Intan senyum.Intan tak mahu terus menerus menyerang Anuarmungkin aku pun ada buat silap juga."Abang dah balik??Dah makan??Lama tak jumpa abang..."Intan duduk di samping Anuar.Anuar paling muka memandang ke tingkap.Hati Intan terasa dengan sikap Anuar.Tak pernah Anuar bersikap dingin seperti ini terhadapnya.Intan ketap bibir.Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini."Mana In tahu abang balik??"nada suara Anuar seakan tiada kasih sayang lagi.Intan terus senyum."Azrin bagitahu tadiibu suruh In datang,makan malam kat sini."Anuar pandang Intan.Intan senyum."Tak apalahkalau abang tak suka,In boleh balik.Lagipun In dah makan."Intan cuba bertahan.Ikut hati nak saja Intan menangis."Hmmmmana-manalah.."Intan tersentak.Benci betulkah abang pada Intan "Abang..In nak minta maaf kalau In ada buat salah pada abang.In tak tahu kenapa abang nak buat macam ni pada In.Kalau In ada buat salah..abang bagitau pada In."Intan duduk bersimpuh di hadapan Anuar."In cintakan abang tak "Anuar pandang wajah Intan."Ya"Anuar ketawa sinis.Intan ketap bibir menahan airmata dari mengalir."Kita putuskan saja pertunangan kita.Itu lebih baik buat Intan."jelas suara Anuar.Intan tersentak."Abangabang tahu tak apa abang cakap ni Cuma seminggu lebih lagi kita nak kahwindan abang buat In macam ni."Intan bertanya lembut.Pada Intan tak guna kalau nak bertengkar selagi belum tahu puncanya."Intan lebih bahagia dengan Amin."Intan pandang Anuar lama."Am??Apa maksud abang??"Anuar alih pandangan ke tingkap."Dia jumpa abangdia kata In cintakan dia.tapi In terpaksa terima abang sebab In kesian pada abang.Abang minta maaf sebab mendesak In menerima abang sedangkan In cintakan Am.Pergilah pada Am."Intan tersentak."Abang percaya cakap Am "Intan masih berlembut."Entah!""Apa maksud abang entah?""Am kembar Amirtak mustahil In cintakan Am..lagipun muka dorang sama..tentu In harapkan semua itu.lagipun""Lagipun apa ""Betul cakap Amin..In mungkin tak cintakan abang,sebab In sendiri tak pernah ucapkannya!"Serentak dengan itu airmata Intan jatuh perlahan-lahan.Intan pandang Anuar."Semudah itu abang hilang percaya pada In Hanya kerana In tak pernah ucapkan kata cinta pada abang..maka abang percaya cakap Am??""Abang tak tahu Intan..""Intan akui.Am memang serupa dengan Amir,tapi itu tak mungkin menyebabkan Intan jatuh cinta pada Am!Amir adalah Amirlelaki yang pertama Intan cinta.Lelaki yang pertama buat Intan jatuh cinta!Dan selepas Amir.orang yang In cinta adalah abang!Tak mungkin AmAm dan Amir jauh berbeza!Am tak pernah miliki ciri-ciri yang ada pada Amir.Wujudnya Am tak pernah langsung mengingatkan Intan pada Amir.Amir dah lama mati.cinta kami dah lama berlalu.Cinta Intan adalah pada abang sekarang.Amir bukan di hati Intan lagi.cuma abang di hati Intan.Amir hanya sekadar kenangan yang lambat laun akan terhapus oleh masa dan kasih sayang abang."Intan cuba menjelaskan dalam esakan tangisnya yang di tahan-tahan."Abang tak tahu nak buat macam mana.kita putuskan saja pertunangan ini"lemah suara Anuar."In minta maafIn tak dapat melakukannya.Abang fikirlah sebaiknya.Intan jatuh cinta pada Amir kerana dia berjaya membuat Intan jatuh cinta padanya.Kemudian dia mati.Dan kisah kami dah lama lenyap dari ingatan Intan mahupun hati Intan.Dan sekarang,Intan hanya ada abangsebab abang saja yang dapat buat Intan jatuh cinta."Intan pegang tangan kanan Anuar."Maafkan salah silap Intan.Intan tak dapat menerima keputusan abang ini.Terima kasih sebab buat Intan jatuh cinta pada abang.Intan sangat