Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 48 Farah Hampir satu jam aku mendiamkan diri di dalam kereta. Rumah beratap genting warna biru kepunyaan Kak Bedah kurenung dengan perasaan yang serba salah. Seawal jam lapan pagi lagi aku di sini. Aku memberhentikan kereta agak jauh dari rumah Kak Bedah, namun cukup untuk aku melihat dengan jelas rumah tersebut. Malah aku sendiri nampak Khairul menghantar Farhan dan Azim ke situ. Perasaanku menjadi tidak menentu sewaktu terpandangkan Khairul. Betul seperti yang diceritakan oleh Hanim kepadaku, badannya yang gagah dulu sedikit susut. Mengapakah dia begitu Terlalu sibukkah dia melayani karenah anak-anak sewaktu ketiadaanku hingga begitu sekali keadaannya. Kasihan dia sudah tentu dia tak menang tangan melayani karenah anak-anak yang semakin membesar. Aku bagaikan mahu terbang ke sana sewaktu melihat kelibat Farhan dan Azim. Namun, aku cuba untukbertahan sehinggalah Khairul beredar. Namun, setelah hampir sejam berlalu, aku masih di sini. Setia menanti di dalam kereta. Sesekali terasa kakiku kejang sedikit kerana terlalu lama duduk memerap di dalam kereta. Sampai bila aku mahu terus mendiamkan diri di sini Bukankah niatku ke sini adalah mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim Aku harus kuatkan semangatku. Dengan membaca bismillah, aku keluar dari kereta dan menapak menuju ke rumah Kak Bedah. Sunyi sahaja keadaan rumah Kak Bedah. Selalunya, riuh rendah dengan gelak ketawa Farhan dan Azim. Aku cuba meninjau-ninjau dari pintu pagar. Tiada langsung kelihatan kelibat Farhan dan Azim mahupun Kak Bedah. Dadaku berasa kurang enak. Ke mana agaknya mereka pergi Aku memberanikan diri menekan loceng. Aku menunggu seketika. Perasaanku mula gelisah. Dadaku berdebar-debar. Ya, cari siapa Terdengar suara Kak Bedah menyapaku.Tika itu aku membelakanginya. Setelah mendengar suaranya, aku pantas berpaling ke arahnya lalutersenyum. Assalamualaikum Kak Bedah. Sapaku kepada Kak Bedah yang berdiri bagaikan patung di hadapanku. Waalaikummussalam masyaallah!!! Farah Farahkah nie Kak Bedah seperti tidak menyangka aku yang berdiri di hadapannya. Wajahnya tika ini begitu mencuit hatiku, seperti melihat orang yang mati, hidup semula. Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalaku lalu tersengih. Kak Bedah tergesa-gesamembuka pintu pagar dan terus memelukku erat. Di kucupnya pipiku berkali-kali. Terharu aku melihat penerimaan Kak Bedah terhadapku. Ke mana kau pergi Farah Tanya Kak Bedah sebak. Di pimpinnya aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut dan kemudiannya duduk di atas sofa. Ada Kak Bedah. Saya masih di sini, cuma tidak lagi serumah dengan Khairul. Budak-budak mana Balasku lalu tersenyum hambar. Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah. Janganlah begini Kak Bedah. Saya hidup lagi nie. Janganlah menangis begini. Sedih saya tengok. Akumemujuk Kak Bedah yang masih terisak-isak. Kak Bedah bukannya apa. Kak Bedah dah tahu ceritanya, Khairul dah ceritakan pada akak. Dia pun sedang mencari kau Farah. Ermm sekejap ya. Akak hendak telefon Khairul dan beritahu dia yang kau ada di sini. Belum sempat Kak Bedah bangun dari duduknya, aku cepat-cepat memegang