BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, November 11, 2006
kasih dihujung rindu 4
sambungan dari siri lepas ... . harap maaf atas kelewatan siaran .. atas sebab tertentu... .. Bab 13 - Khairul "Emak... cubalah faham keadaan saya nie. Cucu-cucu mak nie ketandusan kasih sayang seorang ibu. Biarlah saya berkahwin dengan Farah." Aku masih tidak putus-putus memujuk emak semenjak aku tiba malam semalam. "Aku tak mahu cucu-cucu aku beribu tiri. Nanti dideranya anak-anak kau tu. Aku sendiri boleh jaga mereka berdua tu. Kau saja yang keberatan." Emak mendengus. "Baru setahun Linda pergi, kau dah sibuk hendak kahwin lain." Tambah emak lagi lalu memalingkan wajahnya. "Bukan begitu mak. Saya buat begini demi kebahagiaan Farhan dan Azim." "Kau nie yakin sangat yang budak perempuan tu boleh jaga Farhan dan Azim sebagaimana Linda jaga mereka dulu." Emak masih sangsi terhadap keupayaan serta kebolehan Farah walaupun telah banyak aku memuji-miji Farah di hadapannya. "Saya yakin dan saya jamin Farah akan menjadi seorang ibu yang baik serta isteri yang solehah pada saya. Saya kenal dia hampir tujuh tahun. Saya tahu baik buruknya. Dia bukannya seorang yang suka keluar berpoya-poya. Dia seorang gadis yang masih terpelihara maruahnya walaupun sudah lama menetap di kota sana. Dia tidak pernah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang sering kita dengar saban hari." "Beria-ia kau menyebelahi dia. Belum kahwin lagi dah nampak kau melebihkan dia dari mak. Bila dah kahwin nanti, mak pon kau dah tak ingat. Asyik dok mengulit bini baru kau tu." Tempelak emak kepadaku. Terpempan aku seketika. Begitu sekali emak beranggapan buruk terhadapku. Aku mengusap kepalaku beberapa kali. Aku cuba mencari ayat yang dapat meyakinkan bahawa Farah adalah seorang gadis yang elok perangai dan sifatnya. Dan aku begitu yakin dia takkan mensia-siakan Farhan dan Azim. Lagipun aku tahu, Farah memang sayangkan Farhan dan Azim. "Farah gadis baik mak. Lagipun dia kawan Linda dulu. Kalau mak dapat tengok cara dia melayan Farhan dan Azim, tentu mak yakin bahawa hanya Farah sahaja yang dapat menggantikan tempat Linda." Aku berjalan mundar-mandir di hadapan emak di ruang tamu. Tv yang terpasang sedikit pun tidak menarik minatku untuk menonton. Farah sudah memberikan persetujuan begitu juga ayah. Hanya tinggal emak sahaja. Emak... mengapa hatimu ini begitu keras?? "Iyalah... baik sebelum kahwin. Dah kahwin nanti, dengan kau sekali tak pedulikan cucu-cucu aku tu." "Kenapalah awak nie buruk sangka sangat?" Ayah mencelah di tengah-tengah ketegangan antara aku dan emak. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dengan campur tangan dari ayah akan mempengaruhi keputusan emak. "Bukannya buruk sangka, saya cuma tak mahu cucu-cucu kita kena siksa... kena dera." Jawab emak lalu menjeling pada ayah yang melabuhkan punggungnya di sebelah emak. "Dulu sewaktu si Khairul minta nak kahwin dengan Linda, awak tentang juga. Kata Linda tu tak sesuailah, tak boleh beri kebahagiaan pada Khairullah... macam-macam awak tuduh dia. Bila dah kahwin, terbukti apa yang awak sangkakan itu, tak betul. Malah jadi menantu kesayangan awak pula. Sudahlah Limah. Cukuplah dengan perangai awak itu. Kita nie dah tua. Tak tahu bila masa nak pergi. Lagipun Khairul masih muda. Biarlah dia kahwin. Sekurang-kurangnya boleh kita tambah cucu lagi." Kata-kata terakhir ayah mencuit hatiku. Aku ketawa kecil. Ayah pula senyum meleret sambil melirik kepadaku. "Ke situ pulak perginya." Balas emak yang kulihat sudah reda kemarahannya. begitulah perangai emak, walau setinggi mana marahnya, akan reda apabila ayah mula bersuara menentang keputusannya. Agaknya sebab itulah, rumahtangga yang telah dibina sejak 30 tahun dahulu tetap kukuh, malah bertambah teguh dengan kehadiran Farhan dan Azim. "Emak, macam mana?" Soalku lagi. Emak memandangku. Kemudian pandangannya beralih kepada ayah. Kemudian mengeluh dan mendiamkan diri. Sikapnya begitu sedikit meresahkan aku. Aku berlutut di hadapan emak. Aku menggenggam erat tangannya. "Emak... restuilah perkahwinan saya untuk kali kedua ini. Saya berjanji tidak akan melupakan emak dan ayah saya sudah beristeri nanti. Malah saya pasti bahawa Farah akan menyayangi anak-anak saya seperti anak-anaknya sendiri." Ucapku lalu mengucup tangannya lembut. Terasa tangan emak mengusap kepalaku, hangat. Aku tahu, sekeras manapun hati emak, dia tetap akan menyokong keputusanku. "Bawalah dia datang berjumpa dengan kami." Aku mendongak memandang wajah emak. Bergenang-genang air mata di kelopak matanya. Aku kembali mengucup tangan emak tanda terima kasih. Ayah menepuk-nepuk bahuku tanda menyokong keputusanku. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum kelegaan. Bab 14 - Farah "Takkan di Malaysia nie dah tak ada anak teruna, sampai kau nak kahwin dengan duda tu?" Abah bersuara membuatkan perutku seakan kecut. Abah amat jarang berbual-bual denganku. Dan aku amat menghormatinya sehinggakan timbul perasaan takut dalam diriku. Berbeza dengan emak yang begitu akrab denganku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku memandang ke wajah emak yang duduk di sebelah abah. Aku mengerutkan dahi kepada emak agar dia memahami isyaratku supaya membantuku untuk menjawab soalan abah. Tapi, emak buat-buat tidak faham. Aku menarik nafas seketika sebelum menjawab pertanyaan dari abah. "Bukan begitu abah. Sudah jodoh saya dengan dia." Jawabku perlahan. Sedikitpun aku tidak berani menentang mata abah. Abah merengus perlahan. Aku tahu, dia bukannya marahkan aku kerana mahu mengahwini seorang duda tetapi, kalau boleh dielakkan lagi elok. Sedangkan dulu sewaktu emak mengahwini abah, abah juga seorang duda beranak satu. Mungkin dia tidak mahu aku mengikut jejak langkah emak yang mengahwini seorang duda. "Alah, abahnya... apa salahnya. Bukannya kita tak kenal si Khairul tu. Dah macam anak kita sendiri. Diakan selalu datang bersama dengan arwahnya Linda dulu. Cuma selepas Farah berpindah kerja, kita langsung tak berjumpa dengan mereka. Sampaikan Linda 'pergi' pun, kita tak tahu." Kata-kata dari emak membuatkan aku berasa sedikit lega. Memang aku sudah memberitahu pada emak dan abah tentang Linda. Mereka pada mulanya amat terkejut dengan berita yang ku bawa, tetapi mereka akur dengan ketetapan Ilahi. "Abah bukannya menghalang, tapi abah rasa macam tak sedap hati hendak melepaskan Farah berkahwin dengan dia. Lagipun dia ada anak. Macam mana Farah hendak sesuaikan diri dengan anak-anak tiri. Tengok macam kakak kamu, tak mahu dia tinggal dengan emak kamu nie. Dia lebih rela duduk dengan opah sebelah arwah ibunya. Inikan pula kamu yang akan tinggal serumah dengan mereka. Abah takut kalau kau tak sesuai tinggal dengan budak-budak. Kau tu anak tunggal kami. Mana ada adik-beradik yang lain." Abah meluahkan kesangsiannya terhadap kesanggupan aku untuk menjaga bakal anak-anak tiriku itu. "Itu abah tak perlu risau. Saya dah berjumpa dengan anak-anak Khairul. Mereka nampaknya menyenangi saya dan malah menganggap saya sebagai ibunya. Mungkin mereka kehilangan seorang ibu sewaktu mereka masih kecil, jadi bila Farah rapat dengan mereka lalu mereka anggap Farah nie ibu mereka." Jawabku