BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 26, 2006
cerpen: istana cinta lara
"Nina, semua barang dah siap kemas ker?"
"Belum lagi Mama, Nina tengah kemaslah ni".
"Cepatlah sikit kemas tu, kang esok mesti ada yang lupa".
Eee... . Mama aku yang sorang ni asyik membebel jer dari tadi. Bingit telinga comel aku ni.
"Relax ah Ma, esokkan lambat lagi. Go slow mem". Hehehe... menjawab tu. Kalau Mama naik angin, tak pasal-pasal aku kena pelangkung.
"Yerlah tu, kalau orang cakap ni, tegur ni, menjawab. Kalau ada yang tertinggal, tak ker Mama jugak yang kena hantar nanti. Kau kan tahu Mama sibuk.. bla.. bla... . bla... ".
"Ah, biar dia membebel sorang-sorang. Layan walkman lagi bagus". Gumamku dalam hati.
Masa tu aku dah tak dengar apa-apa lagi yang dibebelkan Mama. Maklumlah dah hanyut dengan alunan lagu rap dari Will Smith. Bersemangat sikit aku buat kerja. Apa orang kata, tambah energy? Kalau dengar Mama yang asyik membebel tu, tak macho langsung, macam radio buruk yang tak cukup bateri ajer. Hehehe... . kutuk, jangan tak kutuk, kutuk lagi. Mama engkau tu woi. Berdosa tau tak?
Alahai... .! Tak sangka betul. Esok aku dah nak tingalkan rumah kesayangan aku ni. Ohh... bergelar student lagilah nampaknya aku. Boleh pakai lagi ker otak aku ni gamaknya? Almost 3 months aku holiday. Entah-entah dah berkarat-barat. Merdeka gitu, terlepas dari beban pelajaran kat sekolah. Tak sangka pulak aku, result SPM aku sikitnya cun. Dapat pulak masuk UM. Ingatkan tak dapat. Masa apply hari tu pun, aku main hentam jer sebab tak confident. Mintak pulak jurusan law. Agaknya aku ni ader ciri-ciri nak jadi lawyer tak... . lawyer buruk ader la... . hehehehe... buruk pun buruklah, asalkan bunyinya lawyer. Takpa Mama, aku akan struggle betul-betul. I'll try my best. Tengoklah nanti.
"Astaghfirullahalazim... ... . Nina hoi, apa lagi yang engkau dok terangguk-angguk tu. Cepatlah sikit kemas. Buat kerja tu, asyik nak bertangguh ajer. Dah besar panjang ni pun, perangai tak nak jugak ubah-ubah. Sedarlah sikit Nina, awak tu dah nak masuk Universiti, dah jadi anak dara pun. Kalau zaman Mama dulu, umur macam engkau ni, dah siap berlaki pun". Ahh... . tidak... radio buruk berbunyi lagi. Tension!!!!!
"Ma, stop Mama, kahwin-kahwin tak main ah. Tak rock langsung. Itu zaman Mama. Zaman sekarang ni dah berubahlah Ma. Kalau tak kahwin pun, tetap boleh berjaya jugak. Boleh bahagia jugak. Takda sapa nak marah". Dengan terrornya aku memberikan hujah-hujah aku. Mesti bertambah bengang Mama aku tu. Hai, nasib awaklah Puan Atiqah, dapat anak perempuan yang tak berapa perempuan. Degil pulak tu. Bila nak insaf pun tak tahu.
"Relaxlah Mama, sekarang ni baru pukul 5.00. banyak lagi masa nak kemas. Kalau tak sempat, nanti Nina suruhlah Mak Mah tolong. Orait Mama?". Dengan lancarnya mulut aku ni memberikan alasan. Alasan lagi.
"Ikut suka kaulah Nina. Pandai-pandailah engkau. Mama cakap ni, sikit pun kau tak nak dengar. Dahlah, Mama keluar dulu". Dengan sadisnya Mama berlalu dari bilik aku.
Aik... lain macam ajer bunyinya. Merajuk ker? Alah ! Ni yang malas ni. Aku mana reti bab pujuk-memujuk ni. Kalau bab tumbuk-bertumbuk bolehlah. Jangan tak kenal ngan Nina Juliana, Naib Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Sekolah lagi. Macho sikit.
Alah, Mama tu mesti angin sekejap jer tu. Lepas ni eloklah. Ish... takkanlah dia nak marah lama-lama ngan aku, anak kesayangannyalah katakan. Hai, apa taknya, kalau dia tak sayang aku, nak sayang sapa lagi. Akulah sorang-sorangnya anak tunggal Mama sebagai amanat dari Papa. Papa... Papa... sayangnya aku tak sempat mengenali Papa. Perginya sebelum sempat aku dilahirkan lagi. Kesian Mama. Mesti bersusah-payah dia membesarkan aku sorang-sorang tanpa bantuan seorang suami. Dahlah perangai aku macam gini. Kecian... .. kecian... .. tapi tak gheti-gheti jugak aku nak berubah jadi budak yang dengar nasihat sikit.
"Tunggulah Mama, suatu hari nanti mungkin Nina akan berubah. Sekarang ni bukan masanya lagi". Terpancul kata-kata itu dari bibirku.
Adush... ! Apa sedih-sedih ni. Boyish mana layan sentimental. Tak rock ah.
XXXXX
"Kringggg... ... ..!!!!".
"Tap! Aduh, bising jer jam ni. Takda kerja lain, asyik memekak ajer". Dengan malas Nina menyelakkan selimutnya dan menggeliat. Cerah sikit biji mata tu.
"Tok! Tok! Tok! Nina, Nina! Nina dah bangun ker?".
Senyap... . isk... mak nenek yang sorang ni pulak dah datang bersyarah pagi-pagi buta ni. Nina masih duduk di birai katil.
"Nina! Bangunlah nak! Cepatlah turun". Mak Mah tak putus-putus memanggil seraya menolak pintu bilik anak gadis Puan Atiqah itu.
"Ya Allah! Nina, kenapa tak mandi lagi? Mama Nina dah lama tunggu kat bawah tu, nak sarapan sama-sama. Kan hari ni Nina nak mendaftar di UM tu? Cepat! Pergi mandi".
"Yerlah Mak Mah. Nina mandilah ni. Janganlah marah-marah Mak Mah, nanti muka Mak Mah yang cun-melecun ni dah tak lawa lagi". Nina mencuit dagu Mak Mah dan terus bangun mencapai towel dan berlalu ke bilik mandi.
Mak Mah hanya tersenyum melihat gelagat Nina, anak tunggal Puan Atiqah, yang dia anggap macam anaknya sendiri. Dari kecil lagi dia menjaga Nina. Dia memang sayangkan Nina. Mak Mah hanya memerhatikan langkah Nina ke bilik air. Rambut panjang separas bahu ank gadia itu beralun cantik walaupun dia baru bangun dari tidur. Tapi sayang kecantikan Nina seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang seakan-akan budak lelaki. Rambutnya yang lembut dan lurus itu selalu disembunyikan di sebalik topi, tak pernah dilepaskan begitu saja. Mak Mah mengeluh perlahan dan berlalu dari bilik Nina.
"Nina dah siap Mak Mah?". Puan Atiqah bertanya kepada Mak Mah setelah dia melihat Mak Mah menuruni tangga.
"Kejap lagi dia turunlah Puan, dia tengah bersiap tu". Perlahan ajer Mak Mah menjawab.
Mak Mah berbohong lagi dengan Pn. Atiqah. Padahal budak Nina tu baru nak mandi. Kalau dia cakap, mesti Pn. Atiqah akan membebel macam biasa. Alah, sekali-sekala berbohong sunat apa salahnya. Dia tahu Pn. Atiqah sebenarnya sayangkan Nina. Bukannya dia sengaja nak marah- marah kat Nina. Budak Nina tu pulak, tak faham-faham perangai Mamanya.
"Lambat betullah budak ni bersiap Mak Mah. Ikut perangai sapa pun saya tak tahu". Mak Mah tak menyahut. Dia terus berlalu ke dapur, menyiapkan kerja rutinnya di rumah besar itu. Kalau dilayannya Pn. Atiqah tu, mesti tak henti-henti dia membebel. Telinga dia jugak yang kena menahan.
"Morning Ma... ..!"
Laju ajer Nina berlari turun dan menyapa Mamanya dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Saja jer tu. Nina dah tahu, mesti Mamanya geram sebab dia selalu lambat. Konon-kononnya nak memujuklah tu. Dia dah lali dah dengan syarahan Mamanya. Tiap-tiap pagi mesti ada ajer yang tak kena. Dia tahu Mamanya bukannya nak membebel sangat kat dia. Mamanya buat macam tu pun, untuk kebaikan dia jugak.
"Kamu ni Nina, asyik lewat ajer. Berapa kali Mama nak cakap, kau tu anak dara. Cubalah bangun awal sikit. Ni ha! Yang kamu pakai macam ni, kenapa? Kan hari ni hari pertama kamu ke Universiti. Cubalah pakai elok-elok sikit. Baju kurung ker, dress ker... Ini tidak , dipakainya seluar jeans ngan kemeja. Kita tu perempuan". Pn. Atiqah menegur cara Nina berpakaian.
"Alah! Takda salahnya Mama pakai cam ni, pakaian jugakkan kan? Lagi baik dari terdedah sana, terdedah sini. Buat sakit mata memandang jer. Lagipun Nina selesa macam ni". Lancar ajer Nina menjawab.
Nina akui, sejak kecil lagi dia sememangnya tidak suka pakai pakaian yang menampakkan keperempuanannya. Dia lebih selesa dengan jeans atau slack ajer beserta kemeja atau T-Shirt ajer. Kadang-kadang tu, Bermuda pun dia layan gak. Hentam saja. Dia hanya mengenakan baju kurung pada tubuhnya yang tinggi lampai itu hanya pada waktu persekolahan ajer. Itupun kerana terpaksa. Kalau tak, haram dia nak sentuh semua tu.
"Ma, semua barang Nina dah siapkan. Kejap lagi bolehlah kita berangkat". Kata Nina sambil terus mengunyah sandwich yang Mak Mah sediakan untuk breakfast pagi tu.
"Dum!". Boot kereta ditutup.
"Betul ker semua barang dah engkau masukkan ni, Nina?". Tanya Pn. Atiqah untuk kepastian.
"Dah Ma". Jawab Nina ringkas.
"Mak Mah, Nina chow dulu yer. Jaga Mama baik-baik. Kalau Nina cuti, Nina baliklah jenguk Mak Mah, okey?". Nina menghulurkan salam kepada Mak Mah dan memberikan satu ciuman selamat tinggal. Mak Mah tak berkata apa-apa kerana sedih. Air mata bergenang di kelopak matanya. Kesian pulak Nina tengok.
"Alah Mak Mah, tak yahlah sentimental sangat. Bukannya Nina tak balik lagi lain kali. Kalau ada masa, nanti Nina calllah. Lagipun KL ngan Melaka bukannya jauh sangat. Lagipun kalau Nina takda, selamatlah Mak Mah. Takda orang nak usik lagi. Dan lagi, telinga Mak Mah pun dapat rehat. Tak yah nak dengar Mama leterkan Nina setiap hari. Tak gitu Mama?". Nina berseloroh seraya memandang Mamanya.
Mak Mah tersenyum melihat telatah Nina. Tak jadi pulak dia nak menangis. Dilihatnya Pn. Atiqah hanya menjeling Nina kerana dia tahu Nina memperlinya. Lepas ni, hidup Mak Mah mesti sunyi.
Nina dan Mamanya masuk ke perut kereta dan mereka berlalu. Nina tak henti-henti melambai-lambai kepada Mak Mah sehinggalah kelibat Mak Mah hilang. Maklumlah, lepas ni jarang-jarang ajer dia dapat jumpa Mak Mah. Mulai hari ini dia akan memulakan hidup baru di kampus dan juga bergaul dengan teman-teman baru. Walaupun dia nampak relax, tapi dalam hati Tuhan ajer yang tahu.
Sepanjang perjalanan ke UM, Nina senyap saja. Dia tak banyak cakap- cakap ngan Mamanya. Pn. Atiqah pun tak nak kacau Nina yang nampak macam termenung. Mungkin Nina tengah bayangkan suasana baru di kampus nanti, fikirnya. Lagipun dari kecil sampailah ke hari ini, mereka tak pernah berjauhan. Inilah kali pertama Nina tak tinggal bersamanya. Pn. Atiqah meneruskan perjalanan. Sekali-sekala dijeling juga anak gadisnya di sebelah.
Risau jugak dia nak lepaskan Nina berjauhan darinya. Maklumlah, dia dah paham sangat dengan perangai Nina. Nina ni lain sikit dengan anak gadis orang lain. Jika nak dibandingkan Nina dengan anak kawan- kawannya, Nina tak kurang rupa parasnya. Malah boleh dikatakan Nina mewarisi kecantikannya yang asli. Tapi, satu saja yang dikesalkan, perwatakan Nina tak macam anak gadis. Pakaian Nina menyerupai budak lelaki. Gerak lakunya pulak, tak pernah nak lemah-lembut dan bersopan-santun. Bahasa pulak kasar saja. Kadang-kadang dia rasa dia yang bersalah kerana terlalu manjakan Nina sejak kecil lagi. Mungkin kerana Nina satu-satunya zuriat hasil perkahwinan dia dengan Dr. Mazlan selama 8 tahun. Dr. Mazlan meninggalkan dia semenjak Nina belum lahir lagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan-raya. Dialah satu-satunya insan yang bertungkus-lumus membesarkan dan mendidik Nina. Mujurlah Mak Mah ada untuk membantu.
Pn. Atiqah cuma risaukan masa depan Nina. Kut-kut nanti takda orang nak buat isteri kerana perwatakannya. Lagipun dia hidup bukannya nak menongkat langit untuk selama-lamanya. Pasti suatu hari nanti dia akan pergi jua menemui Ilahi.
Pn. Atiqah masih ingat lagi semasa Nina di Tingkatan 4, dia bergaduh hinggakan bertumbuk-tumbuk dengan budak lelaki sekelasnya kerana tak puas hati dengan cara budak tu melayan best friendnya, Elynna. Habis lebam-lebam muka Azizul. Malu rasanya Pn. Atiqah bila Pengetua memanggilnya ke sekolah untuk membincangkan masalah Nina. Nasib baik Nina tak digantung sekolah kerana itu adalah kesalahan pertamanya. Seingat Pn. Atiqah, sehinggalah hari ini, Nina dan Azizul tak pernah sebulu. Selisih sajer tengah jalan, penumbuk yang diacukan. Mereka berdua memang sama-sama keras hati, tak nak mengalah.
"Ma... oh Mama".
Ya Allah, mengelamun pulak orang tua ni. Aku dah panggil berkali- kali pun, tak jugak dengar-dengar.
"Mama... ..!!!". Hah, kang dah jerit.
"Ish... apa terpekik-terlolong ni? Ingatkan Mama pekak ker?". Terkejut aku dibuatnya budak ni. Nasib baik tak naik tapak tangan ni ke muka.
"Alah... Mama tu yang tak dengar. Dah berkali-kali Nina panggil. Mama buat tak tahu jer. Jauh mengelamun Ma?". Hehehe... . agak- agaknya Mama tengah ingat pakwe kut. Manalah tahu, Mama nak carikan Papa baru untuk aku. Bagus jugak.
"Eh... .. yer ker? Tak perasan pulak Mama. Ada apa?'. Jauh betul aku mengelamun rupanya.
"Takde apa-apalah. Cuma Nina nak cakap, kalau Nina takda nanti, Mama jagalah diri baik-baik. Maklumlah, hero Mama kan dah takda lagi nak pertahankan Mama". Ahaks! Macamlah aku ni terror sangat dan macamlah Mama aku tu budak kecik lagi, tak tahu nak jaga diri. Bukannya apa, nak berbahasalah katakan.
"Pandailah kamu Nina. Kamu tu yang jaga diri tu baik-baik. Jangan nak cari pasal ngan kawan-kawan. Mama bukannya percaya sangat ngan kau ni. Kang tak pasal-pasal Mama kena datang jumpa Dekan. Jagalah sikit perangai tu. Kitakan perempuan, buatlah macam perempuan. Tunjukanlah sikit sikap lemah-lembut tu. Ini tidak, asyik nak cari gaduh ajer. Mama harap cerita macam Nina ngan Azizul dulu takkan berulang lagi".
Alahai! Dia dah mula dah. Aku baru cakap sikit. Dia pulak hurai panjang-panjang. Hentam aku pulak tu. Serius pulak tu muka dia. Apa lagi aku nak kata, sengih jerlah. Lagipun malaslah aku nak jawab di saat nak duduk berjauhan ni.
"Dah sampai pun kita Ma". Aku cuba alih topik.
Di pintu masuk Universiti Malaya, dapat aku lihat terbentangnya banner yang mengucapkan selamat datang kepada student-student baru ke pendaftaran sessi 1993/94.
Mak ai, ramainya hamba Allah. Ish.. berdebar-debar pulak hati aku ni. Dag... .. dig... dug... ..
Dag... dig... dug... . bergelora. Dangdut pulak dah.
"Attention! Attention! Perhatian kepada semua new students, kepada mereka yang sudah siap proses registration, bolehlah bergerak ke kolej masing-masing dan berkumpul semula di dewan ini pada pukul 3.30 petang untuk program orientasi". Berkumandang suara petugas di dewan Tun Razak mengumumkan program seterusnya kepada semua pelajar- pelajar baru. Ini menandakan semuanya akan berpisah ngan family masing-masing dan semua yang ada kat sini akan menjalani sebuah kehidupan yang baru di kampus UM, termasuklah aku.
XXXXX
"Bilik 204... 204, mana ni?". Terteleng-teleng kepala aku mencari bilik baru aku tu. Manalah pulak bilik ni, dahlah beg ni berat. Ahah! Tu dia. Aku dah nampak dah.
Apabila pintu bilik ku tolak. Ku lihat ada dua katil single, dua almari, dan dua meja study. Yes! Toilet pun ada. Aik! Katil yang satu tu macam dah ada tuan punya. Tapi mana pergi tuannya. Beg-beg yang berat tu aku letakkan di atas katil di sebelah dinding kanan. Ah! Penatnya. Duduk kejap.
"Assalamualaikum". Lembut saja suara dari luar memberi salam.
Sapa pulak tu. Agak-agaknya roommate aku tak. Aku bingkas bangun. Pintu bilik di tolak perlahan, lalu terpacullah wajah ayu seorang insan. Ceh! Macam bercendikiawan pulak. Senyuman mesra diberikan. Aku membalas. Yerlah ni kut, roommate aku. Mak oi! Muka dia, ngalahkan Miss Malaysia pulak.
"Hai! I'm Nina Juliana. Just call me Jay". Salam kuhulur sebagai tanda perkenalan.
"Helo! Saya Nazatul... Nazatul Ikmal. Awak boleh panggil saya Naja sajer". Salam disambut. Kemas pegangannya. Bibirnya tak pernah lekang daripada senyuman. Manis sekali.
"Nampaknya kita ni sebiliklah yer". Sambungku lagi untuk menceriakan suasana. Bunga-bunga kemesraan semakin mekar.
"Ha... . ah, emmm... . saya ambik course Law. Macam mana ngan awak pulak?" tanya Naja lembut.
"Eh... eh... macam ada jodoh pulak kita ni. Dahlah sebilik, satu course pulak. Saya pun ambik course tu jugak". Hai, baguslah. Ini baru first day, aku dah dapat kawan baru yang satu cource pulak. Harap-harap aku ngan Naja akan jadi best friend. Macam aku ngan Elynna jugak. Lagipun aku nampak perwatakan Naja ni baik jer.
"Yerlah tu, nanti bolehlah kita pegi kelas sama-sama dan discuss samakan?".
"Bagus jugak tu. Hah Naja! Baik kita cepat kemaskan bilik ni dan bersiap untuk ke dewan kejap lagi. Kalau lambat, nanti tak pasal- pasal kena denda". Ujarku.
"Betul kata awak Jay. Jom... kita bersihkan apa-apa yang patut". Aku dan Naja cepat-cepat mengemaskan bilik kami dan bersiap untuk menjalani program seterusnya.
