Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 33 ? Farah Penantian selama setahun akhirnya berakhir. Kini aku benar-benar bahagia. Khairul sudah menerima aku dengan sepenuh hatinya. Terubat rinduku selama setahun ini. Tiada apa yang aku dambakan darinya lagi. Segalanya sudah lengkap. Aku teramat bahagia menjadi isterinya. Pengakuan sayang dari bibirnya semalam, amat kunantikan selama ini. Dan sepanjang malam diriku dibelai dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah aku merasakan seperti itu sebelum ini. Inilah satu-satunya perasaan yang hanya dapat dirasai oleh seorang isteri apabila diri diterima dan disayangi sepenuh hati oleh suami. Tiada perkataan yang dapat aku gambarkan untuk menyatakan betapa aku amat gembira denganperubahannya. Walaupun sedikit terkejut dengan tindakannya, namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana doaku selama ini dikabulkan. Kebahagiaan yang kukecapi hari ini memang aku nantikan selama ini dan ianya sudah berada di dalam genggamanku.
Tetapi, apabila aku terjaga tengah malam semalam, aku dapati dia tiada di sisiku. Aku mengenakan pakaianku kembali dan keluar dari bilik untuk mencarinya. Aku meninjau-ninjau di dapur, kalau-kalau dia turun untuk mengambil minuman tetapi tiada. Aku naik semula ke atas dan menuju ke balkoni. Kelihatan dia sedang mengelamun di situ seorang diri. Pada mulanya aku mahu menghampirinya namun aku batalkan niatku dan kembali ke bilikku semula. Mungkin dia teringatkan arwah Linda. Aku tidak mahu mengganggunya.
Sedang aku leka melihat Farhan dan Azim bermain, tiba-tiba sahaja bahuku disentuh. Aku berpaling kesisi. Kelihatan Khairul sedang tersenyum sambil merenung wajahku mesra. Aku hanya membalas senyumannya lalu mengalihkan semula pandanganku pada anak-anak. ?Mengenai semalam? abang minta maaf.? Aku tersentak mendengar bicaranya. ?Maaf? Apa maksud abang?? Dadaku berdebar kencang. Mengapa pula dia berkata begini? Hatiku mula tidak enak. ?Apa yang berlaku semalam adalah satu kesilapan.? Perlahan sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Apa? Satu kesilapan? Jadi, apa yang terjadi semalam adalah satu kesilapan? Bukannya dia benar-benaringinkannya? Apa makna semuanya ini? ?Kesilapan? Apa abang cakap nie?? Hatiku mula sebak. Dadaku bergetar. Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata. ?Maafkan abang sayang, memang apa yang berlaku antara kita semalam adalah kesilapan dari abang sendiri. Abang tidak mampu mengawal perasaan abang sendiri. Apa yang terjadi semalam adalah lantaran kerinduan abang yang tidak terbendung buat Linda.?
?Abang!!!! Please? bang. Tarik semula kata-kata abang. Katakan ianya tidak benar bang. Jangan buat Farah begini. Bukankah semalam abang mengaku bahawa abang menyayangi Farah, cintakan Farah.? Air mata sudah menderu-deru menuruni pipiku. ?Farah, memang abang sayangkan Farah tapi?? Kata-kata terhenti di situ. Dia melurutkan rambutnyaberkali-kali. Dia sendiri kelihatan runsing.