tangannya. Kak Bedah, kalau boleh saya tak mahu dia tahu saya ada datang ke sini untuk melihat Farhan dan Azim.Biarlah kedatangan saya ke sini menjadi rahsia dulu. Harap akak faham. Terangku sambil menggengam erat tangannya. Wajahnya sedikit berkerut. Mungkin tidak memahami tindakanku untuk merahsiakan akan kedatanganku ke sini. Mengapa Farah Kak Bedah masih lagi tidak memahami akan tujuanku. Saya hanya mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim, bukannya dia. Ujarku perlahan. Tapi Kak Bedah, saya hanya ingin berjumpa dengan anak-anaknya. Mana mereka berdua Aku pantas memintas kata-kata Kak Bedah. Mereka ada dalam bilik. Tak berapa sihat. Sejak Farah tiada, kesihatan Farhan dan Azim tidak menentu.Sekejap demam lepas dua tiga hari, baik semula. Seminggu lepas tu, demam semula. Entahlah agaknya rindukan Farah. Wajah Kak Bedah murung. aku disergap rasa pilu. Perasaanku menjadi sebak tiba-tiba. Mana mereka kak. Saya nak jumpa mereka sekarang. Katanya lalu berdiri. Kak Bedah turut sama berdiri. Ada dalam bilik. Mari akak bawa ke sana. Kak Bedah menarik tanganku. Aku membuntuti Kak Bedah. Lupa pula akak nak tanya kau. Dah berapa bulan nie Kak Bedah bertanya kepadaku. Tangannya mengusap-usap perutku yang memboyot. Aku hanya tersenyum kecil. Enam bulan kak. Balasku. Kemudian terdengar Kak Bedah mengeluh. Dah enam bulan. Dalam keadaan begini, mengapalah Khairul sanggup menghalau kau keluar dari rumah. Dia nie tak fikirkah yang kau sedang mengandung. Kalau tak kasihankan pada kau, kasihanlah pada anak dalam kandungan kau nie. Ini anak dia, bukannya anak orang lain. Kak Bedah merungut. Hatiku kembali berdebar-debar. Yang sebenarnya, dia tak tahu yang saya sedang mengandung. Perlahan sahaja aku membalas kata-kata Kak Bedah. Apa Melopong Kak Bedah memandang wajahku. Aku diserang perasaan bersalah. Namun belum sempat aku membuka mulut untuk menerangkan hal sebenarnya kepada Kak Bedah, terasa aku dipeluk. Pantas aku melihat ke bawah. Auntie Mamaaa Farhan memelukku dengan linangan air mata.
Bab 49 - Farah Sedari tadi aku tidak berenggang langsung dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua berada di dalam pangkuanku. Tubuhku dipeluk erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Kuusapi pipi Azim yang sedikit cengkung sedangkan dulunya tembam hinggakan membuatkan sesiapa sahaja yang nampak akan terasa ingin mencubitnya. Begitu juga dengan Farhan yang amat ketara berat badannya telah menurun. Hatiku diruntun pilu bila melihat keadaan mereka. Perasaan bersalah merajai di dalam hatiku. Merekamenjadi mangsa konflik di antara aku dengan papa mereka. Bukannya aku mahu keluar dari rumah itu. Aku boleh bertahan jika aku dipersalahkan, malah aku akan merayu bila dia menghalauku. Namun, dia telah menghinaku. Maruahku telah dipermainkan. Sanggup dia menuduhku perempuan jalang di jalanan. Maruahku disamakan dengan perempuan-perempuan murahan yang tak ubah seperti pelacur! "Auntie Mama pegi mana A'an dan adik rindu kat Auntie Mama." Farhan masih lagi merengek-rengek. Hati wanitaku kembali sebak. Aku memeluk Farhan dan Azim dengan erat. "Auntie Mama kerja sayang." Jawabku lalu mengucup ubun-ubun Farhan. "Keje kat mana" Dia menyoalku