Tepat jam 3.20 petang, kami berdua sudah terpacak di Dewan Tun Razak. Tak ramai student lain yang kelihatan. Ah! Lebih baik cepat daripada lambat. Aku dan Naja mengambil tempat di barisan kedua dari depan. Baiklah tu konon. Dulu, kalau kat sekolah, akulah insan yang paling gemar duduk di tempat yang paling corot sekali di dalam dewan dengan geng-geng aku yang setia. Hehehehe... .. satu perubahan yang berjaya aku buat nampaknya.
Tepat jam 3.30, aku lihat ramai student lain yang masuk. Semuanya muka-muka baru. Hai! Terkenang pulak pada member-member lama kat sekolah dulu, terutamanya Elynna. Macam manalah keadaannya sekarang. Dengar cerita, hari tu dia dapat continue study kat UTM, Business Studies nya course. Baguslah tu.
"Assalamualaikum... perhatian kepada semua freshies, sila ambil tempat masing-masing. Program akan berjalan sebentar lagi". Kulihat seorang budak lelaki yang membuat pengumuman. Mungkin senior kita orang kut.
"Segak jugak yer?". Ujar Naja.
"Isk... ke situ pulak dah budak sorang ni. Hai Naja, takkan dah bercita-cita nak pasang tyre kut". Selorohku.
"Takdalah, aku beri komen jer". Kami kembali concentrate ke pentas sementara menunggu majlis di mulakan.
"Assalamulaikum... . W. B. T... terima kasih saya ucapkan kepada semua freshies kerana dapat hadir ke dewan ini pada waktu yang tepat. Terlebih dulu eloklah saya perkenalkan diri saya. Nama saya Hairul Nizam b. Othman. Kamu semua boleh panggil saya Abg. Nizam. Saya merupakan Pengerusi 1 bagi Program Orientasi pada kali ini. Saya jugak sedang menjalani kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mechanical Engineering dalam tahun 3, bla.. bla.. bla... bla... sekarang kami akan bahagikan kamu semua kepada beberapa kumpulan untuk program ini. Saya akan bacakan nama dan sila bergerak ke tempat yang telah ditetapkan mengikut arahan fasilitator kamu semua". Itulah antara ucapan ringkas yang dapat aku dengar daripada Abg. Nizam tu.
Alahai, nak bagi-bagi kumpulan pulak. Harap-harap geng aku kali ni semuanya sportinglah hendaknya.
"Ayo Jay, kita ni memang dah ditakdirkan untuk bersamalah. Duduk sebilik, satu course, satu kumpulan pulak tu. Macam kembar pulak".
"Ai, dah rezeki beb, hentam jerlah. Eh! Jom kita ikut kitanya fasi". Aku mengajak Naja ke tempat yang telah ditetapkan untuk kami. Sapalah lagi gamaknya kita orangnya group members.
XXXXX
Astaghfirullahalazim... betulkah apa yang aku nampak ni. Kalau macam ni, memang tak amanlah hidup aku kat sini. Baru ajer nak enjoy, petaka dah menjelma. Hampeh!
"Wei! Apasal muka engkau macam ayam berak kapur ni Jay?" tanya Naja setelah melihat aku tak senang duduk.
"Tadi aku tengok bukan main excited nak joint group ni. Sekarang ni pulak macam orang nampak hantu. Apasal?" Naja tak henti-henti menyoal aku. Memang kena sangatlah dia ni ambik lawyer course. Belum apa-apa lagi, talent dia tu dah menyerlah.
"Takda apa-apa lah". Aku berdalih.
Harap-harapnya Naja tak dapat mengesan. Memanglah dia takkan tahu pun. Kan hari ni baru aku kenal dia. Bodohnya aku ni. Nantilah karang-karang baru cerita ngan dia. Itupun kalau aku rasa mulut ni ringan nak cakap kat dia. Aku buat-buat tak nampak ajer ngan insan disana tu. Control... control... jangan nak memalukan diri sendiri. Lagipun, kat sini takda sapa yang kenal aku. Maksud aku, yang satu sekolah ngan aku dulu. Selamatlah aku. Tapi selama mana? Lantaklah. Kalau dia cari pasal, aku apa lagi, tunjukkanlah jugak keganasan aku ni. Kepada sesiapa yang berani tanggung risiko, silakanlah. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Kalau tak ke ICU, berbalut kaki tangan pun jadiklah.
"Okay! Untuk sesi pertama kita pada hari ni, eloklah kita berkenal- kenalan dulu. Saya Farizal Asyhraf Fauzi sebagai ketua fasi untuk group 3. Boleh panggil saya Abg. Asyhraf. Dan ini, Kak Sharifah Syafikah, sebagai penolong saya", terang Asyhraf dengan selamba.
"Kamu boleh panggil saya Kak Fikah", sambung Syafikah pula.
"Kami berdua sama-sama dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan". Asyhraf menyambung lagi.
Semua ahli group 3, seramai 15 orang hanya mendiamkan diri dan memandang Asyhraf dan Fikah untuk mendapat arahan selanjutnya. Ada yang tersenyum, ada yang muram dan tak kurang jugak yang nampak macam takut-takut. Biasalah, kalau dah namanya Orientation Week, mesti ada yang kena ragging. Aku? Aku cuma tunjuk muka selamba jer. Padahal, dalam hati bermacam-macam perasaan ada.
"Okeylah, kita tak nak buang masa lagi. Eloklah kalau kamu semua perkenalkan diri masing-masing. Kita mulakan dari sebelah kanan saya". Kak Fikah memberikan arahan.
Mamat yang sebelah Kak Fikah tu dah tunjuk muka kecut. Merah padam mukanya. Memang padanlah, muka sikit punya nerd, pakai pulak spek tebal. Kena sangatlah tu.
"Saya? Saya ker?". Tanyanya gugup.
Kak Fikah ngan Abg. Asyhraf mengangguk. Hampir serentak. Semua mata- mata di situ memandang. Terpamer wajah-wajah yang menahan ketawa dengan gelagat mamat sekor tu.
"Nama saya Harris. Harris b. Husain. Asal dari Terengganu". Tertahan- tahan suara mamat tu memperkenalkan diri. Siap ngan slang-slangnya lagi. Nama sikitnya lawa. HARRIS. Tapi, orangnya ... . Masyaallah.
Sesi memperkenalkan diri berjalan lancar. Dan kini tibalah saat dan ketikanya, giliran aku pula.
"Saya Nina Juliana bt. Mazlan. Asal dari Melaka. Boleh panggil saya Jay". Lancar aku mengintroducekan diri.
Semua mata memandang dengan kehairanan, termasuklah yang sorang tu. Apa, pelik sangat ker nama aku. Lantaklah, dah Mama yang bagi. Apalah daya aku untuk menghalang. Masa tu akukan kecik lagi. Eleh! Macamlah nama korang tu sedap sangat. Dia orang ni tak kenal aku lagi. Aku naik angin kang, baru tahu langit tu tinggi atau rendah.
"Okeylah, kita teruskan dengan ahli group kita yang last sekali". Arah Abg. Asyhraf pula.
Huh! Mamat ni? Boleh blahlah. Kau tak perkenalkan pun takpa, aku dah kenal sangat. Usahkan nama, perangainya sekali aku dah tahu. Semuanya dalam kepala otak aku.
"Nama saya Azizul Hairi Aziz. Nama glamour saya Ijoe. Saya asal dari Melaka". Azizul terus duduk selepas introduce himself. Siap jerling kat aku lagi. Menyampah. Macamlah dia sorang jer yang ada mata. Akupun ada jugak. malah, mata aku lagi lawa. Mama aku cakap lar. Betul ker tidak, belakang kira.
"Okaylah, nampaknya semua dah perkenalkan diri masing-masing. Jadi kita orang harap kamu semua dapat bekerjasamalah sepanjang program ni berjalan. Bolehkan?". kata Abg. Asyhraf lagi.
Semua yang ada cuma saling pandang-memandang. Boleh ker aku bekerjasama ngan Ijoe tu? Tak percaya aku. Sejak dulu lagi aku bermusuh ngan dia, takkanlah kerana ni ajer terus berdamai. Impossible! Impossible! Tengoklah nanti sapa yang kena mengalah. Dia jangan ingat dia lelaki, dia boleh buat apa yang dia suka. Akupun terror jugak. ini Nina Juliana. Bukannya macam perempuan-perempuan lain. Kena marah sikit dah nangis-nangis. Merajuk. Tah apa-apa. Tunjuk sangat kelemahan diri tu kat jantan-jantan tu semua. Sekarang ni dah bukan macam dulu lagi. Perempuan pun ada haknya, ada wawasan. Kalau zaman nabi-nabi dulu, bolehlah. Masa tu perempuan kena tindas, tapi tidak sekarang. Tambah-tambah lagi dengan kehadiranku yang macho ni. Ohh! Riaknya aku.
"Woi, cik kak! Ke mana mengelamun? Dah sampai ke bulan ker? Jom! Semua orang dah blah". Ish... terperanjat jugak aku dibuatnya budak ni.
"Nak pegi mana?", tanyaku. Confiuslah ni.
"Tengok tu, nampak sangat tak dengar apa yang oarang cakap. Kita kena ambik signature senior 50 orang lah". Tegas Naja lagi.
"What? 50's? Oh, My God!". 50 orang... adusss! Mana nak cari. Melampau nampaknya. Nasib baiklah korang tu senior. Kalau tak, jangan harap aku nak buat.
"Dah! Dah! Jangan nak tunjuk muka 'cun' tu lagi. Jom, jalankan tugas anda sebagai seorang freshies". Ajak Naja.
Dengan malasnya aku bergerak. Nak tak nak, kena buat jugak. kalau tak, kena punish. Mana lagi best, ambik tandatangan senior atau kena denda? Dua-dua pun tak best. Hehehehe... . jangan marah.
Diam tak diam, dah hampir seminggu lebih aku kat kampus UM. Orientation Week pun dah berakhir. Alhamdulillah, bermakna aku tak yah susah-susah nak ikut cakap senior lagi dan yang paling penting, tak yah nak ngadap muka bahlol tu lagi. Tension aku.
Sekarang ni, aku ngan member-member yang lain tengah sibuk beli buku dan joint macam-macam aktiviti kat kampus. Biasalah, kita ni kenalah activekan diri sikit. Barulah bergelar mahasiswa yang berjaya. Tapi yang paling bestnya, dapat glamourkan diri. Hah... hah... hah.. jangan jealous. Ada hati jugak minah yang separuh perempuan ni nak glamourkan dirinya. Musykil betul.
XXXXX
"Jay, jom pegi breakfast. Laparlah. Asyik ngadap buku ni jer, sampai berkeroncong perut aku". Ngadu Naja.
"Malaslah aku Ja, assignment aku ni tak siap lagi. Ha, esok dah nak kena hantar".
"Itulah engkau Jay, last week lagi aku suruh kau siapkan.. kan? Malaslah, takda masa lah, tensionlah, tu jer jawapan kau. Sekarang tengok sapa yang susah. Aku jugak, sebabnya mesti kena tolong kau siapkan assignment tu nyer". Hehehehe... tahu pulak minah lembut ni apa tugas-tugas yang 'mesti' dia buat.
"Jangan cakap banyaklah Ja, aku dah pening ni". Konon-kononnya marahlah tu. Buatnya minah ni tak nak tolong aku.. aku bilang sampai 3, mesti lepas ni dia offerkan dirinya. 1... ..2... ...
"Macam nilah Jay, mula-mula kita gi breakfast dulu, lepas tu aku tolong kau. Orait tak?". Ha... . kan aku dah cakap, belum habis kira lagi dia dah offerkan dirinya. Memang bertuah dapat kawan macam Naja ni.
"Alah, takleh lah selalu cam tu Ja, kesian lah kat kau. Asyik kena tolong aku jer". Hehehehe... kenalah buat-buat tak nak, padahal dalam hati, Tuhan jer yang tahu. Buatnya betul-betul dia tak nak tolong, baru padan ngan muka aku.
"Takpalah Jay, macam tak biasa pulak. Kitakan kawan. Kalau kawan tak tolong kawan, sapa lagi yang nak tolong". Sambung Naja lagi. Alahai! Ngada-ngadalah pulak minah brutal ni. Macamlah aku tak kenal dia. Sajer jer nak suruh orang kesian kat dia.
"Set! Kau yang cakap kau tak kisah. Aku tak paksa. Jom! Breakfast. Aku pun dah lapar nak mam... .. ni". Ujar Jay sambil menepuk paha Naja. Hish... kalau sapa-sapa yang ada heart attack, dinasihatkan jangan duduk kat budak ni. Mau 10 kali terkejut sehari. Pas tu apa lagi... "GO" lah jawabnya.
Naja dengan Jay berjalan seiring ke cafetaria UM. Jauhlah jugak, makan masa 15 minit, tapi lapar punya pasal, daki gunung pun dia orang sanggup ni.
"Kau nak makan apa cik adik manis?", tanya Jay kepada Naja.
"Macam biasalah cik abang, nasi lemak ngan teh tarik", balas Naja ngan senyuman mengejek.
"Cik abang-cik abang, jangan sebut. Nantikan engkau jugak yang jadi nasi lemak kang".Acah Jay.
"Hai! Itupun nak marah. Tak macho langsung". Usik Naja lagi.
"Dah! Dah! Jom makan". Jay mengalih topik. Dia ngan Naja tu dah biasa sangat bergurau. Walaupun baru lebih kurang sebulan mereka berkawan, tapi hubungan mereka cukup mesra. Macam dah lama kenallah pulak.
"Fuyooo! Awek cun siot! Hai cik adik, berdua jer ker? Boleh abang temankan?" . Sekumpulan student lelaki yang kebetulan lalu bersebelahan meja Jay ngan Naja mengusik mereka.
Jay ngan Naja buat-buat tak tahu. Menyampah. Mereka berdua tunduk jer, menyudahkan makan.
"Amboi! Sombongnya.. kalau macam ni, manalah ada orang nak buat bini. Lelong kat kedai pun, belum tentu laku". Usik lagi salah seorang daripada mereka yang berlagak macam ketua kumpulanlah konon. Berderai tawa mereka semua. Sakit hati tau tak kalau korang tengok.
Bila mendengar usikan mereka yang boleh dikatakan melampau, Jay mula naik angin. Bab-bab harga diri, jangan main. Cakap, dahlah sikitnya kuat. Ditolaknya kerusi ke belakang dan bangun dengan kasar. Semua student lain yang sedang makan, memandang. Naja sendiri terperanjat dengan tindakan Jay. Nak ditahan pun dah tak sempat lagi dah.
"Hei! Aku datang sini nak makan. Aku tak kacau kau, jadik kau jangan gatal-gatal mulut nak kacau kita orang. Kau belum kenal aku lagi. Eleh! Kalau setakat gigi jongang kau tu, boleh blahlah, orang lelong kita orang tak laku pun aku tak kisah. Jangan nak ingat kau hero kat sini. Silap oranglah kau kacau". Dengan lantang Jay bersuara.
Mamat tu tadi pun agak terperanjat. Sampai tak terkata-kata. Mungkin malu dengan penghinaan Jay padanya. Sunyi seketika. Masa tu jugalah Jay terpandang salah seorang muka yang dikenalinya dari dulu lagi tak jauh dari mamat-mamat tu tadi. Ah! Si Ijoe lagi. Menyampah. Muka Ijoe masa tu tenang, setenang-tenangnya. Alah! Macamlah si Ijoe tu tak tahu perangai aku. Dia dah biasa sangatlah. Tanpa berkata apa- apa, mamat-mamat tu semua blah dari cafetaria tu.
Mata-mata yang memandang kembali meneruskan aktiviti masing-masing. Ijoe yang duduk selang dua meja dari Jay pun berlagak seolah-olah dia tak melihat apa-apa kejadian sebentar tadi. Dengan perlahan Jay duduk semula. Sunyi lagi. Naja tak berani nak menegur Jay kerana dia takut dia pulak yang kena sembur. Biarlah Jay meredakan kemarahannya dulu.
"Garang betul minah ni. Tak pernahlah pulak dia macam ni". Detik hati Naja.
Tanpa menghabiskan makanan didepannya, Jay bangun dan berlalu. Naja membontotinya dari belakang. Orang-orang di sekeliling buat tak tahu jer. Manalah tahu, kalau pandang lebih-lebih kang, minah tu naik angin sekali lagi, habislah dia orang semua dikerjakannya. Nanti tak pasal-pasal orang lain yang masuk hospital.
"Ish.. garang gila awek tu. Terperanjat aku. Tak pernahlah pulak aku tengok perempuan sekasar tu sepanjang hidup aku ni. Happenning betul". Kata Nazrin dengan muka yang terperanjat. Nazrin ni mamat yang datang ke cafetaria ngan Ijoe. Dia ni jugaklah best friend Ijoe kat UM ni. Nazrin pun boleh dikategorikan salah seorang mamat yang handsome kat UM, samalah macam si Ijoe tu, cuma si Ijoe tu nampak ego dan dingin, tak macam Nazrin, peramah dan mudah tersenyum kepada sesapa jer. Kalau ada minah-minah yang cepat perasan tu memang akan ingat si Nazrin ni minat dia orang lah.
"Tahlah Yin, aku tak nak masuk campur. Aku kenal sangat ngan si Nina tu. Nama jer perempuan, tapi perangai ngalahkan lelaki. Kalau dah perempuan tu, perempuan jugak, tak yahlah nak tunjuk terror. Eleh! Kalau sapa-sapa rape dia, ngandung jugak". Ish... .. mamat ni lazer tak ingat. Tak sayang mulut ker? Buatnya dia tu dengar, hai nak tak nak pun, mesti tercetusnya perang dunia kat sini.
"Hah?! Kau kenal dia rupanya. Tak baik ah cakap cam tu. Itu mengutuk namanya dan mendoakan kesusahan menimpanya. Kalau dia dengar, tak ke terasa hati nanti. Kalau terasa hati jer, aku tak kisah sangat, aku takut engkau dipukulnya. Tapi, camna kau kenal dia?". Tanya Nazrin lagi, ingin tahu.
"Kalau kau nak tahu, dia tu ex-classmate aku masa aku F4 sampai F5. Aku sekolah sama-sama ngan dia sejak sekolah rendah lagi, kalau kau nak tahu. Tinggal pulak satu taman. Aku dah kenal sangat ngan perangai dia. Dari A sampai Z. Bunga jantan!". Terang Ijoe dengan nada perlahan. Tapi menampakkan sangat ketidaksukaannya terhadap budak tu.
"Oh! Gitu ceritanya. Kau ni tak habis-habis nak ngutuk dia. Kalau yer pun tak suka ngan dia, tak yahlah kutuk. Menambahkan dosa kau jer. Tapi aku cakap betul kat kau, bunga jantan pun bunga jantanlah, janji dia lawa gila. Ngalahkan Miss Universe. Tak tergoda ker kau? Ker... malu nak ngaku? Entah-entah dulu kau minat dia, lepas tu tak dapat. Sebab tulah kau hentam dia teruk-teruk. Aku nasihatkan kau, janganlah kutuk lebih-lebih, manalah tahu kut-kut esok lusa dia tu yang jadik bini engkau. Sapa nak jawab?".
"Eh... .. ke situ pulak. Mulut tu jaga sikit. Kang engkau pulak yang kena pelangkung ngan aku. Ah! Selisih malaikat 44. Takkannya aku ngan dia". Ijoe meninggikan suara. Terasa hatilah tu kut.
"Ha! Tengok tu, tahu pun marah. Minah tu pun tentu ada perasaan jugak. Kalau dia dengar apa yang kau cakap tadi, tentu dia pun marah. Apa nama dia tadi? Ha... Nina. tapi aku dengar member dia tadi panggil dia Jay". Ujar Nazrin. Hai! Macam bapak nasihatkan anaklah pulaknya.
"Tapi dia memang cun. Antara perempuan yang paling cun yang pernah aku tengok. Eloklah tu Joe, kau ambik dia, aku ambik member dia tu. Yang tu pun nampak okey jugak". Ish.. ish... . ish... dia ni. Apa, ingat budak-budak tu barang ker nak main ambik jer. Anak orang tu.