berhat-hati. Kali ini aku lebih berkeyakinan untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh abah. "Farah pasti dengan jodoh Farah ini?" Soal abah. "Ya." Jawabku gugup. "Takkan menyesal kalau apa-apa berlaku di kemudian hari?" "Tak. Farah takkan menyesal." Jawabku dengan yakin. Abah mengangguk-anggukkan kepalanya mungkin berpuas hati dengan jawapanku. Dia mengalihkan pandangannya kepada emak pula. "Macam mana Dah? Awak setuju?" "Saya tak ada masalah. Mana yang baik pada Farah, baiklah pada saya." Balas emak lalu tersenyum senang. "Baiklah kalau begitu, nanti kau minta pihak Khairul datang untuk berbincang dengan keluarga kita." Sebaris ayat yang keluar dari mulut abah amat menggembirakan hatiku. tanpa berlengah-lengah lagi aku terus mencapai telefon bimbitku lalu berlari ke tengah halaman rumah dan mendial nombor telefon Khairul. Tidak sabar rasanya untuk aku menyampaikan berita gembira ini. Hello." Kedengaran suara Khairul di corong telefon bimbitku. "Hai, Farah di sini." Balasku pantas. "So, apa keputusannya?" Soal Khairul tidak sabar. "What do you think?" Soalku kembali dengan nada yang agak sedih. Sengaja mahu bergurau dengannya. "Emmm... I don't know. I hope, positive." Balasnya perlahan. Aku tersenyum. Mesti dia buat muka 'seposen', desisku lalu ketawa kecil. "You laugh, it;s mean... " Suaranya kembali bersemangat. Kali ini aku ketawa besar dan memberitahunya bahawa abah dan emakku bersetuju. Cuma menunggu pihaknya datang untuk merisikku secara rasminya. "How about your mother?" Soalku pula. Aku tahu ibunya tidak begitu menyenangi dengan keputusannya untuk berkahwin lagi. Aku tidak tahu apa yang dikatakan pada ibunya sewaktu memujuk agar merestui perkahwinanya buat kali kedua ini. Cuma dia meminta agar aku jangan risau. Walaupun begitu, sedikit sebanyak aku seperti terasa tempiasnya. Aku tahu aku bakal menghadapi sedikit masalah apabila berdepan dengan ibunya nanti. "Dia emak aku. Tahulah aku uruskan. Dia sudah merestui perkahwinan kita and she want to see you." Bagaikan terhenti jantungku apabila mendengar permintaan ibu Khairul. "Your mother want to see me?" Soalku kepadanya untuk meminta kepastian. "Yes... she want to see her future daughter-in-law." Kata Khairul mesra. Aku mendiamkan diri. Aku tahu, aku perlu berjumpa dengan ibunya. Tapi, entah mengapa hatiku berasa tidak enak. Bukannya aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Sewaktu Linda masih ada, sering juga berkunjung ke rumah ibu Khairul. Mungkin kunjunganku kali ini berbeza dari dahulu. Kalau dulu, kunjunganku hanya sekadar kunjungan rakan anaknya, tapi kali ini kunjunganku adalah untuk bertemu dengan bakal ibu mertuaku! "Takut?" Suara Khairul kembali menerpa ke corong telingaku. Tersentak aku seketika. "Emmm... no. Nervous!" Balasku. Kedengaran dia ketawa. "Bukannya kau tak pernah berjumpa dengan emak aku. It's okay, bukannya mak aku nak makan kau." Ucapnya bergurau. Aku hanya tersenyum. "OK. Abah dan emakku meminta pihak kau datang untuk membincangkan hal kita." Aku cuba mengelak dari terus membicarakan tentang pertemuan di antara aku dan emak Khairul. Entah mengapa, setiap kali mengingatkan wajah emak Khairul, jantung berdebar-debar sahaja. "Tentang itu, aku akan berbincang semula dengan emak dan ayahku. Tapi, yang penting sekarang ialah... aku perlu bawa kau berjumpa dengan emak dan ayahku." "Baiklah. Esok aku akan kembali ke sana. Hari Sabtu, selepas waktu kerja... kita pergi berjumpa dengan mak dan ayah kau." Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk berjumpa dengan emak dan ayah Khairul. Aku tahu aku tidak boleh mengelak dari berjumpa mereka berdua. Lambat laun, aku pasti akan berdepan dengan mereka kerana aku bakal menjadi sebahagian dari keluarga itu. "That's my girl... " Mendengar suara Khairul membuatkan hatiku kembali tenang. Setenang petang yang indah ini. Aku kegelisahan. Berbagai-bagai persoalan timbul di benakku. Entah mengapa hatiku bagaikan tidak enak untuk menemui emak dan ayah Khairul. Terasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Tetapi tidak aku suarakan pada Khairul yang sedang menumpukan perhatiannya pada jalan raya yang tidak begitu sibuk. Aku memandang wajahnya, lama. "Kenapa?" Soalnya tenang. Agaknya dia perasan aku memerhatikannya agak lama. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku sambil melepaskan keluhan kecil. "Nervous?" Soalnya lagi. Kali ini ku hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman hambar. Pantas tangannya mencapai tanganku lalu digenggam erat dan dibawa ke dadanya yang bidang itu. "Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Kita sudah hampir sampai nie. Dalam lima belas minit lagi." Aku tahu dia cuba mententeramkan perasaanku yang agak berkecamuk. Aku tidak memberi apa-apa reaksi. Sebaliknya aku mengalihkan tumpuanku ke tempat duduk belakang. Farhan dan Azim sedang tidur dengan lenanya. Kasihan anak-anak ini. Selepas tamat waktu kerja tadi, Khairul terus membawa aku mengambil Farhan dan Azim dari rumah pengasuh mereka lalu bergegas meneruskan perjalanan pulang ke kampung Khairul. Tidak lama kemudian Khairul membelokkan keretanya ke sebuah taman perumahan. Di kiri-kanan kelihatan rumah banglo dua tingkat berdiri dengan megahnya. Sudah lama keluarga Khairul menetap di sini. Semenjak aku mula mengenali mereka dahulu. Selalu juga aku bertandang ke mari. Itupun atas desakan Linda dan Khairul. Aku hanya menurut kata mereka kerana tidak mahu dikatakan sengaja menjauhkan diri. Memang aku cuba menjauhkan diri dari mereka, terutama sekali Khairul. Dengan melihat kebahagiaan mereka, akan membuatkan hatiku bagaikan disiat-siat. Pedihnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Maka untuk mengelakkan hatiku dari terus menerus terluka, aku terus mencari peluang kerja di tempat lain agar aku dari lari jauh dari mereka berdua. Akhirnya aku dapat menjawat jawatan jauh di kota dan langsung tidak menghubungi mereka. Tetapi siapa sangka setelah lima tahun aku menyepikan diri, akhirnya aku bertemu semula dengan lelaki di sebelahku ini yang sekarang memegang gelaran duda beranak dua. Dan sekarang pula aku bakal hidup bersama dengan lelaki yang pernah aku cintai secara dalam diam. Aku sendiri masih tidak percaya dengan lamaran dari lelaki ini. Tapi, aku tahu, dia bersungguh-sungguh dan aku merasakan inilah saat yang paling terindah dalam hidupku. "Kita sudah sampai." Ucapnya hampir ke telingaku. Aku tersentak dari lamunan. Aku berpaling ke kanan untuk memandang wajahnya. Dia sedang tersenyum kepadaku. "Come!" Ajaknya lalu membuka pintu keretanya. Begitu juga dengan aku. Kemudian aku membuka pintu belakang kereta Wira itu untuk mengambil Azim yang masih lena. Farhan pula sudah awal-awal lagi berlari masuk ke rumah opah dan atuknya. Aku mengangkat Azim dari pembaringannya. Baru sahaja aku mendukungnya, dia sudah terjaga. Kelihatan dia agak mamai. Aku mengucup pipi gebunya. Khairul membantu aku untuk menutup pintu kereta. Mukanya berseri-seri. Berbeza dengan diriku yang kelihatan amat gugup sekali. "Opah..!! Opah&!! Auntie datang&!!" Kedengaran lunak suara Farhan memberitahu opahnya akan kedatanganku. Ini membuatkan aku bertambah gementar. Khairul yang memahami keadaanku, menggenggam erat tanganku lalu dikucupnya lembut. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Tapi yang pastinya ia dapat meredakan sedikit debaran kencang di dadaku. Aku telah sampai di ambang pintu banglo putih itu. Aku memberikan salam. Seketika kemudian terdengaran suara perempuan menjawab salamku. Aku tahu itu suara Puan Fatimah, ibu Khairul. Aku menanti kemunculan ibu Khairul dengan sabar. "Sudah sampaipun orang yang ditunggu-tunggu." Muncul Encik Said, ayah Khairul yang menyambut aku dan Khairul di pintu. Dia melemparkan senyuman mesra buat kami. Aku membalas dengan seadanya. "Apa khabar pak cik?" Soalku ramah. "Baik... baik& Jemputlah masuk." Dengan bismillah aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Keadaannya sudah berubah. Perhiasan, perabot dan juga susun aturnya malah catnya jug sudah berganti dengan warna lain. Yalah, sudah lima tahun aku tidak ke sini. "Mak cik kamu ada di dapur. Apa lagilah yang dibuatnya di dalam sana. Bukannya hendak menyambut bakal menantu." Beritahu ayah Khairul. Aku tersenyum malu apabila mendengar perkataan bakal menantu yang keluar dari mulut ayah Khairul. Tidak lama kemudian, Farhan datang menerpa kepadaku. Azim pula masih berada di pangkuanku. "Mari sini pada atok." Ayah Khairul menghulurkan tangannya untuk mengambil Azim dariku. Tetapi, Azim pantas merangkul leherku. "Amboi& mentang-mentanglah dah dapat mama baru, dengan atok pun dah tak mahu kawan." Seloroh ayah Khairul sambil tangannya memegang tangan Azim. Azim menjerit keengganan. Semakin erat dia merangkul leherku. Akhirnya ayah Khairul mengalah. Dia menarik Farhan lalu mengangkatnya dan diletakkan di atas pangkuannya. "Apa khabar mak cik?" Ucapku apabila aku melihat emak Khairul sedang jalan menuju ke arah kami di ruang tamu. "Khabar baik. Sudah lama kamu tak datang ke sini ya?" Balasnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah ayah Khairul. Tiada senyuman di bibirnya. "Emmm& dah lama juga. Sudah lima tahun." Jawabku gugup. "Linda meninggal pun kamu tak datang." Katanya lagi. Aku pula mula terasa bahang di dalam perbualan kami. "Yang sebenarnya saya tak tahu pun kejadian yang menimpa arwah. Kalau tak berjumpa Khairul tiga bulan yang lalu, saya rasa sampai sekarang pun saya takkan tahu." Balasku lalu memandang Khairul yang duduk mendiamkan diri di sebelahku. "Iyalah& Kalau kamu tak berjumpa dengan dia tiga bulan yang lalu, takkan kamu boleh sampai di sini, kan?" Ada nada sindiran di dalam ayat yang keluar dari mulut emak Khairul. Aku mula gelisah. Patutlah sepanjang perjalanan ke sini, hatiku berasa sungguh tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang menghalang niatku untuk ke sini Rupa-rupanya emak Khairul tidak begitu menyenangi akan kehadiranku ke sini atau mungkin juga dia tidak begitu menyukai aku berkahwin dengan anaknya. "Emakkk&" Kata Khairul seolah-olah memberi amaran pada emaknya supaya berhenti dari menyindirku. Tiba-tiba sahaja perasaanku menjadi begitu sayu. Dadaku sebak dan aku berasa sungguh pilu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja perasaan itu hadir. Air hangat bergenang-genang di dalam kelopak mataku. Aku cuba menahannya dari gugur. Aku perlu tabah jika aku mahu meneruskan perhubungan ini walaupun kutahu banyak ranjau dan duri bakal aku hadapi kelak. Aku memandang wajah muram Farah di hadapanku. Aku tahu tentu dia berasa amat sedih dengan layanan buruk yang diberikan oleh emak buatnya. Macam-macam disindirnya Farah hingga hampir menangis wanita ini dibuatnya. "Farah, are you OK?" Dia berpaling ke arahku. Tiada jawapan yang keluar dari bibir nipisnya, hanya gelengan kepala dan senyuman hambar. Semalam, selepas makan malam, aku bergegas pulang kembali ke ibukota walaupun emak dan ayah menghalang. Aku memberi alasan bahawa aku ada kerja yang perlu dibereskan sebelum hari Isnin. Setelah melihat ketegasanku, mereka melepaskan kami pulang dengan syarat, aku perlu tinggalkan Farhan dan Azim. Pada mulanya aku agak terkejut dengan permintaan emak. Tapi, aku ikutkan kata emak dengan hati yang berat. Azim menjerit-jerit mahu mengikut kami pulang. Yang sebenarnya dia mahu bersama dengan Farah. Tetapi, emak cepat-cepat membawa masuk Azim ke dalam rumah tanpa sempat bersalam dengan aku dan Farah. Aku tahu Farah tidak betah tinggal di rumah emak walaupun sesaat. Dia tersinggung dengan sikap emak. Tapi, tidak sekali-kali dia menyuarakannya. Dia hanya mendiamkan diri. Sikapnya itu membuatkan aku semakin dihimpit perasaan bersalah. Aku tidak menyangka emak akan memberi layanan sebegitu pada Farah. Puas disindir, bermacam-macam amaran diberikan sebagai syarat untuk menjadi isteriku. Farah hanya menganggukkan kepala walaupun aku tahu dia tertekan dengan kata-kata emak. "Aku rasa, kita tak patut teruskan apa yang kita rancangkan." Tiba-tiba sahaja Farah bersuara setelah hampir setengah jam dia mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan jauh ke tasik di hadapannya. Terpempan aku seketika. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Farah. "Apa maksud kau?" Soalku untuk meminta kepastian. "Kau faham maksudku." Balasnya lalu mengeluh. Aku terdiam. "Aku sudah nekad untuk mengambil kau sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Tentang emak aku, kau jangan risau. Perangai dia memang begitu. Sewaktu aku mahu mengahwini Linda dulu pun, begini jugalah sikapnya. Kau sendiri sedia maklum dengan perangai emak aku. tapi, siapa sangka Linda akhirnya menjadi menantu kesayangan emak. Walaupun perangainya begitu, tapi sebenarnya emak baik hati." "Aku bukan Linda dan aku tak boleh jadi seperti Linda." Perlahan sahaja dia bersuara. Ada air mata mengalir di pipi mulusnya. "Sebelum keadaan jadi semakin teruk, baik aku undur diri." Sambungnya lagi. "Farah!! Please& jangan macam nie. Tiada siapa lagi yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim." "Ada, cuma kau tak berjumpa." "Aku sudah berjumpa dan orang itu adalah kau!" "Tapi, emak kau&" Kata-katanya terhenti di situ. "Farah&" Panggilku lembut. Aku menghampiri dirinya yang sudah teresak-esak. Aku peluk bahunya untuk mententeramkan perasaannya. "Ada emak kata dia tidak benarkan kita berkahwin?" Soalku lembut. Dia hanya menggelengkan kepalanya. "So, dia hanya mahu menguji samada bakal menantunya ini tahan atau tidak dengan cabaran menjadi menantu Puan Fatimah dan Encik Said. Percayalah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Kau sendiri dengar tadi. Ayah aku akan pergi merisik kau dalam masa sebulan lagi. Kemudian, kita akan terus bertunang. Tiba bulan kemudian, kita akan dinikahkan dan hidup bersama-sama. Kau jangan takut. Aku akan sentiasa di samping kau, ok?" Aku cuba memujuk Farah. Aku tahu fikirannya tidak menentu dan dia perlukan sokongan dari aku. Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku katakan ini. Aku tahu, walaupun emak memberi persetujuan untuk aku berkahwin dengan Farah, ini tidak bermakna emak dapat menerima Farah sebagai menantunya. Farah perlu berusaha keras untuk memenangi hati emak seperti yang pernah arwah Linda lakukan. Antara Farah dan Linda, tidak banyak yang berbeza dari segi perangai dan penampilan. Farah tidak mengenakan tudung seperti Linda. Walaupun begitu, dia tetap menyempurnakan suruhan Tuhan iaitu bersolat serta ibadah-ibadah wajib yang lain. Cuma satu sahaja sikap Farah yang arwah Linda tidak senangi iaitu dia tidak suka menunjukkan perasaannya. Segalanya akan dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku takut dengan sikapnya yang begitu, akan merumitkan keadaan. "Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tenangkan hati dan berdoalah agar jodoh kita cepat disatukan." Ucapku lalu merenung matanya yang digenangi air mata. "I hope so&" Balasnya lemah. Aku mengucup ubun-ubunnya lalu mengajaknya pulang. Emak& ku harapkan agar dikau menerima Farah sebagai menantumu agar dia dapat menjalankan tugas arwah yang tidak sempat disempurnakan. Majlis perkahwinan di antara aku dan Khairul meriah walaupun dibuat secara sederhana. Aku menolak untuk bersanding, tetapi atas desakan oleh emak, aku menurut. Lagipun inilah satu-satunya majlis perkahwinan yang diadakan oleh mereka kerana tinggal aku sahaja yang belum berumahtangga. Kakak tiriku sudah mendirikan rumahtangga dan kini menetap di Pulau Pinang. Majlis perkahwinan dia diadakan di rumah emak saudara sebelah ibunya. Dengan dua kali lafaz, maka sahlah aku menjadi isteri Khairul. Aku bersyukur kerana majlis perkahwinan ini berjalan lancar walaupun aku tahu, emak Khairul tidak menyenangi diriku. Tapi demi Farhan dan Azim, akan kutelan segala kepahitan yang bakal aku tempuhi. Pada hari keesokan harinya pula selepas majlis di rumahku, majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pula diadakan. Aku agak berdebar-debar untuk ke sana. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam ke rumah emak Khairul, agak meletihkan. Sebaik sahaja kami sampai, kompang dipalu. Suasana kelihatan lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis di rumahku. Khairul menggenggam erat tanganku sewaktu beriringan menuju ke tempat persandingan. Sebaik sahaja kami duduk, pertunjukan silat pulut diadakan. Tidak lama kemudian, acara menepung tawar pula diadakan. Ayah Khairul yang memulakan acara menepung tawar dan diikuti oleh emak Khairul. Sewaktu bersalam dengannya, aku dapat rasakan tanganku digenggam kuat. Aku tidak mengerti mengapa dia berbuat begitu. Tetapi, cepat-cepat aku menutup rasa kurang enak itu dengan mengucup tangannya. Sedihnya hati ini bila emak Khairul cepat-cepat menarik tangannya. Azim tidak mahu berenggang denganku. Sewaktu makan beradap tadi pun, dia mahu duduk bersamaku. Aku dengan senang hati memangku Azim. Farhan pula berada di sebelah ayahnya. Agak kecoh sewaktu acara makan beradap apabila tetamu-tetamu yang hadir, mengusik kami. Tersipu-sipu aku dibuatnya. "Selalunya pengantin lelaki suap pengantin perempuan dan pengantin perempuan suap pengantin lelaki pula. Tapi, sekarang kena suap anak-anak pulak." Kedengaran suara mengusik kami yang sedang leka melayan Farhan dan Azim yang makan bersama kami. Berderai ketawa para tetamu semuanya. Setelah semua tetamu pulang, aku membantu untuk mengemas barang-barang dan makanan yang bersepah. Walaupun dilarang oleh saudara mara Khairul, sengaja aku pekakkan telinga. Takkanlah aku mahu goyang kaki sahaja dan melihat mereka yang lain bertungkus-lumus berkemas. Nanti apa pula kata emak Khairul. Khairul juga bertungkus-lumus membasuh periuk besar dan kawah yang digunakan untuk memasak lauk-pauk untuk majlis tadi. "Penat?" Soalnya kepadaku sewaktu aku sedang leka mengelap pinggan dan mangkuk di sudut dapur. "Sedikit. Abang nak air?" "Boleh juga." Balasnya. Aku lantas bangun lalu menuju ke meja. Aku mengambil gelas dan menuang air teh lalu kuhulurkan kepadanya. Dengan beberapa kali teguk, habis air teh itu diminumnya. Nampak sangat dia kehausan. "Abang nak lagi?" Soalku lagi tatkala dia menghulurkan gelas itu kembali kepadaku. Dia hanya menggelengkan kepala lalu mengesat peluh di dahinya. "Amboi, pengantin baru nie& berdua-duaan di dapur ya!" Mak Ngah Tijah, ibu saudara Khairul tiba-tiba sahaja menjenguk lalu mengusik kami. Aku dan Khairul tersipu-sipu. "Saya masuk nak minum airlah mak ngah. Haus sangat." Terang Khairul lalu tersengih. "Takkan lari ke mananya Farah tu." Giat Mak Ngah Tijah lagi. "Apalah mak ngah nie." Balas Khairul, segan apabila diusik oleh ibu saudaranya itu. Aku pula hampir meledak tawaku apabila melihat muka Khairul merona merah kerana malu disakat! Mak Ngah Tijah tersenyum mesra. Kemudian Khairul meminta diri untuk menyambung kerjanya di luar. "Tak habis lagi mengelap pinggan tu Farah?" Soal Mak Ngah Tijah lalu duduk bersila di sebelahku. "Belum lagi mak ngah. Ada sikit lagi." Balasku mesra. "Cukuplah tu Farah, esok boleh sambung mengemas. Pergilah kau bersiap-siap dalam bilik." Arah Mak Ngah Tijah. Aku kebingungan. "Bersiap-siap? Kita nak ke mana mak ngah?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi. sambungan dari siri lepas ... . harap maaf atas kelewatan siaran .. atas sebab tertentu... ..
Bab 13 - Khairul
"Emak... cubalah faham keadaan saya nie. Cucu-cucu mak nie ketandusan kasih sayang seorang ibu. Biarlah saya berkahwin dengan Farah." Aku masih tidak putus-putus memujuk emak semenjak aku tiba malam semalam.
"Aku tak mahu cucu-cucu aku beribu tiri. Nanti dideranya anak-anak kau tu. Aku sendiri boleh jaga mereka berdua tu. Kau saja yang keberatan." Emak mendengus.
"Baru setahun Linda pergi, kau dah sibuk hendak kahwin lain." Tambah emak lagi lalu memalingkan wajahnya.
"Bukan begitu mak. Saya buat begini demi kebahagiaan Farhan dan Azim."
"Kau nie yakin sangat yang budak perempuan tu boleh jaga Farhan dan Azim sebagaimana Linda jaga mereka dulu." Emak masih sangsi terhadap keupayaan serta kebolehan Farah walaupun telah banyak aku memuji-miji Farah di hadapannya.
"Saya yakin dan saya jamin Farah akan menjadi seorang ibu yang baik serta isteri yang solehah pada saya. Saya kenal dia hampir tujuh tahun. Saya tahu baik buruknya. Dia bukannya seorang yang suka keluar berpoya-poya. Dia seorang gadis yang masih terpelihara maruahnya walaupun sudah lama menetap di kota sana. Dia tidak pernah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang sering kita dengar saban hari."
"Beria-ia kau menyebelahi dia. Belum kahwin lagi dah nampak kau melebihkan dia dari mak. Bila dah kahwin nanti, mak pon kau dah tak ingat. Asyik dok mengulit bini baru kau tu." Tempelak emak kepadaku. Terpempan aku seketika. Begitu sekali emak beranggapan buruk terhadapku.
Aku mengusap kepalaku beberapa kali. Aku cuba mencari ayat yang dapat meyakinkan bahawa Farah adalah seorang gadis yang elok perangai dan sifatnya. Dan aku begitu yakin dia takkan mensia-siakan Farhan dan Azim. Lagipun aku tahu, Farah memang sayangkan Farhan dan Azim.
"Farah gadis baik mak. Lagipun dia kawan Linda dulu. Kalau mak dapat tengok cara dia melayan Farhan dan Azim, tentu mak yakin bahawa hanya Farah sahaja yang dapat menggantikan tempat Linda."
Aku berjalan mundar-mandir di hadapan emak di ruang tamu. Tv yang terpasang sedikit pun tidak menarik minatku untuk menonton. Farah sudah memberikan persetujuan begitu juga ayah. Hanya tinggal emak sahaja. Emak... mengapa hatimu ini begitu keras??