lagi. "Tempat kerja Auntie Mama jauh." Balasku. Dia pula hanya menganggukkan kepalanya. "Mamaaa... " Azim memanggilku. Aku mengalihkan pandanganku kepada Azim. Kasihan anak kecil ini. Kejamnya aku kerana meninggalkan dia dalam ketika dia amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Maafkan mama sayang... "Ya sayang." Pipinya kukucup mesra. Dia tersenyum gembira. "Adik cayang mama.." Terkedu aku mendengar kata-katanya. Air mataku menitis laju. Terharu mendengar ucapan kudus yang terbit dari bibir mungil itu. Hampir empat bulan aku meninggalkannya, rupanya dia semakin petah bercakap. Alangkah bahagianya jika kehidupanku seperti dulu. Menjadi ibu buat mereka... mengasuh mereka... bermain dengan mereka... bercerita dengan mereka... Aku rindukan kebahagiaan dulu. Mengapa kebahagiaan itu dirampas dariku
"Auntie Mama dah gemuk la... " Ucap Farhan lalu memegang perutku. Aku ketawa kecil. Aku mencubit lembut pipinya. "Auntie Mama Farhan bukan gemuk, tapi dalam perut Auntie Mama ada adik Farhan." Kak Bedah mencelah perbualan kami dari belakang. Aku menoleh seketika lalu tersenyum. Kelihatan di sedang menatang dulang dan menghampiri aku. "Adik A'an Nie adik ada sini." Jawab Farhan sambil tangannya menunjuk ke arah Azim di sebelahnya. Aku dan Kak Bedah ketawa besar. Nampaknya Farhan masih terlalu mentah untuk memahaminya. "Bukan Azim. Maksud mak cik... nanti Farhan dan Azim akan dapat adik baru. Suka tak" Kak Bedah masih cuba untuk membuatkan Farhan dan Azim faham akan keadaanku sekarang. Aku hanya tersenyum melihat Farhan dan Azim mengangguk-anggukkan kepala mereka. "Sudahlah Kak Bedah, budak-budak tu bukannya faham. Mereka masih terlalu kecil untuk memahami tentang kita orang dewasa." Aku bersuara. Kak Bedah memandangku lalu tersenyum. "Mari kita minum. Tengahari nie, Farah makan di sini sajalah ya." Tangan Kak Bedah lincah menyusun cawan di atas meja dan meletakkan piring puding jagung di depanku. Jag berisi air kopi masih lagi berasap. "Kak Bedah buat puding jagung nie Ini kuih kegemaran saya nie." Kataku lalu mengambil sepotong kuih itu. Aku mencubit sedikit lalu kusuapkan ke mulut Farhan. Kemudian aku mencubit sedikit dan kusuapkan pula ke mulut Azim. "Ya, Farah. Akak macam terasa kau akan datang hari ini. Tak sangka pula... " Kata-kata Kak Bedah terhenti. Aku melihat ada air mata yang bergenang di kelopak matanya. "Kenapa nie kak Janganlah sedih begini." Aku bersuara perlahan memujuk Kak Bedah dari menangis. "Kak Bedah kasihankan kau. Dalam keadaan berbadan dua begini, Farah terpaksa hidup seorang diri." Akhirnya jatuh juga air mata yang ditahan-tahan oleh Kak Bedah tadi. Aku mengeluh perlahan. "Sudah nasib saya kak. Tak mengapalah Kak Bedah. Walaupun begini, tapi saya tidak pernah seorang diri. Ramai kawan-kawan saya ada di sekeliling untuk menemani saya kak. Lagipun saya bekerja. Tak terasa sangat hidup berseorangan kak." Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah. Farhan dan Azim leka bermain sesama mereka. "Di mana Farah tinggal" "Saya tinggal semula di rumah lama saya. Maksud saya, rumah yang saya duduki sebelum berkahwin dengan Khairul." Kak Bedah mengangguk kecil. "Macam mana dengan kehidupan Farah sekarang" Soalan Kak Bedah kusambut dengan senyuman. Aku mencapai tangannya lalu kugenggam erat. "Kehidupan saya baik kak. Cuma kadang-kadang tu terasa rindu pada Farhan dan Azim. Tapi, saya takut untuk datang melihat mereka. Takut kalau-kalau Khairul tidak menerima kedatangan saya malah akan menghalau saysa. Jadi, rasa rindu pada mereka hanya saya pendamkan dalam hati. Untuk melupakan perasaan rindu itu, saya cuba sibukkan diri dengan kerja." Aku berterus-terang kepada Kak Bedah. Memang begitulah perjalanan hidupku semenjak tinggal seorang diri. Aku keluar bekerja dan hanya pulang lewat malam. Aku tahu keadaan ini tidak elok untuk kesihatan aku yang sedang berbadan dua. Tetapi, aku terpaksa menyibukkan diri. Jika tidak, aku asyik teringatkan tentang Farhan dan Azim. Aku tahu, aku tidak mampu melupakan mereka. Aku terlalu menyayangi mereka berdua. "Farah tak rindukan Khairul" Jantungku seakan berhenti apabila mendengar soalan yang keluar dari bibir Kak Bedah. Aku merenungnya seketika. Aku diam tidak berkata-kata. "Farah tak rindukan Khairul" Kak Bedah mengulangi soalannya kepadaku sekali lagi.
"Saya tak tahu apakah perasaan saya terhadapnya kini. Kalau boleh saya mahu lupakan apa yang telah dia lakukan pada saya. Sakitnya masih terasa hingga kini. Pedihnya masih tidak hilang. Peristiwa itu masih terbayang-bayang di ruang mata saya." Keluhku lalu melemparkan pandangan kepada Kak Bedah. Wajahnya kelihatan turut bersimpati dengan nasib diriku. "Tapi, Khairul sudah tahu kisah sebenarnya dan dia memang mencari-cari Farah. Di wajahnya memang menggambarkan betapa dia menyesal di atas perbuatannya dulu. Kembalilah kepadanya Farah." Kak Bedah cuba memujukku. "Tak mungkin kak... tak mungkin saya mahu kembali hidup bersama dia lagi." Aku mula terisak-isak. "Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Dan Khairul juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Maafkanlah dia Farah. Apa yang berlaku antara kau dan dia, hanyalah salah faham. Kak Bedah dapat rasakan yang dia teramat sayangkan Farah. Semenjak ketiadaan Farah, hidupnya bagaikan tidak terurus." Bergetar dadaku apabila mendengar kata-kata Kak Bedah. Begitukah keadaannya tika ini "Saya tahu kak. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga dengan saya. Kesilapan saya adalah berkahwin dengannya. Jadi, saya tidak mahu mengulanginya sekali lagi. Cukuplah sekali. Setelah anak ini lahir nanti, saya akan selesaikan apa yang belum diselesaikan antara kami. Biarlah kami membawa haluan masing-masing. Saya rasa itulah sebaik-baiknya." Aku nekad. Perkara ini sudah lama aku fikirkan. Aku tahu, aku tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Namun, demi anak di dalam kandunganku ini... aku mesti cuba! "Jangan buat keputusan yang terburu-buru Farah. Fikirkanlah anak di dalam kandungan kau ini. Dia memerlukan kasih sayang ayahnya. Lagipun, ayahnya masih ada. Mengapa kau hendak memisahkan mereka Lagipun, Khairul tidak pernah menceraikan kau, Farah." "Saya tahu kak. Dia tidak menginginkan anak ini. Malah, dia tidak mengharapkan langsung akan kehadiran anak ini. Kasihnya hanya untuk Farhan dan Azim." Tapi, ini anaknya juga. Itu kebenaran yang tidak boleh kau sangkal." Tegas Kak Bedah.