"Kalau kau nak tahu sangat pasal dia tu, ni hah, aku, Azizul Hairi Aziz boleh terangkan dengan panjang lebarnya pasal dia. Nama dia yang sebenar Nina Juliana bt. Mazlan. Dari dulu lagi budak-budak panggil dia Jay. Alah saja, nak tunjuk macholah konon. Kalau panggil Nina, nampak perempuan sangat. Tak sedar diri langsung yang dia tu perempuan. Tapi setahu aku Mama dia panggil dia Nina. Lagi satu information penting yang patut kau tahu... Nina Juliana tu MUSUH KETAT aku... .. sejak dulu lagi!". Terang Ijoe dengan tegas. Muka dia serius nak mampus. Terlopong mulut Nazrin dengar pengakuan Ijoe.
"Oh.. patutlah kau prejudis sangat kat minah tu. Apa cerita?". Nazrin bukan main berkobar-kobar lagi nak tahu cerita selanjutnya.
"Ish.. kau ni, busybody betul, malaslah aku nak ingatkan lagi cerita tu. Buat sakit hati aku jer. Tengoklah lain kali. Itupun kalau mood aku baiklah". Frustlah pulak si Nazrin.
Bagi Ijoe kenangan lama dia ngan Nina dah tak ingin diingatkan lagi. Dia memang betul-betul tension ngan minah tu. Kalau boleh, nama dia tu pun, dia tak nak dengar.
"Apa-apa ajerlah Ijoe. Tapikan aku harap sangatlah kan, yang satu hari nanti, ada somebody yang akan ubah dia tu. Aku rasa dia tu masih boleh dibentuk. Manalah tahu lepas ni jadi ayu gila. Kau tak nak try ker? Kut-kut lepas ni sengketa korang berdua dapat dihapuskan. Elok sangatlah. Memang sepadan. Sengketapun selesai, Nina pun jadik perempuan sepenuhnya dan yang pasti, masa tu dia awek kau. Mesti gempak gilanya. Semua orang kat UM ni pandang pun... . wuyooo... . jealous! The best couple of the year!". Siap ngan statement muka lagi tu si Nazrin bercakap.
"Woi... . mangkuk! Tinggi imaginasi kau? Kalau kau nak sangat, kaulah pergi tackle, ubah dia dan lepas tu kaulah yang glamour. Tak kuasa aku nak layan". Beranganlah pulak mamat sekor ni. Ada ker patut aku disuruhnya tackle bunga jantan tu. Piiiirahhhh... !!
"Hei! Kalaupun dialah sorang-sorangnya perempuan yang akhir sekali tinggal kat dunia ni, takkannya aku pilih dia jadi awek aku.. apatah lagi jadik bini aku. Boleh blahlah. Takda awek lagi senang".
Aduss... parah.. parah.. marah benar nampaknya si Ijoe ngan Nina tu. Apalah masalah dia orang. Entah-entah marah-marah sayang tak. Tapi malu nak ngaku. Hai, tak kuasa aku jantan sekor ni. Aku melantak lagi bagus.
Nazrin meneruskan misinya iaitu meghabiskan nasi goreng dalam pinggan depan matanya tu. Kalau dilayan mamat kat depan ni, makin menjadi-jadi pulak. Bantai nasi ni lagi best. Sedap dan kenyang.
XXXXX
"Bam!". Pintu bilik dihempas keras. Mak ai, budak ni, takkan tak reda lagi kemarahan dia kut. Hai! Seramlah aku ni. Apa yang patut aku buat. Keep quiet or say something. Buatnya dia mengamuk ngan aku pulak kang, tak ker naya. Saja cari penyakitlah tu namanya.
Nina Juliana baring di katilnya sambil menekup mukanya dengan bantal. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia mesti bengang gila ngan mamat-mamat tu semua, padahal memang dah jadi satu perkara biasa bila lelaki tengok perempuan cun sikit, mesti dia orang nak kacau. Cun sangat ker aku ngan Naja? Kalau ikut cakap Mama, aku memang lawa tapi tetap tak akan menarik mana-mana lelaki kerana aku kasar, tak macam anak gadis orang lain. Teruk sangat ker perangai aku ni. Ah! Lantaklah. Aku dah biasa macam ni. Takkan aku nak berubah pulak. Kalau aku ubah personality aku, mesti malu gila, mesti kena kutuk dan ini mesti bagi peluang keemasan untuk Ijoe hentam aku. Mesti happy gila si Ijoe tu tengok aku kena gelak. Alah! Kenapa aku nak pedulikan Ijoe? Kenapa aku mesti pikirkan dia setiap kali aku nak lakukan sesuatu. Kenapa aku nak kisah sangat dengan pandangan dia terhadap aku. Bukan Ijoe penentu hidup aku. Tapi kelakar jugak bila ingatkan kembali kejadian kat cafe tadi, dengan muka mamat-mamat tu semua yang macam nampak singa betina mengamuk. Padan muka. Baru dia orang tahu sapa aku. Aku ni memang pantang dicabar.
"Hak... hak... hak... ". Nina tergelak keseorangan.
"Ah sudah! Apa kena minah sorang ni. Tadi marah-marah, siap hempas pintu lagi. Pas tu gelak sorang-sorang pulak. Ni yang aku risau ni". Gerutu Naja dalam hati.
Heranlah pulak dia dengan roommate dia yang sorang ni. Sekejap marah, sekejap ketawa. Macam choc fudge pulak.
"Wei! Apa kena ngan kau ni Jay, tadi marah-marah, sekarang gelaklah pulak. Dah tercabut wayar ker?". Naja memberanikan diri bertanya kepada kawannya tu untuk menghilangkan kekonfiusan dalam kepala hotaknya.
"Mulai sekarang aku nak kau panggil aku Nina". Selamba ajer Jay berkata-kata sedangkan soalan Naja tadi tak berjawab.
"Memang sahlah kau ni dah loose Jay. Lain yang aku tanya, lainlah pulak yang kau jawab. Kau mengigau ker suruh aku panggil kau Nina. Apa dah puas ker jadik 'jantan'?. Balas Naja selamba. Nampak ajer lembut perempuan ni. Boleh tahan jugak lazernya.
"Hei cik adik. Aku tak cakap aku nak ubah personality aku. Aku cuma suruh kau panggil aku Nina jer. Lagipun family aku memang panggil aku ngan nama tu. Jadi, lain kali kalau kau telepon rumah aku, takdalah orang rumah aku tu confius. Dia orang bukannya tahu memember aku panggil aku Jay". Lancar ajer Nina memberi alasan. Alasan bodoh pulak tu.
"Yerlah tu hah. Betul sangatlah tu. Aku tak kisah Jay... oppss... sorry, NINA! Kau nak suruh aku panggil ngan panggilan apapun aku sanggup, asalkan kita tetap kawan, dan kau tetap seperti Nina yang aku kenal dulu. Orait?". Perlahan jer suara Naja.
Alah, sentimentallah pulak perempuan sorang ni. Malaslah ni nak melayan. Kang ada yang banjir kat sini kalau dipanjang-panjangkan lagi topic hangat ni.
"Takyahlah sedih sangat yang oi. Aku bukannya nak mati ker apa. Aku cuma suruh kau panggil aku Nina jer. Takkan itupun sentimental". Payah betul kalau cakap ngan budak spesis over lembut ni.
"Sapa cakap aku sedih pasal kau. Pelllease... .! Tak kuasa Mak... . Nyah. Baik aku sedih sebab anak kucing aku mati ker, apa ker... eeee.. perasan. Tak malu". Cover... cover.. nanti jatuh imej aku. Hik... hik... hik... padan muka kena ngan aku. Asyik dia ajer kenakan aku. Turn akulah pulak.
"Kurang ajar nya kawan. Siap kau... .". Dengan jayanya Nina menuju ke katil Naja. Dia dah get ready dah nak hentam si Naja tu ngan bantal ngan menggunakan kekuatan 10 kuasa kudanya. Naja apa lagi, memekik jerlah kerja dia. Perempuan, kalau tak melolong tu tak sah.
"Stop!!! Woi, cik Nina sayang, dahlah tu. Aku dah semput ni. Emm... cun jugak panggil kau ngan nama tu. Terserlahlah jugak keayuan engkau tu. Takdalah nampak jantan sangat. Manalah tahu hari ni tukar nama, esok tukar pakaian lak, pastu tukar perwatakan. Barulah mamat- mamat tu semua terbeliak biji mata nengok kau. Siap ikut belakang lagi".
"Yer sangatlah tu Ja. Aku takut bukan mamat-mamat tu yang ikut aku, tapi hantu jerangkung mana ntah nanti". Ujar Nina dalam nada seloroh.
Eee... syok jugak kalau aku jadi tumpuan. Barulah glamour seglamour- glamournya. Isk... gatal jugak aku ni. Masa tu barulah Ijoe tahu keistimewaan aku. Dulu dia pun kaki kutuk 'kejantanan' aku. Ijoe lagi. Pegi mampuslah ngan Ijoe.
"Betul aku cakap ngan kau Nina. Kalau kau tak caya, cubalah buat. Mesti gempak gilanya nanti. Satu kampus UM akan memperkatakan tentang isu terbaru, iaitu kejelitaan student barunya, Nina Juliana bt. Mazlan. Bolehlah aku tumpang sekali. Kena tempias-tempias glamour engkau pun jadiklah. Apa-apapun Nina, aku nak cakap ngan kau. Tadikan, kat cafe, alah masa kau ngamuk tadi tulah. Ada dua orang jejaka yang handsomelah jugak, kau perasan tak? Mesti taklah tu. Kau tahu tak, aku tengok yang sorang tu asyik pandang kau jer. Berkenanlah tu kut. Tengok! Belum tukar imej, dah ada peminat. Kalau dah tukar nanti. Mahu tangkap lelehnya mamat-mamat tu". Naja asyik membebel tanpa henti-henti.
Ish... minah ni. Tak disangka-sangka, salah sama sekali first impression aku kat dia dulu. Rupanya gini perangainya. Ish... ish... sedih aku. Gatal tak habis-habis. Mamat mana pulak yang dia ni duk sibuk ni. Konfius aku ngan dia ni.
"Mamat mana ni Ja? Tak tahulah aku. Akukan tengah baran tadi, manalah ada masa nak pandang-pandang orang". Tanya Nina lagi inginkan kepastian.
"Yer ker tak perasan? Alah, mamat yang pakai baju kotak-kotak, hitam putih tadi tu". Terang Naja.
Ah! Tidak! Katakanlah semuanya itu tidak benar. Bohong semata-mata. Ijoe! Ya, aku pasti budak tu Ijoe. Takkanlah Ijoe.
"Banyaklah kau Ja. Dahlah, aku nak siapkan asignment tadi tu". Nina cuba alih topik.
"Ke situ pulak. Betul Nina, budak tu... ... ..".
"Cik adik, sebelum beta mengamuk. Baik cik adik senyap". Budak Naja ni nak kena ni. Geramnya aku. Kalau orang lain bolehlah jugak aku consider. Ini, Ijoe... lain kalilah.
Nina melemparkan bantal ke muka Naja dan menyumbat telinganya ngan earphone. Layan Will Smith lagi cun daripada dengar Naja membebel pasal Ijoe. Kalau pasal Leonardo ker orait jugak. Ini Ijoe. Kalau dia tahu Ijoe tu musuh aku, tentu dia tak berani sebutnya. Naja... Naja... .
"No, I can't forget this evening,
Or your face as you were leaving,
But I guess that's just the way the story goes,
You always smile but in your eyes your sorrow shows,
Yes it shows,
No, I can't forget tomorrow,
When I think of all my sorrow,
When I had you but then I let you go,
And now its only fair that I should let you know,
What should you know,
I can't live if living is without you,
I can't give, I can't give anymore,
I can't live... ... ... ... ... "
"Apasallah pulak ngan dia ni, termenung sana, termenung sini. Nak kata ingat makwe, makwe takda, jauh sekalilah ingat bini. Hish, ada problem ker? Kalau ada ngapa tak cakap ngan aku, akukan kawan dia. Biasanya dia storylah pulak kat aku". Getus Nazrin dalam hati bila dilihatnya si Ijoe asyik termenung sejak 2 - 3 hari ni.
Risau jugak dia, manalah tahu kut-kut budak tu ada problem ker, sakit ker. Bila di tanya, jawapannya tetap sama, 'takda apa-apalah', itu ajer yang dapat didengar. Lain tarak. Ha tu, dok melayan lagu sentimental pulak tu. Apa kena? Selama ni bukannya gheti pun dengar sentimental-sentimental ni, mabuk ker apa dia ni.
"Wei Ijoe! Asal ngan kau ni. Dah 2-3 hari aku tengok kau asyik termenung sana, termenung sini. Kau ada masalah ker?". Senyap. Tak di jawab.
Ish... budak ni, nak kena ni. Bukannya dia layan aku pun.
"Buk! Ha! Kan dah kena lontaran maut aku tu. Lain kali buatlah lagi perangai tu.
"Apa ni Yin? Kau tak nampak ker aku tengah study ni". Masam jer muka Ijoe. Serious.
Hish! Tension betul aku mamat ni. Orang tengah syok-syok mengelamun ni kacau lak.
"Habis! Yang kau tak layan aku cakap ngan kau tu apasal? Buat tak tahu jer. Geramlah aku".
"Aku tak perasan lah. Sorrylah. Aku tengah nak ingat something ni, esokkan test Calculus".
"Ha... . yer sangatlah tu tengah hafal formula Calculus. Cuba kau tengok betul-betul, buku apa depan mata tu? Bila pulak kau ni tak gheti membaca, dah buta huruf ker? Bukan ker buku Physic yang kau duk tengok tu? Sah! Kau memang mereng. Apasal ngan kau ni. Cakaplah kat aku kalau ada problem. Kita kan kawan. Susah-senang, sama-sama lah kita tolong. Kalau tak, apa gunanya kawan. Kalau setakat mana aku mampu tu, Insyaallah aku tolong. Janji, kau kena cakaplah apa problem kau. Kalau kau tak cakap, ha! Sapa-sapa pun takleh tolong".
Panjanglah pulak budak ni berleter. Ngalahkan perempuan. Mak aku pun taklah seteruk ni.
"Aku mana ada problem, aku... .. maintain jer". Cover macho... cover... .
"Memanglah yang aku bukak ni buku Physic... tapi... kat tangan aku ni nota Calculus... .". Ya Allah! Macam manalah boleh tersalah bukak buku ni. Tak perasan langsung. Agaknya aku ni dan angau. Ini semua budak tu nyer pasal. Ish... . nak menyalahkan oranglah pulak. Kalau aku tak ingatkan dia, taklah jadi camni. Tapi kenapa seteruk ni jadinya. Sabar Ijoe...
"Yer ker! Bak sini aku tengok nota Calculus yang ku cakap tu. Tak caya aku ngan kau".
Nazrin bangun dari katilnya dan menuju ke meja tulis Ijoe. Dia nak check, betul ker mamat sekor tu duk baca buku. Entah-entah melalut ke lain.
"Takyahlah Yin, takyahlah... . tahulah aku... ."
"Ah! Bak sini"
"Jangannn... ... "
"Ah! Tak kira, nak tengok jugak".
"Apa ni!".
"Sini, aku cakap... .".
Boleh pulak budak dua ekor ni main tarik-tarik. Habislah kertas tu koyak rabak. Hancus! Hancus!
"Oppsss! Confiuslah ni, bila pulak En. Jalal kasi nota Calculus camni? 'NINA JULIANA... I MISS YOU' sebahagian dari nota Calculus ker?". Ha... ha... ha... ngaku jerlah Ijoe... kau dah angau rupanya.
"Akhirnya... ..".
Terbahak-bahak si Nazrin ketawa bila nota Calculus yang si Ijoe cakapkan tu sebenarnya kertas yang penuh dengan nama Nina. Tak sangka Ijoe minat Nina. Bocor rahsia. Hahahaha... .. padan muka.
"Wei! Wei! Jangan nak lebih-lebih. Kang aku cepuk kang. Kau ingat dia sorang jer ker nama Nina. Ramai lagilah". Merah padam muka Ijoe menahan malu. Tapi nak buat camna, dia jugak yang salah. Sapa suruh pergi tulis nama minah tu kat situ. Sebenarnya dia sendiri pun tak perasan yang dah penuh satu kertas dia tulis nama Nina. Maklumlah dah syok sangat layan lagu tadi.
"Tak sangka betul aku Ijoe... rupa-rupanya kau betul-betul ada hati kat 'bunga jantan' kau tu. Dulu bukan main lagi, selisih malaikat 44 lah, musuhlah, takkan pilih jadik aweklah... . macam-macam alasan kau bagi yer. Tapi rupa-rupanya dalam diam kau memendam perasaan. Masin jugak mulut aku ni yer. Dah lama ker Joe?". Nazrin memulangkan paku buah keras kepada Ijoe. Muka dia takyah cakaplah. Kalau korang tengokpun rasa nak tumbuk-tumbuk biar tak boleh cakap lagi. Tu tak termasuk ngan senyum mengejeknya lagi tu. Sabar Ijoe, sabar... . sabar itu separuh daripada iman.
"Dahlah Yin oi! Tak baik kau memperli aku. Kalau kau tak tahu cerita sebenar, jangan cakap banyaklah. Ni aku boleh sabar lagi ni. Kang aku naik angin kang, apa-apa terjadi nanti, aku tak bertanggungjawab".
Hai cik Ijoe, cerita sebenar apa lagi yang kau nak cakap. Realitinya kau memang minat kat dia dari dulu lagi. Dari zaman kau muda-muda dulu lagi. Janganlah nak berdolak-dalih.
"Yalah, kalau kau tak cakap, macam mana aku nak tahu. Ha! Sekarang cepatlah cerita. Kau nak mengaku ker tak nak?". Nazrin semakin bersemangat nak dengar pengakuan ikhlas dari Ijoe. Dah lama dia tunggu saat ni. Padan muka Ijoe. Akhirnya dia kena ngaku jugak. Tak boleh lari lagi.
"Sebenarnya macam ni... emmm... . macam ni... macam nilah... .". Tergagap-gagaplah si Ijoe tu nak cerita.
"Apa ni Ijoe. Tak macholah. Apa yang macam ni, macam ni? Cakaplah cepat. Nak cakap benda yang kau rasa pun susah ker?". Pantas ajer si Nazrin memotong cakap Ijoe bila dilihatnya mamat tu tergagap-gagap. Malulah tu konon.
"Yerlah, yerlah. Kau ni tak sabar-sabar. Memang... aku memang minat dia. Dari dulu lagi. Tapi takda sorang pun yang tahu. Aku tak nak orang lain tahu, sebab aku malu. Lagipun ada salah faham yang tak dapat diselesaikan antara aku dan dia sampai hari ni. Aku tak tahu macam mana nak cakap ngan dia, minta maaf ngan dia. Dia tak nak bagi peluang untuk aku cakap hal sebenar".
"Ha! Mengaku jerlah. Cakap jerlah ngan dia Ijoe. Nanti kang melepas, baru tahu. Apa masalah kau ngan dia?". Tanya Nazrin lagi.
"Macam ni. Kalau kau nak tahu kita orang berdua memang kawan sejak kecik lagi. Kita orang memang membesar bersama-sama. Tambah-tambah lagi parents kita orang memang saling mengenali sejak dulu lagi, sebelum kita orang lahir. Lagipun kita orang tinggal satu taman. Depan rumah lagi". Cerita Ijoe dengan perlahan.
"So, what's the problem? Aku tak nampak pun". Nazrin mencelah.
"Nantilah dulu, aku tak habis lagi ni. Kita orang selalu pegi sekolah sama-sama, balikpun sama-sama. Aku mula minat dia masa standard 6. Tapi dia tak tahu, sampailah sekarang. Masalahnya bermula sejak F3 sebabnya hanya silap faham yang kecik. Masa tu ada sorang student baru yang masuk class kita orang, Elynna namanya. Budak tupun close jugak ngan Nina dan dia orang jadi best friend. Masa ni Nina dah renggang sikit ngan aku sebabnya dia banyak habiskan masa ngan Elynna. Lagipun, aku pun sibuk jugak ngan perlawanan bola sepak yang tak henti-henti. So, kita orang jarang spend time together". Ijoe senyap. Perlahan dia melepaskan keluhan. Sedih jer muka dia. Nazrin sabar menanti.