"Iyalah... baik sebelum kahwin. Dah kahwin nanti, dengan kau sekali tak pedulikan cucu-cucu aku tu."
"Kenapalah awak nie buruk sangka sangat?" Ayah mencelah di tengah-tengah ketegangan antara aku dan emak. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dengan campur tangan dari ayah akan mempengaruhi keputusan emak.
"Bukannya buruk sangka, saya cuma tak mahu cucu-cucu kita kena siksa... kena dera." Jawab emak lalu menjeling pada ayah yang melabuhkan punggungnya di sebelah emak.
"Dulu sewaktu si Khairul minta nak kahwin dengan Linda, awak tentang juga. Kata Linda tu tak sesuailah, tak boleh beri kebahagiaan pada Khairullah... macam-macam awak tuduh dia. Bila dah kahwin, terbukti apa yang awak sangkakan itu, tak betul. Malah jadi menantu kesayangan awak pula. Sudahlah Limah. Cukuplah dengan perangai awak itu. Kita nie dah tua. Tak tahu bila masa nak pergi. Lagipun Khairul masih muda. Biarlah dia kahwin. Sekurang-kurangnya boleh kita tambah cucu lagi." Kata-kata terakhir ayah mencuit hatiku. Aku ketawa kecil. Ayah pula senyum meleret sambil melirik kepadaku.
"Ke situ pulak perginya." Balas emak yang kulihat sudah reda kemarahannya. begitulah perangai emak, walau setinggi mana marahnya, akan reda apabila ayah mula bersuara menentang keputusannya. Agaknya sebab itulah, rumahtangga yang telah dibina sejak 30 tahun dahulu tetap kukuh, malah bertambah teguh dengan kehadiran Farhan dan Azim.
"Emak, macam mana?" Soalku lagi.
Emak memandangku. Kemudian pandangannya beralih kepada ayah. Kemudian mengeluh dan mendiamkan diri. Sikapnya begitu sedikit meresahkan aku. Aku berlutut di hadapan emak. Aku menggenggam erat tangannya.
"Emak... restuilah perkahwinan saya untuk kali kedua ini. Saya berjanji tidak akan melupakan emak dan ayah saya sudah beristeri nanti. Malah saya pasti bahawa Farah akan menyayangi anak-anak saya seperti anak-anaknya sendiri." Ucapku lalu mengucup tangannya lembut. Terasa tangan emak mengusap kepalaku, hangat. Aku tahu, sekeras manapun hati emak, dia tetap akan menyokong keputusanku.
"Bawalah dia datang berjumpa dengan kami." Aku mendongak memandang wajah emak. Bergenang-genang air mata di kelopak matanya. Aku kembali mengucup tangan emak tanda terima kasih. Ayah menepuk-nepuk bahuku tanda menyokong keputusanku. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum kelegaan.
Bab 14 - Farah
"Takkan di Malaysia nie dah tak ada anak teruna, sampai kau nak kahwin dengan duda tu?" Abah bersuara membuatkan perutku seakan kecut. Abah amat jarang berbual-bual denganku. Dan aku amat menghormatinya sehinggakan timbul perasaan takut dalam diriku. Berbeza dengan emak yang begitu akrab denganku.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku memandang ke wajah emak yang duduk di sebelah abah. Aku mengerutkan dahi kepada emak agar dia memahami isyaratku supaya membantuku untuk menjawab soalan abah. Tapi, emak buat-buat tidak faham.
Aku menarik nafas seketika sebelum menjawab pertanyaan dari abah.
"Bukan begitu abah. Sudah jodoh saya dengan dia." Jawabku perlahan. Sedikitpun aku tidak berani menentang mata abah.
Abah merengus perlahan. Aku tahu, dia bukannya marahkan aku kerana mahu mengahwini seorang duda tetapi, kalau boleh dielakkan lagi elok. Sedangkan dulu sewaktu emak mengahwini abah, abah juga seorang duda beranak satu. Mungkin dia tidak mahu aku mengikut jejak langkah emak yang mengahwini seorang duda.
"Alah, abahnya... apa salahnya. Bukannya kita tak kenal si Khairul tu. Dah macam anak kita sendiri. Diakan selalu datang bersama dengan arwahnya Linda dulu. Cuma selepas Farah berpindah kerja, kita langsung tak berjumpa dengan mereka. Sampaikan Linda 'pergi' pun, kita tak tahu." Kata-kata dari emak membuatkan aku berasa sedikit lega. Memang aku sudah memberitahu pada emak dan abah tentang Linda. Mereka pada mulanya amat terkejut dengan berita yang ku bawa, tetapi mereka akur dengan ketetapan Ilahi.
"Abah bukannya menghalang, tapi abah rasa macam tak sedap hati hendak melepaskan Farah berkahwin dengan dia. Lagipun dia ada anak. Macam mana Farah hendak sesuaikan diri dengan anak-anak tiri. Tengok macam kakak kamu, tak mahu dia tinggal dengan emak kamu nie. Dia lebih rela duduk dengan opah sebelah arwah ibunya. Inikan pula kamu yang akan tinggal serumah dengan mereka. Abah takut kalau kau tak sesuai tinggal dengan budak-budak. Kau tu anak tunggal kami. Mana ada adik-beradik yang lain." Abah meluahkan kesangsiannya terhadap kesanggupan aku untuk menjaga bakal anak-anak tiriku itu.
"Itu abah tak perlu risau. Saya dah berjumpa dengan anak-anak Khairul. Mereka nampaknya menyenangi saya dan malah menganggap saya sebagai ibunya. Mungkin mereka kehilangan seorang ibu sewaktu mereka masih kecil, jadi bila Farah rapat dengan mereka lalu mereka anggap Farah nie ibu mereka." Jawabku berhat-hati. Kali ini aku lebih berkeyakinan untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh abah.
"Farah pasti dengan jodoh Farah ini?" Soal abah.
"Ya." Jawabku gugup.
"Takkan menyesal kalau apa-apa berlaku di kemudian hari?"
"Tak. Farah takkan menyesal." Jawabku dengan yakin.
Abah mengangguk-anggukkan kepalanya mungkin berpuas hati dengan jawapanku. Dia mengalihkan pandangannya kepada emak pula.
"Macam mana Dah? Awak setuju?"
"Saya tak ada masalah. Mana yang baik pada Farah, baiklah pada saya." Balas emak lalu tersenyum senang.
"Baiklah kalau begitu, nanti kau minta pihak Khairul datang untuk berbincang dengan keluarga kita."
Sebaris ayat yang keluar dari mulut abah amat menggembirakan hatiku. tanpa berlengah-lengah lagi aku terus mencapai telefon bimbitku lalu berlari ke tengah halaman rumah dan mendial nombor telefon Khairul. Tidak sabar rasanya untuk aku menyampaikan berita gembira ini.
Hello." Kedengaran suara Khairul di corong telefon bimbitku.
"Hai, Farah di sini." Balasku pantas.
"So, apa keputusannya?" Soal Khairul tidak sabar.
"What do you think?" Soalku kembali dengan nada yang agak sedih. Sengaja mahu bergurau dengannya.
"Emmm... I don't know. I hope, positive." Balasnya perlahan. Aku tersenyum. Mesti dia buat muka 'seposen', desisku lalu ketawa kecil.
"You laugh, it;s mean... " Suaranya kembali bersemangat. Kali ini aku ketawa besar dan memberitahunya bahawa abah dan emakku bersetuju. Cuma menunggu pihaknya datang untuk merisikku secara rasminya.
"How about your mother?" Soalku pula. Aku tahu ibunya tidak begitu menyenangi dengan keputusannya untuk berkahwin lagi. Aku tidak tahu apa yang dikatakan pada ibunya sewaktu memujuk agar merestui perkahwinanya buat kali kedua ini. Cuma dia meminta agar aku jangan risau. Walaupun begitu, sedikit sebanyak aku seperti terasa tempiasnya. Aku tahu aku bakal menghadapi sedikit masalah apabila berdepan dengan ibunya nanti.
"Dia emak aku. Tahulah aku uruskan. Dia sudah merestui perkahwinan kita and she want to see you."
Bagaikan terhenti jantungku apabila mendengar permintaan ibu Khairul.
"Your mother want to see me?" Soalku kepadanya untuk meminta kepastian.
"Yes... she want to see her future daughter-in-law." Kata Khairul mesra.
