Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 25 - Khairul Kehidupan rumahtanggaku berjalan lancar. Dan sedar tak sedar sudah hampir enam bulan kami bergelar suami isteri. Aku tidak nafikan, Farah memang seorang isteri yang baik. Anak-anakku begitu menyayanginya. Farhan dan Azim ditatang bagai minyak yang penuh. Kehidupan kami sentiasa dibungai keceriaan dan kebahagiaan. Cuma sampai kini emak masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Farah memang seorang menantu yang baik. Kebenciannya terhadap Farah semakin memuncak apabila anak-anakku ternyata melebihkan Farah darinya. Malah, nama mamanya itu sentiasa bermain di bibir mereka. Aku kadang kala serba salah dibuatnya. Hm... tanpa kusedari jam sudah hampir ke pukul tiga pagi. Mata ini pula, begitu liat untuk lena. Berkali-kali kucuba untuk memejamkan mata, namun hasilnya tetap sama. Baik aku turun untuk mengambil minuman. Tap! Suis lampu dapur berbunyi apabila dipetik. Aku mengambil sebiji gelas lalu menuangkan air mineral ke dalamnya. Kuteguk seketika air tersebut, sejuk menuruni tekakku. Tiba-tiba telingaku menangkap derap tapak kaki seseorang sedang menuruni tangga. Aku mendiamkan diri. "Eh abang!" Rupanya Farah. Rambutnya sedikit kusut. jika itu dia hanya memakai baju tidur yang amat jarang hingga menampakkan lekuk tubuhnya. Terpaku aku sebentar. Dadaku berdebar-debar menatap keindahan ciptaan Tuhan buat isteriku itu. Farah nampaknya seperti tidak selesa apabila aku merenungnya. Dia memeluk tubuhnya seolah-olah untuk menahan tubuhnya daripada tatapan mataku. Entah kuasa apa yang diberikan kepadaku, aku mendekati Farah perlahan-lahan. Aku paut bahunya lalu aku mengucup dahinya. Kemudian pipinya pula menjadi sasaran bibirku. Dia hanya mendiamkan diri. Saat bibirku mahu menjamah bibirnya, tiba-tiba sahaja aku bagaikan baru tersentak dari mimpi. Aku menjauhkan diriku darinya. Terpinga-pinga dia memandang wajahku seperti meminta penjelasan. "Why?" Soalnya perlahan seperti berbisik. Aku berundur ke belakang beberapa langkah. "Abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat begitu tadi." Aku mengelus rambut ke belakang. Aku mula kegelisahan apabila manatap matanya yang penuh kehampaan. "Hina sangatkah saya hingga abang tak ingin menyentuh saya?" Pantas aku menoleh ke arahnya. Tidakku duga sebegitu sekali dia membuat tanggapan terhadap dirinya. "Bukan begitu... abang cuma minta maaf sebab hampir tidak dapat mengawal diri abang tadi." "Abang tak perlu minta maaf. Abang berhak ke atas tubuh saya sebab abang suami saya. Andai kata ianya terlanjur, bukan dosa yang kita dapat. Saya halal bagi abang." Ada titisan air mata yang mengalir di pipinya. Terkedu aku mendengar kalimah yang dituturkan oleh Farah. Baru aku tersedar, bahawa kehidupan kami bukanlah seperti suami dan isteri yang lain. Aku sendiri telah membina sempadan di antara kami, dan tadi aku hampir merobohkannya. Tetapi aku sendiri tersedar dan menjauhkan diri darinya. Aku fahami perasaannya tadi. "Farah, abang bukannya kejam hingga menyeksa batin Farah sebegini. Cuma abang masih tidak dapat lari dari bayangan Linda." "Saya tidak pernah meminta abang melupakan Linda. Saya tahu betapa pentingnya dirinya di sisi abang. Saya cuma meminta sedikit kasih sayang dari seorang suami. Saya manusia bang. Sampai bila saya dapat menahan kesabaran apabila ianya sering diuji. Kesabaran ini hampir tipis bang. Andainya saya diberi pilihan