"Aku ingatkan, lepas PMR tu aku nak cakap kat dia tentang perasaan aku. Tapi aku malu nak cakap straight kat dia. Jadi, aku ingat nak suruh Elynna yang sampaikan hasrat aku tu. Tapi tak sangka pulak lain jadiknya. Sebelum tu aku pernah dengar ada cerita-cerita yang mengatakan Elynna admire kat aku. Aku ingatkan dengan cara tu, secara tidak langsung Elynna akan tahu yang aku takda special feeling kat dia, cuma sekadar kawan biasa. Tapi aku betul-betul tak sangka yang Elynna tu talam dua muka. Sepanjang-panjang aku duk merisik si Nina sukakan lelaki camna, apa yang dia suka, macam mana dia nak lelaki layan dia dan macam-macam lagi, ada ke patut dia pergi cakap kat semua orang especially si Nina, yang aku tengah approach dia. Mula-mula tu aku tak tahu sebab depan aku dia seolah- olah betul-betul nak tolong aku. Tak sangka pulak camtu. Aku cuma tahu bila si Nina tu ucapkan congrate kat aku. Bengang gila aku. Tapi masa tu aku tak cakap ngan Nina perkara sebenar sebab aku tengah bengang sangat-sangat.". Senyap lagi.
"Lepas tu aku dah bertekad yang aku akan cakap terus-terang ngan Elynna, kemudian ngan Nina. Jadi, aku buat temujanji ngan Elynna. Masa aku cakap perkara sebenar kat dia yang aku tak pernah ada perasaan cinta pada dia, dia tenang ajer, aku ingatkan dia dapat terima, malahan dia cakap dia akan terima apa saja keputusan aku. Lagipun dia kata dia sebenarnya pun taklah admire kat aku, saja suka- suka. Aku ingat okeylah. Tapi kau tahu tak apa yang jadi? Dia pergi mengadu kat Nina, dia nangis-nangis cakap aku dah let her down. Tak ker gila. Nina bengang gila ngan aku sebab dah kecewakan best friendnya. The next day, aku nak jumpa Nina kat padang sekolah. So, dia setuju dan petang tu dia datang. Kau tahu apa yang jadi. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah lempang aku depan orang ramai. Aku yang tak tahu apa-apa jadi mangsa. Semua orang pandang aku. Cuba kau bayangkan betapa tebalnya muka aku. Dilempang oleh seorang perempuan. Aku pun ada harga diri jugak. Sanggup dia buat macam tu kat aku. Lepas kejadian tu aku dah tak bertegur sapa ngan dia sampailah hari ni. Mula-mula aku cuba jugak nak tegur dia, tapi nampak sangat dia cuba lari dari aku dan tak suka tengok muka aku. Aku ingat, aku dapat lupakan dia, tapi aku silap. Walaupun dia taklah selembut perempuan-perempuan lain dan bencikan aku, aku masih sayangkan dia. Aku bukanlah nak kutuk dia sangat, tapi aku cuba lakukan sesuatu supaya dapat menyingkirkan dia dari hati aku. Aku dah cuba sedaya-upaya, tapi keputusannya tetap sama. Aku tak tahu lagi nak buat camna". Ijoe merenung jauh ke luar tingkap. Nampak sangat kesedihan dari pandangan matanya. Kesian Ijoe.
"Aku tak tahu nak kata apa lagi Ijoe. Tak sangka pulak Nina tu keras hati macam tu sekali. Tak sangka ada jugak orang macam Elynna tu. Sanggup makan kawan sendiri. Tapi silap kau jugak Ijoe, yang kau gunakan orang tengah tu, kenapa? Tak ker menyusahkan". Serius muka Nazrin kali ni.
"Manalah aku tahu nak jadi macam tu. Kalau aku tahu, takkanlah aku nak suruh dia. Musnah harapan aku".
"Susah jugak yer nak settlekan problem kau ni. Aku harap kau dapat bersabar dan sama-samalah kita fikirkannya caranya". Perlahan Nazrin bersuara.
XXXXX
"Okay! I think it's enough for today. We continue on this Friday. Remember! Don't forget to read Chapter 7, the Company Law. This Friday we got Pop Quiz. I hope you guys will like it. Okay! We dismissed". En. Rizal, pensyarah subjek Commercial Law tegas memberi arahan. Alahai, Pop Quiz lagi. Tak larat aku. Kalau betul-betulnya Pop Kuiz takpalah jugak. Enjoy sikit. Ini... . haih, takpa, takpa. Ingat Nina, kau kena buat betul-betul untuk berjaya. Jangan hampakan Mama kau.
"Naja, lepas ni kau nak pergi mana?". Tanya Nina sambil tangannya sibuk mengemas buku kat atas meja.
"Tak tahulah lagi, aku ingat nak balik bilik jer, penatlah... semalam aku tidur lambat. Apasal, kau ada plan lain ker?". Tanya Naja pulak.
"Takdelah, aku ingat nak ajak engkau pergi library. Lagipun aku tengah cari bahan untuk assignment Management. Tapi, kalau kau dah nak balik tu, takpalah, aku pegi sorang jer. Nanti karang jumpa kau. Okay!". Terang Nina.
"Ha... ah, yerlah. Sorrylah yek sebab tak temankan kau. So, jumpa karang".
"Apa pulak nak sorry-sorry. Takda menda pun. Okaylah aku blah dulu, bye!".
"Bye!".
Nina dan Naja sama-sama berlalu dari dewan kuliah ke arah yang bertentangan. Naja menuju ke hostel dan Nina pula laju ajer menghayunkan kakinya ke library. Dia ingin cepat sampai supaya cepat kerjanya siap dan cepat jugalah dia dapat pulang ke hostel. Kalau ikutkan hati, diapun malas nak pergi library sebab selalunya hari Isnin student ramai kat situ. Dia bukannya suka sangat tempat-tempat yang ada ramai orang ni. Tapi nak buat camna, dah dia terpaksa jugak pergi untuk cari bahan.
"Ha.. alah! memang aku dah agak dah ramai hamba Allah kat sini. Ish... . serabut kepala otaklah ni. Bebudak ni pun, time aku nak datang library nilah, dia orang nak datang jugak. Menyusahkan hidup aku jer". Nina membebel seorang diri bila dilihatnya tempat menyimpan beg penuh dengan beg-beg yang bermacam colour dan jugak helmet.
Hish, dia ni, cakap gitu macamlah library ni bapak dia yang punya. Orang lain pun bayar yuran macam awak jugak. Jadi dia orang pun boleh datang library bila-bila masa ajer yang dia orang suka.
"Manalah pulak aku nak duduk ni. Penuhnya. Ish... . dahlah buku-buku kat tangan aku ni berat. Ngapalah aku salah pilih time gamaknya". Membebel lagi minah ni.
Hah! Tu dia, tapi depan jantan. Ah! Jantan pun jantanlah, janji aku dapat duduk. Lagipun mamat tu kusyuk jer baca buku. Mesti dia tak herannya kalau ada orang ker, takda orang ker depan dia. Nina dengan pantas menghayunkan kaki menuju ke meja yang jaraknya lebih kurang 50 meter dari tempat dia berdiri. Maklumlah, tak nak bagi orang lain ambik tempat tu. Dahlah terhad sit kat sini. Kang nanti tak pasal- pasal ada orang yang kena baca buku kat celah-celah rak pulak.
"Excuse me... . ada orang tak kat sini? Boleh saya duduk?". Dengan sopan Nina bertanya. Padahal memang takda orangpun kat situ. Sajer... . nanti kang kurang ajar pulak namanya terus ajer duduk tanpa mintak permission. Manalah tahu, kut-kut dia reserve kan tempat tu untuk makwe dia ker. Nina tengok mamat tu cuma menggeleng- gelengkan kepalanya, takda oranglah tu namanya. Nina pun tak pasti sapa yang kat depan dia ni. Baca buku melampau-lampau betul sampai mukapun tak nampak. Syok sangatlah tu kot. Ah! Lantaklah sapapun dia, yang pasti aku datang sini nak buat assignment dan takda masa nak tengok-tengok orang. Buang karan jer. Nina meneruskan kerjanya dengan penuh semangat. Hai, maklumlah, lusa dah kena hantar. Kalau tak, haram dia nak bersungguh-sungguh gitu sekali pergi library untuk siapkan kerja. Itulah, selagi tak sampai dianya dateline, tak nak buat, bila dah dekat nak hantar, barulah kelam-kabut macam kucing jatuh anak. Tak insaf-insaf jugak tu, lain kali buat lagi.
"Pap! Penatnya".
"Ah... . tidak!!! kenapalah malang sangat nasib aku hari ni". Nina menjerit dalam hati.
Apa taknya, sekarang dia sudah dapat mengenal pasti siapakah insan yang berada di hadapannya setelah mamat tu menjatuhkan buku yang dia sedang baca. Siapa lagi kalau bukan 'buah hati' kesayangan Nina. IJOE!! Nina dah tergamam. Perasaan benci meluat-luat datang dalam dirinya. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.
Heee... . dah takda orang lain lagi ker dalam dunia ni yang boleh dia tengok. Balik-balik muka dia ni, balik-balik muka setan ni. Tensionnya.
Si Ijoe lagilah terkejut. Tak sangka pulak dia, Nina yang berada di depannya. Dia dah tak tahu nak tunjuk statement muka ynag macam mana. Nak tegur, takut minah tu sembur dia balik, nak senyum, takut tak berbalas. Akhirnya Ijoe memberikan senyuman yang dibuat-buat pada Nina. Dalam hatinya bukan main berdetap-detup lagi. Maklumlah Snow Princess kesayangannya dah ada depan mata. Seperti yang dijangka-jangka, bukannya senyuman yang dibalas tapi jelingan yang tajam, cukup untuk menggambarkan betapa bencinya Nina pada dia. Akhirnya Ijoe tunduk, kembali mengadap buku di depannya. Dalam hati, dia menyumpah seranah dirinya sendiri.
"Kenapalah gatal sangat mulut aku ni nak senyum, kan dah tak pasal- pasal malu". Gerutu Ijoe dalam hati.
Bukannya Ijoe tak tahu Nina tak sukakan dia. Memang itu adalah hakikatnya dari dulu lagi. Tak tahu kenapa, tergerak pulak pintu hatinya nak senyum kat minah tu.
Nina dan Ijoe sama-sama meneruskan kerja masing-masing. Yer sangatlah tu dapat concentrate. Sorang control ayu, sorang lagi control handsome. Dalam kepala otak, tah apa-apa yang ada gamaknya.
"Isk.. menyampahnya aku, si setan ni jugak yang aku jumpa. Agaknya setan ni dah bengong kut, ada pulak senyum kat aku. Apa? Ingat aku nak senyum kat kau balik. Kirim salamlah. Tunggulah sampai kucing tumbuh tanduk dulu. Tengok oranglah. Nasib baik ni kat dalam library, kalau kat luar, senyumlah senyum kalau nak tahu apa yang kau akan dapat. Lagi baik aku tak senyum sepanjang hayat, daripada aku senyum kat kau. Apa tengok-tengok, nak makan penampar ker?". Nina membebel dalam hati.
Muka dia tak yahlah cakap, masam gila. Kalah asam boi. Tambah-tambah lagi bila dilihatnya si Ijoe tu duk jeling-jeling kat dia. Rasa nak ajer dia sekeh-sekeh kepala dia tu. Dia nak berambuspun, kerja tak siap lagi, jadi terpaksalah jugak duduk kat situ, walaupan muka tension gila. Pedulik ah ngan Ijoe, library ni bukan dia yang punya. Pigi dah.
"Excuse me, you ni Nina ker?". Eh, mamat mana pulak ni. Aku tengah bengang-bengang ni, ader ajer yang mengganggu.
"Ha... ah, kenapa?", jawab Nina dengan selamba. Dia cuba memperlahankan nada suaranya, separuh berbisik. Tiada secalit senyuman dibibirnya.
Ijoe hanya memasang telinga. Busybodylah pulak.
"Takda, saya ni datang cuma nak menyampaikan hajat seseorang. Dia suruh saya paskan surat ni kat awak dan sampaikan salamnya". Mamat tu menghulurkan sampul surat berwarna biru ke tangan Nina. Jelas tergambar kekeliruan di muka Nina, tapi dia tetap menyambut surat tersebut. Dibelek-beleknya sampul surat tu macam tak pernah jumpa.
"Sapa?", tanya Nina ringkas.
"I taklehlah cakap. Nanti you baca, you taulah kut. Anyway, I Ayin". Kemudian mamat tu terus berlalu tanpa sempat Nina berkata apa-apa lagi.
Nina tergamam seketika. Dia hanya merenung sampul surat itu. Pening kepala dia memikirkan sapakah orang yang menghantar surat itu padanya. Nina tak sedar yang Ijoe sedang memandangnya. Si Ijoe ni pulak gatal, masa orang tu tengah termenung lah dia pandang puas- puas. Maklumlah nak pandang lebih-lebih tadi, takut kena marah.
Nina dengan cepat menyelitkan surat tersebut di celah bukunya setelah dia perasan si Ijoe tengah merenungnya. Menyirap darahnya naik ke muka. Malupun ada, marah pun ada.
"Apa pandang-pandang?". Tanya Nina dengan muka yang bengang.
Suaranya tertahan-tahan, takut mengganggu orang lain yang sedang mambaca. Ijoe terperanjat dengan pertanyaan Nina.
Alamak! Dia pulak yang mengelamun, tenggelam dengan keayuan Nina walaupun muka minah tu masam mencuka.
"Excuse me cik adik sayang! Pleaselah! Sapa yang pandang awak. Awak ingat muka awak tu lawa sangat. Boleh blahlah. Tu... tu... kat belakang tu, cuba awak pandang kat kaunter tu. Makcik tu 10 kali lagi lawa daripada awak tau. Perasan lebih". Dengan lazernya Ijoe mengeluarkan kata-katanya. Padahal dia nak jaga air mukanya. Ego tinggi melangit. Kalau dah lelaki tu, lelaki jugak. Ngaku jerlah Ijoe.
Nina terkejut. Tak sangka Ijoe sanggup mengeluarkan kata-kata seteruk tu terhadapnya. Kelu lidah Nina, dia tak dapat berkata apa- apa. Sampai hati Ijoe membandingkan dirinya dengan makcik kat kaunter tu, yang jauh lebih tua daripadanya. Nina malu pada dirinya sendiri. Dia menyalahkan dirinya sendiri, kenapalah dia gatal mulut nak tegur Ijoe tadi, sekarang apa yang dah jadi. Nina tetap memandang Ijoe dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan lagi. Mata bertentang mata. Titis-titis air mula bergenang di kelopak mata Nina. Di kemasnya buku di atas meja cepat-cepat dan terus berlalu dari situ. Dia betul-betul geram dan marah ngan Ijoe. Seminitpun dia tak nak tunggu lagi. Air mata tak dapat dibendung lagi. Dia tak nak Ijoe tengok dia menangis. Ini adalah suatu kemenangan bagi Ijoe. Air mata laju mengalir di pipinya. Langkahnya dipercepatkan. Dia ingin cepat sampai ke bilik. Dia tak nak nampak sikitpun bayangan Ijoe di matanya. Benciiiii!!!!!!
Sesampainya di bilik, terus dicampaknya buku-buku ke atas meja dan merebahkan diri di atas katil. Naja yang sedang menggosok baju terperanjat.
Apa kena pulak ngan minah ni. Tadi elok-elok jer, sekarang, macam nilah pulak. Dilihatnya badan Nina terenjut-enjut. Ya Allah! Menangis ker? Ish... biar betul. Aku ingatkan minah brutal tak nangis. Ini dah kes lain ni. Naja menutup suis iron dan bergerak perlahan menuju ke arah Nina. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di birai katil Nina. Apa dia nak cakap ni?
"Nina! Nina! Apasal ngan kau ni? Ngapa kau nangis? Cakaplah kat aku. Sapa yang buat kau marah?". Naja bertanya sambil membelai lembut rambut Nina. Macam mak nak tenangkan anaklah pulak.
"Takpalah Na, kalau kau tak nak cakap kat aku sekarang. Tapi, nanti bila kau dah reda, kalau kau rasa nak cerita ngan aku, aku sentiasa sudi mendengarnya". Naja tak mahu mengganggu Nina. Mungkin emosinya masih belum stabil. Perlahan-lahan Naja bangun dari katil Nina. Nina memalingkan mukanya dan menahan Naja daripada bangun.
"Tunggu dulu Ja!". Kata Nina dengan suara yang masih berbaur esak tangis.
Nina membetulkan duduk. Dia menyandarkan badannya ke dinding. Naja masih setia dan sabar menanti cerita seterusnya daripada Nina. Dilihatnya mata Nina merah kerana menangis. Di pipi licinnya itu masih ada sisa manik-manik jernih yang mengalir.
"Apa dah jadi Nina?". Tanya Naja tak sabar ingin tahu apakah sebenarnya yang telah terjadi.
"Ijoe... . Ijoe... .". tersekat-sekat suara Nina.
"Ijoe... sapa Ijoe... kenapa dengan Ijoe?". Naja menanti penuh debaran. Sapalah pulak si Ijoe tu, nak kata pakwe dia, setahu aku dia ni takda pakwe. Sapalah insan itu gamaknya.
"Cakaplah Nina! Takkan selesainya perkara ni kalau kau duk nangis camni". Gesa Naja lagi. Suasana sunyi seketika.
"Kau ingat tak Ja, budak yang kau cakap dulu tu? Budak kat cafe yang kau kata asyik pandang aku jer, masa aku tengah ngamuk gila. Kau ingat tak?". Tanya Nina memecahkan suasana.
Naja berfikir sejenak.
"Aha... . budak tu... . sekarang aku ingat. Tapi kenapa dengan dia?". Tanya Naja lagi, keliru.
"Dialah Ijoe".
"So... ".
"Aku benci dia! Aku benci!". Nina menjerit-jerit. Naja terperanjat. Dilihatnya sekali lagi ada manik-manik jernih yang mengalir di pipi Nina. Apalah problem budak ni yang sebenarnya.
"Eh, kau kenal ker budak tu? Hari tu kata tak kenal. Apa yang dia dah buat kat kau sampai kau nangis-nangis ni". Naja bertambah keliru. Dia tak paham apa sebenarnya yang telah berlaku. Menyesal dia tak ikut Nina pergi library tadi. Kalau tak, mesti dia tahu apa yang terjadi. Frustnya sebab terlepas saat-saat yang genting tu.
Gilalah dia ni, kawan sikitnya sakit hati, dia masih boleh fikirkan penyesalan dia yang tah apa-apa tu. Gilos! Gilos!
"Aku benci dia! Aku benci! Dialah jantan yang paling tak guna sekali dalam dunia ni. Aku tak ingin nak tengok muka dia walaupun sesaat. Benci! Ijoe setan!". Masyaallah, parahnya kawan aku yang sekor ni, tak ingat dunianya parah. Dah sampai paras merbahaya ni.
"Kenapa ni Nina? Cuba cerita kat aku. Aku tak fahamlah. Bawak bersabar. Beristighfar banyak-banyak". Naja cuba menenangkan Nina. Dia tengok muka Nina tu macam singa betina tengah tunggu timing nak terkam mangsa jer gayanya. Takut jugak dia.
"Aku... ... aku bencikan dia Ja. Aku benci sangat. Dia selalu menyusahkan hidup aku. Dulu tak macam ni. Aku dah tak tahan lagi". Nina menangis teresak-esak sambil memeluk erat si Naja. Terperanjat jugak Naja. Kesian pulak dia tengok gelagat Nina.
"Dulu... .".
"Apa kena-mengena Ijoe dalam hal ni, dan sapa Ijoe tu. Kau belum cakap lagi kat aku?". Tanya Naja, lembut.