"Tidak... ini anak saya. Anak saya... " Suaraku tenggelam dalam sebak. Kak Bedah pantas memelukku. Aku menangis dalam pelukannya. Dia membelai-belai rambutku. Aku menangis sepuas hatiku di dalam pelukan Kak Bedah. Aku sudah menganggap Kak Bedah seperti kakakku sendiri. Keluargaku di kampung masih lagi tidak mengetahui akan keadaanku yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan Khairul. Malah, sudah lama juga aku tidak pulang ke kampung. Aku hanya pulang seketika ke kampung untuk menenangkan fikiran setelah kejadian itu. Walaupun begitu, aku khabarkan juga berita mengenai kandunganku. Emak dan abah amat gembira mendengarnya. Aku tidak mahu mencacatkan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Biarlah aku seorang diri yang menanggung kesedihan. "Naper Auntie Mama nangis" Suara Farhan menerjah ke corong telingaku. Aku melepaskan diri dari pelukan Kak Bedah. Aku menarik tubuh Farhan rapat ke sisiku. "Tak ada apa-apa sayang." Jawabku lalu tersenyum hambar. Dia menyapu air mata yang masih bersisa di pipiku. "Jika Farah nekad mahu berpisah, bagaimana pula dengan nasib budak-budak ini Mereka sangat menyayangi kau, Farah dan begitu juga dengan Farah sendiri. Farah sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka, inikan pula mahu berpisah dengan papa mereka. Apa nasib mereka kelak jika kau berdua benar-benar berpisah Jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa. Mereka memerlukan sebuah keluarga yang lengkap untuk membesar dengan sempurna. Fikirlah semula Farah... demi Farhan dan Azim." Terdiam aku mendengar bicara Kak Bedah. "Hari nie, kita balik rumah sama-sama ya" Farhan memandangku dengan pandangan yang penuh mengharap. Azim pula datang menghampiriku lalu mengucup pipiku mesra.
"Mama sayangkan Farhan dan Azim... " Air mataku berderai lagi.
Bab 50 - Khairul Hatiku lega apabila melihat kesihatan Farhan dan Azim kembali pulih. Selera makan mereka juga semakin bertambah. Aku amat gembira dengan perubahan ini. Namun, kegembiraan ini tidak mampu untuk menutup kesedihan yang bertapak di dalam jiwaku. Sudah puas aku mencari Farah. Dia bagaikan hilang tanpa dapat dikesan. Jejaknya juga langsung tidakdapat dikesan. Pernah juga aku menghubungi tempat kerjanya, namun jawapan yang aku terima amat menghampakan. Aku diberitahu bahawa dia telah berhenti kerja. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk bertanya kepada Hanim, teman baiknya. Tetapi, aku takut dan juga malu. Takut jika aku tersilap kata dan akan menimbulkan kesangsiannya. Tambahan pula, jika anim tidak tahu apa yang telah terjadi di antara aku dan Farah. Malu pula jika Hanim telah mengetahuinya dan sudah tentu dia akan menuduhku macam-macam. Tapi, jika bernasib baik aku akan bertembung dengannya sewaktu menaiki lif. Kami sekadar bertanya khabar. Adakalanya juga sekadar berbalas senyum. Aku sendiri tidak tahu samada Hanim mengetahuinya atau tidak. Riak wajahnya biasa sahaja. Tetap seperti dahulu. Namun, dia tidak pernah bertanya tentang Farah kepadaku. "Papa... " Azim memanggilku dari biliknya. Nampaknya dia baru bangun dari tidur. Aku pergi mendapatkannya di bilik tidur. Sebaik sahaja aku menjenguknya kelihatan dia sudah duduk di birai katil. Farhan pula sedang asyik bermain permainan videonya. "Anak papa dah bangun" Ucapku lalu mengangkatnya dan meribanya. "Mama mana" Sudah acapkali