Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hampir setengah hari Farah menghabiskan masanya di rumah Kak Bedah. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam rumah itu. Terlintas juga di hatiku untuk menjenguk, tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Hakikatnya aku tidak yakin dengan diriku sendiri. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan akan pertengkaran di antara aku, emak dan ayah beberapa minggu yang lepas. Dalam pertengkaran itu terbongkar segala rahsia yang disembunyikan selama ini. "Kau sejak akhir-akhir nie mak tengok gelisah saja. Kadang-kadang mak dengar kau mengigau menyebut nama Farah. Apa kena dengan kau" Soal emak ketika aku sedang berehat sambil menonton siaran berita di televisyen. Ayah yang sedang membaca akhbar hanya menoleh sekilas kepada emak dan kemudiannya menumpukan kembali pada suratkhabar di tangannya. Pertanyaan dari emak mengganggu sedikit tumpuanku di kaca tv. Aku memperlahankan suara televisyen dan menumpukan perhatian kepada emak. "Entahlah mak, saya asyik teringatkan Farah. Hampir lace>limalace> bulan dia meninggalkan kami. Entah di mana dia tinggal sekarang" Balasku lalu mengeluh perlahan. Lagi-lagi perempuan itu juga yang kau ingatkan. Dia sendiri yang keluar dari rumah kau. Nampak sangat dia bersalah. Entah kenapa emak begitu membenci Farah. Saya sendiri yang menghalau dia mak. Jawabku. Emak terdiam. Emak mahu, kau ceraikan dia. Apa guna kau begini Lepas kau ceraikan dia, kau boleh cari orang lain untuk gantikan dia. Terlopong aku mendengar kata-kata emak. Takkan sampai begitu sekali. Emak, saya tak berniat hendak ceraikan dia. Saya sayangkan dia. Dia bakal ibu kepada anak saya. Sebenarnya saya dah tahu hal yang sebenarnya emak. Cukuplah mak, berhentilah dari terus membenci Farah. Dia menantu emak dan tak lama lagi dia akan melahirkan seorang lagi cucu emak. Apa Farah mengandung Ayah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, menyampuk perbualan di antara aku dan emak. Ya, ayah. Jawabku lalu tersenyum. Alhamdulillah mana kau tahu Kau sudah bertemu dengan dia Di mana dia sekarang Bertubi-tubipertanyaan dari ayah. Aku hanya tersenyum. Memang sudah lama ayah menggesa aku untuk mencari Farah. Dan memang aku berusaha mencarinya, cuma aku tidak tahu di mana dia berada sehinggalah Farhan memberitahuku. Yang sebenarnya, saya belum bersemuka dengannya. Saya hanya melihatnya dari jauh. Rupa-rupanya dia ada berjumpa dengan anak-anak di rumah pengasuh mereka. Itupun, secara tak sengaja Azim terbuka cerita mengenai pertemuan mereka dengan Farah. Saya tak tahu di mana dia tinggal dan di mana dia bekerja sekarang. Aku berterus terang kepada ayah. Nampaknya ayah begitu berminat dengan ceritaku. Suratkahbar sudah dilipat dan diletakkan di atas meja. Dia menumpukan perhatiannya kepadaku. Apa Farah ada berjumpa dengan Farhan dan Azim Secara sembunyi-sembunyi pula Emak kembali menyinga. Merah padam mukanya. Aku kecut perut melihat riak wajah emak. Apa salahnya. Lagipun budak-budak tu sakit selama ini pun disebabkan terlalu rindu pada Farah. Awaktengoklah keadaan kesihatan mereka semenjak kebelakangan ini, semakin baik. Kita seharusnya bersyukur sebab Farah tetap tidak mengabaikan kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim. Walaupun anak bertuah awak nie dah menghalau dia keluar, namun kasih dan sayangnya terhadap cucuc-cucu kita tak pernah surut. Ayah