?Jadi, apa yang berlaku semalam adalah lakonan? Farah menjadi tempat abang melepaskan kerinduan abang pada Linda? Bukan kerana abang sudah benar-benar menerima Farah dalam hidup abang, begitu?? ?Bukan begitu, sayangkan tahu, pemergiaan Linda memberikan tamparan hebat pada abang. Hingga satu ketika abang bagaikan hilang pedoman sewaktu di awal pemergiannya dulu. Mujurlah ada anak-anak, dengan melihat mereka abang bagaikan mendapat satu semangat baru untuk meneruskan hidup. Semenjak pemergian Linda, abang sudah berjanji pada diri abang sendiri bahawa abang tidak akan berkahwin lain. Abang akan menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri. Itu tekad abang. Tetapi, abang harus akur dengan fitrah manusia. Farhan dan Azim memerlukan sentuhan kasih sayang seorang ibu. Walaupun abang mampu memberikan kasih sayang buat mereka berdua, namun tidak sehebat kasih sayang seorang ibu. Atas sebab itulah, abang mula mencari wanita yang sesuai untuk menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Sebelum ini sudah dua orang wanita yang abang perkenalkan pada Farhan dan Azim. Namun, entah mengapa mereka berdua tidak serasi dengan wanita-wanita tersebut. Rasanya tak perlulah abang ungkit lagi tentang wanita-wanita itu. Mungkin sudah ditakdirkan Farah sahaja yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Abang ingat lagi sewaktu abang mula-mula memperkenalkan Farhan dan Azim pada Farah. Mereka kelihatan amat gembira sekali. Tidak pernah abang melihat mereka gembira sebegitu sebelum ini. Akhirnya abang sedar bahawa Farahlah yang paling sesuai menggantikan tempat Linda buat Farhan dan Azim.? Begitu panjang lebar Khairul bercerita padaku. Aku begitu asyik mendengar dia berkata-kata. Seolah-olah dia cuba meluahkan apa yang tersimpan rapi di hatinya selama ini. ?Sewaktu abang berkahwin dengan Farah dulu, memang tiada sekelumitpun sayang abang buat Farah?? Bergetar suaraku sewaktu menyoalnya. Hatiku bagaikan dihiris-hiris dengan sembilu yang tajam. Pedihnya amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Rasa bagaikan mahu tercabut jantungku apabila melihat dia mengiakan pertanyaanku. ?Malah abang pernah berikrar bahawa abang tidak sekali-kali akan menyentuh Farah, tapi semalam? satu kesilapan telah berlaku. Abang telah melanggar ikrar abang.? Dia kelihatan sungguh menyesali di atas kejadian semalam. Kenapa dengan dia? ?Abang, jangan sekali-kali abang mengatakan bahawa apa yang berlaku pada kita semalam adalah satu kesilapan. Kita tidak berdosa atas ?kesilapan? tersebut. Abang tidak berdosa, Farah pun tidak berdosa. Malah kita mendapat pahala, bang. Saya halal buat abang. Mengapa abang buat begini pada Farah? Apa salah Farah hinggakan abang tidak ingin menyentuh Farah? Farah ini isteri abang. Isteri abang yang sah. Abah Farah sendiri yang menikahkan abang dengan Farah. Jangan abang katakan hubungan di antara suami isteri adalah satu kesilapan. Farah tak dapat menerimanya. Ia seperti menghina Farah, bang. Sampai hati abang kata begitu. Jika apa yang terjadi antara kita berdua semalam adalah satu kesilapan, maka perkahwinan kita ini juga adalah satu kesilapan.? ?Farah, jangan begitu. Jangan salahkan perkahwinan kita.? Dia seakan tersentak mendengar kata-kataku.?Jadi, mahu salahkan siapa? Salahkan Farah kerana terlalu mempercayai kata-kata abang?? Tempiasku. ?Farah, listen here?? Segera aku menepis tangannya ketika hendak memelukku. Aku bingkas bangun menjauhkan diri darinya. Aku mengesat air mataku yang tidak henti-henti mengalir. ?Semalam bukannya kesilapan abang. Ianya adalah kesilapan Farah. Kesilapan yang Farah lakukan sejak dahulu lagi. Farah yang silap dalam membuat percaturan hidup sendiri. Farah silap kerana jatuh cinta pada abang sedangkan tahu bahawa abang milik Linda. Tetapi, Farah tetap menyintai abang secara diam-diam. Lantaran kecewa dengan perkahwinan abang dengan Linda lalu Farah membawa diri ke kota. Rasa cinta yang dahulunya sudah pudar, berbunga kembali dengan kemunculan abang semula di hadapan Farah. Rasa kasih kembali bercambah terhadap abang apabila mengenangkan