dulu, saya rela menjadi pengasuh buat Farhan dan Azim dari menjadi isteri abang." "Apa maksud Farah?" "Entahlah bang. Abang sajalah fikirkan maksud kata-kata saya itu. Andai kata abang sudah tidak perlukan saya di sini, berterus-teranglah. Jangan siksa saya begini lagi." Farah terus berlalu meninggalkan aku seorang di ruang dapur. Apa maksud kata-katanya itu? Dia seolah-olah memberi bayangan untuk berpisah. Manakan sanggup aku mahu berpisah dengannya. Bagaimana dengan anak-anakku apabila dia pergi nanti? Dan bagaimana pula dengan diriku? Aku tahu, imanku semakin menipis. Ingin sekali aku membelai dirinya tetapi aku tak berdaya. Seringkali aku teringatkan akan permintaanku sewaktu aku membawanya masuk ke rumah ini enam bulan yang lalu. Kadang kala ingin sahaja aku berterus terang dengannya dan menyatakan aku ingin membatalkan sahaja perjanjian yang pernah kukatakan padanya dulu. Namun ego ini membantutkan niatku. Farah, maafkan abang. Abang akui abang juga menyayangimu... Bab 26 - Khairul "Abang... " Farah menyapaku ketika aku sedang berehat sambil membaca suratkhabar di ruang tamu. Aku mengangkat muka untuk memandang wajahnya. Tika itu dia duduk berhadapan denganku. Farhan dan Azim dibiarkan menonton cerita kartun di televisyen. "Ada apa Farah?" Balasku lalu melipat suratkhabar. Kini aku menumpukan perhatianku kepadanya. "Em... Farah ingat nak ajak abang balik ke rumah emak Farah sekejap. Emak tak berapa sihatlah bang. Niat hati nak pergi menjengah, boleh?" Wajahnya berkerut-kerut seolah-olah untuk memancing simpatiku. Dia kelihatan gelisah. Sejak peristiwa malam itu, kami sudah jarang bercakap. Bukannya kami bergaduh. Cuma aku sendiri yang seperti menjauhkan diri darinya. Sudah berkali-kali aku mengguris hatinya, tetapi dia tetap taat menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Kerja-kerja rumah tidak pernah diabaikan. Aku pula yang semakin tertekan dengan sikapnya begitu. Dia seolah-olah sengaja membuatkan aku rasa bersalah pada diri sendiri. Bersalah kerana mensia-siakan dia dan bersalah kerana menyeksa dia di dalam perkahwinan ini. Pernah juga aku terfikir untuk melepaskannya, tapi pabila mengenangkan apa akan terjadi pada nasib anak-anakku, aku batalkan sahaja niatku. Teruk sangatkah aku kerana mementingkan diri begini? "Macam mana bang, boleh?" Farah kembali bersuara apabila melihat aku hanya mendiamkan diri. "Hm... boleh. Farah pergilah bersiap-siap. Sekejap lagi kita balik." Apabila mendengar persetujuanku, dia terus bingkas melangkah pantas menaiki tangga. Aku pula mahu kembali membaca suratkhabar. Tetapi belumpun sempat aku mencapai suratkhabar di atas meja, telefon berdering. Aku mengangkat ganggang telefon yang berada di sebelah kiriku. "Hello, Assalamualaikum." Aku menyapa sambil membetulkan kedudukanku agar lebih selesa. "Waalaikummussalam. Hah, Khairul! Ayah nie." Suara ayah kedengaran cemas. "Ada apa ayah? Cemas saja." Jantungku mula berdebar kencang. "Mak kamu." Suara ayah terhenti seketika. Kedengarannya seperti tercungap-cungap. "Mak? Kenapa dengan mak?" Dadaku berdebar lebih kencang lagi. Sesuatu telah berlaku pada emak? "Mak kamu masuk hospital. Cepat balik kampung." Terkedu aku dibuatnya. Sebelum ini, emak tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius hinggakan perlu mendapat rawatan lanjut di hospital. "Hah, apa kamu tunggu lagi. Cepat balik!" Suara ayah meninggi membuatkan aku tersentak. "Ba... baik