bahagiadanIntan sangat menyintai abang!Intan menyintai abang setulus hati Intan!Intan cintakan abang selamanya"Intan mencium tangan Anuar lalu tersenyum dan keluar dari bilik meninggalkan Anuar. Anuar tersentak.Intan mengucapkan kata cinta juga akhirnya.Barulah Anuar faham maksud Intan.."Intan akan ucapkan bila tiba masa yang sesuai."Anuar masih ingat kata-kata Intan itu.Anuar rasa bersalah.Arghhhh!kau dah buat silap Anuar!Kalau Intan tak cintakan kaukenapa dia tak setuju saja dengan keputusan kau!Kau bodoh Anuar. "In..kenapa ni?!"ibu terkejut sambil memeluk bahu Intan.Intan senyum."Tak ada apa-apa ibu.Intan balik dulu.rasa tak sihat."Intan pandang kak Lin,Azrin,ayah,ibu dan abang Joe."Intan.Intan ada masalah dengan Anuar ke??"Intan diam."Intan.ibu tanya ni??""Takde ibu.Intan dengan abang ok.."Intan menahan airmata."Sayang!"Anuar kelihatan tercungapcungap menghampiri Intan.dia berlari ke bawah dari tingkat atas tadi.Intan senyum.Anuar menghampiri Intan."Maafkan abang,sayang"Intan senyum.Dia gembira kerana akhirnya dia dpaat juga mendengar suara Anuar yang penuh kasih sayang itu."Abang minta maaf atas keputusan yang abang buat"Anuar pandang Intan dengan serba salah."In marah pada abang??In tentu kecewa dengan abang."Intan usap pipi Anuar."Tak perlu fikir perasaan Intanabang masih yang terbaik dalam hidup Intan.Abang masih Intan cinta.Intan cintakan abang dan Intan serahkan semuanya pada abang.Tak perlu risau pada Intan..Intan tahu pujuk diri Intan.Abang berfikirlah sebaiknya.fikir abang nak percayakan Intan atau Am.fikirlah abang betul-betul nak lepaskan Intan atau tidak.Fikir sebaiknya..walaupun Intan tak mampu menerima keputusan abang nanti.Jangan risau..datanglah jumpa Intan dan lucutkan sendiri cincin pertunangan ini dari jari Intan.Intan tak sanggup melucutkannya sendiri dan menyerahkannya pada abang.Ia seumpama Intan kehilangan cinta dan nyawa Intan.Tapi kalau abang dah tekad..datang dan ambil sendiri di jari Intan.Intan menyerah.Cuma satu..dengar sebaiknyaIntan sangat cintakan abang.Intan benar-benar cintakan abang.."Intan terus masuk ke kereta dalam esak tangis dan memecut laju. Anuar terduduk lesu di sofa.Tamparan ibu masih terasa di pipinya."Kenapa An buat Intan macam tu?!"ibu menangis."Maafkan An ibu..""Bukan pada ibu An perlu minta maaf..tapi pada Intan!"Azrin memeluk ibu."Kenapa abang ni bodoh sangat?!"Azrin separuh menjerit."Abang tahu tak?!Kak In betul-betul cintakan abang!Dia sendiri cakap pada In..dia sangat cintakan abang,cuma kak In belum mahu nak ucapkan kata cinta macam abang harapkan tu.sebabnya dia nak ucap pada hari perkahwinan nanti untuk hargai diri abang tu!Dia nak buat abang rasa hari perkahwinan tu nanti adalah hari yang sangat istimewa."Anuar tersentak.Azrin tahu semuanya."An"kak Lin memeluk bahu Anuar."An tak patut percaya pada Amin.Dia dah lama sukakan Intansebelum Intan bersama Amir lagi.Dia berusaha dapatkan Intan..tapi sayang Intan hanya jatuh cinta pada Amir.Bukan Amin.Kalau betul Intan cintakan Am..tentu selepas Amir mati dia dah terima Am.Betul tak " Anuar rasa nak menangis mengenangkan kesalahannya.Betapa bodohnya aku percaya pada Amin!Betapa kejamnya aku buat Intan macam tu!Sayangmaafkan abang! Intan mengesat airmata.Dia menunggu Amin di tempat letak kereta di bawah rumah Amin.Kesabarannya terhadap Amin hilang. "Hai!"Amin menyapa ceria.Ingatnya Intan datang menyerah diri.Pap!!!Tamparan Intan hinggap di pipi kiri Amin.Amin terpaku."Kesabaran In dah hilang Am!Ini tamparan pertama kerana