Aku mendiamkan diri. Aku tahu, aku perlu berjumpa dengan ibunya. Tapi, entah mengapa hatiku berasa tidak enak. Bukannya aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Sewaktu Linda masih ada, sering juga berkunjung ke rumah ibu Khairul. Mungkin kunjunganku kali ini berbeza dari dahulu. Kalau dulu, kunjunganku hanya sekadar kunjungan rakan anaknya, tapi kali ini kunjunganku adalah untuk bertemu dengan bakal ibu mertuaku!
"Takut?" Suara Khairul kembali menerpa ke corong telingaku. Tersentak aku seketika.
"Emmm... no. Nervous!" Balasku. Kedengaran dia ketawa.
"Bukannya kau tak pernah berjumpa dengan emak aku. It's okay, bukannya mak aku nak makan kau." Ucapnya bergurau. Aku hanya tersenyum.
"OK. Abah dan emakku meminta pihak kau datang untuk membincangkan hal kita." Aku cuba mengelak dari terus membicarakan tentang pertemuan di antara aku dan emak Khairul. Entah mengapa, setiap kali mengingatkan wajah emak Khairul, jantung berdebar-debar sahaja.
"Tentang itu, aku akan berbincang semula dengan emak dan ayahku. Tapi, yang penting sekarang ialah... aku perlu bawa kau berjumpa dengan emak dan ayahku."
"Baiklah. Esok aku akan kembali ke sana. Hari Sabtu, selepas waktu kerja... kita pergi berjumpa dengan mak dan ayah kau."
Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk berjumpa dengan emak dan ayah Khairul. Aku tahu aku tidak boleh mengelak dari berjumpa mereka berdua. Lambat laun, aku pasti akan berdepan dengan mereka kerana aku bakal menjadi sebahagian dari keluarga itu.
"That's my girl... " Mendengar suara Khairul membuatkan hatiku kembali tenang. Setenang petang yang indah ini.
Aku kegelisahan. Berbagai-bagai persoalan timbul di benakku. Entah mengapa hatiku bagaikan tidak enak untuk menemui emak dan ayah Khairul. Terasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Tetapi tidak aku suarakan pada Khairul yang sedang menumpukan perhatiannya pada jalan raya yang tidak begitu sibuk. Aku memandang wajahnya, lama.
"Kenapa?" Soalnya tenang. Agaknya dia perasan aku memerhatikannya agak lama.
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku sambil melepaskan keluhan kecil.
"Nervous?" Soalnya lagi. Kali ini ku hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman hambar.
Pantas tangannya mencapai tanganku lalu digenggam erat dan dibawa ke dadanya yang bidang itu.
"Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus. Kita sudah hampir sampai nie. Dalam lima belas minit lagi." Aku tahu dia cuba mententeramkan perasaanku yang agak berkecamuk.
Aku tidak memberi apa-apa reaksi. Sebaliknya aku mengalihkan tumpuanku ke tempat duduk belakang. Farhan dan Azim sedang tidur dengan lenanya. Kasihan anak-anak ini. Selepas tamat waktu kerja tadi, Khairul terus membawa aku mengambil Farhan dan Azim dari rumah pengasuh mereka lalu bergegas meneruskan perjalanan pulang ke kampung Khairul.
Tidak lama kemudian Khairul membelokkan keretanya ke sebuah taman perumahan. Di kiri-kanan kelihatan rumah banglo dua tingkat berdiri dengan megahnya. Sudah lama keluarga Khairul menetap di sini. Semenjak aku mula mengenali mereka dahulu. Selalu juga aku bertandang ke mari. Itupun atas desakan Linda dan Khairul. Aku hanya menurut kata mereka kerana tidak mahu dikatakan sengaja menjauhkan diri.
Memang aku cuba menjauhkan diri dari mereka, terutama sekali Khairul. Dengan melihat kebahagiaan mereka, akan membuatkan hatiku bagaikan disiat-siat. Pedihnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Maka untuk mengelakkan hatiku dari terus menerus terluka, aku terus mencari peluang kerja di tempat lain agar aku dari lari jauh dari mereka berdua. Akhirnya aku dapat menjawat jawatan jauh di kota dan langsung tidak menghubungi mereka.
Tetapi siapa sangka setelah lima tahun aku menyepikan diri, akhirnya aku bertemu semula dengan lelaki di sebelahku ini yang sekarang memegang gelaran duda beranak dua. Dan sekarang pula aku bakal hidup bersama dengan lelaki yang pernah aku cintai secara dalam diam. Aku sendiri masih tidak percaya dengan lamaran dari lelaki ini. Tapi, aku tahu, dia bersungguh-sungguh dan aku merasakan inilah saat yang paling terindah dalam hidupku.
"Kita sudah sampai." Ucapnya hampir ke telingaku. Aku tersentak dari lamunan. Aku berpaling ke kanan untuk memandang wajahnya. Dia sedang tersenyum kepadaku.
"Come!" Ajaknya lalu membuka pintu keretanya. Begitu juga dengan aku. Kemudian aku membuka pintu belakang kereta Wira itu untuk mengambil Azim yang masih lena. Farhan pula sudah awal-awal lagi berlari masuk ke rumah opah dan atuknya. Aku mengangkat Azim dari pembaringannya. Baru sahaja aku mendukungnya, dia sudah terjaga. Kelihatan dia agak mamai. Aku mengucup pipi gebunya.
Khairul membantu aku untuk menutup pintu kereta. Mukanya berseri-seri. Berbeza dengan diriku yang kelihatan amat gugup sekali.
"Opah..!! Opah&!! Auntie datang&!!" Kedengaran lunak suara Farhan memberitahu opahnya akan kedatanganku. Ini membuatkan aku bertambah gementar. Khairul yang memahami keadaanku, menggenggam erat tanganku lalu dikucupnya lembut. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Tapi yang pastinya ia dapat meredakan sedikit debaran kencang di dadaku.
Aku telah sampai di ambang pintu banglo putih itu. Aku memberikan salam. Seketika kemudian terdengaran suara perempuan menjawab salamku. Aku tahu itu suara Puan Fatimah, ibu Khairul. Aku menanti kemunculan ibu Khairul dengan sabar.
"Sudah sampaipun orang yang ditunggu-tunggu." Muncul Encik Said, ayah Khairul yang menyambut aku dan Khairul di pintu. Dia melemparkan senyuman mesra buat kami. Aku membalas dengan seadanya.
"Apa khabar pak cik?" Soalku ramah.
"Baik... baik& Jemputlah masuk."
Dengan bismillah aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Keadaannya sudah berubah. Perhiasan, perabot dan juga susun aturnya malah catnya jug sudah berganti dengan warna lain. Yalah, sudah lima tahun aku tidak ke sini.
"Mak cik kamu ada di dapur. Apa lagilah yang dibuatnya di dalam sana. Bukannya hendak menyambut bakal menantu." Beritahu ayah Khairul.
Aku tersenyum malu apabila mendengar perkataan bakal menantu yang keluar dari mulut ayah Khairul.
Tidak lama kemudian, Farhan datang menerpa kepadaku. Azim pula masih berada di pangkuanku.
"Mari sini pada atok." Ayah Khairul menghulurkan tangannya untuk mengambil Azim dariku. Tetapi, Azim pantas merangkul leherku.
"Amboi& mentang-mentanglah dah dapat mama baru, dengan atok pun dah tak mahu kawan." Seloroh ayah Khairul sambil tangannya memegang tangan Azim. Azim menjerit keengganan. Semakin erat dia merangkul leherku. Akhirnya ayah Khairul mengalah. Dia menarik Farhan lalu mengangkatnya dan diletakkan di atas pangkuannya.
"Apa khabar mak cik?" Ucapku apabila aku melihat emak Khairul sedang jalan menuju ke arah kami di ruang tamu.
"Khabar baik. Sudah lama kamu tak datang ke sini ya?" Balasnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah ayah Khairul. Tiada senyuman di bibirnya.
"Emmm& dah lama juga. Sudah lima tahun." Jawabku gugup.
"Linda meninggal pun kamu tak datang." Katanya lagi. Aku pula mula terasa bahang di dalam perbualan kami.
"Yang sebenarnya saya tak tahu pun kejadian yang menimpa arwah. Kalau tak berjumpa Khairul tiga bulan yang lalu, saya rasa sampai sekarang pun saya takkan tahu." Balasku lalu memandang Khairul yang duduk mendiamkan diri di sebelahku.