"Ijoe... Ijoe... kalau kau nak tahu, dialah musuh ketat aku sejak zaman sekolah dulu lagi. Aku memang tak sukakan dia. Dia tak habis- habis nak menyusahkan hidup aku. Aku ingat, bila dah habis sekolah menengah, bermakna permusuhan aku ngan Ijoe akan berlalu begitu saja. Aku tak sangka sama sekali yang kami akan berjumpa sekali lagi di sini". Nina berhenti seketika.
Naja senyap saja. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya kerana masih banyak kekeliruan yang tidak terurai.
"Dulu, Ijoe pernah jadi kawan baik aku". Nina menyambung lagi.
"Pulak... tadi kata musuh ketat, mana pulak datangnya kawan baik tu?". Naja bertambah confius.
"Maksud aku... sebelum kami gaduh, kami pernah jadi best friend. Sejak kecil lagi. Lagipun kami berjiran. Rumah kami bertentangan". Esakan Nina sudah reda, cuma air matanya masih bersisa di pipi.
"Oooo... begitu. tentu ada something yang dah berlaku antara korang berdua, sehinggakan bergaduh gini sekali, kan?". Teka Naja sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya, tanda faham.
"Yer Ja, kalau kau nak tahu kita orang kawan sejak kecil lagi. Tapi semenjak peristiwa tu berlaku, aku tak dapat maafkan dia lagi. Walaupun dia dulunya adalah kawan aku yang paling rapat sekali". Terang Nina lagi.
"Apa yang dia dah buat sampai kau tak boleh maafkan dia. Teruk sangat ker?".
"Aku tak suka lelaki yang suka mempermainkan perasaan orang lain, walaupun dia adalah kawan baik aku sendiri. Sapa yang salah tetap bersalah". Diam seketika. Nina menarik nafas. Dalam. Kali ni di kelihatan lebih tenang dan tiada lagi sisa-sisa manik jernih di pipi, cuma sinar matanya masih menunjukkan kesedihan yang sudah lama terpendam.
"Kalau kau nak tahu, dulu masa kita orang sama-sama dalam satu kelas, di tingkatan 4... ... dia... ... Ijoe telah kecewakan kawan baik aku, Elynna dengan janji-janji manisnya tu. Lelaki memang suka menabur janji. Sedangkan lepas tu dia kecewakan Lynn sampaikan kawan aku tu kurus-kurus jadinya kerana sayangkan dia. Aku tak tahan sangat bila Lynn datang mengadu ngan aku, hinggakan aku telah hilang sabar dan satu hari tu, aku tempeleng si Ijoe depan orang ramai". Panjang Nina menerangkan keadaan sebenar.
"What? Kau tempeleng dia depan orang ramai? My God! Patutlah korang jadik musuh. Memanglah, aku pun tak suka dengan jantan yang suka kecewakan orang ni, tapi kalau dah masuk bab pukul-memukul ni, aku tak berapa setujulah. Tak ker jatuh air muka dia nanti. Patutlah... ". terperanjat Naja dengar penjelasan daripada Nina.
"Kau ni nak sokong sapa, aku atau dia?". Tinggi suara Nina.
"Takdalah Nina. Ni bukan masalah aku sokong sapa. Tapi, aku rasa tindakan kau tempeleng muka dia tu memang tak wajarlah. Bukan ker korang boleh settlekan secara baik. Lagi selamat. Manalah tahu kut- kut lepas tu, persahabatan korang boleh dipulihkan. Tak ker sia-sia, sebuah persahabatan yang dibina sejak kecil lagi, tiba-tiba musnah, sebab orang lain pulak tu". Naja menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Naja tahu, Nina adalah kawannya. Tapi dia rasa dia wajar menegur Nina jika dia rasakan apa yang Nina lakukan tu adalah salah. Lagipun, tegurannya tu untuk kebaikan Nina jugak.
"Tapi... . Lynn kawan baik aku. Aku... ..".
"Ijoe pun kawan baik kau jugakkan?. Malah lebih lama lagikan daripada persahabatan kau dengan Elynna". Naja cepat-cepat memotong percakapan Nina, sebelum sempat Nina habiskan kata-katanya.
"Mana kau tahu?". Nina confused dengan pernyataan Naja. Mana pulak Naja tahu yang dia kenal Ijoe lagi lama daripada dia kenal Lynn. Hemmm... . dia tak cakap pun.
"Ah... aku rasa jerlah. Ek... . lagipun kau cakap tadi, rumah kau depan rumah Ijoe, pas tu, kau cakap dia kawan kau sejak kecil lagi, kan?". Adussss! Aku terlepas cakap ker? Rasanya takda.
"Oh.. ya tak ya jugak". Emm.. nasib baik boleh diterima akal.
"Alah... yang kau backing si Ijoe tu apasal, kau berkenan kat dia ker?". Nina membulatkan matanya.
"Mana ada, kau jangan nak reka-reka cerita pulak. Lagipun aku mana kenal ngan dia". Cepat ajer si Naja menafikan.
"Lantak dia lah Ja. Lagipun aku dah dapat balasannya. Dulu, lepas aku pukul dia, nasib baik aku tak kena gantung sekolah, sebab tu adalah kesalahan pertama aku. Tapi tetap jugak dapat makan 'roti' free. Hehehehe... .". Gelak pulak minah sekor ni.
"Iye... .? Padan muka kau. Tulah, ganas sangat. Bukannya nak bersabar dan settlekan dengan baik. Orang ajak berbincang, yang kau pergi ajak bertumbuk tu buat apa? Tapi... . tadi yang kau menangis teresak- esak, terpekik-terlolong cakap bencikan Ijoe tu kenapa, apa dia dah buat?". Tanya Naja ingin tahu.
"Hehehehe... .".
"Isk... . ketawa pulak. Orang tanya bukannya nak jawab". Naja mengomel.
"Sebenarnya bukannya apa sangat Ja, cuma masa tu mood aku tak elok, tu yang aku terus nangis tu. Ada ker patut dia kata muka makcik jaga kaunter kat library tu 10 kali lagi lawa daripada aku. Kurang asam betul si setan tu". Jelas Nina.
"Aah... . kenapa pulak?". Naja menunjukkan muka bodohnya.
"Takdalah, sebenarnya kat library tadi, ramai orang, pas tu, tanpa disangka-sangka aku duduk depan dia, sebab dah takda tempat lagi, lagipun masa tu aku tak tahu tu dia. Kalau tak, haram aku nak duduk kat situ. Pas tu, aku tengok dia asyik pandang-pandang aku, bengang ah... dahlah dia tu musuh aku, kerek pulak. Husband aku sorang jer tau yang boleh tenung aku camtu. Pas tu apa lagi, aku sound ah dia. Tapi dia kata aku perasan. Tu yang dia bandingkan muka aku yang cun- melecun ni macam muka makcik tu. Terbakar aku woi. Aku terus jer blah, tak kuasa nak layan". Bersemangat Nina mengexplain pada Naja, sampaikan terlopong-lopong mulut Naja mendengarnya.
"Tu ker ceritanya. Hahaha... padan muka kau. Yang kau perasan tu sapa suruh. Kalau yer pun dia pandang kau, apa salahnya. Dia pun nak cuci mata jugak, kan dah penat study. Hahaha... .". Naja tergelak mendengar cerita Nina.
"Woi! Badigol... . mulut tu jaga. Kang, kau pulak yang aku tumbuk. Bersepai gigi tu hah... .". Marah betul Nina sebab Naja gelakkan dia. Maka berlakulah adegan kejar-mengejar macam cerita Police Centry pulak dah. Kanak-kanak Ribena betul budak dua ekor ni.
Ijoe dah tak senang duduk. Ke hulu, tak kena, ke hilir pun tak kena. Dirasakan panas sangat bilik tu. Hatinya pulak berdebar semacam jer. Tak henti-henti dia berjalan, kesana kemari.
"Alahai... manalah pulak Yin ni? Dah pulul 9.00 malam ni, tak balik- balik jugak". Ngomel Ijoe dalam hati. Tak sabar rasanya untuk beritahu pada Nazrin apa yang telah berlaku siang hari tadi.
"Assalamualaikum". Terdengar suara Nazrin memberi salam.
Hah... dah balik pun buah hati aku ni.
"Yin... kau tau tak tadi Yin, aku jumpa sapa? Nina Yin.. Nina! To... .".
"Excuse me... . are you unsound mind? Hei Romeo, kalau yer pun nak bercerita, tunggulah aku masuk ker, apa ker dulu. Ini tidak, orang belum pun langkah masuk, dia dah kepoh-kepoh bercerita. Dahlah aku tengah penat ni. Orang, kalau kawan balik tu, tanya-tanyakan lah dah makan ker belum, penat tak, ini tidak terus diserangnya aku".
Hai... si Nazrin apa lagi, macam mak nenek lah dia kalau ada benda yang tak puas hati sikit. Salah Ijoe jugak, yang dia tak sabar- sabar, tu sapa suruh. Padan muka kena sound. Si Ijoe pulak, apa lagi, tunjuk muka seposen jerlah. Nazrin perlahan-lahan melangkahkan kaki menuju ke katil. Penat sangat dia rasakan setelah sehari suntuk berada di lab untuk siapkan projek Mechanicalnya.
"Ha! Apa kau nak cerita tadi, cakaplah cepat". Si Nazrin tak sampai hati tengok muka Ijoe, maka dilayannya jugak. Hai, kalau dah member tu, member jugak. Tak ke mananya.
Mendengarkan respond dari Nazrin, si Ijoe pun apa lagi, sengih jerlah, macam kerang busuk.
"Macam ni Yin, tadi aku pergi library. Kau tau tak aku jumpa sapa?". Beria-ia Ijoe bercerita.
"Tak yah cakap lagi. Ni mesti jumpa kaunya Snow Princess tu kan?". Nazrin meneka.
"Ha! Pandaipun. Dialah. Kau tau Yin, dia siap duduk semeja ngan aku lagi. Bertentangan pulak tu. Ohh! Romatiknya".
Ya Allah mamat ni, teruknya perangai. Tak sangka betul gini lagaknya top scorer Mechanical Engineering.
"Eeh... Ijoe, korang candle light lunch ker apa dalam library tu. Aleh, romantik-romantik lah pulak. Pigi dah. Sedarlah sikit cik abang oi. Cuba berpijak di bumi nyata sikit". Sindir Nazrin bila dia rasakan Ijoe dah melayang-layang tah kemana-mana.
"Aah... kau ni bukannya nak support aku. Hentam aku ajer kerjanya". Getus Ijoe.
"Takda lah, kalau ya pun, cubalah cakap something yang realistic sikit. Yang boleh diterima akal. Ni tah apa-apa, tiba-tiba jer duduk bertentangan dalam library, di siang-siang hari... .. romantik. romantik kebendanya camtu". Betullah jugak apa yang Yin cakap tu. Apasal aku ni macam orang yang dah tak betul.
"Hah! Tu, apasal monyok pulak tu? Lilin candle light lunch korang terpadam ker? Aku ada lighter ni". Isk... lazernya mulut, kalah lazer jet nya printer. Apalah mengarut ni, apa pulak kena mengena mulut lazer ngan lazer jet nya printer. Teruk betul.
"Takdalah gitu. Macam ni, memanglah aku suka kan sebab dapat duduk satu meja ngan dia, tapi tadi aku dah sakitkan hati dia. Aku tengok mata dia dah berair-air. Rasa-rasanya dia nangis kut, sebab lepas tu dia terus blah". Terang Ijoe dengan perlahan sambil menundukkan pandangan.
Dia rasa menyesal sangat dengan apa yang telah dia lakukan tadi. Tapi, benda tu dah lepas, dia tak boleh tarik balik lagi dah. Lagipun telajak perahu boleh diundur, terlajak kata... . ha! Tak tidur malam lah jawabnya. Hahaha... . peribahasa baru ker?
"Ya Allah! Apa yang kau dah buat. Kalau camni camna plan nak jalan. Hancus! Hancus!". Hek eleh mamat ni, orang dah penat-penat plan untuk dia, dia buat onar pulak. Macam mana nak mengeratkan silaturrahim kalau cam ni.
"Takda lah Yin, tadi masa kat sana, aku pandang-pandang dia. Huish! Mestilah aku nak ambik kesempatan yang ada tu. Bukan senang dapat duduk sama-sama ngan dia. Tapi tak sangka pulak yang dia perasan. Minah tu, kau taulah kan, apa lagi... dia soundnya aku. Malulah aku. Aku pun kenalah cover macho sikit. Pas tu aku cakaplah kat dia, sapa yang pandang dia ntah, perasan jer lebih. Yang parahnya aku bandingkan muka dia dengan makcik yang jaga kaunter tu. Marahlah dia beb. Dia terus blah. Aku ngakulah tu memang salah aku. Itu dah over. Aku tak sepatutnya cakap camtu. Tapi, aku kenalah jugak jaga air muka aku jugak. Hah! Masa tulah aku tengok air muka dia dah berubah, mata pun dah berair-air. Pastu dia kemas jer buku-buku dia semua, terus blah cam tu jer. Sikitpun tak toleh aku, kau tau tak. Macam mana aku nak buat ni?". Panjang lebarlah pulak Ijoe menerangkan perkara sebenar.
Si Nazrin pulak diam ajer, menghayati.
"Tahu pun salah sendiri. Lain kali buatlah lagi. Itulah, sebelum cakap tu, pikir dulu baik buruknya. Jangan main sedap mulut jer. Kan dah menyesal. Itu memang aku takleh nak tolonglah, sebab benda tu memang dah lepas, dan dengan jelasnya fakta tertera yang mengatakan kau dah sakitkan hati dia. Tapi takpa, kau jangan risau. Kita teruskan dengan plan kita sebelum ni. Kau ni, kata romeo, janganlah gelabah sangat". Pedasnya sindiran si Nazrin ni. Berapa banyak cili api yang dia letak ni. Kalah sambal belacan makcik kat food court tu.
"Macam mana dengan plan sebelum ni? Berjalan lancar tak?". Tanya Ijoe.
"Kau jangan risaulah. Tengoklah sapa yang buat. Ini Nazrinlah. Kalau kat sekolah aku dulu, akulah orang yang akan dicari bila ada insan yang memerlukan bantuan pakar dalam masalah cinta. Hehehe... tengok kakilah beb". Nazrin menyengih-nyengih memuji diri sendiri. Riak betul budak ni. Kang aku bagi ceramah agama, baru tahu. Orang riak ni boleh masuk neraka tahu tak. Macamlah aku baik sangat.
"Alah, cakaplah betul-betul. Jangan nak masuk bakul, angkat sendiri. Zaman sekarang ni, tak main ah bakul-bakul ni, cepat rosak. Zaman sekarang kan zaman teknologi, jadi orang kata, bukak homepage, browse sendiri. Hik... hik.. hik... ". Mengarut... . mengarut... mengarut yang sudah sampai ke tahap maksima gitu. Entah mana-mana pepatah yang aku guna. Teknologi kepala hotak camtu.
"Apa engaku ni, mengarut. Nah! Sebijik". Nazrin bengang ngan Ijoe lalu dibalingkan bantal busuknya ke muka Ijoe yang handsome tu. Biar kemut sikit. Lepas ni takda lagilah gelaran Mat Romeo, panggil Mat Kemut pulak. Baru padan ngan muka tu.
"Heh... apa ni main baling-baling bantal atas muka orang ni. Cubalah bersopan sikit. Awak tu anak teruna. Kalau ginilah perangai, dah tentu takda orang nak buat menantu". Entah apa-apa budak dua ekor ni. Dah lari topik nampaknya. Lain yang dibimbangkan, lain pulak yang dibincangkan. Kalau jawab exam camni, dah tentu faillah jawabnya.
"Eh... dahlah tu, jangan nak melebih-lebih pulak. Bukan ke kita tengah bincang pasal plan nak settlekan problem kau tadi? Ini dah melalut-lalut ni. Buang masa jer. Dahlah ngutuk aku. Kang aku tak tolong baru tahu. Barulah menyesal sebab tahap kepakaran aku tak dapat digunakan. Lepas tu barulah menangis-nangis, merayu-rayu mintak aku tolong. Tak gitu Ijoe?". Nazrin ni suka sangat membebel. Ijoe tak melayan. Makin dilayan, makin menjadi budak ni.
"Okaylah... . okaylah. Straight to the point. Anyway setakat ni, plan no. 1 kita berjalan dengan lancar. Tapi reaksi di sebelah pihak sana tak dapatlah nak aku perkatakan. Lagipun, benda ni baru dilancarkan. Tunggulah seminggu dua dulu. Okay?". Nazrin terus melaporkan perkembangan terkini mengenai projek dia orang bila dia tengok muka Ijoe dah tension.
Maklumlah orang tengah angau, mabuk nak bercinta. Cubalah jadi cam aku ni, single and steady jer. Payah-payah, aku suruh jer mak aku yang carikan. Lagi bagus. Biasanya taste mak aku orait jugak. Dapat restu dari ibu mesti bahagia ke akhir hayat. Takda lah bercerai- berai macam yang selalu dibaca di majalah tu. Lebih-lebih lagi artis. Bercinta bagai nak rak, last-last... hampeh. Habuk pun tarak.
"Kau rasa berjaya ke Yin?". Tanya Ijoe lagi.
"Tawakkal jer lah Joe. Tuhan tu Maha Kuasa. Jika dah ditakdirkan kau ngan dia, takkan ke mananya. Tapi, seandainya dah tersirat yang kau takda jodoh ngan dia, walaupun kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapatnya bersama ngan dia. Kehidupan kita telah ditetapkan Joe. Bersabarlah dan terimalah segala ketentuanNya. Segala yang telah terjadi dan akan terjadi tentu ada hikmah di sebaliknya. Yang penting, keyakinan dalam diri kita sendiri dan janganlah pulak kerana masalah ni, kau mengabaikan pelajaran dan kesihatan kau. Apalah gunanya cinta andainya hidup kau sengsara. Fikirkan Joe. Dahlah, aku nak mandi dulu". Nazrin terus berlalu ke bilik mandi dan tinggallah Ijoe keseorangan termanggu-manggu di atas katilnya.
Dalam sungguh makan kata-kata Nazrin tadi. Memang betul apa yang Nazrin katakan tadi, segala perjalanan hidup setiap insan di muka bumi ini telah ditetapkan. Saban hari, kita menunggu kebenaran yang akan terbukti. Tapi sanggupkah aku menerima kebenaran kepada hubungan aku dan Nina. Apakah tiada langsung perasaan sayangnya pada aku, walaupun hanya sebagai seorang teman biasa. Berat benarkah kesalahan yang telah aku lakukan sehinggakan diri ini disingkirkan seumpama tiada maknanya lagi persahabatan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Hina sangatkah aku di matanya. Kenapa dia tidak memberi sedikit ruang dan kesempatan kepada aku untuk menjelaskan perkara sebenar dan memohon ampun. Nina... .. Nina... . aku masih sayangkan persahabatan kita dulu dan aku merindui kemesraan sewaktu bersama denganmu. Senyum dan tawamu adalah penawar dukaku.
Akhirnya malam itu, Ijoe terlena dengan berbagai-bagai persoalan yang timbul mengenai masalahnya dengan Nina. Masih adakah ruang untuk mereka terus bersama
Tawakkal jer lah Joe. Tuhan tu Maha Kuasa. Jika dah ditakdirkan kau ngan dia, takkan ke mananya. Tapi, seandainya dah tersirat yang kau takda jodoh ngan dia, walaupun kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapatnya bersama ngan dia. Kehidupan kita telah ditetapkan Joe. Bersabarlah dan terimalah segala ketentuanNya. Segala yang telah terjadi dan akan terjadi tentu ada hikmah di sebaliknya. Yang penting, keyakinan dalam diri kita sendiri dan janganlah pulak kerana masalah ni, kau mengabaikan pelajaran dan kesihatan kau. Apalah gunanya cinta andainya hidup kau sengsara. Fikirkan Joe. Dahlah, aku nak mandi dulu". Nazrin terus berlalu ke bilik mandi dan tinggallah Ijoe keseorangan termanggu-manggu di atas katilnya.