melukakan hati Anuar!"Pap!!Intan menampar Amin lagi."Ini tamparan kedua kerana menyakiti hati Intan dan cuba memusnahkan cinta Intan!"Intan betul-betul berang.Pap!!"Dan ini tamparan ketiga untuk Fizakerana Am cuba mengkhianati cinta Fiza dan juga kerana sikap Am yang tidak bermaruah!"Intan tunding jari ke muka Amin.Tidak pernah dia bersikap berani seperti ini terhadap seorang lelaki dan Amin adalah lelaki pertama yang menerima tamparannya.Hati Amin panas.Dia tak sangka Intan akan berbuat begini.Intan angkat tangan lagi namun Amin cepat menangkap tangannya."Cukup In!Jangan buat Am hilang sabar!Am ada maruah tahu tak?!"bentak Anuar.Intan menarik tangannya dan menolak Anuar."Am fikir Am saja yang tahu bersabar?!Habis Intan?!Am ada maruah??!Kalau Am ada maruah tentu Am tak buat semua benda bodoh ni!In dah tahu Am cari Anuar!"Amin tersentak.Wajahnya pucat."Errrmaafkan Am ,In""Maaf Layak ke Am di maafkan?"Intan ketawa sinis."Am buat semua ni sebab Am cintakan In!""Cinta?!Inikah namanya cinta Am?!Ini cinta Am?!Kalau Am cintakan In.Am takkan paksa In bersama Am.sebab In tak cintakan Am!"Intan menjerit."In ulang sekali lagi..In tak cintakan Am.!Tak pernah!Dan takkan cintakan Am!Kalau Am cintakan In..tak mungkin Am cuba nak buat In menderita.tak mungkin Am tergamak nak pisahkan Anuar dengan In!Dan tak mungkin juga Am akan bersama Fiza..dia sangat cintakan Am.""Tapi apa kurangnya Am,Intan??Apa kurangnya Am dengan Amir dulu?!""Ini bukan soal kurang atau lebih Am!Dalam suatu hubungan tu yang penting cinta.Dan Intan tak pernah cinta pada Amsebab walauapapun yang Am buat.Intan takkan dapat jatuh cinta pada Am!""Dan AnuarIntan cakap dulu,Intan tak mungkin bercinta lagi.tapi sekarang."Amin mula mempersoalkan."Intan sendiri tak sangka..Anuar sangat cintakan Intan.Mulanya Intan sendiri tak nak terima dia..tapi Intan tak berdaya.sebab Intan dah jatuh cinta pada dia.Intan sangat cintakan dia sekarang!"Amin tersentak.Intan betul-betul cintakan Anuar."Bagaimana dengan Amir..""Am..Amir dah lama pergi,jangan ungkit lagi.Dia dah tiada dalam hati Intan.Sekarang hati Intan hanya ada Anuar.Hidup Intan adalah bersama dengannya.Kisah Intan dan Amir dah lama berakhir.Sekurang-kurangnya Amir akan jadi kenangan.Intan tak pernah harapkan apa-apa lagi dari kisah lalu.Sedarlah Am..Am cintakan Fiza sebenarnya.Dia dah terlalu lama menanti Amsetia pada Am.Am tak cinta pada Intan lagi.Am cuma masih belum melupakan kekalahan dan kisah lalu.Jangan fikir masa lalu.kita sama-sama ada kehidupan masing-masing.In tak mungkin cintakan Am walaupun Am dan Amir serupa.Am tetap Am..dan Amir tetap Amir.Sedarlah.hargai Fiza.Am cintakan dia.cuma Am sendiri tak mahu mengaku."Intan terus meninggalkan Amin. Anuar tekad.Semalam dah teruk dia dimarahi keluarganya.Ibu juga kecewa habis dengan sikap Anuar.Dan yang lebih mengejutkan.Amin juga meminta maaf darinya pagi tadi. "Eh!Anuarjemputlah masuk."emak membuka pintu dan menjemput Anuar,ibu dan ayah masuk.Anuar menyalami emak dan abah Intan."Mana Intan??"tanya ibu."Kat dalam tandas.."wajah emak risau."Kenapa mak??""Tu tengah muntah-muntah kat dalam tandas tu."Anuar terkejut."Sakit?"ibu juga risau."Sejak 4 hari lalunak tak nak je dia makantu yang jadi gastrik.Intan tu gastrik dia dah teruk.kalau sakit, muntah ajelahkalau dah muntah kuning sampai luka tekak tu barulah dia sembuh."jelas emak. Anuar bergegas ke tandas.Dia berdiri di depan pintu.Risau dia mendengar Intan muntah-muntah di dalam. "Sakitnya!!!!"Intan ketap bibir menahan sakit