nasib abang dan anak-anak semenjak pemergian Linda buat selama-lamanya. Dan kerana kasih dan cinta Farah buat abanglah, Farah sanggup menerima abang sebagai suami. Dan kerana kasih dan cinta Farah buat abang jugalah Farah sanggup menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Tetapi, abang? abang sedikit pun tiada rasa kasih dan sayang buat Farah. Malah sanggup abang mengatakan bahawa kejadian semalam adalah satu kesilapan? Bodohkah Farah yang sentiasa ternanti-nanti akan ucapan sayang dari mulut abang?? Terhambur semua kata-kataku. Aku sudah tidak peduli siapa dirinya buat diriku. Kata-katanya sebelum ini amat menyakitkan hatiku. Malah seperti mempermain-mainkan hati aku dan menghina diriku. Manusia jenis apakah lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini? Aku berpaling dan memulakan langkah menuju ke dalam rumah. ?Sayang, we need to talk!? Dia bersuara. Aku berpaling padanya. Wajahnya begitu sugul. Namun sedikitpun tiada rasa simpati di hatiku, sebaliknya perasaan sakit hati yang menjalar di segenap perasaanku. Hatiku amat sakit diperlakukan begini. ?Tiada apa yang perlu kita bicarakan lagi. Semuanya sudah terang lagi jelas. Abang memang tidak memerlukan saya sebagai isteri abang. Kehadiran saya di sini hanyalah sekadar untuk menjadi pengasuh buat Farhan dan Azim. Jika itulah kehendak abang, kita akan kekal begini buat selama-lamanya.? Aku terus berlalu meninggalkan dia di halaman rumah. Aku terus berlari masuk ke dalam bilikku. Di dalam bilik aku menangis sepuas-puasnya. Memang aku tersilap kerana memilih jalan untuk hidup bersamanya. Tapi mengapa sekarang baru akumenyedarinya? Mengapa tidak dari dulu? Abang, mengapa kau hancurkan hati aku begini? Bab 34 ? Khairul Kesal? Ya memang aku kesal atas apa yang berlaku semalam dan hari ini. Semalam memang aku tidak dapat mengawal perasaanku. Aku akui memang hatiku sudah mula menyayanginya semenjak melihat keikhlasannya mendermakan buah pinggang buat emak. Namun Linda tetap membayangi hidupku sampai hari ini. Dengan tidur bersamanya semalam, aku merasakan seolah-olah aku telah mengkhianati cintaku pada Linda. Tapi aku amat terkejut dengan pengakuannya siang tadi. Rupa-rupanya selama ini, dia menaruh perasaan terhadapku. Tetapi, disebabkan aku sudah bersama Linda lalu dia mengundurkan diri dan membawa hati yang lara dengan merantau sebegini jauh ke kota. Aduh? makin sakit kepalaku memikirkan masalah kami. Aku tahu perhubunganku dengannya semakin jauh. Dan tidak boleh diselamatkan lagi. Dia sudah tentu amat membenciku dengan kata-kataku hari ini. Mengapa mulutku terlalu ringan untuk menyatakan bahawa kejadian semalam adalah satu kesilapan. Bukankah aku sendiri yang mengharapkan begitu, dan hari ini tiba-tiba sahaja fikiranku berubah dan menyatakan yang sebaliknya pula. Sudah gilakah aku ini? ?Papa, nape Auntie Mama nangis?? Tiba-tiba sahaja Farhan berada di hadapanku. Perlahan-lahan akumenariknya rapat dan mengangkatnya ke pangkuanku. ?Auntie Mama marahkan papa.? Jawabku lalu kuusap rambutnya. ?Kenapa Auntie Mama marah papa?? Farhan menyoalku lagi. ?Sebab papa buat dia nangis.? Balasku pula. Farhan hanya mengangguk kecil. Entahkan dia faham atau tidak akan kata-kata papanya ini. Aku sendiripun tidak faham akan jawapan yang agak berbelit-belit yang aku berikan pada Farhan. ?Azim mana?? Sejak dari tadi aku tidak melihat kelibat anak bongsuku itu. Sewaktu makan malam tadi, Farah tidak menyertai kami. Setelah menghidangkan makanan, dia hanya meminta Farhan memanggilku untuk makan malam. Dia pula menghilangkan diri ke dalam bilik. Sejak petang tadi, tiada sepatah katapun keluar dari mulutnya. Namun, dia tetap memaniskan mukanya untuk melayan anak-anakku. Aku risau jikalau dia tidak mahu melayan anak-anakku setelah apa yang berlaku siang tadi. Tetapi nampaknya, dia tetap seperti biasa melayan karenah Farhan dan Azim. Cuma denganku sahaja, dia cuba mengelak dan langsung tidak mahu memandang wajahku. Aku sendiri tidak pula cuba menegurnya. Biarlah hatinya sejuk dahulu. ?Auntie Mama bagi Ajim idur.? Farhan menjawab dengan nada pelat.