Dalam sungguh makan kata-kata Nazrin tadi. Memang betul apa yang Nazrin katakan tadi, segala perjalanan hidup setiap insan di muka bumi ini telah ditetapkan. Saban hari, kita menunggu kebenaran yang akan terbukti. Tapi sanggupkah aku menerima kebenaran kepada hubungan aku dan Nina. Apakah tiada langsung perasaan sayangnya pada aku, walaupun hanya sebagai seorang teman biasa. Berat benarkah kesalahan yang telah aku lakukan sehinggakan diri ini disingkirkan seumpama tiada maknanya lagi persahabatan yang dibina bertahun-tahun lamanya. Hina sangatkah aku di matanya. Kenapa dia tidak memberi sedikit ruang dan kesempatan kepada aku untuk menjelaskan perkara sebenar dan memohon ampun. Nina... .. Nina... . aku masih sayangkan persahabatan kita dulu dan aku merindui kemesraan sewaktu bersama denganmu. Senyum dan tawamu adalah penawar dukaku.
Akhirnya malam itu, Ijoe terlena dengan berbagai-bagai persoalan yang timbul mengenai masalahnya dengan Nina. Masih adakah ruang untuk mereka terus bersama.
Sudah masuk hari ke-3 Minggu Keterampilan Pelajar UM berlangsung. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan. Berunsur akademik, hiburan, rekreasi dan bermacam-macam lagi acara yang menarik minat pelajar menyertainya. Setiap malam sepanjang minggu ini akan diadakan Pasar Ria, diiringi dengan dedication lagu, sajak, puisi atau apa saja untuk sahabat handai atau sesiapa saja yang menjadi warga kampus Universiti Malaya. Suasana waktu malam di UM sepanjang minggu ini kelihatan seolah-olah sebuah bandar yang disinari oleh cahaya bunga api, begitu bertenaga dan menarik sekali.
Nina dan Naja juga tidak terlepas untuk turut sama memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Universiti Malaya ini. Inilah masanya untuk mereka bergembira melepaskan kepenatan seharian di bilik kuliah, mengadap buku yang membebankan minda. Satu-satunya aktiviti yang tak patut dibiarkan begitu saja.
Malam ini, Nina dan Naja sekali lagi 'turun padang' untuk menyaksikan kemeriahan Pasar Ria Universiti Malaya yang dibanjiri dengan pelbagai ragam manusia, lagipun orang ramai dari luar juga dialu-alukan kedatangan mereka.
Nina dan Naja meninjau-ninjau keadaaan sekeliling. Setelah penat merayau-rayau, mereka berdua berhenti rehat seketika di tangga dataran sambil menikmati rojak buah yang baru dibeli tadi. Sungguh menyelerakan. Suasana malam itu begitu meriah sekali seperti malam- malam sebelum ini juga, diiringi dengan lagu-lagu rancak dan tak kurang juga lagu-lagu jiwang karat yang menusuk perasaan, yang sekali-sekala diselangi dengan ucapan dan juga sajak serta puisi yang ditujukan kepada seseorang. Ada di antara ucapan-ucapan itu yang melucukan. Macam-macam perangai budak-budak ni. Maklumlah DJ yang bertugas malam ni pun cukup sporting dan bertenaga. Sapa tak kenal Hairul Nizam atau lebih dikenali dengan nama Izam. Student Mechanical Engineering tahun 3 yang juga merupakan Pengerusi 1 bagi Program Orientasi masa mereka mula-mula menjejakkan kaki di UM dulu. Mamat ni memang terkenal dengan kelincahan dan sifat peramahnya. Yang paling penting sekali, dia adalah antara senior yang paling handsome di UM. Top listlah jugak. Tak hairanlah kalau sepanjang Minggu Orientasi dulu, Nina dan Naja selalu terdengar desas-desus ramai junior yang menaruh minat padanya. Tapi sayangnya mamat ni dah ada awek. Farah Mazwin namanya, budak tahun 2 Accounting Course. Lawalah jugak budaknya. Manis sekali, ditambah lagi dengan lesung pipit dikedua-dua belah pipi gebunya. Mereka berdua memang sepadan, macam merpati dua sejoli, asyik berkepit kesana kemari. Jadi, kepada mana-mana perempuan yang minat kat Izam tu, mintak mahaplah yer. Kirim salam ajerlah, dia dah jadi laki orang pun. Lain tahun boleh tunggu yer, kalau sangguplah.
"Matamu bagaikan sebutir mutiara,
Bersinar... ..
Dan sinarannya hampir 'melemaskan' aku,
Engkau terlalu hampir denganku,
Tetapi terlalu sukar untukku raih,
Seperti seekor merpati putih,
Jinak... ...
Hinggap ditangan, tapi terlepas lari bila ingin kugenggam,
Adakah hatimu telah dimiliki,
Adakah dirimu sedang dirindui oleh insan lain,
Ketahuilah... . engkaulah pujaanku... ...
Hingga akhir nanti... .. sayang,
Mengertilah hati ini... .".
"Mak ai! Jiwang karat gila... .. sapalah yang puitis sangat tu. Ish... tersentuh hati aku mendengarnya". Naja dah tergelak kecil mendengar sajak yang baru saja diperdengarkan di corong radio istimewa UM.
"Entahlah Ja, sasterawan mana yang sesat kat UM ni. Gamaknya tak jumpa jalan balik kut. Dah frust sangat, berjiwanglah. Alah, apalah bezanya Ja, bukannya dia tujukan kat kita pun. Sapalah insan istimewa yang sedang dipujanya tu". Nina mengomel.
Dia meneruskan makan rojak yang dibeli tadi. Satu... .. satu disumbat ke mulut. Maklumlah, budak dua ekor ni memang hantu buah.
"Ya... . ya! itu dia, sebuah puisi indah dari seorang jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Perindu Setia, yang ditujukan khas untuk saudari Nina... . saudari Nina Juliana bt. Mazlan dari Kolej Guaman Universiti Malaya. Semoga Nina mendengarnya dan hayatilah puisi itu dan semoga terhibur dengan lagu pilihan dari jejaka misteri itu, Without You... ... Mariah Carey". Bergema suara DJ yang dengan lantangnya menyebut dari siapakah dan kepada siapakah puisi itu dikirim, sekaligus meleraikan kekonfiusan Nina dan Naja. Nina yang sedang rancak menyumbat rojak ke mulutnya hampir tercekik bila mendengar namanya disebut dan muka Naja pula seolah-olah baru lepas nampak hantu. Di udara sekarang sedang berkumandang lagu Without You dari Mariah Carey. Kedua-dua gadis ini terdiam tanpa kata, lebih- lebih lagi si Nina.
"Kau Nina!". Akhirnya terkeluar kata-kata itu dari mulut Naja.
"Entah Ja! Aku ker? Entah-entah ada lagi tak budak lain nama Nina". Jawab Nina cuba mengelak.
"Ahhh.. tak logik langsung. Dah sah-sah DJ tu sebut Nina Juliana bt. Mazlan dari Kolej Guaman. Mana ada lagi budak kolej kita nama Nina melainkan kau". Dengan yakinnya Naja memberi kenyataan.
Nina sendiri mengakui bahawa hanya dia sorang saja yang bernama Nina Juliana di kolejnya, tapi dia seakan-akan tidak percaya bila ada orang menghantarkan puisi cinta untuknya. Ajaib sungguh. Apa... .. dah buta ker budak tu, betul ker ada orang suka kat aku? Tak nampak ker aku ni tak cukup perempuan, perangaipun macam jantan. Nina betul- betul keliru. Dia tak dapat fikirkan siapakah insan yang menaruh hati padanya di UM tu kerana pada pemerhatiannya takda sorang pun student lelaki yang menunjukkan minat untuk mendekatinya.
"Entah-entah ada orang nak mainkan aku tak Ja?". Tanya Nina tak puas hati. Rojak buah tadi dibiarkan di situ saja. Seleranya dah mati dengan kejutan yang baru diterimanya.
"Entahlah Nina, aku nak kata apa pun tak kena. Tapi, takkanlah ada orang yang sampai hati nak kenakan kau". Jawab Naja pula.
Bagi Naja tak mungkin ada orang yang tak berperikemanusiaan sehinggakan sanggup nak mempermainkan Nina begitu sekali. Lagipun apalah dosa Nina.
Mereka berdua diam. Masing-masing cuba mencari jawapan kepada kekeliruan itu. Mereka tidak sedar ada mata-mata yang sedang memerhatikan gerak laku mereka.
Tiba-tiba Nina teringatkan surat yang diberikan oleh seorang student lelaki padanya di library kelmarin. Dia sudah hampir melupakan surat itu kerana pada masa tu dia tengah bengang dengan Ijoe. Emm... sapa pulak yang bagi surat tu... . tiba-tiba perasaan ingin tahu mula menebal di hatinya. Dia belum beritahu Naja tentang surat itu. Entah- entah pengirim surat dengan pengirim puisi itu adalah orang yang sama.
"Jaa... .. jom balik bilik. Aku rasa apa yang akan aku tunjukkan kepada engkau lepas ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekeliruan kita". Nina terus menarik tangan Naja dan Naja yang tak faham apa yang dimaksudkan oleh Nina hanya membuntutinya dari belakang. Dia juga tak sabar lagi ingin tahu apakah benda yang ingin Nina tunjukkan padanya.
Mata-mata itu masih memerhatikan langkah Nina dan Naja yang semakin menghilang.
Sesampainya di bilik, Nina terus menuju ke meja dan menarik buku Management daripada susunan buku-buku di atas mejanya. Buku inilah yang dibawanya ke library semalam. Dibeleknya buku itu dengan rakus, seolah-olah tak sabar-sabar lagi ingin tahu apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Sedang dia membelek-belek buku itu, tiba-tiba satu sampul surat biru terjatuh di lantai. Cepat-cepat Nina mengambilnya. Naja pula hanya memerhatikan kelakuan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang cuba Nina buktikan. Naja terus memerhatikan Nina mengoyak sampul surat itu. Dalam kepala otaknya penuh dengan tanda tanya.
"Mungkinkah mutiara yang hilang akan aku perolehi kembali? Kembalilah merpatiku, aku rindukan sinar bening matamu. Segalanya terpulang kepadamu. Kunci rantai ikatan jalinan kemesraan kita berdua ada padamu. Salam perkenalan yang istimewa sekali dariku... .. khas buatmu... . salam sayang... .. PERINDU SETIA". Terbeliak biji mata Naja mendengar bait-bait bicara yang keluar dari mulut Nina, apatah lagi dengan Nina, dia sendiri yang membacanya. Kekeliruan semakin jelas di kepala mereka berdua. Siapakah PERINDU SETIA?
"Orangnya samalah Ja". Ucap Nina, pendek.
"Ha... ahlah. mana kau dapat surat tu?". Tanya Naja ingin tahu.
"Semalam... . semalam ada budak tu bagi kat aku, masa aku kat library". Jawab Nina. Mukanya berkerut-kerut cuba mencari jawapan.
"Sapa yer orangnya. Nampaknya dia betul-betul menaruh minat pada kau".
"Aku tak tahu Ja... aku tak boleh fikirlah". Jelas Nina.
Sememangnya Nina tak dapat fikirkan siapakah Perindu Setia ini. Tidak ada seorang lelakipun yang terlintas difikirannya sekarang. Tidak ada satu cluepun yang boleh meleraikan persoalan yang berlegar- legar di fikirannya sekarang. Akhirnya, malam itu berlalu dengan satu tanda tanya yang tidak dapat diuraikan
"Alah! Tak payahlah cepat sangat sayang. Temankanlah abang dulu. Abang sunyilah. Nanti abang hantarkan sayang balik yer". Mamat dua ekor kat depan matanya dah mula melampau. Cubaan mamat tu untuk memegang bahunya ditepis, keras.
"Kau jangan kurang ajar yer. Kau ingat, kau lelaki, senang-senang nak buli aku yer. Kau jangan ingat aku tak berani lawan engkau". Nina cuba mengugut lelaki itu. Padahal dalam hatinya, Tuhan ajer yang tahu betapa risaunya dia. Buatnya lelaki tu apa-apakan dia, macam mana dia nak lari. Muka lelaki-lelaki ni bukan sembarangan, samseng.
Matilah aku kali ni. Kenapalah aku ikut jalan ni tadi. Kan lagi bagus dan selamat kalau aku ikut jalan depan. Short cut konon. Kepala hotak engkau short cut. Sekarang engkau yang nak kena cut. Kang dah kena, sapa nak tolong sekarang?
Lelaki-lelaki itu semakin menghampiri Nina. Nina mengundurkan diri setapak demi setapak. Debaran jantungnya semakin kuat. Bagaikan nak pecah dadanya berombak. Apalah daya Nina untuk melawan kekuatan dua orang lelaki, jika nak dibandingkan dengan dirinya sebagai seorang perempuan. Nina meronta-ronta untuk melepaskan dirinya setelah kedua- dua lelaki itu memegang kedua-dua belah tangannya. Buku-buku yang digenggam erat tadi sudah jatuh bertaburan.
Nina menjerit meminta tolong sekuat hati. Tetapi dia tahu dan yakin tiada siapa yang akan menyelamatkan dirinya daripada nafsu buas kedua-dua lelaki di hadapannya sekarang. Mamat-mamat ini menyeringai, mengetawakan Nina kerana menjerit meminta tolong. Dalam fikiran mereka, Nina adalah mangsa mereka pada malam ini. Walaupun Nina tahu tiada siapa yang akan menolongnya, tapi dia tetap berdoa semoga ada insan yang akan datang membantunya daripada dua lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini. Kebolehan Nina dalam seni mempertahankan diri silat gayung, seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Nina terlalu panik dengan petaka yang menimpanya sekarang. Tiba-tiba lelaki berkepala botak itu menyentap baju Nina. Lengan kanan bajunya sudah koyak. Nina menjerit, dia masih cuba untuk melepaskan dirinya, tapi tidak berjaya. Air mata mula mengalir laju. Adakah ini pengakhiran kepada hidupnya
"Hei! Apa yang kamu buat? Lepaskan dia!". Tiba-tiba terdengar satu suara yang cukup lantang menghalang kekejaman yang sedang dilakukan oleh dua setan itu.
Ketika itu, Nina sudah tidak bermaya lagi. Dia sudah jatuh tersungkur ke tanah, hampir tewas dengan keganasan dua lelaki itu tadi.
"Ooo... . nampaknya ada orang nak tunjuk hero. Cubalah kalau berani. Kau belum tahu kita orang siapa. Baliklah! Kau tu masih berhingus, jangan nak campur urusan orang tua". Lelaki yang berambut mencacak mula menunjukkan belang. Ditangannya sudah dikeluarkan sebilah pisau lipat. Sinaran mata pisau tu saja sudah cukup untuk membuktikan ketajamannya.
"Aku tak takut. Korang sepatutnya tak melakukan perbuatan terkutuk ni. Apa dosa dia? Cuba bayangkan jika adik atau kakak korang diperlakukan sama seperti korang memperlakukannya ke atas gadis ini?". Penyelamat Nina sudah bersedia untuk menempuh apa saja dugaan yang bakal dihadapi.
"Jangan nak berceramah di sini pulak. Nah! Rasakan penanganku". Lelaki botak itu cuba memukul pemuda itu, tapi pukulannya tidak tepat, sebaliknya dia yang jatuh tersungkur apabila kakinya dihadang. Tapi dia bingkas bangun.
Ketika ini, Nina masih duduk di tepi timbunan kotak-kotak kosong di sebelah bangunan itu. Kepekatan malam menghalang pandangan Nina dari mengenal pasti siapakah pemuda yang sedang membantunya. Lagipun pemuda itu berpakaian hitam dan memakai cap. Tetapi, suaranya seolah- olah pernah dia dengar. Nina tidak ada masa nak berfikir panjang apabila dilihatnya lelaki botak itu cuba memukul pemuda itu dengan sebatang kayu sedangkan pemuda itu sedang menghadapi cabaran dengan lelaki yang sedang memegang pisau. Mata Nina mula melilau ke kanan kiri. Dicarinya sesuatu yang dapat membantu pemuda itu, lalu dia ternampak serpihan kayu yang patah daripada kotak-kotak itu. Nina mengambil kayu itu dan dengan sekuat hati memukul belakang lelaki botak itu sambil menjerit 'hati-hati' kepada pemuda tersebut. Lelaki botak itu jatuh tersembam dan tidak sedarkan diri. Pemuda itu berpaling ke belakang kerana terperanjat dengan jeritan Nina dan masa inilah lelaki yang memegang pisau itu cuba menghunus pisau tersebut ke belakang pemuda itu, tetapi malangnya pemuda itu lebih tangkas. Satu penumbuk tepat ke perut lelaki jahat itu dan dia jatuh tersungkur. Satu tendangan padu ditujukan sekali lagi ke perut penjahat itu. Lelaki itu bersusah-payah bangun dan melarikan diri, meninggalkan saja kawannya yang terbujur kaku, tidak sedarkan diri itu.
Nina mula mengucapkan syulur ke hadrat Ilahi kerana dirinya telah selamat dari anasir-anasir jahat itu. Di dadanya semakin sebak kerana masih ada insan yang perihatin terhadap kelemahan insan lain. Nina menghampiri pemuda itu yang sedang memungut beg duitnya yang jatuh.
"Saudara... ... saya nak... ... ".
Alangkah terperanjatnya Nina apabila dia dapati orang yang telah menolongnya sebentar tadi adalah orang yang paling dia benci selama ini, apabila pemuda itu menoleh kepadanya. Ijoe... .. yer Ijoe. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut Nina kerana dia semacam tidak percaya. Dilihatnya muka Ijoe lebam-lebam dan ada cecair pekat, merah yang mengalir dari mulut Ijoe. Tanpa memikirkan kebenciannya selama ini, Nina menghampiri Ijoe dan cuba untuk mengesat darah yang mengalir, tapi Ijoe menghalangnya. Tangan Nina dipegang dan matanya tepat memanah ke anak mata Nina. Nina serba salah. Nina kesian dengan keadaan Ijoe. Air mata semakin laju mengalir di pipi Nina.
"Kau tak perlu kesiankan aku, luka aku sikit saja. Mari, aku hantarkan kau pulang". Ijoe melepaskan tangan Nina. Mukanya serius. Nina kaget. Apabila Ijoe melihatkan baju Nina terkoyak, dia menanggalkan jaket kulitnya dan cuba menutup tubuh Nina yang hampir terdedah. Nina terperanjat dan air matanya semakin laju. Dia tak tahu apakah yang harus dia ucapkan. Dia sebak. Tanpa disangka-sangka Nina memeluk Ijoe dengan erat sekali tanpa rasa benci walau sekelumit pun. Dia melekapkan pipinya ke dada Ijoe. Dia malu pada dirinya sendiri. Dia malu pada Ijoe. Ijoe sendiri terkejut dengan perlakuan Nina tapi dia biarkan saja Nina memeluknya kerana dia tahu Nina terperanjat dengan kejadian yang menimpanya. Sedu-sedan Nina semakin jelas kedengaran. Tubuhnya bergetar-getar. Tanpa disangka- sangka tangan Ijoe membelai lembut rambut Nina. Timbul rasa simpati terhadap Nina dan perasaan sayangnya semakin menebal.
Ijoe seperti tersedar dari lamunan dan dia cuba meleraikan pelukan Nina. Dia sedar dia sepatutnya tidak mengambil kesempatan atas apa yang telah terjadi. Esakan Nina semakin reda, tapi masih ada air mata yang mengalir di pipi. Nina menyekanya. Dia tertunduk, malu. Ijoe faham perasaan Nina.
"Jom... . aku hantarkan kau balik". Sekali lagi Ijoe mengajak Nina sambil melangkah keluar dari lorong jahanam itu.
Nina serba-salah. Patutkah dia mengikut Ijoe pulang, ataupun pulang sendirian, tapi terjaminkah keselamatannya.
Ijoe berhenti melangkah apabila dia rasakan yang Nina tidak mengikutnya dan masih tercegat di situ. Dia memalingkan mukanya dan memandang dengan renungan yang tajam.