kerana asyik muntah berulang kali.Intan menekan perutnya yang pedih.Intan berkumur-kumur dengan air.Tok!tok!"Siapa.."lemah suara Intan."Sayang.abang ni."Intan tersentak.Wajahnya pucat.Kenapalah Anuar datang di saat macam ni.dia nak lukakan hati aku lagikah?Intan buka pintu tandas perlahan-lahan.Anuar menerpa ke arah Intan.Pucat wajah Intan dan terketar-ketar Intan berdiri.Intan pandang wajah Anuar."Tak perlu pegang Intan"Intan menepis tangan Anuar."Sayang.jangan macam ni"Anuar memujuk."Abang tunggu kat biliknanti kita bincang.""Sayang.."Intan loya lagi.Terus saja Intan masuk semula ke tandas dan muntah di sinki tandas."Aarghhh!!"Intan tekan perut sambil menghidupkan paip air."Sayang!"Anuar nak masuk."Jangan!In tak mahu!"Intan cuba menutup pintu tandas.Namun,Anuar cepat menghalang.Anuar sudah tak peduliIntan nak marahmarahlah!Intan terus muntah.Anuar berdiri di belakang Intan sambil tangan kanannya di letakkan di perut Intan.Dia tahu Intan sakit..dan dia yang menyebabkannya.Sebelah tangan Anuar mengusap belakang Intan."Abang.sakit!!"Intan memegang tangan Anuar yang di letakkan di perutnya."Abang tahu sayang.abang ada kat sini ok??"Anuar memujuk.Intan lega sebaik saja dia muntah kuning untuk kali ke-3.Ini maknanya dia akan sembuh.Intan lemah..dia berkumur-kumur dan membersihkan sinki."Dah sayang??"Anuar merangkul Intan.Intan angguk kepala.Kepalanya terkulai di dada Anuar."Sayang??Abang angkat masuk bilik ok "Intan mengangguk lemah.Anuar mengangkat Intan dan meletakkannya di atas katil.Intan di selimutkan.Dia duduk di sisi Intan."An.dah ok dah Intan?"emak dan ibu masuk tiba-tiba.Anuar angguk kepala."Suruh dia makan bubur ni nanti."emak menghulurkan semangkuk bubur dan segelas air.Anuar ambil dan letakkan di atas meja di sisi katil."Jaga Intan baik-baik.jangan sakitkan hati dia lagi."nasihat ibu dan memandang emak sambil tersenyum dan keluar meninggalkan Anuar dan Intan.
Setengah jam Anuar duduk memerhatikan Intan.Sejak masuk ke bilik tadiIntan terus senyap.Nak kata tidur tak juga.Intan macam menahan sakit. "Sayang.."Anuar usap lembut pipi Intan.Intan buka matapandang Anuar."Hmmmmmabang.""Abang kat sini.Sayang bangun ok??Mak suruh makan bubur ni"Intan angguk kepala.Anuar membantu Intan duduk."In boleh makan sendiri""Jangan macam tu..abang suapkan ye?"Anuar memujuk Intan makan.Puas dipujukakhirnya habis juga semangkuk bubur Intan makan."Sakit lagi tak??"Anuar pegang perut Intan."Hmmmm..""Abang minta maaf ok?"Anuar genggam tangan Intan.Intan pandang Anuar lemah."Abang sayangkan Intan lagi tak??"Anuar angguk sambil tersenyum."Sayang..abang sayang kat Intan.""Cinta??""Tentulah."Anuar ketawa kecil.Intan senyum manis."In pun cintakan abang."Anuar senyum."Betul ni??"Intan angguk kepala."In cintakan abang.cinta sangat kat abang!""Terima kasih sayang."Intan dan Anuar senyum."In rindukan abang.."manja suara Intan."Abang pergi pun bukan lama hari tu2 hari je kan??""Memanglah 2 hari.tapi tanpa call tentulah In rindu!Abang memang jahat..sengaja biar In rindu."Intan merajuk."Sori sayang.abang tau abang salah.Lepas ni abang tak buat lagi.Abang pun rindu kat sayang juga."Anuar memujuk Intan."Janji tau jangan buat macam ni lagi?""Okabang janji.I love you.."Intan senyum."I love you too.."Anuar bersyukur.Mudah saja intan memaafkannya.Betapa beruntungnya dia memilik Intan yang memahami dirinya.Yang memahami kesilapannya.Terbuktilah..Intan betul-betul cintakan dia sekarang."Sayang tampar Am malam tu ye?""Mana abang tahu??""Dia jumpa abang.Dia