ayah. Kami balik sekarang. " Ucapku lalu meletakkan ganggang ke tempatnya semula. Kemudian aku bergegas ke atas untuk memberitahu Farah. Kuketuk pintu biliknya sambil memanggil namanya. Tidak beberapa saat, dia muncul di sebalik daun pintu. Aku menjenguk ke dalam biliknya. Di atas katilnya sudah terletak sebuah beg pakaian yang sudah siap di kemas. "Cepat kemas apa yang patut. Kita balik kampung sekarang juga." Kataku kemudiannya hendak berpusing. "Kenapa bang? Emak masuk hospital." Aku menjawab. "Emak masuk hospital?" Matanya terbeliak mendengar kata-kataku. "Mana abang tahu?" "Ayah telefon tadi." Jawabku. "Ayah? Tapi, semalam mak kata cuma... " Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku cepat-cepat memintas. "Ini emak abang. Emak abang masuk hospital. Kita tak boleh kampung Farah sekarang. Kita balik kampng abang." Tegas sekali kata-kataku. Dia nampak cemas. "Emak sakit apa bang?" "Abang tak tahu. Cepat sikit mengemas tu." Aku terus berpaling menuju ke bilikku untuk mengemas pakaianku. Belum sempat aku membuka almari, pintu bilikku sudah dibuka. Tersembul wajah Farah di ambang pintu bilikku. "Tak mengapa bang, biar Farah kemaskan pakaian abang. Abang pergilah tukar pakaian Farhan dan Azim." Aku hanya menganggukkan kepalaku. Lantas aku bergegas ke ruang tamu untuk mengambil Farhan dan Azim lalu ku bawa ke atas semula dan masuk ke dalam bilik mereka. Apabila aku sudah siap menukar pakaian Farhan dan Azim, Farah sudah siap mengemas beg pakaianku. Melihatkan dia sudah bersedia, kami sekeluarga segera bertolak. Di dalam kereta, keadaan sunyi sahaja. Kepalaku berserabut. Bagaimana keadaan emak sekarang ini? Apa penyakitnya sehingga perlu di bawa ke hospital? Seriuskah penyakitnya itu? Perlukan pembedahan? Argghhh… berlegar-legar persoalan di mindaku. "Abang, perlahan sedikit!" Kedengaran suara Farah menegurku. Aku tahu, aku memandu laju lebih daripada biasa. Aku hanya menganggukkan kepala lalu memperlahankan sedikit kelajuan keretaku. "Farah, abang minta maaf sebab tak dapat pulang ke kampung jumpa emak Farah. Tapi, abang janji selepas memastikan keadaan emak, kita balik ke kampung Farah ya!" "Tak apalah bang. Emak Farah cuma pening-pening saja. Mungkin darah tingginya datang kembali. Emak abang lebih penting sekarang sebab sudah di masukkan ke dalam wad. Agak-agaknya, apa penyakit emak tu bang?" Aku menghela nafas kelegaan apabila Farah tidak kisah kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang menziarahi emaknya. Dia memang seorang wanita yang baik. "Entahlah, abang pun tak tahu. Emak jarang mengadu sakit. Cuma kadang-kala dia mengadu pinggangnya sakit. Tapi, tak pernah mahu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Emak hanya meminta ayah membelikan ubat di farmasi. Selepas makan ubat, sakit di pinggangnya akan baik semula." Aku menjelaskan kepadanya. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Sekali-sekala dia menjenguk ke belakang untuk melihat Farhan dan Azim. Tapi, nampaknya anak-anakku itu sudah terlena. Keretaku laju meluncur di atas jalanraya. Suasana kemudiannya kembali sepi. Farah sendiri sudah terlena di sebelahku. Aku terus memandu dengan tenang menuju ke utara.
x tau la naper aku sedih sgt bila bc citer ni...meleleh air mataku tnpa aku sedar...hehehe....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x tau la naper aku sedih sgt bila bc citer ni...meleleh air mataku tnpa aku sedar...hehehe....