"Apa yang kau tunggu lagi? Kau nak mamat tu bangun dan apa-apakan kau lagi? Terpulanglah pada kau. Kalau kau tak nak ikut aku, aku tak kisah. Lagipun belum tentu kau akan selamat bila bersama aku. Belum tentu yang aku takkan apa-apakan kau. Akupun lelaki. Lelaki ada keinginan yang lebih kurang sama apabila melihat gadis secantik kau". Sengaja Ijoe menakut-nakutkan Nina untuk melihat reaksi Nina.
Adakah Nina masih mempercayainya seperti dulu. Ijoe terus melangkahkan kakinya. Nina masih teragak-agak, tetapi apabila terlihatkan lelaki yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu, bulu romanya berdiri. Segera dia memungut buku-bukunya dan berlari- lari anak mengejar Ijoe untuk sama-sama bersaing dengannya. Takkanlah Ijoe nak apa-apakan dia.
Sesampainya ke kereta, Ijoe membukakan pintu kereta untuk Nina dan dia sendiri berlalu menuju ke pintu driver. Mereka sama-sama masuk dan kereta Satria hitam milik Ijoe membelah kepekatan malam.
Sepanjang perjalanan tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka berdua. Ijoe concentrate memandu dan Nina hanya memalingkan mukanya ke luar tingkap. Fikiran masing-masing melayang entah kemana- mana. Sekali-sekala Ijoe menjeling ke arah Nina, tanpa Nina sedari. Dilihatnya Nina sedang menyeka air matanya. Kesian Nina. Ijoe menghulurkan tisu kepada Nina. Terkejut Nina dibuatnya dengan perasaan bercampur malu. Dia ingatkan Ijoe tidak perasan yang dia menangis. Lagipun Ijoe concentrate kepada jalan raya. Mereka tetap tidak berbicara walau sepatah kata pun. Satria hitam Ijoe terus berlalu, laju.
Malam itu, kedua-dua insan tidak dapat tidur lena. Nina tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih teringatkan peristiwa tadi. Dia menyesal kerana melalui lorong itu. Dia ingin cepat sampai ke rumah. Langsung tidak terlintas di fikirannya perkara seperti itu akan menimpanya. Selama ini, dia hanya membaca kejadian yang menimpa insan lain di dada akhbar, dan tidak sangka sama sekali kejadian yang serupa berlaku ke atas dirinya. Nasib baik mahkotanya masih dapat diselamatkan, kalau tidak tak tahulah macam mana dia nak menghadapi orang ramai, terutama Mamanya. Nasib baik ada Ijoe, kalau tidak dia pun tak tahu apakah yang akan berlaku. Dia terhutang budi pada Ijoe. Baru dia sedar, walau sekasar dan segagah manapun perempuan itu, dia tidak akan dapat menandingi kekuatan dan kegagahan seorang lelaki. Sesungguhnya lelaki adalah pelindung kepada wanita. Baru sekarang Nina dapat menerima kenyataan itu. Dia bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari petaka itu. Tapi baru Nina tersedar yang dia tidak mengucapkan terima kasih kepada Ijoe di atas pertolongannya tadi. Nina terlupa kerana terkejut dengan kejadian yang menimpanya. Yang pasti, kalau diizinkan Tuhan... . esok masih ada.
Ijoe membalik-balikkan tubuhnya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia tak dapat tidur. Pipi dan bibirnya berdenyut-denyut kesakitan. Tuhan ajer yang tahu. Habis lebam dan bengkak mukanya akibat pergaduhan tadi. Apakah yang harus dia beritahu Umi nya besok. Dalam menahan kesakitan, dia masih teringatkan Nina. Apalah yang sedang Nina lakukan. Ijoe tersenyum sendirian bila terkenangkan pelukan Nina tadi.
"Hehehehe... . bestnya kena peluk ngan buah hati". Terkeluar kata- kata itu dari mulut Ijoe. Masih sempat lagi nak menggatal tu hah. Tak sedar diri yang muka tu dah lebam-lebam kena tumbuk. Maklumlah nak tunjuk herolah konon. Bangga sebab dapat selamatkan Snow Princessnya. Kalaulah tak sempat tadi, alamat meranalah badan. Tapi takpa, demi Nina, apa saja dia akan lakukan. Pehh... .! Calon the best husband of the year lah gamaknya yer.
Ijoe dapat rasakan yang selepas ini Nina akan datang kepadanya, mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya dan memohon maaf atas kesalahannya sebelum ini dan mengharapkan persahabatan mereka kembali pulih seperti biasa. Tapi Ijoe tak mahu Nina datang meminta maaf kepadanya kerana rasa terhutang budi. Dia mahu mereka berdamai kerana keikhlasan yang lahir dari hati, bukannya kerana ingin membalas jasanya semalam. Dia berjanji tidak akan menerima maaf Nina andainya betul sangkaannya. Akhirnya malam itu Ijoe terlena dalam senyuman. Cuti semester kali ini akan menyimpan seribu satu kenangan manis dalam diari hidup Ijoe.
"Ya Allah... .. Adik! Kenapa dengan muka Adik ni? Mana datangnya lebam-lebam ni. Adik gaduh yer?". Pn. Marsyitah, Umi Ijoe mula menyoal bila dilihatnya muka Ijoe, anak bongsunya bengkak-bengkak. Apa yang dah kena dengan anak aku ni.
"Ayong! Ayong tahu tak kenapa dengan muka Adik ni?". Pn. Marsyitah mula menyoal Azizi Hairi, anak sulongnya atau lebih dikenali dengan gelaran Ayong dalam family En. Aziz.
Mata ditalakan ke muka Azizi yang sedang enak memakan sandwich sebagai sarapan pagi mereka yang disediakan oleh Pn. Marsyitah sendiri. Azizi memperlahankan kunyahan. Terasa roti sandwich terlekat di kerongkongnya. Pn. Marsyitah masih menunggu jawapan daripadanya. Pandangan Azizi dialihkan ke wajah adiknya, Ijoe. Ijoe memandang tepat ke matanya, menunggu dengan penuh debaran apakah jawapan yang akan Ayongnya berikan. Azizi lihat sinar mata Ijoe seakan-akan meminta belas kasihan supaya merahsiakan perkara sebenar. Semalam, Ijoe telah ceritakan segala-galanya kepada Azizi apa yang telah terjadi. Lagipun, mereka berdua sememangnya rapat. Beza umur antara mereka pun cuma 2 tahun sahaja. Timbul rasa kesian dengan Ijoe.
"Ayong! Umi tanya ni. Ayong tahu tak apa yang telah terjadi?". Pn. Marsyitah terus menyoal apabila soalannya tadi dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.
"Takda Umi. Sebenarnya macam ni. Semalam, Adik dah ceritakan pada Ayong yang semasa dalam perjalanan pulang dari bandar, dia ternampak sorang makcik tu mintak tolong sebab beg tangannya telah diragut penyangak. Adik pulak, masa tu kebetulan ada kat situ, jadi dia cuba bantu makcik tu. Adik bergelut dengan penyangak tu, sebab tu lah muka Adik lebam-lebam, tapi nasib baik Adik berjaya selamatkan beg tangan makcik tu. Betulkan Adik?". Ijoe hanya mengangguk. Dia tak boleh bercakap banyak kerana mulutnya masih sakit.
Azizi terpaksa membohongi Uminya supaya rahsia sebenar tidak bocor. Lagipun itu adalah permintaan Ijoe sendiri. Kalau Uminya tahu... mampus. Mesti Umi ceritakan perkara ni pada Pn. Atiqah, Mama Nina. Lagipun mereka berdua adalah kawan baik. Tapi apa yang akan jadi kalau Nina dah ceritakan pada Mamanya? Ijoe dapat rasakan yang Nina takkan berbuat demikian. Harap-harapnyalah.
Ijoe menarik nafas lega dengan penjelasan Ayongnya tadi.
"Adik... . kalau yer pun nak tolong orang lain, jangan sampai bahayakan diri sendiri. Sekarang, tengok sapa yang susah. Nasib baik sekarang ni tengah cuti, kalau tak macam mana nak pergi kelas. Kalaulah Abah kau tahu, mesti dia risau. Nanti, biar Umi tuamkan dan lepas ni kita pegi klinik". Pn. Marsyitah berlalu ke dapur untuk merebus telur untuk dituam ke muka Ijoe. Biasalah petua orang tua- tua. Walaupun dia dah berada di dapur, bebelannya masih dapat didengar sampai ke meja makan.
"Tha... . nks Ayong".
"Dahlah... . jangan banyak cakap. Mulut Adikkan sakit lagi tu. Buatnya Umi dengar, tak ker jenuh nak menjawabnya nanti. Lain kali kita cerita... . okay. Ayong faham perasaan Adik". Azizi kesian menengok muka Ijoe. Nasib baik Abah dia orang pergi out station. Kalau tak, mesti dia risau.
Tidak lama kemudian, Pn. Marsyitah keluar dari dapur dengan membawa sebiji telur yang dibungkus dengan tuala kecil.
"Adik tahan sikit yer, Umi tuamkan". Kata Pn. Marsyitah.
"Aa... a... . akit Mi". Rengek Ijoe, tak habis-habis dengan manjanya. Azizi di tepi hanya menyengeh.
"Alah... . sikit jer lagi. Orang lelaki, hai... . takkanlah nak merengek-rengek jugak"
"Alah... dia tu manja lebih Mi". Azizi menyampuk. Ijoe menjeling ke arahnya.
"Dah... . dah... Ayong ngan Adik bersiap, kita pergi klinik". Arah Pn. Marsyitah.
"Orait Mi. Jom Dik". Azizi bingkas bangun dan memapah Ijoe naik tangga menuju ke bilik mereka. Hek... eleh, manjanya. Baru sakit sikit dah kena berpapah-papah. Biasalah adik, kalau tak bermanja ngan abangnya, ngan sapa lagi kan?
XXXXX
"Eh Arsyi, dari mana ni? Kenapa ngan muka Azizul tu". Pn. Atiqah yang sedang menyiram bunga di halaman menegur Pn. Marsyitah atau lebih dikenali dengan panggilan Arsyi, sewaktu mereka sama-sama menuntut di Universiti of Wales dulu.
Dia terperanjat bila melihatkan muka anak bongsu Arsyi lebam-lebam dan bengkak. Azizul dan Azizi cuma memalingkan muka sekali apabila terdengar sapaan Pn. Atiqah. Senyuman diberikan dan mereka terus berlalu masuk ke rumah. Dari tingkat atas rumah Pn. Atiqah, kelihatan Nina sedang duduk sambil memegang novel. Nina menjenguk apabila terdengar pertanyaan Mamanya. Apabila Nina terpandangkan Ijoe, dia cuba tersenyum tapi Ijoe buat-buat tak tahu dan terus berlalu, sebaliknya Azizi yang membalas senyuman. Nina terkilan.
Pn. Marsyitah tak jadi masuk ke rumah apabila mendengar sapaan dari kawan baiknya, Atiqah. Dia memusingkan badannya dan mula melangkah ke rumah Atiqah.
"Kenapa dengan Azizul". Tanya Pn. Atiqah lagi apabila persoalannya tadi tidak berjawab. Dia segera menutup paip dan mempersilakan Pn. Marsyitah duduk di kerusi rehat di halaman rumahnya.
Nina di tingkat atas memasang telinga. Dia berdebar-debar. Matilah kali ni kalau Ijoe ceritakan kepada Uminya apa yang telah terjadi. Mesti Pn. Marsyitah akan ceritakan segala-galanya. Mana dia nak letak muka.
"Semalam Atiqah, semasa Ijoe kat bandar, dia terserempak dengan penyangak-penyangak yang cuba meragut beg tangan sorang makcik tu. Masa bergelut dengan merekalah, Ijoe kena pukul. Tu yang lebam-lebam dan bengkak-bengkak muka dia tu. Ni, kita orang baru balik dari klinik". Terang Pn. Marsyitah . Pn. Atiqah mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
"Baiknya Azizul. Macam mana keadaannya sekarang?". Tanya Pn. Atiqah lagi, tanda ambil berat. Dia dah anggap Azizul sama macam anaknya sendiri. Lagipun mereka berjiran, Marsyitah pula best friendnya dan Azizul tu pulak sebaya ngan Nina.
"Dah ambik ubat kat klinik tadi. Rasanya dah okay sikit, tapi masih tak boleh bercakap banyak sebab mulutnya masih sakit lagi. Doktor nasihatkan supaya dia berehat dulu dan makan makanan yang bersup saja. Lagipun mulutnya tu tak boleh bukak luas-luas". Jelas Pn. Marsyitah lagi.
Nina hanya memasang telinga. Lega dia mendengar penjelasan daripada Pn. Marsyitah tadi. Ini bermakna Ijoe tidak beritahu perkara sebenar. Selamat! Tapi kesian Ijoe, dahlah sakit-sakit lebam kena pukul, terpaksa menipu pulak dengan Uminya. Ini semua disebabkan dia. Kalau bukan kerana dia, Ijoe takkan jadi camtu.
Nina jauh termenung. Fikirannya melayang-layang ke zaman dia kecik- kecik dulu yang mana masa tu dia ngan Ijoe baik sangat. Mereka akan sentiasa bersama ke mana saja, malah pernah tidur bersama. Tapi sekarang, apa yang telah terjadi. Dia tak tahu nak salahkan sapa di atas perbalahannya ngan Ijoe. Adakah dia yang bersalah kerana cepat melatah? Tapi, bila diingatkan kembali apa yang telah Ijoe lakukan pada Lynn, hatinya membara. Sampai hati Ijoe buat Lynn macam tu. Kalau yerlah Ijoe tak pernah sukakan Lynn, tapi kenapa in the first place dia approach Lynn. Bukan main lagi mereka berdua kat sekolah dulu, sampai kadang-kadang tu, dia sendiri cemburu. Tapi nak buat macam mana, benda dah lepas. Yang pasti, buat masa sekarang dia masih tidak dapat memaafkan kesalahan Ijoe itu walaupun benda tu dah hampir tiga tahun berlalu. Biarlah masa yang menentukan. Dalam fikirannya sekarang, cuma terlintas bagaimana harus dia mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Ijoe semalam. Kalau dia pergi jumpa Ijoe, bermakna dia mengalah, egonya akan jatuh, tapi adalah tidak wajar sama sekali jika pertolongan itu dibiarkan begitu saja.
"Nina! Nina! Turun bawah kejap". Terdengar suara Pn. Atiqah memanggil Nina turun. Nina terkejut dari lamunannya. Bila Pn. Marsyitah balikpun dia tak sedar.
"Kejap Mama". Jawab Nina lemah. Perlahan-lahan dia turun tangga. Tak bertenaga sekali. Heee... . malas betul anak dara sorang ni.
"Ada apa Mama?". Tanya Nina. Masa tu Mamanya ada kat dapur. Tengah buat apapun Nina tak tahu. Malas dia nak ambik tahu.
"Kenapa tak bersemangat ni Nina? Macam orang baru mati laki jer". Pn. Atiqah pelik tengok Nina yang tak bersemangat langsung. Biasanya anak gadisnya ni lincah.
Nina membiarkan saja pertanyaan Mamanya tak berjawab. Tak ada reason yang boleh diterima akal yang boleh difikirkannya pada masa tu. Nina menarik kerusi dan duduk di meja makan. Melihatkan Nina tidak menjawab pertanyaannya, Pn. Atiqah malas nak menyaol lagi.
"Ah... . Nina, ni Mama ada masakkan bubur kacang. Tolong Mama boleh tak?".
"Apa dia Ma?".
"Tolong hantarkan ke rumah Azizul. Ha! Nina tahu tak yang dia kena pukul semalam semasa nak tolong sorang makcik tu yang kena curi beg tangan. Kesian dia Nina, habis lebam-lebam, bengkak-bengkak muka dia. Nanti Nina bawakkan bubur ni ke rumah Azizul yer. Lagipun doktor kata, dia tak boleh makan makanan keras, mulutnya sakit". Terang Mamanya panjang lebar.
"Ah... . hantar rumah dia? Mak Mah mana?". Nina cuba mencari helah.
"Mak Mah pergi pasar. Alah, kejap jer Nina. Lagipun Azizul tu tak makan orang". Pn. Atiqah tahu apa perasaan Nina sekarang. Dia tahu mesti Nina serba-salah sebab dia dua orang tu musuh. Tapi Pn. Atiqah sengaja suruh Nina hantarkan, alasan. Manalah tahu lepas ni dia orang dapat berbaik semula. Padahal tadi Mak Mah ada, dia yang suruh Mak Mah pergi pasar beli barang.
"Ek... ... ek... ..".
"Kejap jer Nina".
"Ah... bolehlah Mama. Mana buburnya?". Nina akhirnya setuju.
Dia rasakan ini adalah peluang yang baik untuk dia ucapkan terima kasih. Lantaklah apa Ijoe nak kata dan fikirkan. Yang pasti bukan aku yang buat bubur tu dan bukan aku yang ngada-ngada nak hantar. Mama yang suruh. Nanti aku cakaplah. Alah, kalau susah-susah bagi ajer bubur tu kat Umi dia, takyah nak jumpa dia. Tapi, macam mana nak ucap terima kasih. Nantilah... ...
"Assalamualaikum! Assalamualaikum!". Isk... mana tuan rumah ni. Tak kuasa aku nak menebeng lama-lama kat sini. Nanti kang, jiran tetangga cakap aku nak mengendap anak teruna orang ni.
"Assalamualaikum!". Sekali lagi Nina memberi salam.
"Waalaikumussalam! Oohh... Nina, jemputlah masuk. Auntie nak pergi supermarket kejap, beli barang dapur. Masuklah, Azizul ngan Azizi ada". Pn. Marsyitah keluar dan mempelawa Nina masuk. Lagipun masa tu dia nak keluar. Heran jugak Pn. Marsyitah, bila Nina tercegat depan rumahnya. Setahunya, Nina dah lama tak menjejakkan kaki ke rumahnya. Tambahan lagi sekarang ni dia dah duduk hostel.
"Takpalah auntie. Nina datang ni pun sebab nak hantar bubur. Mama masak bubur kacang tadi. Dia kata Ijoe sakit, jadi dia suruh Nina hantarkan bubur ni. Katanya, Ijoe takleh makan makanan keras. Betul ker auntie?". Terang Nina dan bertanyakan keadaan Ijoe yang sebenar, konon-kononnya dia tak tahu.
"Ha... ah! betul Na. Masuklah kalau nak jumpa dia. Boleh Nina tolong bawak masuk tak? Auntie sebenarnya nak cepat ni. Lagipun auntie nak ambil baju kat kedai jahit tu. Dah janji dah dengan tuan kedai. Kalau lambat, nanti kedai tu tutup pulak". Terang Pn. Marsyitah tanpa diminta.
Nina dah serba-salah. Kalau boleh dia tak nak masuk sebab malu, tapi dalam masa yang sama dia nak jumpa Ijoe untuk ucapkan terima kasih. Ha... ... . macam mana tu? Tapi sekarang ternyata Nina sudah tidak ada pilihan lagi. Nak tak nak dia terpaksa masuk.
"Bye Nina! Terima kasih yer. Auntie pergi dulu". Pn. Marsyitah masuk ke perut kereta. Dan Honda Accord biru methalic miliknya meluncur laju, meninggalkan Nina yang masih ragu-ragu.
Nak masuk ker tak nak? Nak ker tak nak ni? Hai, susah-susah, kang aku bawak balik jer bubur ni. Tapi kalau Mama tanya, aku nak jawab apa? Cakap dia orang takda? Ah! Tak logik langsung sebab baru tadi auntie borak-borak ngan Mama. Lagipun kalau auntie takda, takkan Ijoe ngan Azizi takda jugak. Ijoe kan sakit, mestilah duk rumah jer. Azizi pulak mesti temankan dia.
"Eh Nina! Kenapa tercegat ajer kat luar? Jemputlah masuk. Dah lama ker?". Tiba-tiba tengah Nina duk berkira-kira apa yang mesti dia buat, Azizi muncul. Alamak! Parahnya. Macam mana ni?