mohon maaf kat abang dan juga Intan.Dia malu nak jumpa Intandia akan kahwin dengan Fiza3 bulan lagi..dan dia jemput kita hadir.""Baguslah macam tu..""Kuat jugak sayang ye malam tu??" Intan menjeling manja."Untuk abang..In berani buat apa saja.""Betul ni ""Betullah..""Ok.kalau abang nak kiss Intan boleh tak??""Abang!Gatal tau!"Intan memukul Anuar."Ish!Sayang nisakit-sakit pun kuat lagi pukul abang ye?""Siapa suruh.abang gatal sangat."Intan menjeling manja."Habis tu??Ni boleh ke tidak ni??""Tak boleh..""Alaaaa..bolehlah"anuar pura-pura mendesak."Tak bolehlah abang..tunggu bila dah kahwin key?Seminggu je lagi.ok ye sayang"Intan memujuk Anuar."Oklah.abang tunggu tau!Malam pertama..wajib!"Intan senyum. Seminggu kemudian Intan dan Anuar selamat diijabkabulkan.Intan gembira dengan kebahagiaan yang dimiliki.Anuar juga sama. Intan mengemas pakaian di dalam almari. "Sayang"Anuar peluk Intan dari belakang.Intan menjerit kecil kerana terkejut."Abang ni.""Ermm..abang cintakan sayang."Intan senyum."Sayang pun cintakan abang juga.""Thanks.."ucap Anuar sambil mencium pipi Intan."Hmm..sepatutnya sayang yang ucap thanks"Intan peluk Anuar."Thanks sebab buat Intan jatuh cinta dan thanks sebab bahagiakan Intan.""Ermm..abang harap.setiap hari sayang dapat jatuh cinta dengan abang..""Sayang pun harap abang macam tu."Intan senyum."Jom tidur."Anuar pandang Intan dengan senyuman yang nakal."Dah mulalah tu."Intan menjeling manja."Kejaplah..sayang nak kemas baju ni.""Sayangmalam ni malam pertama tau!""Habis tu?"Intan buat-buat tak tahu."Sayang dah lupa janji dengan abang minggu lalu"Muka Intan merona merah menahan malu.Bukannya dia lupa.malah berkali-kali Anuar bertanya tentang janji tu."Sayang lupalahjanji mana satu?"Intan berpura-pura."Betul sayang lupa??"Anuar mengeratkan pelukannya.Intan angguk kepala.Anuar menarik Intan ke katil.Suis lampu di tepi katil di matikan.."Kalau macam tu..biar abang ingatkan sayang ok" Bermulalah kebahagiaan Intan malam itu.Intan sendiri tidak menyangkadia akan jatuh cinta semuladan itupun semuanya kerana Anuar."Thanks abang.."bisik Intan."I love you""HmmmI love you too"
cinta tu akan tetap ada dlm setiap jiwa..kita tentukan yg mana lbh utama...andai dibiarkan cinta manusia yg menjadi topik dlm gelanggang jiwa kita, maka akan terhapuslah cinta YG LBH UTAMA..suburlah jiwa2 yg dikurniakan cinta..agar sang kekasih tetap berkekalan selamanya..di hati dan jiwa yg hidup dengan roh kurnianNYA..
salam... well cite nih klu ikutkan isi ada, cuba olahan tuh macam 'kureng' sket.. tp tetap besh... hehehehe lg satu, tulisan kecik sgtla, jenuh nak baca... apepun, all d besh. teruskan berkarya...
salam.. ape pown dorunk nk kate, kate larh.. cite nerh mmg terlalu best bgik sy!! klow wat novel best nerh.. citew psl amir dlu bru psl annuar.. x pown tayah cite psl amir sbb sy x bape suka sedeyh byk sgt.. klow sy nanges pown, sbb adew bab romantik.. waahh!! sy terpaut larh kat cerita nerh..
x sangka cite nerh da bukak mata sy.. sy mencintai seorang lelaki yg rapat dgn sy ttp sy x pnh thu tntang isi hati dye..
besh...congrat to the writer...erm,besnyer mase becinte...mase gadow,tuhan je la tau macam mane seksenyer........sampai muntah kuning...hahahahahahhahaha....pape pown,best....
BAHAGIANY AKU KLAU DAPAT LELEKI MCM C ANUAR.... BILA LA AKU BERTEMU DNGNYA........
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kau buat ku jatuh cinta..
cerita yang megasyikan..
semua org mengharapkan jatuh cinta algi selepas cinta pertama yg xkesampaian...