soalan itu diajukan kepadaku. Setiap kali dia bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari bibirnya adalah bertanyakan tentang Farah. Pelbagai jawapan yang aku berikankepadanya sebagai helah. Namun begitu, Azim tetap menerima apa jua jawapanku tanpa banyak bicara. "Mama kerja sayang." Jawapanku disambut dengan anggukan kecil. "Mama kerja kat mana" Soalnya kembali. Dia menguap seketika. Nampaknya dia masih mengantuk. Farhan pula tidak mempedulikan kami berdua, dia begitu asyik bermain permainan videonya. "Tempat kerja mama jauh sayang." Balasku pula. "Mama pun cakap camtu, kan bang" Azim menoleh kepada Farhan. Aku kehairanan. "Syhhh... kan kita dah janji ngan Auntie Mama takkan cakap pada papa. Adik dah lupa" Jawab Farhan. Aku semakin hairan. Apa yang sedang berlaku "Azim dan A'an pernah jumpa mama" Soalku berdebar-debar. Aku menatap wajah anak-anakku seorang demi seorang. Mereka tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya masing-masing mendiamkan diri. Farhan memandang wajah Azim, begitu juga sebaliknya. "Jawab soalan papa. Ingat, ALLAH marah kalau jika tipu." Aku mengugut mereka. Farhan kelihatan gelisah. Tumpuannya tidak lagi kepada permainan videonya. Aku pula semakin tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mereka berdua. "Tapi... A'an dah janji ngan Auntie Mama. Adik pun sama." Wajah Farhan kelihatan cemas dan adakalanya seperti takut-takut. "Auntie Mama kata, kalau A'an bagitau papa... Auntie Mama tak mau datang jumpa kami lagi." Tambah Farhan lagi. Azim pula mendiamkan diri di pangkuanku. Nampaknya Farah datang berjumpa dengan Farhan dan Azim tanpa pengetahuanku. Sejak bila ianya berlaku Patutlah sejak kebelakangan ini, kesihatan Farhan dan Azim semakin baik. Rupa-rupanya mereka sudah menemui 'penawar'. Farah sudah menemui mereka. "A'an dan Azim sayang papa tak" Soalku. Mereka cepat-cepat menganggukkan kepala. Aku tersenyum lebar. "Ok, kalau sayangkan papa... A'an dan Azim kena ikut cakap papa tau. Nanti kalau A'an dan Azim tak mau ikut cakap papa, papa lari macam mama. Tak mau jumpa dengan A'an dan Azim lagi." Aku buat-buat seperti merajuk. Aku memasamkan mukaku. Farhan dan Azim berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mendiamkan diri. "Adik, camne Nak bagitau tak" Farhan meminta pandangan dari adiknya. Azim mengangkat bahunya. "A'an dan Azim tak sayang papa." Ujarku lalu mengalihkan Azim dari pangkuanku dan meletakkannya ke atas katil semula. Aku pura-pura mahu keluar dari bilik mereka. "Ok, A'an cerita." Pantas Farhan menjawab lalu menahan aku. Dia menarik tanganku. Aku tersenyum senang. Bukan susah mahu memujuk mereka berdua. Kena gayanya, mudah sahaja mereka membuka mulut. "Auntie Mama ada datang jumpa A'an dan Azim kat rumah Mak Cik Bedah." Lancar sahaja Farhan bercerita kepadaku. Jadi, selama ini Farah datang berjumpa mereka di rumah Kak Bedah. Hatiku lega kerana aku tidak perlu lagi bersusah payah mencarinya ke sana sini. Rupanya, dia sendiri yang datang 'menyerah diri'. Tapi, mengapa Kak Bedah langsung tidak membuka mulut tentangnya "Selalu Auntie Mama datang jumpa Farhan dan adik" Mereka berdua mengangguk serentak dan tersenyum senang. "Mama dah gemuk!" Azim membuka mulut. Aku mengangkat kening kepadanya. Farah semakin gemuk Adakah dia amat gembira dengan perpisahan kami yang tidak rasmi ini Baru empat