"Aaaa... mmmm... Abg. Zizi, nasib baik Abang ada. Sebenarnya Mama suruh Nina hantarkan bubur kacang ni kat Ijoe. Mama cakap Ijoe sakit. Alang-alang Abang dah ada ni, bolehlah Abang bagi kat Ijoe yer. Abang pun makanlah sekali. Banyak Nina bawak ni ha". Tersekat- sekat suara Nina menjelaskan pasa Azizi.
Azizi dah tersenyum simpul. Dalam hati, dia dah nak pecah perut tahan ketawa. Kesian dan lucu tengok muka Nina yang macam kucing jatuh anak. Alah, kalau aku jadi dia pun, aku gabra jugak. maklumlah datang rumah musuh.
"Eh... baiknya Nina. Nina yang masak eh? Mesti best. Tapikan Nina, Mama Nina kan suruh Nina hantar kat Ijoe, Nina hantarlah sendiri. Abang dah makan tadi, nantilah karang pulak. Ijoe ada kat atas, dalam bilik. Alah... .. macam tak biasa. Lagipun... .. Abang... Abang... . aaa!... Abang nak jemur kain yang Umi basuh tadi. Hari macam nak hujan, nanti tak kering pulak kain. Tolong yek? Kesian Ijoe... . dari pagi tadi dia tak makan tau. Takda selera katanya. Manalah tahu bubur Nina tu boleh bukak selera Ijoe. Bye Nina. Thanks!". Azizi dah berlalu ke bilik mandi untuk mengambil kain jemuran, konon! Padahal, Umi dia tak basuh kain pun. Tinggallah Nina terkebil-kebil kat ruang tamu, sorang-sorang. Padan muka, aku nak kenakan dia. Hehehe... ..
"Alah! Mak ngan anak sama jer. Aku ker yang kena bawak kat Ijoe. Huh... . huh... . huh... Mama tolong! Ni Mama punya pasallah".
Nak tak nak Nina melangkahkan kakinya ke ruang dapur rumah auntie Marsyitah. Dia nak salin bubur tu ke dalam bekas lain. Nak bagi Ijoe makan. Mampus dia kali ni. Azizi pulak tengah mengendap perlakuan Nina dari bilik mandi. Dia dah menekup-nekup mulutnya, menahan ketawa dari pecah.
Perlahan-lahan Nina melangkah, memanjat satu-persatu anak tangga ke tingkat atas, menuju ke bilik Ijoe. Hatinya berdebar-debar. Dia cuba mengawal langkahnya sambil menatang dulang berisi mangkuk bubur dan segelas air sejuk. Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah hambaMu ini. Skru- skru lutut aku dah longgar ni.
"Tok! Tok! Tok!". Perlahan Nina mengetuk pintu bilik Ijoe. Tiada jawapan. Nina memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu. Dilihatnya Ijoe tengah tidur. Hah! Nasib baik engkau tengah tidur. Ah! Aku letak jerlah atas meja ni. Karang, kau bangun kau makanlah.
Sedang Nina mengatur langkah untuk keluar dari bilik Ijoe, dia terpijak remote control tv bilik Ijoe. Apa lagi, terpasanglah benda alah tu. Bukan main kuat lagi sehingga Ijoe tersedar dari tidur.
"Eh Nina! Apa kau buat kat sini?". Ijoe terperanjat apabila dia lihat Nina tengah tunduk untuk mengutip remote tu. Tv dipadamkan. Ijoe semacam tak percaya bila dia lihat Nina berada di rumahnya, di dalam biliknya lagi. Sungguh ajaib. Muka Nina dah gelabah.
"Aku... . aku datang... . Mama... bubur... Abang Zizi... ..". Nina dah gelabah. Dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Apatah lagi dengan Ijoe.
"Apa yang kau cakap, aku tak faham?". Ijoe memandang tepat ke raut wajah Nina yang manis dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Nina menarik nafas dalam-dalam.
Control Nina, control. Malu kau nanti. Cuba cakap perlahan-lahan. Jangan tunjukkan gelabah kau tu.
"Tak... macam ni. Mama aku suruh aku bawak bubur untuk engkau. Pas tu... pas tu... . aku terserempak ngan Umi engkau kat depan. Dia kata dia nak keluar, jadi dia suruh aku bawak pergi dapur. Tadi jugak aku jumpa Abang Zizi, tapi dia kata dia ada kerja nak buat. Sebab tulah dia suruh aku bawak bubur ni naik atas. Lagipun, dia kata kau tak makan dari pagi tadi lagi. Tapi, bila aku naik, aku tengok kau tengah tidur, jadi aku tak sampai hati nak kejutkan kau. Lagipun, kaukan sakit. Sorrylah, sebab aku dah kejutkan kau. Aku tak sengaja terpijak benda ni". Dengan panjang lebar Nina menerangkan dari mula sampailah sebentar tadi sambil menunjukkan remote control yang ada di tangannya.
"Oooo... .". Ijoe mengangguk-angguk tanda faham. Mukanya tetap serius.
"Makanlah, tentu kau lapar, aku balik dulu". Nina terus memalingkan mukanya untuk berlalu.
"Kejap... ... nanti dulu! Memang aku lapar, tapi macam mana aku nak makan. Ni!". Ijoe menunjukkan tangan kanannya yang berbalut dan tangan kirinya yang lebam teruk.
Nina dah tunjukkan muka terperanjat.
Ah, sudah! Jangan cakap aku kena suapkan dia. Aku datang hantar makannan ni pun dah kira nasib baik. Jangan nak ngada. Ingat sikit, engkau dengan aku kan musuh.
"Habis tu?". Soalan bodoh jugak yang keluar dari mulut Nina. Padahal dia dah tahu jawapannya.
Ijoe hanya tersengih bodoh sambil menjungkitkan bahunya. Kaulah suapkan aku, apa lagi sayang oi. Hehehe... padan muka.
"Huh... .!". Nina dengan perlahan melangkahkan kaki lalu duduk di birai katil Ijoe. Dia membetulkan kedudukan Ijoe supaya senang mamat tu nak makan. Tuhan jer tahu betapa geramnya dia bila tengok muka mengada-ngada si Ijoe tu.
Tahulah kau tu sakit. Jangan nak mengada-ngada ngan aku. Aku tumbuk karang, baru tahu. Nasib baik semalam kau yang tolong aku. Sebab aku kau jadi camni. Kalau tak jangan mimpilah aku nak layan kau baik gini. Ingat! Kita belum sign contract untuk berdamai. I have no intention to create legal relation with you. Thank you!
Nina mula mengangkat mangkuk bubur tadi. Lalu perlahan-lahan dia suapkan Ijoe. Hee... gelinya aku... . laki akupun belum tentu aku buat camni. Tak kuasa aku jantan sekor ni. Mata Ijoe asyik melekat di wajah Nina. Ijoe tak melepaskan peluang untuk bersama Nina. Ni barulah romantik, bukan macam candle light lunch kat library hari tu. Nina dah serba-salah. Dia dah mula perasan jelingan Ijoe tu. Geramnya dia. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut dia orang berdua.
Eee... . kang ada yang mandi bubur ni, bukan makan bubur. Jaga kau, aku tonyoh mulut kau. Nina dah semakin tension dengan gelagat Ijoe.
"Auch... ... !". Ijoe mengaduh apabila Nina mengasarkan suapannya, seraya itu jugak Ijoe memegang tangan Nina secara automatik, tanpa dipaksa. Nina dah terperanjat. Sudu di tangan sudah terlepas ke bawah. Dia tergamam! Sudu itu dibiarkan. Mata bertentang mata. Seperti ada kuasa kimia yang sudah mengalir. Cupido... .. hu... hu... hu... cupido... . hahahaha.. dah terkena panahan Cupido ker?
"Sorry!". Bagai tersedar dari mimpi, kedua-dua mereka sama-sama mengucapkan maaf. Ijoe melepaskan tangan Nina dan Nina mengalihkan pandangan. Dia mula menunduk untuk memungut sudu tadi dan mengesat kotoran di atas karpet. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Ijoe. Setan betul! Dia yang nak kenakan Ijoe, alih-laih dia yang terkena. Kurang ajar.
Hati Ijoe pulak berbunga riang. Tersengih-sengih, maklumlah dapat bersama buah hati tersayang. Siap makan bersuap lagi. Bila Nina mengangkat mukanya, Ijoe segera control muka, serius. Ego tu tak habis-habis. Suasana sunyi seketika.
"Ek... . Ijoe, aku balik dululah. Hari pun dah lewat ni". Nina mula bangun dari birai katil dan berundur setapak.
Ijoe cuma mengangguk-anggukkan kepala. Sikitpun dia tak senyum. Padahal, dalam hati, punyalah tak nak bagi Nina balik. Kalau boleh dia nak Nina jaga dia sepanjang hari.
Nina melangkahkan kaki ke pintu kamar. Sesampainya di pintu, Nina menoleh.
"Anyway, thanks kerana selamatkan aku semalam and thanks coz you make it secret". Nina terus berlalu tanpa menunggu jawapan dari Ijoe. Yang dia tahu, dia takda hutang lagi dengan Ijoe. Ijoe dah selamatkan dia, diapun dah ucapkan thanks... so, 0-0. Mulai detik dan saat ini, perang diistiharkan semula. Lantaklah dia nak anggap aku tak kenang budi ker apa. Jangan ingat aku senang- senang nak baik semula ngan kau. Apa yang aku buat hari ni pun kerana terpaksa.
Isk... .. tak ikhlas rupanya minah ni.
Ijoe pulak bukan main happy lagi. Terlompat-lompat kat dalam bilik, macam kera kena belacan. Yahoo! Akhirnya dia datang mengucapkan terima kasih. Satu perkembangan yang bagus. Padahal dia tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak si Nina. Ada yang menangis kemudian hari ni.
Semasa Nina menuruni tangga untuk pulang ke rumahnya, dia terserempak dengan Azizi. Dia hanya melemparkan senyuman untuk Azizi.
"Eh... .. Nina dah nak balik? Abang baru ajer nak naik atas. Kenapa cepat sangat?". Azizi pura-pura bertanya.
"Takpalah Abang Zizi, lagipun Nina dah lama kat sini. Nina balik dulu". Jawab Nina lembut.
"Ha... yerlah. Lain kali jangan lupa datang lagi yer. Bawaklah pengat pisang pulak ker". Azizi cuba berseloroh.
"Insyaallah, kalau Nina ada masa". Tutur Nina lagi, berbahasa.
Jangan haraplah aku nak datang mengadap muka adik kau yang macam lanun tu. Harapkan muka ajer handsome, perangai ngalahkan dajal.
"Bye Nina!".
"Bye Abang Zizi!".
Setelah Nina berlalu, Azizi meneruskan langkah, meniti anak-anak tangga, menuju ke atas.
"Hey... hey... apa ni, terloncat-loncat macam anak beruk ni? Dah sasau eh? Kalau yer pun suka hati sebab Snow Princess awak tu datang, tak yahlah cam gitu sekali. Awak tu bukannya sihat sangat". Azizi terperanjat tengok adiknya terlompat-lompat atas katil.
"Alah Ayong! Plan kita jalan. Hik... .. hik... hik... sapa tak suka". Balas Ijoe.
"Hai dik, tengoklah sapa yang plan. Big brother beb!". Jawab Azizi tersengih-sengih.
"Anyway, thanks Yong! You're really my brother. I love you". Ijoe turun katil dan berdiri di depan Azizi.
"Come. Give me a big hug!". Azizi memeluk Ijoe dengan erat sekali. Mereka memang betul-betul saling sayang- menyayangi. Mereka cuma dua beradik. Segala rahsia dikongsikan bersama. Azizi tahu rahsia Azizul dan begitulah sebaliknya.
Betapa gembiranya Ijoe dengan kejadian tadi. Itu semua kerana Ayongnya. Kalau bukan kerana Ayongnya, tentu dia takkan dapat merasa makan bubur yang disuap oleh Nina.
Sebenarnya semasa Nina berdiri di luar pagar tadi lagi, Azizi dah nampak dia sambil memegang mangkuk. Sengaja dia tak nak turun bukak gate sebab dia tahu Uminya ada kat bawah. Masa tulah idea tu datang. Padahal, yang lebam-lebam dan bengkak-bengkak cuma muka Ijoe dan tubuhnya sikit-sikit. Tangannya tak sakit langsung, cuma calar sikit- sikit. Nasib baik ada bandage dalam peti keselamatan rumah dia orang. Dapatlah dia balut tangan Ijoe, konon-kononnya tangan adiknya tu sakit. Yang sebelah lagi disapunya pemerah pipi Uminya yang dicampur dengan sedikit lipstik, untuk menampakkan lebam. Barulah real. Remote control tu pulak saja dia letakkan kat tengah-tengah laluan keluar dari bilik tu. Memang surenya orang akan terpijak. Sebelum tu dia dah suruh Ijoe pura-pura tidur dan dia dah tinggikan volume tv. Memang setan betul budak-budak dua beradik ni. Tapi, memang gempaklah, sebab plan berjalan lancar. Kalau Nina tahu, mau tercetusnya perang nuclear pulak. Hehehehe... .. nasib kaulah dik, minat awek brutal. Sabar ajerlah.
"Atiqah! Bila Nina nak balik kampus?". Tanya Pn. Marsyitah semasa dia berkunjung ke rumah sahabatnya itu, pagi ini.
"Kalau tak salah I, pukul 10.30 nanti kut. Semalam dia cakap dia nak bertolak belah pagi". Terang Pn. Atiqah.
"Dia dah beli tiket ker belum?".
"Rasanya belum, sebab semalam tak sempat. I banyak sangat kerja kat pejabat yang nak diuruskan. Diapun ada temujanji dengan ex- classmatenya dulu. Eh.. kenapa you tanya ni?". Tanya Pn. Atiqah bila best friend dia ni banyak pulak bertanya. Apa... . nak buat bancian ker apa?
"Eloklah kalau camtu. Bolehlah Azizul tumpangkan dia. Azizul bawak kereta semester ni. Senang sikit nak pergi kelas katanya. Alah, alang-alang dah nak pergi tempat yang sama, bolehlah Nina ikut sekali. Lagipun, takdalah sunyi sangat Ijoe drive sorang-sorang. Nanti you cakaplah kat Nina yer?". Pelawa Pn. Marsyitah.
"Eh, tak menyusahkan Ijoe ker? Manalah tahu kut-kut Ijoe ada plan lain ker?". Ujar Pn. Atiqah ragu-ragu.
"Alah... bolehnya, lagipun Ijoe pun nak bertolak sebelum lunch. Katanya ada kerja yang perlu dibereskan kat kampus tu". Terang Pn. Marsyitah lagi.
"Kalau macam tu bolehlah, nanti I beritahu Nina".
"Baiklah, I balik dululah, lagipun Azizul ngan Azizi tak tahupun I datang sini. Bye!". Pn. Marsyitah mintak diri untuk pulang.
"Ha, yerlah". Pn. Atiqah membuntuti Pn. Marsyitah dari belakang, menghantarnya ke luar. Kemudian dia mula melangkah naik ke tingkat atas, ke bilik Nina.
"Nina! Nina!". Panggil Pn. Atiqah.
"Yer Mama! Ada apa?". Nina membuka pintu biliknya.
Pn. Atiqah sedikit terperanjat apabila melihat Nina memakai dress labuh, berbunga lebat, warna peach. Ayu sekali. Seingat Pn. Atiqah dress itu adalah hadiah daripada Pn. Marsyitah sempena birthdaynya yang ke- 20, baru-baru ni. Inilah kali pertama dilihatnya Nina memakai pakaian yang menampilkan kewanitaannya. Cantik, cukup cantik. Teringat pulak zaman dia muda-muda dulu, sewaktu sedang bercinta dengan arwah Dr. Mazlan. Nina sekarang tak ubah seperti Pn. Atiqah 30 tahun yang lampau. Lama Pn. Atiqah memerhatikan Nina.
"Mama! Mama! Kenapa ni? Macam nampak hantu jer?". Tanya Nina bila dilihatkan Mamanya tercegat ajer di pintu tanpa sepatah kata.
"Ah, takdalah Nina, Mama cuma terpegun melihat Nina. Tak sangka rupanya anak Mama ni lawa jugak orangnya. Kalau Papa ada, tentu dia bangga memiliki anak gadis secantik ni. Kan bagus kalau dari dulu lagi Nina berpakaian seperti ini. Lapang sikit dada Mama ni". Sedih pulak Pn. Atiqah bila terkenangkan arwah suaminya itu. Sayang sekali Dr. Mazlan tidak sempat melihat anak gadis hasil perkongsian hidup mereka membesar di depan mata.
"Ah... . ke situ pulak Mama ni. Alah Mama ni, kalau Nina cantik pun sebabnya semua orang tahu, mewarisi kecantikan Mamalah. Kalau Mama tak cantik, macam mana Nina nak cantik. Betul tak Ma?". Nina cuba bergurau dengan Mamanya. Lagipun bila lagi nak bergurau senda, kejap lagi dia dah nak balik ke UM. Tah bila pulak dia berkesempatan untuk pulang.
"Ada apa Mama panggil Nina?". Tanya Nina lagi. Mesti Mamanya ada tujuan datang ke biliknya. Kalau tak, takkan Mamanya nak naik.
"Ooo... lupa pulak. Macam ni, tadi auntie Arsyi datang. Dia pelawa Nina balik ke kampus dengan Ijoe, lagipun Nina belum beli tiket lagi kan. Pastu pulak, sem's ni Ijoe bawak Satria dia tu. Bersiaplah cepat, kejap lagi kita ke rumah Ijoe". Terang Pn. Atiqah tujuan dia memanggil Nina tadi.
Terlopong mulut Nina mendengarnya. Kenapalah bala tak habih-habih menimpa dia. Banyak sangat ker dosa yang dia dah buat, sampai tak habis-habis ujian demi ujian menghujani dirinya.
"Aah... . tak naklah Nina, lagipun nanti menyusahkan Ijoe". Nina cuba berdalih.
"Tapi Mama dah cakap boleh tadi. Takpalah Nina, lagipun kamukan satu Universiti. Nanti apa pulak kata auntie Arsyi kalau kamu menolak pelawaannya. Lagipun auntie kata, Ijoe tak kisah Nina tumpang dia. Nanti bolehlah jugak hilangkan sunyi Ijoe masa dia drive. Takdalah mengantuk sangat". Pujuk Pn. Atiqah lagi.
Alah! Mampuslah aku kali ni. Alasan apa lagi yang aku nak bagi ni. Berdua-duaan ngan Ijoe sepanjang perjalanan dari Melaka ke UM adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dan sememangnya tak patut digambarkan. Dahlah ngan Ijoe, at least ngan Abang Zizi, ngam sikit. Ni, nak naik kereta ngan si dajal tu, takpalah... .. banyak lagi orang lain dalam dunia ni yang boleh aku tumpang. Nanti kalau aku tumpang dia, mesti dia berlagak. Macamlah bagus sangat keretanya tu. Ngan kereta lembu, baik lagi kereta lembu. Geramnya aku. Mama ni pulak, macamlah tak tahu yang aku tengah gaduh ngan Ijoe. Saja jer nak nyusahkan aku. Tolonglah! Anybody, help me!
"Apa lagi yang Nina duk pikir tu. Dahlah, pergi kemaskan apa-apa yang patut dikemaskan. Tak elok buat orang ternanti-nanti. Lagipun awak tu perempuan. Nanti apa pulak kata pihak lelaki". Pn. Atiqah terus berlalu turun tangga.
Apa pulak pihak-pihak lelaki ni. Ingat nak kawin ker. Pleaseee!!! Kalaulah dia sorang jer lelaki yang tinggal kat dunia ni pun, belum tentu aku nak. Kasanova! Lagi baik aku jadi andartu. Alah, dengan muka aku yang cun-melecun.
posted by Tanpa Nama @ 3:55 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:
  • At 21/12/07 7:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    NAPE TERGANTUNG....ORG TNGH FEELING SMPAI SANGGUP X IKUT FAMILY G RMH TERBUKA MKN FREE.....HAMPEH...WUARGH.....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group