lace>cubalace> menasihati emak. Aku hanya mendiamkan diri. Terasa terpukul dengan kata-kata ayah. Memang, aku yang bersalah kerana terlalu mengikutkan perasaan dan membuat keputusan yang terburu-buru. Apa salahnya kata awak Entah-entah dia lace>cubalace> hendak melarikan cucu-cucu kita. Kalau dulu dia tak dapat, tak mustahil dia akan buat sekarang. Kau jangan lagi hantar anak-anak kau pada Bedah tu, biar emak yang jaga mereka. Kepalaku semakin kusut apabila mendengar kata-kata emak. Kenapa dengan awak nie Kenapalah awak benci sangat dengan Farah tu. Dia budak baik, awak nie memang tak sedar dirilah. Suara ayah pula meninggi. Aku mula rasa cemas. Aku tidak mahu emak dan ayah bertengkar kerana hal aku dan Farah. Ayah mak sudahlah. Tak perlulah emak dan ayah bertekak kerana kami. Aku lace>cubalace> mententeramkan suasana yang semakin tegang. Saya tak pernah menganggap dia menantu saya dan anak dalam kandungan dia tu bukan cucu saya. Entah dengan siapa dia buat, senang-senang saja dia nak mengaku anak itu adalah anak dia dengan Khairul. Emak merengus. Astaghfirullahalazim. Bawa mengucap Limah. Syaitan mana yang dah merasuk fikiran awak nie Kenapa awak menuduh dia sebegitu sekali Selama saya hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan perempuan yang sebaik dan setabah Farah. Kau ingat, senangkah hendak berjumpa dengan perempuan sebegitu Suara ayah kembali kendur. Aku sendiri pun tidak menyangka sampai begitu sekali emak menuduh Farah. Mengapa emak jadi begini Mengapa emak begitu kejam Anak yang Farah kandungkan itu, anak saya mak. Cucu emak dan ayah. Jangan tuduh dia sebegitu mak. Dia perempuan baik mak. Cuma saya yang tak sedar diuntung kerana melepaskan seorang isteri yang sebaik Farah itu. Rintihku perlahan.Heh kamu dan ayah kamu sama saja. Memuja-muja sangat si Farah tu. Sudahlah dia patahkan tangan anak kamu, itupun kamu kata dia baik Agaknya kamu berdua dah diguna-gunakan oleh si Farah tu. Emak masih tidak berpuas hati. Perasaan bencinya sudah sampai ke kemuuncak. Limah!!! Jaga sikit mulut kau tu. Tangan Farhan patah, kau yang buat. Farhan sendiri yang beritahu Khairul. Dia kata kau yang merebutnya dari dukungan Farah. Kau yang menyebabkan tangan Farhan jadi begitu. Tak cukup dengan itu, kau kurung Azim dalam bilik. Apa yang merasuk kau, Limah Mengapa kau buat begitu pada Farah Lepas tu, kau tolak dia kau halau dia mengapalah kau jadik sekejam itu. Ke mana hilangnya perasaan simpati dan sayang kau terhadap manusia Ayah bertempik. Emak tersentak. Dia hanya memandang wajah ayah yang sedang menyinga. Dia lace>cubalace> merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita. Emak bersuara antara dengar tak dengar. Aku merengus. Dia tak pernah merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita. Malah, dia mencurahkan kasih sayang pada mereka. Sudahlah Limah cukuplah. Kalau tak kerana dia, kau takkan dapat hidup sampai hari ini. Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ayah, jangan Ujarku memberi peringatan supaya ayah tidak membocorkan rahsia.