"Iyalah& Kalau kamu tak berjumpa dengan dia tiga bulan yang lalu, takkan kamu boleh sampai di sini, kan?" Ada nada sindiran di dalam ayat yang keluar dari mulut emak Khairul.
Aku mula gelisah. Patutlah sepanjang perjalanan ke sini, hatiku berasa sungguh tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang menghalang niatku untuk ke sini Rupa-rupanya emak Khairul tidak begitu menyenangi akan kehadiranku ke sini atau mungkin juga dia tidak begitu menyukai aku berkahwin dengan anaknya.
"Emakkk&" Kata Khairul seolah-olah memberi amaran pada emaknya supaya berhenti dari menyindirku.
Tiba-tiba sahaja perasaanku menjadi begitu sayu. Dadaku sebak dan aku berasa sungguh pilu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja perasaan itu hadir. Air hangat bergenang-genang di dalam kelopak mataku. Aku cuba menahannya dari gugur. Aku perlu tabah jika aku mahu meneruskan perhubungan ini walaupun kutahu banyak ranjau dan duri bakal aku hadapi kelak.
Aku memandang wajah muram Farah di hadapanku. Aku tahu tentu dia berasa amat sedih dengan layanan buruk yang diberikan oleh emak buatnya. Macam-macam disindirnya Farah hingga hampir menangis wanita ini dibuatnya.
"Farah, are you OK?"
Dia berpaling ke arahku. Tiada jawapan yang keluar dari bibir nipisnya, hanya gelengan kepala dan senyuman hambar.
Semalam, selepas makan malam, aku bergegas pulang kembali ke ibukota walaupun emak dan ayah menghalang. Aku memberi alasan bahawa aku ada kerja yang perlu dibereskan sebelum hari Isnin. Setelah melihat ketegasanku, mereka melepaskan kami pulang dengan syarat, aku perlu tinggalkan Farhan dan Azim. Pada mulanya aku agak terkejut dengan permintaan emak. Tapi, aku ikutkan kata emak dengan hati yang berat. Azim menjerit-jerit mahu mengikut kami pulang. Yang sebenarnya dia mahu bersama dengan Farah. Tetapi, emak cepat-cepat membawa masuk Azim ke dalam rumah tanpa sempat bersalam dengan aku dan Farah.
Aku tahu Farah tidak betah tinggal di rumah emak walaupun sesaat. Dia tersinggung dengan sikap emak. Tapi, tidak sekali-kali dia menyuarakannya. Dia hanya mendiamkan diri. Sikapnya itu membuatkan aku semakin dihimpit perasaan bersalah.
Aku tidak menyangka emak akan memberi layanan sebegitu pada Farah. Puas disindir, bermacam-macam amaran diberikan sebagai syarat untuk menjadi isteriku. Farah hanya menganggukkan kepala walaupun aku tahu dia tertekan dengan kata-kata emak.
"Aku rasa, kita tak patut teruskan apa yang kita rancangkan." Tiba-tiba sahaja Farah bersuara setelah hampir setengah jam dia mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan jauh ke tasik di hadapannya.
Terpempan aku seketika. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Farah.
"Apa maksud kau?" Soalku untuk meminta kepastian.
"Kau faham maksudku." Balasnya lalu mengeluh.
Aku terdiam. "Aku sudah nekad untuk mengambil kau sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Tentang emak aku, kau jangan risau. Perangai dia memang begitu. Sewaktu aku mahu mengahwini Linda dulu pun, begini jugalah sikapnya. Kau sendiri sedia maklum dengan perangai emak aku. tapi, siapa sangka Linda akhirnya menjadi menantu kesayangan emak. Walaupun perangainya begitu, tapi sebenarnya emak baik hati."
"Aku bukan Linda dan aku tak boleh jadi seperti Linda." Perlahan sahaja dia bersuara. Ada air mata mengalir di pipi mulusnya.
"Sebelum keadaan jadi semakin teruk, baik aku undur diri." Sambungnya lagi.
"Farah!! Please& jangan macam nie. Tiada siapa lagi yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim."
"Ada, cuma kau tak berjumpa."
"Aku sudah berjumpa dan orang itu adalah kau!"
"Tapi, emak kau&" Kata-katanya terhenti di situ.
"Farah&" Panggilku lembut. Aku menghampiri dirinya yang sudah teresak-esak. Aku peluk bahunya untuk mententeramkan perasaannya.
"Ada emak kata dia tidak benarkan kita berkahwin?" Soalku lembut.
Dia hanya menggelengkan kepalanya.
"So, dia hanya mahu menguji samada bakal menantunya ini tahan atau tidak dengan cabaran menjadi menantu Puan Fatimah dan Encik Said. Percayalah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Kau sendiri dengar tadi. Ayah aku akan pergi merisik kau dalam masa sebulan lagi. Kemudian, kita akan terus bertunang. Tiba bulan kemudian, kita akan dinikahkan dan hidup bersama-sama. Kau jangan takut. Aku akan sentiasa di samping kau, ok?" Aku cuba memujuk Farah. Aku tahu fikirannya tidak menentu dan dia perlukan sokongan dari aku.
Sebenarnya aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku katakan ini. Aku tahu, walaupun emak memberi persetujuan untuk aku berkahwin dengan Farah, ini tidak bermakna emak dapat menerima Farah sebagai menantunya. Farah perlu berusaha keras untuk memenangi hati emak seperti yang pernah arwah Linda lakukan.
Antara Farah dan Linda, tidak banyak yang berbeza dari segi perangai dan penampilan. Farah tidak mengenakan tudung seperti Linda. Walaupun begitu, dia tetap menyempurnakan suruhan Tuhan iaitu bersolat serta ibadah-ibadah wajib yang lain. Cuma satu sahaja sikap Farah yang arwah Linda tidak senangi iaitu dia tidak suka menunjukkan perasaannya. Segalanya akan dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku takut dengan sikapnya yang begitu, akan merumitkan keadaan.
"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tenangkan hati dan berdoalah agar jodoh kita cepat disatukan." Ucapku lalu merenung matanya yang digenangi air mata.
"I hope so&" Balasnya lemah.
Aku mengucup ubun-ubunnya lalu mengajaknya pulang.
Emak& ku harapkan agar dikau menerima Farah sebagai menantumu agar dia dapat menjalankan tugas arwah yang tidak sempat disempurnakan.
Majlis perkahwinan di antara aku dan Khairul meriah walaupun dibuat secara sederhana. Aku menolak untuk bersanding, tetapi atas desakan oleh emak, aku menurut. Lagipun inilah satu-satunya majlis perkahwinan yang diadakan oleh mereka kerana tinggal aku sahaja yang belum berumahtangga. Kakak tiriku sudah mendirikan rumahtangga dan kini menetap di Pulau Pinang. Majlis perkahwinan dia diadakan di rumah emak saudara sebelah ibunya.
Dengan dua kali lafaz, maka sahlah aku menjadi isteri Khairul. Aku bersyukur kerana majlis perkahwinan ini berjalan lancar walaupun aku tahu, emak Khairul tidak menyenangi diriku. Tapi demi Farhan dan Azim, akan kutelan segala kepahitan yang bakal aku tempuhi.
Pada hari keesokan harinya pula selepas majlis di rumahku, majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pula diadakan. Aku agak berdebar-debar untuk ke sana. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam ke rumah emak Khairul, agak meletihkan. Sebaik sahaja kami sampai, kompang dipalu. Suasana kelihatan lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis di rumahku.
Khairul menggenggam erat tanganku sewaktu beriringan menuju ke tempat persandingan. Sebaik sahaja kami duduk, pertunjukan silat pulut diadakan. Tidak lama kemudian, acara menepung tawar pula diadakan. Ayah Khairul yang memulakan acara menepung tawar dan diikuti oleh emak Khairul. Sewaktu bersalam dengannya, aku dapat rasakan tanganku digenggam kuat. Aku tidak mengerti mengapa dia berbuat begitu. Tetapi, cepat-cepat aku menutup rasa kurang enak itu dengan mengucup tangannya. Sedihnya hati ini bila emak Khairul cepat-cepat menarik tangannya.