bulan dia tinggalkan kami, takkanlah badannya mengalami perubahan sebegitu sekali. Hairan!!! "Gemuk macam mana tu Azim" Aku menyoalnya kembali. "Perut mama besar." Hah Perutnya besar Apa makna semuanya ini "Bukanlah. Mak cik kata, ada adik dalam perut Auntie Mama. Nanti A'an dan Azim akan dapat adik baru. Bestkan adik" Kata-kata Farhan disambut dengan gelak ketawa oleh Azim. Mereka sungguh gembira! Baby Adik baru Adakah ini bermakna Farah sedang hamil Berdasarkan kata-kata Farhan dan Azim tadi, memang sah menggambarkan Farah sedang hamil. Alhamdulillah... aku bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tapi, di mana dia sekarang Kejamnya aku membiarkan dia seorang diri dalam keadaan berbadan dua.Entah-entah sewaktu aku menghalaunya dulu, dia sudah hamil. Aku memang bukan manusia. Aku telah berlaku kejam terhadapnya. Tak mungkin dia dapat memaafkan aku. Terlalu besar kesalahanku terhadapnya. Aku sepatutnya sentiasa mendampinginya. Ini kali pertama dia hamil. Maafkan abang Farah. Abang telah menyiksa perasaanmu. Di manakah kau berada sekarang sayang Bab 51 - Khairul
Kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Kak Bedah. Aku memerhatikan kereta itu dengan debaran di dada. Memang tidak silap lagi, kereta itu kepunyaan Farah. Dia membunyikan hon beberapa kali. Tidak lama kemudian, Kak Bedah keluar tergesa-gesa lalu membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada kereta Farah untuk masuk. Nampaknya penantianku selama dua jam tidak sia-sia. Betul kata Farhan bahawa Farah akan datang menziarahi mereka setiap hari Sabtu. Mungkin, tempat kerja barunya hanya bekerja lima hari seminggu. Jadi, ini memberi dia peluang untuk berjumpa dengan Farhan dan Azim pada hari ini setiap minggu. Manakala aku pula terpaksa bekerja enam hari seminggu. Aku menghela nafas lega. Aku masih lagi memerhatikan mereka. Seketika kemudian kelihatan Farhan dan Azim keluar menerpa ke arah pintu kereta yang sudah terbuka. Mereka kelihatan amat gembira menyambut kedatangan mama mereka. Aku tidak sabar untuk melihat Farah, agak lama dia berada di dalam kereta. Bagaimana rupa dia sekarang yang sedang hamil Aku teringin sekali untuk berjumpa dengannya. Kalau ikutkan hatiku ini, ingin sahaja aku bertemunya sekarang juga. Tapi, itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Perbuatan aku dulu sudah tentunya memberi kesan yang begitu mendalam terhadapnya. Tapi, sampai bila harus aku menunggu Aku tidak mahu mensia-siakannya lagi. Aku ingin sentiasa berada di sampingnya. Tapi, bagaimana caranya untuk aku mendapatkannya semula Sedang aku melayani fikiranku, rupa-rupanya dia sudah keluar dari keretanya. Isteri akukah itu Walaupun dari jauh, aku dapat nampak dengan jelas rupanya. Pipinya tambah berisi. Perutnya... sudah tentu besar. Agaknya sudah berapa bulan usia kandungannya itu Wajahnya bertambah cantik. Aku terpaku melihatnya dari kejauhan. Dadaku berdebar-debar. Aku bagaikan jatuh cinta pada isteriku sendiri! Seketika kemudian, mereka bersama-sama menghilang ke dalam rumah. Apa yang harus aku lakukan sekarang Takkanlah aku hanya mahu menunggunya di sini Aku sepatutnya berjumpa dengannya dan memujuknya. Tapi, adakah dia mahu menerima kehadiranku kembali ke sisinya Aduhhh sakit kepala aku memikirkannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnya.... besar pengorbanan farah...