Tidak Khairul, kita mesti beritahu. Kalau tidak, emak kau takkan sedar bahawa Farah telah berkorban demi memastikan emak kau nie masih dapat terus menghirup udara di dunia ini. Balas ayah dengan penuh kesalan. Apa yang dia dah korbankan demi saya Saya tak nampak apapun yang dia korbankan. Menyakitkan hati saya lagi adalah. Emak kembali bersuara. Riak wajahnya menggambarkan perasaan tidak puas hati. Memanglah awak tak nampak. Sebab apa yang dia korbankan itu ada dalam badan awak. Bidas ayah sinis. Apa maksud abang Emak menyoal dengan wajah penuh tanda tanya. Demi memastikan awak dapat meneruskan hidup, dia telah mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk awak. Buah pinggang yang ada dalam badan awak tu, adalah kepunyaan Farah. Dia sudah menjadi sebahagian dari diri awak sekarang Limah. Emak terkedu mendengar penjelasan dari ayah. Dan sejak hari itu, emak seolah-olah menguncikan mulutnya dari berbicara tentang Farah. Aku tak tahu apa yang emak fikirkan selepas mendengar kata-kata ayah. Yang pastinya emak menjadi seorang pendiam dan selalu termenung sendirian. Hmmm sedar tak sedar hampir ke pukul tiga. Sepatutnya tika ini, aku sudah sampai menjemput Farhan dan Azim pulang. Sudah lama aku mengelamun di sini. Tiba-tiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan. Aku pantas menoleh ke arah rumah Kak Bedah. Nampaknya Farah sudah bersedia untuk pulang. Kak Bedah, Farhan dan Azim menghantar kepulangan Farah di pintu pagar. Aku pula cepat-cepat menghidupkan enjin keretaku. Aku mahu mengekori Farah. Aku mahu tahu di mana dia tinggal kini. Jalanraya agak sesak, namun aku lace>cubalace> pastikan aku takkan terlepas pandang dari kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda kepunyaan Farah. Selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, Farah membelok ke kanan. Aku masih mengekorinya dari belakang. Kemudiannya dia membelok ke kiri, memasuki satu kawasan perumahan.
Aku rasa, aku pernah melalui jalan ini. Kalau tak silap, perumahan ini adalah rumah lama Farah. Rumah di mana dia tinggal sebelum kami berkahwin. Takkanlah dia kembali menetap di sini Dadaku berdebar kencang. Jalan yang dilaluinya ini memang sama. Hampir lace>limalace> minit menyelusuri jalan di kawasan perumahan ini, akhirnya Farah memberhentikan keretanya di hadapan rumah berwarna putih. Sah! Dia menetap di sini setelah keluar dari rumah aku. Mengapa aku tidak terfikir yang dia akan kembali ke sini. Inikan rumahnya. Sudah tentu dia akan menuju ke sini. Bodohnya aku kerana tidak pernah terfikir akan rumah ini. Aku memberhentikan kereta betul-betul di belakang keretanya. Farah menoleh pantas ke belakang apabila menyedari ada kereta lain yang mengunjunginya tika ini. Dengan hati yang tak keruan, aku keluarperlahan-lahan dari kereta. Farah Panggilku lalu melemparkan senyuman bahagia. Abang Dia berdiri kaku dengan wajah yang pucat. Bab 52 Farah Tanganku menggigil sewaktu mengangkat minuman menuju pada Khairul yang sedang duduk bersandar di atas buaian di halaman rumah. Perlahan-lahan aku menapak mendekati meja yang letaknya berhampiran dengan buaian itu. Kehadirannya memang memeranjatkan aku. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depan pintu pagar rumahku. Jemput minum bang. Ujarku kepadanya. Dia berpaling kepadaku lalu tersenyum manis. Dia kemudiannya bangun dan mendekati aku yang duduk di meja. Dadaku berdebar kencang. Apa khabar Farah sekarang Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang kepadaku. Hatiku tidak keruan dibuatnya. Seperti yang abang nampak sekarang Balasku perlahan tanpa memandang wajahnya. Kulontar pandanganku jauh ke depan. Suasana kembali sepi. Masing-masing kehilangan kata-kata. Ermm dah berapa bulan Dia kembali membuka suara. Enam. Sepatah jawabku. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Farah bekerja Soalnya lagi. Sudah tentu. Kalau tidak, macam mana saya nak survive hidup saya dan anak yang bakal lahir ini! Sinissekali jawapanku. Dia agak tersentak dengan kata-kataku. Berubah air mukanya. Terdengar keluhan keluar dari mulutnya. Abang minta maaf atas kelancangan perbuatan dan kata-kata abang dulu. Abang menyesal dengan perbuatan abang terhadap Farah. Maafkan abang Sayu sahaja bicaranya. Kelihatan matanya berkaca-kaca. Kemudian dia meraih tanganku. Erat sekali dia menggenggam jemariku. Aku membiarkan sahaja perbuatannya. Abang sudah tahu akan perkara yang sebenarnya. Anak-anak yang bercerita kepada abang. Tapi, janganlah pula Farah menghukum mereka setelah abang mengetahui kebenaran ini. Sambungnya lagi. Terkedu aku seketika. Saya sayangkan mereka. Tak tergamak saya mahu hukum atau marahkan mereka. Mereka bagaikan nyawa bagi saya. Balasku lalu tersenyum hambar. Entah mengapa hatiku amat terasa apabila dia berkata begitu. Kasih sayang aku buat Farhan dan Azim melebihi kasih sayang seorang ibu buat anaknya. Seekor nyamuk pun aku tak mahu hinggap pada mereka, inikan pula mahu memukul atau menghukum mereka. Abang tahu Farah sayangkan mereka. Teramat sayangkan mereka sebenarnya. Entah apa yang merasuk abang pada malam itu hingga sanggup menghalau Farah keluar dari rumah. Setelah apa yang berlaku, abang amat menyesal. Dan setelah mengetahui keadaan sebenar, bertambah-tambah lagilah rasa sesal ini. Maafkan abang Farah maafkan abang.. Rayunya dengan bersungguh-sungguh. Terkedu aku apabila melihat air jernih menuruni pipinya. Dia menangis Khairul menangis Betulkah apa yang aku lihat ini Abang Kataku dan mengambil nafas seketika. Farah tahu, abang juga teramat sayangkan Farhan dan Azim. Malah tidak mahu mereka disakiti. Keranamerekalah permata yang Linda tinggalkan buat abang. Walau sedalam manapun kasih saya pada mereka tetap tidak mengubah hakikat bahawa saya hanya ibu tiri mereka. Farah faham kenyataan itu. Tapi, abang perlu tahu kasih sayang Farah buat mereka bukannya dibuat-buat untuk mengaburi mata sesiapa. Ianya datang dengan sendirinya. Farah sayangkan mereka bang tidak tergamak Farah hendak menyakiti mereka. Tapi, abang tergamak menuduh Farah menyakiti mereka. Abang tidak memberikan Farah peluang untuk membela diri Farah. Abang terus menuduh dan menghina Farah. Abang samakan Farah dengan perempuan murahan di jalanan yang tak ubah seperti pelacur. Sampai hati abang kata begitu pada Farah dan kemudian tak cukup dengan hinaan, abang halau Farah keluar dari rumah. Aku mula tersedu-sedu. Hatiku sedikit lega kerana kali ini aku berpeluang untuk bersuara. Abang tahu abang tahu sayang. Abang telah lakukan kesalahan yang tak mungkin dapat Farah maafkan. Dia lace>cubalace> untuk memelukku, namun aku cepat menolak tubuhnya agar menjauhiku. Aku tahu dia tersinggung dengan tindakanku. Abang ingin menebus kesalahan abang pada Farah. Abang berharap Farah ikutlah abang pulang ke rumah kita. Kita bina semula hidup baru bersama anak-anak dan juga anak kita yang bakal lahir ini. Ucapnya dan mengusap-usap perutku perlahan. Di wajahnya jelas tergambar kegembiraan. Berderau darahku apabila mendengar dia menyebut perkataan anak kita. Secara spontan aku berdiri. Bibirku menggigil. Ini anak Farah. Abang tak boleh rampas dia dari Farah. Aku tiba-tiba menjadi cemas. Inilah satu-satunya anak yang mungkin