?Pa, A?an ngantuk.? Sebaik sahaja mendengar kata-kata Farhan, aku terus bangun dan mendukungnya untuk dibawa ke dalam bilik tidurnya. Sewaktu aku menolak pintu bilik Farhan, kelihatan Farah sudah terlena di sisi katil Azim. Perlahan-lahan aku masuk dan mengisyaratkan Farhan agar mendiamkan diri. Nampaknya Farhan memberikan kerjasama. Aku terus membaringkan Farhan di atas katilnya. Kemudian aku menyelimutkan tubuh kecil itu dengan gebar yang bercorakkan gambar kartun Mickey Mouse. Aku menepuk-nepuk tubuh Farhan agar dia lebih cepat lena. Tak sampai lima minit, Farhan sudah pun terlena. Aku mengalihkan pandangku pada Farah yang terlentok di birai katil Azim. Mungkin terlena sewaktu menidurkan Azim. Di tangannya terbuka sebuah buku cerita kanak-kanak. Sudah menjadi kebiasaan anak-anakku sebelum masuk tidur, pasti akan didendangkan dengan cerita-cerita dari mama mereka. Sungguh nyenyak Farah tidur. Tapi, terdapat sisa-sisa air mata di kelopak matanya. Dia tidak henti-henti menangis. Kejamnya aku kerana membuatkan dia menangis. Maafkan abang, Farah. Abang bersalah, namun untuk mendapatkan kemaafan darimu tentu sukar. Dirimu sudah tentu tidak dapat memaafkan abang buat selama-lamanya. Ketika aku cuba mengangkatnya untuk di bawa masuk ke dalam biliknya, dia terjaga. Wajahnya begitu terkejut. Cepat-cepat dia mengungkaikan pelukanku dari tubuhnya. ?Maafkan abang. Abang cuma mahu bawa Farah masuk ke dalam bilik Farah sendiri. Abang tiada niat lain.? Namun dia langsung tidak mengendahkan kata-kataku. Tanpa berkata apa-apa dia terus keluar dari bilikFarhan dan Azim. Seketika kemudian terdengar dentuman pintu biliknya ditutup dengan kuat. Aku mengeluh kekesalan. Dia sudah membisu seribu bahasa padaku. Aku sudah tidak dapat mendengar suara lunaknya. Tiada lagi senyuman manis yang sentiasa dilemparkan buatku. Tiada lagi renungan mesra buatnya padaku. Aku kehilangan kesemua itu dalam sekelip mata sahaja. Hanya kesilapan kata-kataku mengatakan ?kesilapan?.
ehm......cite ni cam cite Farah ngan Sarah,yang kembar tu,sarah meninggal and then farah ganti tempat sarah ,kahwin ngan lukman hakim.Same a..si lukman tu dengan Khairul ni.Tp rasenye....cite tu lagi feeli.it is a novel after all.And this is e-novel.But whatever it is, nice ...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ehm......cite ni cam cite Farah ngan Sarah,yang kembar tu,sarah meninggal and then farah ganti tempat sarah ,kahwin ngan lukman hakim.Same a..si lukman tu dengan Khairul ni.Tp rasenye....cite tu lagi feeli.it is a novel after all.And this is e-novel.But whatever it is, nice ...