Azim tidak mahu berenggang denganku. Sewaktu makan beradap tadi pun, dia mahu duduk bersamaku. Aku dengan senang hati memangku Azim. Farhan pula berada di sebelah ayahnya. Agak kecoh sewaktu acara makan beradap apabila tetamu-tetamu yang hadir, mengusik kami. Tersipu-sipu aku dibuatnya.
"Selalunya pengantin lelaki suap pengantin perempuan dan pengantin perempuan suap pengantin lelaki pula. Tapi, sekarang kena suap anak-anak pulak." Kedengaran suara mengusik kami yang sedang leka melayan Farhan dan Azim yang makan bersama kami. Berderai ketawa para tetamu semuanya.
Setelah semua tetamu pulang, aku membantu untuk mengemas barang-barang dan makanan yang bersepah. Walaupun dilarang oleh saudara mara Khairul, sengaja aku pekakkan telinga. Takkanlah aku mahu goyang kaki sahaja dan melihat mereka yang lain bertungkus-lumus berkemas. Nanti apa pula kata emak Khairul. Khairul juga bertungkus-lumus membasuh periuk besar dan kawah yang digunakan untuk memasak lauk-pauk untuk majlis tadi.
"Penat?" Soalnya kepadaku sewaktu aku sedang leka mengelap pinggan dan mangkuk di sudut dapur.
"Sedikit. Abang nak air?"
"Boleh juga." Balasnya. Aku lantas bangun lalu menuju ke meja. Aku mengambil gelas dan menuang air teh lalu kuhulurkan kepadanya. Dengan beberapa kali teguk, habis air teh itu diminumnya. Nampak sangat dia kehausan.
"Abang nak lagi?" Soalku lagi tatkala dia menghulurkan gelas itu kembali kepadaku. Dia hanya menggelengkan kepala lalu mengesat peluh di dahinya.
"Amboi, pengantin baru nie& berdua-duaan di dapur ya!" Mak Ngah Tijah, ibu saudara Khairul tiba-tiba sahaja menjenguk lalu mengusik kami. Aku dan Khairul tersipu-sipu.
"Saya masuk nak minum airlah mak ngah. Haus sangat." Terang Khairul lalu tersengih.
"Takkan lari ke mananya Farah tu." Giat Mak Ngah Tijah lagi.
"Apalah mak ngah nie." Balas Khairul, segan apabila diusik oleh ibu saudaranya itu. Aku pula hampir meledak tawaku apabila melihat muka Khairul merona merah kerana malu disakat!
Mak Ngah Tijah tersenyum mesra. Kemudian Khairul meminta diri untuk menyambung kerjanya di luar.
"Tak habis lagi mengelap pinggan tu Farah?" Soal Mak Ngah Tijah lalu duduk bersila di sebelahku.
"Belum lagi mak ngah. Ada sikit lagi." Balasku mesra.
"Cukuplah tu Farah, esok boleh sambung mengemas. Pergilah kau bersiap-siap dalam bilik." Arah Mak Ngah Tijah. Aku kebingungan.
"Bersiap-siap? Kita nak ke mana mak ngah?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi. Takkanlah hendak keluar dalam keadaan rumah yang berselerak begini.
"Isy budak nie. Ke situ pulak perginya."
"Habis tu, mak ngah suruh bersiap-siap. Kita nak keluar ke?" Soalku lagi.
Mak Ngah ketawa besar mendengar soalanku. Aku semakin kebingungan.
"Apa mak ngah nie? Ketawakan Farah. Cakaplah betul-betul mak ngah."
"Farah& Farah& Mak ngah suruh kau bersiap-siap, pakai lawa-lawa, letak minyak wangi. Lepas tu, kau tunggulah suami kau dalam bilik. Takkan itu pun tak faham."
Terbeliak mataku mendengar kata-kata Mah Ngah Tijah. Merah mukaku menahan malu. Mak Ngah Tijah pula semakin galak ketawa. Aku menampar lembut peha Mak Ngah Tijah lalu ketawa bersama. Aku berasa sungguh selesa apabila berbual dengan ibu saudara suamiku ini. Walaupun dia adik emak Khairul, tetapi nampaknya dia dapat menerima aku dalam keluarga mereka. Berbeza dengan ibu Khairul sendiri, sampai tika ini, dia masih belum menegurku apatah lagi mahu berbual serta bergelak ketawa seperti begini. Dia asyik mengelak sahaja dari bertembung denganku. "Bulan tengah mengambanglah mak ngah&" Beritahuku tersipu-sipu.
"Ya ke? Kena puasa dululah Khairul tu." Tak habis-habis Mak Ngah Tijah menyakatku. Aku hanya tersenyum lebar mendengar kata-katanya.
"Auntie mama, Aan ngantuk&" Tiba-tiba sahaja Farhan menjengah ke dapur. 'Auntie mama' adalah panggilannya buatku setelah bergelar isteri papanya. Khairul mahukan anak itu memanggilku mama, tapi dengan petah anak itu menjawab bahawa mamanya sudah mati. Berbeza dengan Azim yang memang memanggilku dengan panggilan mama. Hmmm& nampaknya aku perlu membiasakan diri dengan panggilan yang berbeza dari anak-anak tiriku.
"Pergilah Farah bawa Farhan masuk tidur. Sudah mengantuk benar dia. Azim sudah mak ngah tidurkan dalam bilik opahnya. Kerja-kerja nie semua tinggalkan dulu. Esok boleh sambung semula. Kau pun mak ngah tengok dah letih sangat. Pergilah berehat." Kata Mak Ngah Tijah kepadaku.
Tanpa berlengah lagi aku mendukung Farhan lalu kubawa keluar dari dapur.
"Aan nak idur ngan Auntie mama&" Kata Farhan yang sudah terlentok di bahuku.
"OK, kita tidur sama-sama ya." Balasku lalu mengucup pipinya.
Di ruang tamu, masih lagi ada tetamu. Mereka sedang berbual-bual dengan ayah Khairul, Khairul dan saudara mara yang lain. Aku meminta diri untuk menidurkan Farhan. Tetapi, masih sempat disakat oleh mereka.
"Hah, Khairul! Farah sudah beri signal tu. Pergilah masuk." Sakat Pak Ngah Karim, suami kepada Mak Ngah Tijah. Tersipu-sipu Khairul dibuatnya. Habis bersorak semua orang yang berada di situ. Aku cepat-cepat melangkah menuju ke bilik pengantin sambil mendukung Farhan yang sudah terlena di dukunganku. Suami isteri sama saja kuat mengusik!
Di dalam bilik, aku meletakkan Farhan di atas katil. Aku mengambil kain batik untuk mengalas tempat pembaringan Farhan. Aku letakkan juga sebiji bantal lalu perlahan-lahan aku alihkan Farhan ke atas hamparan kain batik yang aku letakkan tadi. Setelah aku pastikan Farhan betul-betul lena, aku mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air yang sedia ada di dalam bilik itu untuk membersihkan diri.
Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, kulihat Khairul sudahpun masuk ke dalam bilik. Hatiku berdebar-debar apabila melihat dia tidak berbaju sebaliknya hanya bertuala dari pinggang hingga ke lutut.
"Farah tidurlah dulu. Abang nak berendam dalam tab." Ucapnya sambil matanya tajam merenungku.
"Abang nak Farah sediakan air panas dalam tab mandi?"
"Tak mengapa. Abang boleh buat sendiri. Farah tidurlah dulu. Abang tengok Farah letih sangat." Kemudian dia menghilang di dalam bilik air.
Setelah melihat dia masuk ke dalam bilik air, aku menuju ke meja solek lalu menyisir rambutku. Kemudian aku letakkan sedikit haruman di sebalik kedua-dua belah belakang telingaku dan sedikit di pergelangan tangan.
Setelah selesai, aku beredar ke katil. Aku merebahkan badanku di sebelah Farhan. Farhan aku letakkan di tengah-tengah. Perlahan-lahan kuusap rambut Farhan. Sungguh nyenyak anak ini tidur. Aku mengucup dahi Farhan lalu memejamkan mata untuk melelapkan mata. Esok adalah hari baru yang bakal aku hadapi setelah bergelar isteri buat Khairul dan ibu buat Farhan dan Azim.
dapatkah farah berbahagia di samping khairul nantikan sambungan ... .. Kasih Di Hujung Rindu ... hanya di duniamu duniaku

Label:

posted by Tanpa Nama @ 3:56 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group