aku ada dan kini dia lace>cubalace> untuk mengambilnya dari aku. Aku tidak akan membenarkannya. Farah, bawa bertenang sayang. Abang bukannya mahu merampas anak kita. Abang mahu kita kembali seperti dulu, hidup bahagia seperti dulu. Khairul juga kelihatan cemas melihat gelagatku. Dia juga bangun dan menghadapku. Aku menapak ke belakang dan menjauhinya. Abang bahagia sebelum ini Soalku bergetar. Dia melihatku dengan hairan. Abang sangat bahagia dapat hidup bersamamu sayang. Dan abang mahukan kebahagiaan itu kembali menerangi hidup kita sekeluarga. Ucapnya bersungguh-sungguh. Abang fikir saya juga bahagia Aku menyoalnya kembali. Kali ini aku tidak mampu untuk menahan air mata dari gugur berderai menuruni pipiku. Dia tergamam mendengar pertanyaanku. Farah tak bahagia hidup bersama abang Kali ini suaranya pula bergetar. Aku mendiamkan diri. Dia kelihatan resah menantikan jawapan dari mulutku. Sedangkan aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku sendiri. Apakah jawapan yang perlu aku berikan kepadanya Bahagiakah aku menjadi isteri kepadanya Dulu mungkin ya, walaupun kehadiranku tidak direstui oleh emaknya. Tapi setelah kejadian itu, aku sendiri tak pasti dengan perasaanku terhadap dirinya. Masih sayangkah aku kepadanya Masihkah adakah cintaku buatnya Masihkah aku memerlukan dia di dalam hidupku Bab 53 - Khairul Aku kebingungan. Farah memang tidak dapat memaafkan aku. Perbualan kami semalam berakhir setelah Farah memintaku agar pulang sahaja dan dia mahu sendirian. Aku memang berat hati untuk pulang dan jika boleh aku mahu berada di sisinya selalu. Tambah-tambah lagi dalam keadaannya yang sedang hamil. Pelawaanku untuk menemaninya ditolak mentah-mentah. Memang aku bagaikan sudah tidak wujud dalam hidupnya. Dia seperti sudah menyingkirkan aku dari hidupnya dan tidak memerlukan aku sebagai suaminya. Salah aku sendiri yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur.
"Khairul." Kedengaran emak menyapaku dari belakang. Ketika itu aku sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumah emak. Semenjak kejadian pertengkaran hari itu, emak sudah jarang untuk berbual-bual dengan aku dan ayah. Aku merasakan sudah tiada kemesraan antara kami sekeluarga. Apabila aku suarakannya pada ayah, ayah hanya tersenyum hambar dan menyatakan bahawa emak sebenarnya rasa bersalah terhadap Farah dan malu setelah mengetahui perkara sebenarnya. Entahlah, yang pasti aku tidak senang dengan kebisuan emak. Aku bangun dari pembaringan. Emak sudahpun duduk menghadapku. Aku menantikan bicara emak. "Sudah kau bertemu dengan Farah" Soal emak perlahan. Pantas aku memandang wajahnya. Terkejut dengan pertanyaan itu. Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala sahaja. "Bila" "Semalam mak!" Balasku yang masih hairan dengan gelagat emak. "Dia tinggal di mana Bagaimana dengan dia dan kandungannya, sihatkah" "Mengapa emak tanya semua nie Bukankah emak tak suka bercakap tentang Farah" Perasaan ingin tahu aku semakin memuncak apabila melihat emak berminat untuk mengetahui keadaan Farah. Apa yang emak ingin lakukan pula kali ini Emak terdiam apabila ditanya begitu. Dia menundukkan wajahnya dan tak lama kemudian bahunyaterhinggut-hinggut. Aku menerpa kepadanya. Setitis air matanya jatuh dari pipinya. "Emak, maafkan saya mak. Tak terniat di hati saya hendak menyinggung perasaan emak." Aku amat terkejut apabila menyedari emak menangis. Aku menggengam erat tangan kirinya. Tangan kanannya pula sedang mengusap-usap rambutku. "Emak yang sepatutnya minta maaf dari kau, Khairul. Emak yang bersalah hingga membuatkan rumahtangga kau berdua hancur. Emak yang bersalah, terlalu ikutkan kata hati. Emak sebenarnya takut kehilangan kasih sayang dari anak-anak kau." Sambil tersedu-sedu emak menuturkan kata-katanya. Jadi inilah puncanya yang membuatkan emak tidak menyenangi apabila aku berkahwin dengan Farah. Dia takut jikalau kasih sayang Farhan dan Azim beralih darinya. Memang kasih sayang yang Farah curahkan kepada anak-anakku tidak ternilai harganya. Dia sanggup menahan sindiran dan tohmahan dari emak demi anak-anakku. Malah sanggup mendermakan sebuah buah pinggangnya untuk emak. Aku yang buta kerana tidak menyedari betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Farah buat keluargaku."Saya juga bersalah emak, kerana membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Saya telah menghalau diakeluar dan telah membuatkan anak-anak saya terputus kasih sayang darinya yang sudah menganggap dia bagai ibu kandung mereka sendiri. Dia tidak pernah cuba untuk merampas kasih sayang dan perhatian anak-anak saya dari emak. Malah dia cuba untuk mencurahkan kasih sayang buat anak-anak saya yang ketandusan belaian dan perhatian seorang ibu." Luahku kepada emak. Emak terisak-isak menangis. Sekali sekali dia mengesat air mata yang membanjiri pipinya. Emak mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali. Air matanya telah lama membasahi pipi tuanya dikesat lagi. Terlakar seribu penyesalan di wajahnya. Aku tahu, emak memang menyesali atas perbuatannya ke atas Farah. Namun, aku tidak pasti samada Farah dapat memaafkan kesalahan emak. Sedangkan aku sendiripun gagal untuk mendapat kemaafan darinya. "Emak mahu berjumpa dengan Farah, Khairul! Emak mahu minta ampun dari dia. Emak dah banyak berdosa padanya. Dan emak mahu memujuknya agar kembali hidup bersama kau sekeluarga. Bawa emak berjumpa dia ya!" Ucap emak bersungguh-sungguh. Riak wajahnya menggambarkan kesungguhan untuk bertemu dengan Farah. Permintaan emak memang tidak aku jangkakan. Emak mahu berjumpa dengan Farah sedangkan Farah sudah memberitahuku supaya tidak mengganggu dirinya lagi. Bagaimana dapat aku membawa emak untuk bertemu dengannya. "Khairul, bawalah emak berjumpa dengan Farah." Pinta emak lagi. Aku diserang perasaan serba salah. "Tapi mak... " Kata-kataku terhenti. Aku tidak sampai hati hendak memberitahu kepada emak tentang permintaan Farah agar tidak diganggu lagi. "Emak mahu meminta maaf, bukannya mahu memarahinya seperti dulu. Emak amat menyesal sekarang. Selagi emak tidak mendapat kemaafan darinya, hidup emak takkan tenang. Tidur emak takkan lena. Tolonglah Khairul... " Mendayu-dayu suara emak merayu kepadaku. Hatiku hiba melihat keadaan emak. Sebak dadaku menahan rasa. "Baiklah emak." Aku memberi persetujuan sedangkan aku sendiri tidak yakin. Mahukah Farah menerima kedatanganku membawa emak bersama. Aku tidak mahu dia membuat tanggapan yang buruk tentang kedatangan kami nanti. "Kita bawa Farhan dan Azim sekali ya!" Ujar emak dengan wajah yang berseri-seri. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum hambar. Mungkin dengan membawa anak-anak, dapat mengubah pendirian Farah. Dia teramat sayangkan mereka dan tidak mahu menghampakan harapan anak-anak kecil itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan